Thursday 29 December 2011

Hikmah Hidup



Kadang tak percaya, semua ku lalui..
Perjalanan hidup berliku, penuh suka dan duka, ku alami semua.
Ku tempuh hidup dengan keikhlasan.
Ku tak pernah menyerah, ku tak putus asa, menjalani hidup.
Kerna semua takdir telah digariskan, ku tempuh hidup dengan satu keyakinan.
Ku mencari, mencari erti kehidupan, ikhtiarkan segala niat sempurna..
Mensyukuri nikmat apa yang diberikan, moga dapat berkah dunia akhirat..

Ya Allah, ampuni hambaMu, dari segala dosa di dunia.....
Ya Allah, lindungi hambaMu, dari segala godaan di dunia, yang membutakan mata hatiku, hingga jauh dariMu..
Dekatkanlah aku denganMu, agar selalu ku ‘sujud’ padaMu.

....Hidup adalah perjuangan, penuh liku, berbatuan terjal menghujam,
Suka dan duka sering merwarnai, semuanya adalah takdir yang sudah digariskan
Kerana itu, bersyukurlah atas apa yang didapat, bermohonlah untuk setiap langkah yang akan dilalui, berserahlah akan segala usaha, kerana kita sedarkan diri hanya sebagai, manusia biasa...

Sunday 25 December 2011

Dari Seorang Murabbi



KATA-KATA “SANG MURABBI” KH RAHMAT ABDULLAH

Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah keperluan,
bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …
Aku rindu zaman ketika mambina adalah kewajiban
bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan,
bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …
Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan,
 bukan keraguan apalagi kecurigaan …
Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan
bukan tuntutan, hujatan dan obyekan….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan
bukan su’udzon atau menjatuhkan …
Aku rindu zaman ketika kita semua
memberikan segalanya untuk da’wah ini …
Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba
 manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan
dan terlambat adalah kelalaian …
Aku rindu zaman ketika malam gerimis
pergi ke puncak mengisi dauroh
dengan ongkos yang cukup2
dan peta tak jelas …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah
benar-benar berjalan kaki 2 jam
di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah …
Aku rindu zaman ketika pergi liqo
selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan
dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …
Aku rindu zaman ketika binaan menangis
karena tak bisa hadir di liqo …

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk
untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah
berangkat liqo dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …
Aku rindu zaman ketika seorang murobbi
sakit dan harus dirawat,
para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu …
Ya Rabb …
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …
Ya Rabb …
Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …


....Ya Rabb.. Jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati kami.. Ya Rabb.. Berikanlah kami keistiqomahan di jalan dakwah ini... I mean it, Ya Allah, I really really mean it.....

Apa Ertinya Menjadi Seorang Akhawat

Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Pabila hari-hari aku bukan seperti orang lain
Perlu berkejar-kejar ke program setiap minggu
Perlu juga ‘perform study’
Perlu menghadiri dan membawa usrah
Perlu berfikir bagaimana menjadi sebahagian masyarakat
Perlu memanifestasikan rijalud dakwah yg boleh menjadi qudwah
Tidak berhenti-henti berfikir
Tidak mahu ‘opportunity cost’, jadi kene bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan setelah selesai satu amalan
Punyakah rehat santai?
Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Apabila orang memandang kita serba lengkap
‘In a positive and negative way’
Kerana kami juga manusia biasa
Punya kelemahan
Susahnya mahu ‘deal’ dengan yang jarang-jarang mahu menerima kelemahan seorang akhawat
Orang bisa ‘demand’ pelbagai dari akhawat
Itu ini dan sebagainya
Bisa punya ‘expectations’
Jasad bertanya;
Punyakah kekuatan aku ini!?
Lantas hati berkata;
Tentu! kita pasti bisa!
Dan Allah sahaja yang menghadiahkan kekuatan itu
Kesabaran itu
Motivasi itu hanya dariNya

Ibnul-Mubarak: Orang Mu’min itu selalu menerima keuzuran dan orang munafik selalu mencari-cari kesalahan orang lain.

Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Kalau ukhuwah fillah ini tidak manis
Hubungan akidah antara akhawat sangat ‘sweet’
Jatuh bangunnya bersama
Kalau kurang kenal maka taaruf
Kalau kurang cinta maka muhasabah semula cinta kepada Allah
Dan hubungan ini bukan seperti biasa
Hubungan yang tidak dibatasi sempadan geografi
Dimensinya seluas langit dan bumi yang menaungi alam
Bukan seperti birokrasi dan hierarki
Kerana mereka pilihan Allah bukan?
Dan kita tidak berhak mempertikai pilihan Allah ini.
Tidak layak mempertikai pilihan Allah ini.
“Apabila ada seorang daripada kamu mencintai sahabatnya, maka hendaklah kamu memberitahunya”
(R. Abu Daud)

Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Tatkala semua berlumba-lumba menjadi individu muslim yg sebenar-benarnya
Bagaimana fahamnya islam ini
Bagaimana tajarrudnya
Bagaimana ikhlasnya
Bagaimana mahu terus istiqamah
Bagaimana bertawakkal
Bagaimana itu dan ini
Terlalu banyak bagi seorang yang muda hijau menggalas gelaran akhawat
Mahupun bagi seorang yang telah mendukung pelbagai tanggungjawab
kerja, keluarga,
Bagaimana mahu terus ‘maintain’?
Tapi, tetap terus berusaha dan berusaha
Hanya Allah yang tahu kemampuan dirinya
Kerana apa dia terus berusaha?
Deen ini memerlukan fardhu muslim yang berkualiti
Untuk mendirikan baitul muslim dan mujtama’ muslim yang kukuh
Susahnya!
Membina manusia, berinteraksi dengan manusia bukan mudah
Untuk melawan perasaan sendiri lebih payah lagi
Sangat-sangat menguji
Tapi kenapa mahu terus menjadi akhawat?
Kerana seorang akhawat itu hatinya dalam genggaman Allah
Untuk tahu apa yang ada di dalam hatinya
Tanyalah pada Allah..

Credit to: Kak Aisyah Z

Sunday 4 December 2011

Ada Orang Tuu.......

..apa erti hidup?..



Ada orang tu..
Hidupnya penuh kegembiraan..
Ada kawan-kawan baik,
Selalu berteman, selalu bergelak ketawa..
Bila sedih, teman-teman lah menceriakan,
Bila ada masalah, teman-teman tempat berkongsi.
Bila bosan, sama-sama buat kerja gila,
Terasa 'cool' pula-


Tapi.. 1 saat.. Bila dia bersendiri..
Berjalan pulang seorang, melihat alam.. Melihat langit..
Dia rasa sunyi.. 
Dia rasa sepi..
Apa yang dia harapkan dari hidupnya?


Ada orang tu..
Hidupnya penuh dengan ujian dan dugaan.
Dia rasa dia kuat, dia rasa dia tabah.
Dia rasa dia tak perlukan simpati sesiapa.
Bila sedih dia buat tak tahu,
Bila happy, dia buat cool.
Kadang-kadang mencari hiburan..
Hiburan apa pun tak kisah, janji dia terhibur..


Tapi..
Kadang-kadang..
Dia rasa tak larat.. Dia rasa rapuh..
Jiwa seolah kosong tapi hati terasa berat
Meronta-ronta mencari sesuatu..


Ada orang tu pulak..
Hidup dia penuh dengan perjuangan dan cita-cita.
Hari-harinya sibuk dengan pelajaran dan perancangan masa depan
Bila belajar, bersungguh sekali..
Dapat keputusan cemerlang, dia tersenyum, bangga dengan dirinya..
Nampak masa depan yang cerah di depannya.


Tapi..
Pernah juga dia terfikir,
Apa sebenarnya yang dia kejar lepas dapat hidup yang stabil dan ijazah bergulung-gulung?
kenapa hati masih tidak tenang?


Ada lagi orang tu..
Hidupnya penuh bunga-bunga cinta..
Dia mencintai, dan dia dicintai..
Paling manis, dia dicintai oleh si dia..
Kalaupun tiada si dia, dia pasti mencari cinta itu!
Supaya apa pun yang berlaku, dia ada si dia..
Bila sedih, si dia pemujuk..
Bila gembira, si dia peneman..
Bila patah semangat, si dia pemberi semangat
Oh! Indahnya bercinta..
Hidup seakan bermakna dengan kehadiran cinta dari dia..


Tapi..
Kenapa ya?
Kadang-kadang, ada bosan yang menjengah..
Kadang-kadang, hati tidak puas..
Hati tertanya-tanya, apa yang tidak cukup?
Masih ada lubang dalam hati..


Ada orang tu lagi,
Hidupnya biasa-biasa je..
Takde exciting sangat, takde derita sangat..
Bila ditanya, "hidup seperti insan biasa katanya"
Ditanya tentang hidup, dia sendiri tak tahu
"Tak paham sangat dengan hidup ni, perlu fikir ke? Layan jelah"


Tapi..
Ada ketikanya, minda disapa pertanyaan-pertanyaan tentang kehidupan..
"Apa yang aku cari sebenarnya?"
"Apa erti perjalanan hidup aku?"
"Benarkah hidupku untuk mati saja?"


Dan ada orang tu lagi sorang..
Hidup dia tak sama dengan yang lain-lain tu~
Hidupnya berbeza..
Kerana dia baik, dia beragama, dia rasa dia cukup dengan menutup aurat, solat, khatam mengaji setiap dua bulan, tiga bulan dan melakukan ibadat-ibadat sunat..
Dia tak rela menjadi seperti orang lain di luar sana yang hidup membelakangkan agama..
Dia rasa dia selamat..


Tapi...
Benarkah dia sudah selamat?
Kenapa hati rasa semacam bila melihat umat semakin lupakan Tuhan, semakin tidak kenal islam, semakin tidak berbangga dengan islam!
Kenapa rasa ada hutang tak terlunas..
"Cukupkah aku baik sendiri dan membiarkan mereka begitu?"




......Itu, kisah mereka.... kisah kita, bagaimana?... =)


..Teman, muhasabahlah kembali hubungan kita dengan Allah.. Di mana Dia dan agamaNya kita tempatkan di hati kita...? 



Friday 2 December 2011

Harap Tenang, Ada Ujian "Special"


Kata orang, setiap orang yang berada di jalan dakwah ini, ada ujian ‘istimewa’nya masing-masing. Ada orang ujian istimewanya dari ibu bapanya yang tidak faham dan menghalang keberadaannya di jalan ini. Terutamanya akhwat, yang terpaksa minta pelepasan ibu bapa untuk keluar rumah berhari-hari namun sangat sukar, kerana setiap aktiviti dikongkong, akhirnya banyak terlepas program-program penting. Ada orang, ujian istimewanya di jalan ini, adalah karat jahiliyahnya yang ‘special’ yang benar-benar degil untuk disental yang melambatkannya di jalan ini. Ada orang, ujiannya adalah dari segi kewangan, bila nak pergi program pun terpaksa mengorek tabung dalam almari, mengira-ngira syiling yang ada, dengan harapan cukup untuk dibuat tambang bas ke KL. Apatah lagi bagi yang keluarganya lebih memerlukan, duit yang ada untuk program mungkin terpaksa dikorbankan untuk mengisi perut keluarga terlebih dahulu bila keadaan benar memerlukan. Benarlah, Allah akan menguji pada titik terlemah kita. Selagi titik itu tidak ditimbus sempurna, selagi itulah ujian akan datang dari titik yang sama. Sebab itulah kita tak surut diuji dengan perkara yang sama sejak dulu hingga sekarang.

Jika kita jenis ‘alah bisa tegal biasa’ bila diuji dengan masalah ‘kata-kata orang’, cemuhan, tentangan dan sebagainya di jalan ini, makanya, bukan ujian dari aspek itu yang Allah akan lebih-lebihkan untuk kita. Kerana kita sudah pun ‘setel’ bab itu. Sebaliknya, Allah akan uji dengan perkara yang benar-benar menguji kita. Sepanjang berada di jalan ini, tahukah kita apakah ujian ‘special’ yang di design oleh Allah khas untuk kita ketika ini? Jika tiada apa-apa masalah sepanjang berkecimpung di bidang dakwah dan tarbiyah ini, segalanya lancar gembira dan riang ria, maka sila rasa berdebar. Kerana mungkin ada yang tak kena. Tak kira lah positif mana pun kita hingga tak nampak sebarang masalah di jalan ini, pasti tetap ada sesuatu yang akan menguji kita di jalan ini.

Kerana jalan ini bukan jalan cuti-cuti New Zealand, yang ditabur bunga-bunga mekar ketika Spring, atau dihiasi bukit bukau menghijau sepanjang perjalanan diiringi dengan pemandangan lembu New Zealand hitam putih dan biri-biri putih gebu comel. Ia juga tak sentiasa efficient seperti sistem di New Zealand. Tapi, ia adalah jalan ke Kampung Jerong, Wakaf Tapai 20 tahun lalu ketika tiada jalan tar dan ‘hasil buangan’ lembu dan kerbau merata-rata tengah jalan dan tepi jalan, diikuti pula bau yang sungguh ‘mengasyikkan’ sebagai peneman sepanjang jalan tersebut dan ditambah pula tiada lampu jalan ketika malam. Boleh bayangkan? 

Oleh itu, jalan ini bukan jalan riang ria untuk yang mencari keriangan. Kerana syurga itu mahal harganya. Masakan syurga untuk orang yang sentiasa mengharapkan kelancaran dan keriangan di sepanjang hidupnya. Pastinya tidak! Jalan ini jalan kelukaan kerana manisnya di penghujung nanti, insyaAllah. Dan jalan ini jalan kecintaan di mana semua yang berada di atas jalan ini seharusnya hatinya penuh dengan cinta. Cinta sesama ahli jalan yang sama, cinta kepada yang diajak untuk bersama di jalan ini, cinta kepada perkara yang akan mendekatkan kita dengan Pencipta kita, dan pastinya cinta untuk yang paling Agung, yakni cinta terhadap Pencipta itu sendiri. Jika jalan ini jalan cinta, pastinya ia akan menguji, kerana cinta itu menguji, penuh dengan suka duka, penuh dengan perasaan, penuh dengan pengorbanan dan kadang kala air mata. Sama ada air mata keharuan mahupun air mata kelukaan.

Semakin diri cuba meneguhkan hati di jalan ini, semakin nampak apakah ujian istimewa yang mungkin Allah telah design khas buat diri ini, buat masa ini. Ya, benar teruji. Kerana ia masalah yang sama sedari dulu hingga kini. Yang menggoyahkan hati bila terpaksa memilih, ataupun mungkin tiada pilihan pun untuk memilih lantas terpaksa menerima dan redha. (ah, berbelit, pastinya memeningkan untuk yang sedang membaca). Bila sudah lancar tiada masalah dari keluarga, masalah lain pula menempel. Keluarga memang tiada masalah kerana umi cukup faham akan keterlibatan di jalan ini, walaupun dia bukanlah orang yang arif dalam urusan ad-deen ini dan tidak mengerti pun apa itu tarbiyyah, namun dia cukup memahami dan memberikan restunya buat anaknya untuk aktif tahap tak balik rumah sebulan sekalipun atas urusan DnT walaupun balik rumah cuma setahun sekali kerana belajar di negara orang. Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan seorang ibu yang begitu understanding dan sporting. Sudahpun memohon maaf dan sudahpun memohon restu dari umi. Umi memang faham, Alhamdulillah.

Namun, jalan ini bukan ‘murah’. Ada ‘harga’ perlu dibayar, ada ujian perlu dilalui. Ada masalah lain. Masalah yang memang menumpahkan air mata. Allah, betapa payahnya perjalanan aku untuk mendekatimu ya Allah. Betapa Engkau mengetahui aku ingin belari di jalanMu ini untuk mendekatiMu, betapa aku ingin menjadi penolong agamaMu bersama yang lain, betapa aku ingin menjadi penyambung, pewaris tugas mulia kekasihMu Rasulullah s.a.w. Namun ujian-ujian begini pastinya membuatkanku tersepit dan terperangkap di sini. Sedangkan aku ingin bersama mereka,ya Allah. Namun apakan daya, ujian setiap orang itu berbeza bukan? Bagiku, ini adalah ujian istimewaku. Maka aku redha andai ini ketentuanMu buat masa ini. Ya, buat masa ini,ye, Ya Allah. Takkan aku putus asa, tak akan aku biarkan diri ini begini tanpa ada ikhtiar sehabis ikhtiar. Semakin diri ini Kau uji di jalan ini, semakin ingin aku melangkah terus di jalan ini. Kerana aku yakin, ujian ini hanya untuk meneguhkan derapan langkahku di jalan ini, kan, ya Allah?

Jangan jadi seperti ini




Tapi jadilah seperti ini! Hoyeah!

Pastinya Kau sedang persiapkanku agar langkah ini tidak terlalu mudah hingga aku mengambil mudah akan keberadaanku di jalan ini. Oh ya, bukankah jalan ini begitu mahal hinggakan jalanku untuk ‘bertembung’ dengan simpang yang membawaku ke sini pun begitu penuh onak dan duri. Masakan begitu mudah perjalanan ini andai tawaran untuk melihat wajahMu menanti di penghujung?? Masakan jalan ini begitu mudah andai Rasul ku yang menanti untuk menyambutku di penghujung jalan ini?? Maka pastinya perjalanan ini menuntut segalanya dari diri ini, kerana syurga terlalu mahal harganya! Allah... Begitu kerdil diri ini, begitu hina diri ini.. Entah apa yang telah ku buat untuk menolong agamaMu ini..

Mudahkanlah urusanku bersama keluarga ku di sini ya Allah, agar aku mampu menghadirkan diri ke ‘taman-taman syurga’ itu, agar aku mampu meneruskan langkah ku ke depan, bukan berdiri di sini tak bergerak, agar aku mampu ‘berkerja’ bersama mereka. Namun Ya Allah, andai berada di sini lebih baik bagiku menurutMu, maka, tetapkanlah aku di sini, di ruang ini bersama keluargaku andai itu lebih baik bagiku. Mungkin saja waktu ini boleh ku gunakan untuk mempersiapkan diriku sebelum masuk ke IPG sebulan lagi. Mungkin saja masa ini Engkau mahukan untukku bersama umi ku kerana dia lebih memerlukan ku di saat ini. Mungkin saja waktu ini Engkau mahukan ku berada di sini, bukan di ‘taman-taman syurga’ atau ‘ladang-ladang dunia’ sana untuk ku pelajari sesuatu di sini. Apa pun ia, pasti ada yang Engkau ingin ajarkan padaku. Pasti ada tarbiyah dariMu, ya Allah.

Ampunkanlah diri ini atas kekhilafan dan ketidaksedardirian selama ini. Allahu akbar. Hati ini milikMu, anggota badan ini milikMu, jiwa ini milikMu, hidup ini jua milikMu.. Maka apa lagi yang ku harapkan, ya Allah. Segalanya milikmu, maka Engkau lah yang paling berhak menentukan apa yang patut ku lalui sekarang. Ampunkanlah diri ini, aku tidak kisah di mana pun aku sekarang asalkan redhaMu yang aku peroleh,ya Allah. Maka pandulah hati ini untuk membuat keputusan, tunjukkanlah jalan ya Allah, kerana aku tidak nampak jalannya kini. Jalan mana yang lebih Engkau redhai, maka jalan itulah yang akan aku ambil. Permudahkanlah, permudahkanlah, permudahkanlah ya Allah.. Amin...

Wednesday 30 November 2011

No Title



Allah, gembirakan ku dgn cintaMu.. 
Agar terisi hati ini dgn ingatan terhadapMu..
Hapuskan kesedihan dan kerapuhan rasa ini..
Agar kecekalan dan ketabahan menemani sepanjang perjalananku..
Isikan hati ini dengan rindu dan kasihkan syurgaMu..
Agar tak ku sesali sulitnya perjalanan ini..

Allah...
Penuhi jiwa ini dengan perkara yg membawa berkat dariMu..
Agar tak terbiar lubang-lubang di hatiku tak tertimbus..
Agar terisi kosong ini..
Agar terubat sepi ini..
Agar terawat dosa ini..
Di manakah cinta Mu yang kucari-cari ini, ya Allah..
Jangan Kau hijabkan ku dari mendapat cintaMu..

Allah..
Halusnya jiwa ini.. Mudah benar tersentuh..
Murahnya air mata ini.. Mudah benar mengalir..
Rapuhnya rasa ini,
Mencari-cari cinta dari Dia yang menciptakanku..
Apakah Dia masih melihat diri ini dgn pandangan kasih sygNya..
Ataukah tak sudi diri ini dipandangMu ya Allah..

Allah.. Sabarkan ku..
Sabarkan diri ini dalam mendepani karenah dunia..
Sabarkan hati ini dalam menanti syurgaMu..
Sabarkan hati ini menanti bahagia dariMu..

Allah, sabarkan hati ini..
Sabarkan hati ini dengan mengingatkan ku tentang cinta dan kasihMu..
Yakinkan ku pada janji-janjiMu..
Yakinkan ku akan cintaMu terhadap ku..

Dah Nak Balik Malaysia? **tiada perasaan**

Entry ini ditaip pada tarikh 23nov, 3 hari sebelum pulang ke Malaysia- =)

Malaysia, kami nak pulang ni~

Dah nak balik Malaysia~ Ya, ini serius, semua orang sedang kecoh-kecoh nak balik Malaysia. Sungguh, tiada apa yang nak dikecohkan balik ke Malaysia. Serupa gagak pulang ke benua, belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk, sirih pulang ke gagang (betul ke peribahasa ni?) Ada yang pompang-pompang (bunyi kecoh) tentang terpaksa berdepan dengan realiti system pendidikan di Malaysia yang dirasakan tidak setanding dengan sistem di sini (nz). Ada yang pompang-pompang (bunyi kecoh lagi) tentang nak ubah sedikit sebanyak sistem di Malaysia. (memang itu yang didoctrinekan terhadap kami di sini) Well I don’t have much to say about that.Semua orang akan ambil apa yang baik di sini untuk di bawa pulang ke Malaysia, insyaAllah. Semuanya bakal-bakal cikgu yang eager and enthusiastic towards literacy insyaAllah.

 Oh! Ada juga yang sudah pompang-pompang (bunyi kecoh lagi) tentang k.a.h.w.i.n? Oh saya sedikit allergic dengan kalimat ini buat masa sekarang.  T_T Setakat ini cukup satu dozen kenalan yang bakal kahwin akhir tahun ni dan Januari depan. Ada yang sama umur, tua setahun dua, tak kurang yang laaagi muda dari saya. (baiklah, tercabar). Ok, tutup topic kahwin di sini. Kita ada perkara laaagi besaaarrr nak bincangkan disini. Ya, semua orang sedang kecoh dengan banyak benda bila nak pulang ke Malaysia ni.

Tapi apa yang saya pompang-pompangkan pulak? (berfikir..) (perlu fikir lagi ke cik ira asdilla..?)
Em..Ye..Pastinya tentang kembali kepada realiti. Realiti apa pulak? Realiti sebenar umat di Malaysia. Kini bakal pulang ke medan sebenar. Tarbiyah di New Zealand bukanlah medan sebenar. Tarbiyah di sini ideal (oh, ini cliché) Does not matter, because that’s the fact. Indeed, tarbiyah di sini memang ideal. Nak ke halaqah berjalan beberapa minit dah sampai, nak mendekati adik-adik, pergi serbu tempat menginap diorang, dah boleh cekup barang sebakul dua atau borong secara pukal, tak payah fikir jauh-jauh. Nak entertain mad’u, banyak tempat menarik yang murah boleh bawak, semuanya dirasakan baru oleh mereka, kerana ini oversea, siapa lagi yang lagi expert dan banyak membantu jika bukan yang lebih senior di sini? Tak gitu? (senyum bangga*)

“Pang!” (Lempang diri sendiri) **Gosok-gosok mata** Oh! Dah nak balik Malaysia. Nak ke halaqah mungkin berpuluh batu, mungkin juga dalam bandar yang sama, tapi sila expect bukan di bandar yang sama. Tambang perjalanan untuk ke program, nak ziarah mad’u-mad’u yang duduk secara berselerakan dan bukan mudah nak ‘mencekup’ bila mereka asyik pulang ke rumah di serata Malaysia saban minggu. Nak entertain mad’u dan menambat hati secara kritikal pun sangatlah mencabar, nak bawa berjalan pun mereka dah berjalan lebih dari kita,mungkin? (oh!)

Masalah kewangan lagi sekali boleh menjadi isu berat buat sesetengah orang kerana sudah pulang ke tanah air, komitmen terhadap keluarga kekadang boleh menghimpit. Kalau di oversea, matawang tinggi,transfer duit ke Malaysia sikit pun, keluarga dah dapat agak selesa. Tapi di Malaysia, elaun pun tidak seberapa, nak ke program tak lalu nak mintak duit dari family kalau dah tahu mereka pun memerlukan. Elaun mungkin juga terpaksa diasingkan sedikit buat mereka. Belum masuk cerita tentang family yang tidak memahami ‘kegiatan’ ala CIA atau FBI ini (hoh??), ramai je akhwat terutamanya, yang tak dapat pelepasan untuk ke sana sini. Kata seorang murobiyyah, sila segerakan nikah dengan ikhwah bila sudah sampai di Malaysia nanti supaya tak perlu bergantung pada pelepasan parents lagi untuk keluar berprogram. Kesimpulannya, sila segerakan nikah. (err, ok, I rest my case!)

Oooohhh! Banyaknya cabaran? Sebegitu mencabarkah?? Sila tarik napas dalam-dalam, dan lepas. Macam ni.. Ingat tak kita ada Allah? =) Ha itulah dia penyelesaiannya! Apa jua yang datang, mehnah, ujian,test,obstacle,storm atau apa-apa perkataan yang membawa sama maksud, SEMUANYA datangnya dari Allah, dengan izinNya. Makanya, penyelesaiannya juga dari Dia dengan izinNya. Jangan segan-segan silu untuk meminta petunjuk dan ilham dariNya. Jangan malu-malu kucing untuk memohon kepadaNya agar ditetapkan pendirian kita di jalan ini dan dipermudahkan urusan kita untuk kita menolong urusan agamaNya. Biiznillah, segalanya khair,insyaAllah.

Saya? Erm.. Taknak fikir lebih, nak buat je. Fikir lebih-lebih, tak kemana. Tapi sila fikir strategi yang penting untuk overcome cabaran yang paling possible and likely to happen setibanya di Malaysia nanti. For example, sila menabung dari sini untuk spare sikit duit tambang ke sana sinun pergi program yang bertali arus setibanya di Malaysia nanti. Yang lain, agak tak larat nak fikir, terutamanya masalah family yang tak berkesudahan. Allah nak bagi pahala lebih atas kesabaran dan berlapang dada, mungkin? InsyaAllah, mudah-mudahan.. =) (senyum aje, walau berdarah menitik-nitik di dalam jiwa =] )

Kita tengoklah nanti macam mana kesinambungan perjalanan tarbiyah ini di Malaysia nanti.. =)
“Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati ini di atas jalanMu dan tetapkanlah hati ini atas ketaatan kepadaMU, amin...”

Monday 28 November 2011

Duniawi oh Duniawi~

Picture of A hand holding the world safe
Dunia dalam genggaman kita atau kita dalam genggaman dunia?

Kita bercakap tentang duniawi sekarang. (hoh?) Sebelum pijak kaki ke dunia tarbiyah hatta kini dalam dunia dakwah tarbiyah, minat ini tidak pernah berubah. Ini list yang saya jumpa, ditulis masa sekolah menengah dulu, form 1 mungkin. Still applicable until now... Oh, memang duniawi~

To Do Before 30~

1.  Paragliding/skydive/free fall (terjun pakai payung terjun dari kapal terbang tu)
2.Bungy Jump
3.Mendaki Gunung Kinabalu (Everest tak mampula pulakkk)
4.Main mountain bike (naik kat trek gunung/bukit, awesome)
5.Pergi Safari Africa, skodeng singa, harimau, cheetah
6.Survive dalam hutan 10 hari tanpa keluar (maximum seminggu je kot pernah buat zaman pengakap tegar dulu) 
7.Oh, juga bercita-cita nak rock climbing belakang air terjun yang best. Sambil panjat boleh mandi air terjun sekali. (Jangan bagi air terjun niagra, itu bunuh diri)

Ini juga kepuasan duniawi saya (Err..)

1.Jungle trekking
2.Archery (memanah sunnah Rasulullah =] )
3.Hiking
4. Rock climbing/wall climbing
5.Extreme water rafting
6.Abseiling

      Kalau perasan, dalam kedua-dua list, tiada aktiviti seperti scuba diving, surfing atau yang sewaktu dengan air laut. Oh, kerana saya tidak suka main laut atau pulau. Tengok laut boleh, tapi saya kurang minat aktiviti laut. Sungai dan air terjun sangat suka. =))

Kenapa dikatakan duniawi? Salahkah melakukan semua itu? Sebenarnya semuanya tak salah pun, boleh saja dibuat, semuanya menuju kepada qawieyul jismi, salah satu muwasofat individu muslim. Iaitu sihat tubuh badan, cergas dan cerdas. Cuma, rasanya kita boleh nilai sendiri, apakah nilai semua aktiviti itu di sisi Allah. Bahkan, setiap apa pun yang kita lakukan, harus kita fikirkan nilaiannya di sisi Allah kerana sekecil-kecil benda akan dihitung oleh Allah. Dan agar kita tidak melakukan sesuatu yang sia-sia yang tidak mendatangkan untung di akhirat, sedangkan hidup kita di dunia adalah untuk kita tuai hasilnya di akhirat, tak begitu? Kalau nak buat, buatlah, asal tidak berlebihan dalam sesuatu urusan. 

Semoga masa yang diperuntukkan untuk aktiviti itu tidak lebih dari yang sepatutnya, kerana masa yang lebih penting adalah untuk pembinaan ummah. Seiring membina peribadi diri sendiri, kita juga membina ummah. Sepatutnya itulah passion utama kita. Itulah sepatutnya menjadi passion utama saya. Tapi apakan daya, saya sendiri masih berusaha untuk bercinta dengan sebenar-benar cinta dengan dakwah ini, dengan tarbiyah ini.

dakwah-itu-cinta2
I loooveeeee dakwah!

Memang benar saya sudah jatuh cinta dengan dakwah tarbiyah once upon a time dulu, tapi saya angan-angankan cinta saya ini boleh menjadi kuat dan menguntum mekar seperti mana cinta saya terhadap apa jua kecintaan lain. Saya klaim saya meletakkan dakwah dan tarbiyah saya yang paling teratas dalam apa jua urusan kehidupan saya, tapi benarkah? Risaunya sekadar sanggup bersusah payah demi DnT di mulut tapi tidak sanggup bila dituntut lebih, nauzubillah.

Namun saya bersyukur Alhamdulillah. =) kenapa? Kerana saya sudah tiada masa untuk melakukan semua aktiviti-aktiviti begitu lagi!.. (Oh? Apa maknanya?) Maknanya saya disibukkan. Dan saya tahu kenapa saya tiada masa untuk melakukan semua itu. Bukan kerana sibuk study, bukan kerana assignment, bukan kerana sibuk shopping atau baking atau apa-apa saja.

Alhamdulillah kerana tuntutan dari DnT lebih kuat menuntut masa saya. Sehinggakan perkara-perkara yang saya cinta sangat itu pun terpaksa saya tolak tepi. (sedih jugak sebenarnya. Ok, memang sedih sebenarnya. Bukan sedih ‘jugak’) Namun, indahnya, kerana kepuasan lain yang saya peroleh. Benar, saya puas bila hiking, saya puas bila terjun tebing tinggi, saya puas bila daki gunung, saya puas masuk hutan, berjalan dalam selut, lawan arus sungai guna tali sampai hampir lemas, saya memang puas dengan semua itu. Tapi, subhanallah, sedih macam mana pun saya bila terpaksa tolak banyak peluang sebegitu kerana menyahut seruan DnT, semuanya terubat dengan kepuasan berkorban kerana memilih untuk ‘mengambil hati’ pencipta saya. Subhanallah. Sungguh perasaan itu tiada tandingannya, bila bersakit kerana Allah, bersabar kerana Allah, bersedih kerana Allah. Bila apa sahaja yang kita sanggup lalui kerana Allah. Ia perit kadang-kadang, terutamanya untuk membuang karat-karat jahiliyah tertentu. Bukan mudah, kerana jalan ini jalan kelukaan, bukan jalan 'cuti-cuti Malaysia' dan yang sewaktu dengannya. Tapi, dakwah itu cinta, dan cinta menuntut segalanya dari kita. =)

Di syurga nanti (mudah-mudahan Allah masukkan saya dan orang-orang tersayang dengan rahmat dan kasih sayangNya), di ‘sana’ nanti, saya boleh mintak pada Allah banyak-banyak  untuk buat bungy ke, skydive ke, hiking ke atau apa-apa aja yang saya terlepas di dunia ini, hehe.. =) Pasti lebih bermakna dan tidak mampu dibayang, bukan? (senyum meleret lagi) 

Oleh itu, janganlah awak-awak semua sedih kalau tak dapat buat perkara yang awak-awak semua minat di dunia ini. Kalau kat dunia ni minat sangat menari zapin tapi lepas kenal tarbiyah kena tinggal 100 peratus sebab daie tak menari and menari depan bukan muhrim berdosa, janganlah sedih. Kalau di dunia ini minat sangat main futsal dan bersukan tapi lepas kenal tarbiyah, tak sempat lagi nak buat semua tu sebab sibuk dengan DnT, janganlah sedih. Kalau di dunia ini minat sangat makan prosperity burger McD yang sangat sedap tu, yang setahun sekali je ada tu, yang memang sedap tu, tapi lepas kenal tarbiyah tak boleh makan dah McD sebab boikot demi saudara kita di Palestine, janganlah sedih. Kalau di dunia ini kita suka sangat menulis, cerpen, novel, tapi dah tak ada masa lepas kenal tarbiyah, janganlah sedih. Apa-apa pun yang kita terpaksa tinggal di dunia ini walau suka macam mana pun, kerana Allah, usahlah bersedih. Kerana Allah mengangkat darjat kita di sisiNya sejajar dengan sebesar mana pengorbanan perasaan kita keranaNya. Indah bukan? =)

Eh tapi jangan salah faham pula, berada dalam sistem tarbiyyahh tidaklah menghalang kita dari meneruskan passion kita, cuma tarbiyyah bantu kita salurkan pada tempatnya yang betul. Aktiviti2 yang saya minat di atas boleh je buat, cuma bukanlah berlebihan. Dan letaklah ia pada tempatnya yang betul. Kot tengah nak gi daurah ada orang ajak gi hiking, takkanla nak gi hiking dan tinggalkan daurah? Cuba buat hiking sebagai aktiviti muayasyah dengan mutarabbi/akhwat lain dan sebagai aktiviti qawiyul jismi, kan ke elok tu..? :)

Mudah2an Allah pandu setiap langkah yang kita ambil agar berada dalam redhaNya.. :)

p/s: Sekadar share sebab jumpa list tu tadi, uhuk uhuk~~

Ini jalan-jalan mereka~

Rotoroa ke Taupo ye ni?

Alhamdulillah, selamat sudah jaulah keluarga di NZ. Perasaan? Pancit. Ini serius, seminggu menjadi tourist guide, jadi co-driver yang tidak dapat tidur dengan keadaan demam, batuk dan tiada suara, memang ‘membunuh’ dari dalam. Alhamdulillah lagi, ada perkara yang Allah nak tarbiyah awal-awal lagi sebelum bermula jaulah pusing north island of nz ini.

Van sewa kami kene pecah cermin tingkap dan GPS kena curi. (oh, sounds cool). Lepas subuh, turun ke roadside depan hotel Quadrant, tempat parking Estima, cik nadzirah call saya suruh pergi ke tempat van. Setibanya di tempat kejadian. Saya hanya mampu tersengeh-sengeh seperti kerang busuk melihat tingkap yang dah pun tinggal berkeping-keping atas seat kereta dan atas jalan raya, disambut pula berita kehilangan GPS yang lebih kurang 200-250dollar, saya gelak kecil. Cik nadzirah pun senyum saja. Bukannya tak susah hati sebab banyak duit nak ganti. Dahlah itu Estima sewa dari kedai, lagilah risau sebab harta orang. Tapi, ingatkan diri dengan hadis nabi yang kata, orang beriman memang ajaib. Bila menerima kebaikan, mereka bersyukur, kerana itu baik bagi mereka, bila ditimpa ujian, mereka bersabar kerana itu pun baik bagi mereka. Apatah lagi, itu ujian harta benda yang nilainya Cuma tinggi di dunia sahaja. Walaupun kami masing-masing baki sudah surut dalam bank, Cuma tinggal peruntukan untuk bawa keluarga berjalan-jalan sahaja, tapi entahlah, tiada kerisauan di hati ini.

Mungkin kerana itu cuma duit. Duit itu pun rezeki dari Allah. Duit cumalah not-not kertas yang berpusing-pusing bertukar tangan dan bertukar tuan di merata-rata tempat. They are passed around sahaja dan tak sampai ke kubur kita. Berapa yang pergi dari kita, bukan permasalahannya, tapi ke mana duit itu pergi, itu yang penting. Kerana duit akan tetap keluar, akan tetap pergi ke sana sini, Cuma kemana ia pergi yang harus kita risaukan. Risau jika ia mengalir kearah maksiat. Rasulullah kata satu riyal yang terselamat dari jalan maksiat itu lebih baik dari banyak-banyak riyal yang kita sedekahkan. Kenapa? Kerana yang kita sedekahkan itu sunat, tapi maksiat itu dosa. Dosa dilakukan, membawa musibah, sunat tidak dilakukan tidak apa-apa. Tiada musibah. Cuma lebih baik jika dilakukan. Nampak?

Di tempat parking itu juga saya bermuhasabah (walaupun dalam keadaan tersengeh tadi, tapi kita muhasabah) “Apa yang Allah nak tarbiyah aku di pagi hari ni?” Yang terlintas di hati saya, Allah cuma mahu saya ingat kepadaNya seperti mana saya selalu ingat kepadaNya sebelum family saya dan family cik nadzirah tiba di Auckland. Supaya tidak ‘seronok’ sangat. Bila family datang, mungkin kami sedikit lalai, kerana asyik melayan family, dan mungkin terabaikan hak Allah yang lebih utama. Bila family datang, mutabaah amal sudah tidak terjaga seperti sebelum ini ketika bersama akhwat lain. (yes, I know, not cool).

Jadi kami terus maklumkan pada family pertukaran plan, kerana perlu ke Balai Polis dan buat report, dan tunggu kedai kereta buka kedai pukul 9 pagi untuk hantar kereta tersebut dan setelkan apa yang patut. Jaulah kami setelah itu Alhamdulillah lancar seperti yang diharapkan. Yang manisnya, sangat terasa ayat Allah dalam surah al-Insyirah “fainnama’al ‘usri yusro” itu sangat dekat dengan diri ini. Sepanjang perjalanan, banyak yang Allah murahkan rezeki, dari accommodation yang best sangat-sangat, tiket masuk ke tempat-tempat tertentu yang juga banyak diskaun yang tak dijangka, tukang jaga tiket yang tak berkira dan bagi murah lagi, dan macam-macam. Boleh je kalau Allah nak lapangkan rezeki di mana-mana bukan? Subhanallah.

Terjunan tak berapa maut

Dan....Akhirnya, saya berkesempatan untuk melaksanakan impian saya untuk berbungy jumping di New Zealand. Dari kecik bercita-cita untuk bungy jumping, Allah izinkan untuk saya buat bungy jumping di Taupo dengan ketinggian 47meter. Ya, tak tinggi mana pun, tapi itu je yang ada di kawasan itu. Tempat lain jauh sangat pulak kena pergi naik flight segala.

terjun gaya akhwat

ini ketinggian dari atas (cik puan umi sebagai model sampingan)


Perasaan buat bungy? Alhamdulillah, kinda awesome~ Saya menjangkakan thrill yang dasyat, tapi bolehla, not bad, walau tak sedasyat yang di expect (walaupun ketika itu sudah ada di bucu tebing yang tinggi dan pandang ke bawah yang sayup-sayup nampak pemandangan bawah dan get ready untuk terjun je). Namun hati rasa ok lagi, a bit nervous, but not too much. Adrenaline tak berapa nak rush lagi. Entahla apa yang saya fikir. Orang sebelum saya setengah jam sebelum itu menjerit dengan sangat kuat, walaupun lelaki, tapi mungkin dia menjerit seronok? ~~Saya pun seronok juga, tapi harusla tawakal kepada Allah dan nak jaga keakhwatan (haha) jadi saya tenang sajalah. Bak kata puan umi dan cik nadzirah, saya takutkan benda yang orang lain tak takut langsung pun, iaitu _____ (sila isi tempat kosong). Satu benda ni, insyaAllah saya boleh heart attack dan paranoid hatta fobia berdepan dengan perkara tersebut. Boleh menjerit dan memang hilang cool lah!

(ya,ya, silalah teka apa pun, tidak akan dapat teka,kecuali yang rapat dengan saya yang tahu). Lipas? Cicak? Cacing? Ular? Tidak sama sekali. Yang pasti, ia memang tidak logik ditakuti oleh orang yang suka benda extreme. Apakan daya, Allah mencipta hambanya dengan sangat spesifik, detail dan sangat terperinci sampaikan tiada cop jari yang sama. Begitu juga dengan kelebihan dan kelemahan hambaNya. Saidina Umar yang sangat keras tetap lembut hatinya sebenarnya. Apatah lagi saya yang kononnya extreme dan daring ini pun tetap takutkan ______ (sila isi tempat kosong lagi sekali).

Tapi saya bersyukur sempat buat bungy jumping sebelum pulang ke Malaysia, walaupun tidak berkesempatan untuk buat skydive (translate: menyelam di langit) atau free fall dari 10 000 kaki dari aras laut, kerana tiada rezeki untuk bayar 300lebih dollar, kerana masih ada perkara penting yang saya perlu buat dengan duit sebanyak itu. Maka saya tangguhkan dulu plan nak buat skydive/free fall tu. Mungkin boleh buat ketika datang NZ untuk graduate akan datang,jika ada rezeki lagi? (kenyit-kenyit atau wink2!)

Terjun bungy ala akhawat

Dan Alhamdulillah juga saya berjaya untuk terjun bungy dengan qudwah, haha. Tiada dalam perancangan pun nak terjun macam mana, tapi masa terjun, tak rasa nak jerit or keluar suara. Ok la kan diam je masa terjun bungy, baru akhwat (eheh). So saya rasa saya berjaya terjun bungy gaya akhwat sebab tak jerit, cuma tawakal sajalah pada Allah, dan menikmati pemandangan yang tak nampak macam pemandangan ketika terjun sebab kedudukan yang upside down dan kelajuan yang sangat tinggi itu.

Ibrah? Meningkatkan iman kerana tawakal yang tinggi kepada Allah. =) (Haha macam nak sedapkan hati je ni sebab buat benda yang kurang aula) ;P

Yep, that's all folks, moga senantiasa istiqamah dalam usaha mendekati Allah.. =)

Ini Cerita Biasa, Jangan Baca


Once upon a time........
______________________________________ 

Bismillahi Rahmani Rahim..

Alhamdulillah, alhamduillah, Alhamdulillah..

Permusafiran bermula!


Bermula dari Auckland, ke Ruapehu untuk bagi daurah untuk adik-adik Welly dan terus ke Wanganui untuk mukhayyam askari adik-adik Auckland.

Permusafiran hari ini diteruskan ke Palmerston North dengan menaiki kereta dengan Kak Pi yang baru tiba di Wellington semalam dan dipandu oleh Kak Khuzai. Mengambil tempat di belakang mendengar nasyid, zikir, memerhatikan, mentadabbur alam di sepanjang perjalanan. Tiba di sebuah pemandangan, melalui sebuah pantai.. Subhanallah.. Pemandangannya cantik, bercampur sedikit takut. Ombak-ombak besar menghempas pantai taat dan patuh pada ketentuan Pencipta-Nya boleh saja mengganas tiba-tiba andai itu ketentuan dari Pencipta-Nya. Sedetik teringat akan gempa bumi di Taupo 2 hari lepas dan gegaran di Auckland beberapa hari sebelum itu ketika diri ini masih di Ruapehu menyahut seruan dakwah di sana. Teman-teman seperjuangan sempat merasakan gegaran di Auckland untuk beberapa ketika itu. Allah masih belum memilih diri ini untuk merasa mana-mana gegaran. Moga gegaran-gegaran itu mampu meningkatkan iman teman-teman seperjuangan yang merasakannya ketika itu.  Begitu juga ombak-ombak besar yang baru dilepasi tadi, boleh saja membaham kami yang kerdil melalui jalan itu andai berlaku gegaran yang mengakibatkan tsunami.  Allah masih sayangkan kami, hingga saat ini kereta kami masih lancar meluncur jalan ini.

Bebekalkan niat yang lurus dan mengharap redhaNya semata (mudah-mudahan), kami merentasi daerah-daerah, negeri-negeri, bertebaran di bumi Allah ini melaksanakan syahadatul haq kami. Moga-moga benarlah lurus niat kami dan benarlah ikhas kami sekadar mengharap redha Allah. Permusafiran dari Welly ini menuju ke Palmy biasanya mengambil masa 2jam untuk mengambil mad’u-mad’u di Palmy untuk dibawa ke mukhayyam askari di Wanganui. Namun dari Palmy, akan sendiri mengambil bas untuk ke Wanganui kerana kereta hanya cukup-cukup untuk membawa adik-adik Palmy tersebut. Kak Pi dan Kak Khuzai akan memandu kereta membawa adik-adik tersebut dan saya akan mengambil bas sendiri ke Wanganui dan menunggu ketibaan orang-orang Palmy dan Auckland di sana mungkin 6 atau 8 jam. 6 ke 8 jam itu lama untuk menunggu tanpa berbuat apa-apa, maka saya sudah merancang untuk mengisi masa tersebut dengan memikirkan perjalanan program nanti, memperkemaskan lagi perancangan pelaksanaan program tersebut. 

Mungkin saya boleh mula berfikir dan mencatat rules, peraturan-peraturan untuk jundi-jundi tersebut sepanjang mukhayam askari tersebut. Harapnya watak sebagai kem komanden tidak membuatkan mad’u-mad’u itu merasa janggal dengan saya selepas ini. Tegas tapi penyayang. Itu yang kita mahukan. Hadaf untuk mukhayyam ini adalah untuk mendisiplinkan mereka kerana mereka adalah jundi in the making!
Mungkin juga masa boleh diisi dengan murujaah , hafazan, atau membaca. Perjalanan terhenti seketika di stesen minyak, diteruskan dengan segelas kopi cappuccino sebagai bekalan sebelum berhenti ke perhentian seterusnya... =)
.............................................


11.30 am, tiba di Palmerston North
Tiba di rumah akhawat, tapi tuannya tiada, kerana berpogram di Wellington (di rumah yang baru saya tinggalkan sebentar tadi) dia sekadar memberikan kunci rumah untuk digunakan rumahnya, untuk memasak, buat adik-adik2 Palmy yang bakal tiba sejam lagi dari Dunedin. Berjalan-jalan mencari bahan masakan, perut sangat terasa laparnya. Cream Puff dan roti croissant dibeli buat alas perut. Pukul 12 bergerak ke airport mengambil adik-adik dan seterusnya saya dihantar ke stesen bas pada pukul 12.30pm.
...........


Saya sendiri, mereka ramai, bertatu dan merokok?

12.15pm
Menunggu bas ke Wanganui, sendiri, lone ranger.. =)
..........................................................

2.15pm, tiba di Wanganui, travel centre.
Ya, tiba memang awal sebab memang ini je bas yang ada untuk ke Wanganui, mereka yang lain akan tiba lepas isyak, yakni malam ni. Travel centre ini tutup pukul 4 and it’s raining outside. Boleh tahan lebatnya pula tu. No idea where to go, sebab ini kawasan kilang-kilang, agak tidak logik kalau mahu menceroboh kilang-kilang untuk berteduh. Adakah ini bermakna terpaksa menunggu mereka datang ambil lagi 6-8 jam di luar dalam hujan di musim sejuk?  Ya, ini tarbiyah dari Allah. Jalan dakwah bukan untuk orang yang manja. Bila lagi nak merasa? Sememangnya sudah cuba bersedia dengan apa jua kemungkinan, tapi ini ujian untuk jundi-jundi Allah. Kerana saya perempuan, maka ada yang perlu dirisaukan. Tadi sebelum bertolak dengan bas, berada di bas station yang ramainya orang-orang yang saya kira agak menakutkan. Bertatu, merokok dan bercakap bahasa mencarut, lelaki dan perempuan. (T_T)

Memang kita tak boleh duga hati manusia dari luaran mereka, tapi saya kira orang-orang yang berada di stesen bas intercity Palmy tadi, cukup untuk membuat seorang akhawat sedikit risau dan terfikir akan kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi. Tapi hati tetap tenang mengatakan “Allah ada untuk menjagaku, sungguh Allah tahu kerana apa permusafiran ini ku lalui”. Alhamdulillah tiba di Wanganui travel centre pukul 2 suku tadi. Kini sedang memikirkan ke mana hendak di tuju mencari tempat perlindungan dari hujan lebat dan kesejukan di luar selepas centre ini tutup pada pukul 4 ptg. Dijangka akhawat lain tiba lebih kurang pukul 10 mlm untuk datang pick up di sini. Hum, ok, kita tgk apa rencana Allah seterusnya. Wassalam.

ini gambar hiasan-bertatu dan merokok~  ............................................................


Alhamdulillah3, Allah telah mengilhamkan untuk cuba check in ke accom ini sendiri without waiting for the rest of akhawat to pick me up there at the travel centre. Walaupun tak pernah sampai di sini sebelum ini dan tak ada idea langsung di mana tempat kem tersebut, tapi ada baiknya saya cari sendiri tempat tu instead of tunggu mereka datang ambil saya pada pukul 10 malam nanti. Dan Alhamdulillah, 1 demi 1 yang Allah permudahkan. 

Bermula dengan ilham untuk bertanya pakcik di travel centre tu tentang taxi menuju ke campsite ini, seterusnya layanan baik pakcik tu yang sangat membantu, perbualan panjang dengan pakcik tu menceriakan hati ini, kerana dia pun ceria, seterusnya abang driver rock yang baik hati, ramah dan menghormati perempuan muslim seperti saya, (hati saya ceria lagi =)], dan seterusnya tiba di campsite ini disambut dengan senyum manis makcik host campsite ini, diberi masuk dulu walau akhawat yang in charge belum tiba lagi, tapi diberi masuk dulu ke dewan yang ada dapur, diberi teh, sedikit snack, buah, coklat, susu, gula dan ditawarkan majalah-majalah sementara menunggu akhawat-akhawat lain yang tiba malam ini. Walaupun badan sedikit letih dan tidak dibenarkan untuk masuk bilik berbaring-baring, sebelum in charge person datang, saya kira itu semua sudah cukup baik untuk saya. Alhamdulillah, sungguh Allah Maha Penyayang. Bantuan Allah ada di mana-mana. Kan saya dah cakap. =)

Ini kisah pakcik

Seterusnya, sedikit tentang isi perbualan bersama pakcik di travel centre tadi. Subhanallah.. =) saya memang suka mengumpul pengalaman orang luar, mendengar tentang sesuatu yang bernama kehidupan. Pakcik tersebut, setelah menelefon campsite ini untuk memaklumkan ketibaan saya (walaupun itu bukan salah satu tugasnya), dan seterusnya menelefon taxi untuk saya, pakcik yang ceria yang kelihatan berumur awal 40an itu menilik sedikit lama muka ini hingga saya tertunduk sedikit sekadar menjaga dari dipandang. Sedetik, dia bertanya

“May I know where you come from?”
Saya tersenyum.

“You mean here in New Zealand or my home country”

“Both”. 

Well...I’m travelling from Auckland to meet my friends here for a gathering and I’m from Malaysia, my home country”. Saya senyum lagi memandangnya, 

Kelihatan satu senyuman bermakna di bibirnya. Tidak pasti untuk apakah senyuman itu, kerana seolah membawa satu maksud. Seketika, dia bertanya lagi

“Which part in Malaysia?” 

“Terengganu”, jawab saya. “Do you know where it is? You’ve been in Malaysia?” Riak muka saya ceria lagi. 

Senyum. Lagi. Mungkin dia pernah berada di Malaysia sebelum ini. Somehow, senyuman itu seperti berat. Seperti senyuman yang ada kelat ada pahit.

“I’ll show you something”
 Tiba-tiba dia bersuara dalam senyuman itu.

Sambil mengambil satu fail di mejanya, membelek-belek di bahagian belakang fail itu, kelihatan seperti fail kerjanya. Sekeping gambar dikeluarkan. Gambar seorang perempuan bertudung duduk di atas kerusi depan meja, kelihatan seperti di pejabat. Berpaling dan tersenyum, di dalam gambar itu. Kurus. Berbaju kurung, bertudung selimpang seperti kebanyakan gadis di Malaysia. Diri ini terdiam tatkala memerhatikan insan di dalam gambar itu. Menanti kata-kata dari pakcik itu.

“That’s my lady”
“She’s from Malaysia, Kota Bahru”. 

Sedikit terkejut. Kagum.

“She’s your.....?”  Tanyaku lagi untuk kepastian.

 “Yep, she’s my lady. We were together. For quite many years.”  katanya memulakan cerita.

* Note, dia menggunakan present tense ketika mengatakan “she’s my lady” walaupun dah beberapa tahun mereka berpisah. Maknanya, dia masih menganggap wanita itu sebagai kekasih hatinya walaupun dah bertahun berpisah.

“ohh...” Saya tersenyum kagum+curious sambil memandangnya. 

Gambar hiasan (Pakcik Nicholas Cage)

“I lived in Singapore many years ago, and crossed Malaysia quite often. Do you have Cosmopoint College in Malaysia?” Dia bertanya pada saya.

 “Yep, we do have that.” Jawab saya sambil tersenyum lagi.

“Well, she’s a lecturer there, at the college”. 

“Oohh....she’s a lecturer there..”  Saya berdialog sendirian.

“She’s really a nice lady, I really can’t forget her, but the family, her family doesn’t like me, they don’t like me at all. She was forced into a marriage, she didn’t want to. But the family doesn’t like me. I tried, but it was really hard..” 

Ada riak sedih di wajahnya. Kelihatan memang dia masih sakit dengan peristiwa itu.

“That is.. sad.." kata saya, memang memaksudkannya.

 Riak muka saya sedikit muram mendengar ceritanya. 

Kota Bahru is not too far from my hometown, Terengganu, they are both at the east coast side of Malaysia. And yes, the families at the east coast of Malaysia, they are more conservative compared to the west side of Malaysia. Interracial marriage is not really common at their places, it is not really acceptable there, it’s hard.” Terang saya padanya.

 Tumpang simpati dengannya yang mungkin kurang faham yang perempuan islam memang susah diterima kalau memilih lelaki bukan islam.

“Yes, Kelantanese, I know. And I know quite a lot about Malay, Malay’s lifestyle, we were together for two years, she’s a really nice lady, really pleasant. I was going through quite a hard time.”  luah dia lagi dalam gelaknya yang terlalu nampak dibuat-buat. 

Gelak palsu untuk menutup kesakitan. 
Mendengar cerita pakcik itu, semakin berminat untuk tahu, lalu saya bertanya,

 “Where and how did you know her?” 

“At the post office. We bumped into each other” 

“So..are you still contacting each other or you have lost contact with her?”  Tanya saya lanjut.

“No, no, we have lost contact for years, I tried to catch up with her, but the family really doesn’t like me, we have lost contact with each other for years and I tried to find her again, but I only know that she’s now in Malacca. I couldn’t do anything, I can’t find her contact details. Found one of her family members on the facebook but couldn’t do anything bout that, they hate me. Yeah, I was going through a hard time, to forget her. She’s really nice. Really nice. 

“ooo..” Panjang simpati saya terhadapnya. Ingin bertanya lebih lanjut, tapi teksi saya dah sampai.

“Well, your taxi is here, I hope you really enjoy your journey, have fun, take care, you are lovely, nice young girl. Hope to see you soon”

Katanya dengan senyuman yang menyenangkan sambil merenung muka saya agak lama dan seolah ingin mengatakan sesuatu. Saya sendiri tidak pasti.

“Thank you very much for your help, hope you find your happiness soon, take care too and see ya”. 
Menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya, ikhlas. Mengharap orang sepertinya juga mendapat bahagia itu. 

Cinta apa ini?

Hum.. Kagum. Dia mencintai gadis Melayu itu. Masakan tidak, bertahun terpisah, gambarnya masih disimpan di dalam fail kerjanya yang hari-hari dibukanya. Sedikit kagum. Cinta apa ini? Kurang faham. Dia lelaki barat bekulit putih berambut perang, mencintai seorang perempuan Melayu Islam sebegitu rupa. Tak faham. 

Usai bersembang dengan pakcik tersebut, saya menuju ke teksi saya,kelihatan seorang lelaki muda keluar dari teksi tersebut, dengan gaya rambut dreadlocknya, pakaiannya ala reggae, Bob Marley, dia tidak begitu muda. Tekaan saya dalam lewat 20 an memasuki 30an. Mungkin juga sudah mempunyai keluarga sendiri.

...Abang rock dengan rambut dreadlocks~ (John Butler)

“Heyy there!” Sapanya ceria seraya keluar dari tempat duduk pemandunya dan menuju ke tempat duduk penumpang di belakang.

“Hai!” Balas saya dengan senyuman. Etika orang putih ni memang ceria dan berbudi bahasa. 

Seterusnya, lelaki rock tu membukakan pintu belakang untuk saya, memasukkan luggage saya dan bertanya

“Are you going to sit at the front or at the back? which makes you feel more comfortable?” Soalnya pada saya.

 “Errm, can I just sit at the back?”  Pinta saya dengan baik.

“Yup, sure, of course!” Tersenyum.

“Is it ok?” Tanya saya sekadar berbasa-basi.

 “Yeah,of course! Definitely!” 

Ceria wajahnya, walaupun berambut panjang, gaya dreadlock. Memasuki teksinya, dia menutupkan pintu teksinya untuk saya. Penuh sopan. Penuh hormat. Itu memang budaya orang sini. Penuh etika ketika bekerja. Bukan tak ada yang tak beretika, cuma agak susah sedikit nak mencari orang-orang sebegitu. Kebanyakannya semuanya baik-baik belaka. Selesai dia duduk di tempat duduknya, memasang tali pinggang keselamatan, dia berpaling ke belakang memandang, seraya bertanya

“So! Where are we heading to now?” 

Terus saya hulurkan telefon bimbit saya, menunjukkan alamat campsite yang tertera di skrin telefon bimbit saya.

“Yup, here’s the address. Is it far from here? How long is it going to take for us to arrive there?” 

Part ini yang saya suka. Dengan sangat berhati-hati, dia mengambil telefon itu dari tangan saya dengan mengelak dari tersentuh kulit saya. Dipegangnya bahagian telefon itu yang tidak dipegang oleh saya, sedangkan saya lihat itu satu kesukaran sedikit buatnya untuk berbuat sedemikian. Kerana tangannya besar, ruang untuk mengambil telefon saya tanpa tersentuh kulit saya agak terhad. Tapi, subhanallah, saya bersyukur, kagum pun ada.

Saya terfikir, mungkin itu tidak disengajakannya, mungkin dia tidak terfikir pun tentang itu. Tapi setelah sampai tadi, bila saya nak membayar tambang teksi menggunakan eftpos (sejenis kad debit) dia menekan-nekan butang pada mesin kecil eftpos itu dan dihulurkan pada saya, kali ini sengaja saya perhatikan bagaimana dia akan menghulurkan mesin kecil itu dan mengambil kad dari tangan saya, adakah dia akan hulurkan saja dan ambil saja kad saya tanpa berfikir apa-apa atau sebaliknya. Subhanallah, sekali lagi, saya perhatikan bagaimana dia berhati-hati menghulurkan mesin itu dengan hanya memegang sebahagian kecil saja bahagian atas mesin kecil itu dan meninggalkan ruang yang agak selesa untuk saya sambut mesin itu tanpa saya perlu bersusah-susah mengelak dari tersentuh tangannya. 


Dan perkara yang sama berlaku ketika dia mengambil dan mengembalikan kad debit saya itu. Serasa saya, saya dah cukup banyak pengalaman menghulur,mengambil,menyambut kad, duit, baki duit tambang dan segala bagai, antara saya, perempuan muslimah dan lelaki asing, untuk saya bezakan bagaimana orangnya yang tidak endah ketika hulurkan atau ambil duit,kad,dan sebagainya, dengan orang yang menjaga untuk tidak tersentuh kulit. Saya tidak tahu lelaki itu tahu atau tidak tentang hukum dalam islam, tapi saya dapat merasakan dia mempunyai rasa hormat ketika berurusan dengan seorang perempuan islam bertudung. Perbualan kami di dalam teksi pun terhad kepada perkara-perkara biasa dan sepanjang perbualan itu sangat nampak dia seorang yang menghormati orang lain. Lagi sekali, syukur alhamdulillah..
....................................................

Hinggalah akhirnya tiba di campsite ini, diri ini disambut mesra oleh seorang makcik, host, tuan kepada campsite ini. Walaupun akhawat yang sepatutnya in charge untuk check in di accommodation ini belum tiba, sudah cukup baik dia bawa saya masuk dewan yang hangat ini, memberikan saya  air teh, susu, buah, snek, sup cendawan segera. Katanya pasti saya lapar untuk menunggu teman-teman yang lain. Alhamdulillah. Allah permudahkan saya, makcik itu melayan saya dengan cukup baik dan mesra. Saya dapat merasakan Allah sedang menurunkan rahmatNya melalui hamba-hambaNya yang lain.


~~~~~~~~~~~

"Berjuang memang pahit kerana syurga itu manis. Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar, bukan calang-calang sakit yang ditanggung, ujian yang didepani. Kerana jalan ini jalan asing, bukan dihampar karpet merah, bunga-bunga wangi mengharum di sepanjang jalan, namun dihampar batu-batu tajam, diiringi tangan-tangan jahat yang sentiasa cuba-cuba menarik diri ini terpesong dari jalan ini, ditemani kata-kata ejekan, tohmahan agar luntur semangat ini untuk meneruskan perjuangan ini. Itu sunnah orang berjuang. Selagi belum terluka pedih menangis terduduk kerana dakwah dan tarbiyyah, maka kita belum benar-benar berjuang. Benarlah jalan dakwah ini bukan jalan untuk orang-orang yang manja." ~

25th July 2011
 from Auckland-->Ruapehu-->Wellington-->Palmerston North-->Wanganui-->Auckland~