Sunday 16 October 2011

Ya Allah,aku hairan dengan diriku!


Ya Allah,
Aku hairan, ya Allah..
Aku ingin cuba jujur denganMu, Ya Allah
Meluah bukan kerana orang lain,
Tapi meluah hanya untukMu..
Namun terbuku kaku..

Allah,
Bisakah kiranya Engkau mudahkan yang sulit ini
Bisakah kiranya Engkau luruskan yang bengkok ini
Bisakah kiranya Engkau sucikan yang bercampur ini
Bisakah kiranya Engkau kuatkan yang kian lemah ini
Kerna aku makin hairan, ya Allah
Lantas makin membenci dan kecewa
Bukan pada yang lain, tapi pada diri ini

Ya Allah,
Aku hairan
Apa lagi yang aku harapkan
Bukankah hidup ini sudah cukup baik yang Engkau takdirkan
Lalu apa lagi mahuku?
Aku merasa tidak telus
Apa lagi yang aku angankan?
Kenapa kian panjang benar angan?
Bukankah tanah akan tetap kembali pada tanah?
Yang tercipta akan tetap kembali pada Yang Mencipta
Yang hamba tetap kembali pada tuan
Terus panjang angan-angan ini
Panjangnya hingga ke akhirat tidak mengapa
Namun panjangnya sejengkal hanya sedangkal cuma
Berjela mengelilingi sekadar duniawi
Angan dulunya ukhrawi kini semakin duniawi
Sedang hanya dibaluti rupa ukhrawi
Pada hati dan pada Allah tak mungkin bisa ku helah

Allah,
Bagaimana kini?
Aku semakin hairan.
Pohon moga Engkau pelihara diri ini ya Allah
Pohon moga Engkau menjaga hati ini
Agar lurusnya niatku, terjaganya ikhlasku, hanya keranaMu,
Agar matiku dalam redhaMu..

Untuk Adam & Hawa..



Untuk Adam, andai mahu mencari hawa..

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami..

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

Utuk Hawa..andai mahu menerima cinta adam..

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma. Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola. Fikirlah, sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Jika sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya, tetapi hari ini mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitu juga sang lelaki, kadang-kala berkopiah, dari mata nampak sungguh alim, tetapi dalam hatinya? Siapa yang tahu..