Monday 17 December 2012

Kerana Ustaziatul Alam, Aku Berbaitul Muslim.


Bismillahirahmanirrahim..

Note: Mungkin ada kandungan dalam entry ini yang sedikit kontroversi dan mungkin agak ekstrem bagi orang-orang tertentu. Tidak perlu bersetuju kerana pasti-pastinya, kebanyakan wanita tidak akan bersetuju, mungkin akhwat sendiri ada yang tidak bersetuju dengan apa yang dicoretkan ini. No worries, isu ini boleh bincang panjang lebar dengan murabbi murabbiyyah kalian.

Reading is at your own risk. =)
...............................................................................................................

Ini adalah update pertama setelah menaiki tangga kedua maratib amal iaitu Baitul Muslim atau nama lain nya Baitul Dakwah (Rumahtangga dakwah).

..............................................................................................................

Only Allah can give life, but we can share it. 
Let's share this tarbiyyah together. =)


Perubahan..

Hem.. Banyak yang dah berubah..

Apa bezanya dengan hidup yang dulu?

Berbeza.. Banyak bezanya..

Dari kehidupan dengan jadual sukahati, kini segalanya perlu teratur dan berutin. Dari terbiasa membuat keputusan sendirian berhad untuk apa-apa urusan kecil dan besar, kini perlu merujuk zauj untuk berbincang dan membuat keputusan bersama.

Kerana apa?

Kerana sekarang hidup bukan sendirian berhad lagi. Walaupun dah biasa dengan kebebasan dari kecil untuk uruskan hidup sendiri, dan tentukan hala tuju hidup, sekarang tak lagi ye~. Terhapus sudah dominasi terhadap diri sendiri kerana ada pihak yang lebih mendominasi dan bertanggungjawab terhadap diri ini. Kerana zaujahnya adalah amanahnya. Dan urusan zaujahnya akan dipersoalkan padanya di akhirat kelak. Maka pastinya haluan hidup ini kini bukan milik sendiri lagi. Tapi milik bersama. Lalu bermulalah kehidupan baru sebagai partnership between him and me. Between us.

................

Sungguh jodoh itu penuh dengan misteri dan kejutan serta rahsia-rahsianya yang tersendiri. Berapa ramai calon yang datang sebelum ini dengan ketidakpastian adakah dia jodoh yang ditetapkan. Episod drama pun boleh tahan banyak juga, pfft~ Tapi janji Allah itu wujud dan benar. Dan doa itu benar, senjata mukmin.

...................

Well..
Dia yang Allah dah tetapkan, maka insyaAllah dia lah yang terbaik untuk diri ini untuk melengkapkan.


Suatu malam, pada minggu yang lalu, kami duduk berdating bersembang-sembang untuk lebih mengenali diri masing-masing. Masih belum cukup taaruf. Ketika itu belum masuk 2 minggu kami bernikah. Antara yang kami sembangkan adalah tentang keharmonian rumah tangga bagi yang berbaitul muslim. Dan entah bagaimana sembang kami sampai ke topik kontroversi tentang poligami. Terkeluar cerita tentang adanya ikhwah dan akhwat yang berbaitul muslim akhirnya terpaksa bercerai kerana ikhwah tersebut berpoligami di jalan tarbiyyah. Namun isteri pertama dan anak-anak tidak dapat menerima hingga akhirnya tiada solusi lain kecuali bercerai.

Cuba mendalami hati sendiri dan menilai rasa sendiri.

Ouch.

Macam tak best pula rasa di hati ni bila terbayang keadaanya jika perlu berdepan dengan takdir begitu.

Perasaan serta bayangan sebegitulah yang mendorong hingga terkeluar dari mulut sesuatu yang mengikut perasaan bila dengan tenang saje ku katakan padanya, yang dia dibolehkan saje untuk berkahwin lain, asal saja zaujahnya yang sekarang dilepaskan. (Astaghfirullah..)

Bukan kerana membangkang mana-mana ikhwah berpoligami demi Ad Deen ini, bukan juga aku menyalahkan mereka. Tapi kerana diri sendiri rasa tidak mampu. Kerana merasakan perlu akan seseorang yang dapat memberi ku sesuatu yang telah aku hilang sejak sekian lama. Apatah lagi dengan sejarah keluarga yang sejak zaman berzaman berantakan kerana poligami hingga aku hidup dengan satu kepercayaan sejak kecil yang aku tidak layak untuk merasa bahagia. 

Baik, tak perlu dipanjangkan cerita lama. Mari fokus cerita asal.

Beberapa hari selepas itu, tidak semena-mena terfikir.

Kalaupun poligami.. Perempuan itu bukan orang lain, tapi saudari sefikrah. Bagaimana boleh terkeluar dengan lisan sesuatu yang mengikut perasaan tanpa pertimbangan fikrah yang benar ketika itu?

Lupakah aku yang kami sedang menegakkan sebuah baitul muslim. Usaha kecil dari dua insan kerdil mungkin tidak nampak significant nya di mata orang lain. Tapi buat mereka yang faham tarbiyyah ini, ini bukan sesuatu yang sepele. Ia bermakna.

Tiba-tiba terbayang, jika madu ku itu nanti adalah teman-teman akhwat yang selalu bersama melakukan kerja-kerja tarbiyyah ini, yang selalu makan sedulang, tidur setoto, yang berbulatan gembira/sedih bersama, yang terasa hati berkecil hati bersama, bermeeting bersama. Dan bila sampai waktu mereka ingin bernikah, mereka tiada calon ikhwah kerana spesis ikhwah kini makin terancam. Sedangkan sebolehnya semua akhwat inginkan ikhwah sebagai calon zauj mereka demi DnT terchenta ini. Dan entah bagaimana tiba-tiba rasa redha pula untuk berpoligami jika itulah calon-calonnya. (Err.. tu kalau calonnya sekufu la, kalau umur kita dah 40 tahun, zauj pilih akhwat 20 tahun memang minta kena panah la jugak)

But still, the point is, poligami di jalan tarbiyyah.. Seriously, ikhwah ini golongan terancam spesisnya, mereka jadi hot stuff walaupun tak hensem (hahaha), sebab akhwat yang dalam sistem tarbiyyah perlukan suami yang turut sama bersama dalam sistem tarbiyyah untuk saling menyokong.

Cuba bayangkan jika isteri seminggu 3,4 kali keluar malam pi usrah, meeting, program, hujung minggu sibuk dengan program lagi, sedangkan si suami terkebil2 tak buat apa. Tidakkah bosan mereka kerana tidak cukup perhatian dan kasih sayang gayanya. Dan tak adil bagi dia jika tidak memperoleh hak nya. Hak nya adalah isteri nya berada di sisi nya melainkan jika dia redha isterinya keluar.

Atas sebab-sebab yang mungkin tak mampu dihadam oleh ramai orang tapi mampu dihadam oleh segelintir orang di jalan ini, itulah keputusannya, jika datang keperluan yang  memerlukan kami poligami, insyaAllah..
Selagi mana ia adalah di jalan tarbiyyah, bukan di jalan selainnya)

Namun ada syarat yang diletakkan.

First and foremost, saudari itu tidak boleh selain akhwat, dia harus dari kalangan ukhti yang bersama kami dalam jalan tarbiyyah ini. Maksudnya, mesti seorang akhwat yang jelas akan fikrahnya di jalan tarbiyyah ini.

Syarat kedua, calon itu, bukan yang dipilih oleh zauj, tapi melalui jalan dan cara yang sama sebagaimana kami  diketemukan. Ia harus melalui syura murabbi murabbiyah kami, dan direkemen oleh murabbi murabbiyah kami mengikut apa yang difikirkan muntij untuk dakwah tarbiyyah ini.

Dan syarat ketiga, zauj harus benar-benar niatnya berpoligami untuk DnT ini. (Soal niat, itu antara dia dan Tuhan. Ini sekadar syarat yang diletakkan sekadar mengingatkan dia untuk memperbetulkan niatnya.)

Dengan syarat-syarat itu, insyaAllah redha kalaupun perlu poligami. (Walhal dia tak pernah mention apa-apa pun, hehe.)

Mengambil masa 2 minggu untuk tersedar yang kami diikat atas tiket dakwah dan tarbiyyah dan rumahtangga ini adalah sebuah baitul dakwah, bukan rumahtangga biasa. Kami bertemu kerana dakwah dan tarbiyyah. Dan kini kami bercinta dan berkasih sayang di atas jalanNya.

Walau jauh di sudut hati terasa memerlukan seseorang yang mampu menumpahkan cinta dan kasihnya buat kita seorang, tapi hati mengingatkan, bahawa kami bersama kerana tugas kami di jalan Allah ini, lalu mengapa ingin tamak dan memilikinya seorang diri sedangkan berapa ramai akhwat seperjuangan yang juga memerlukan seorang ikhwah untuk dakwah tarbiyyah mereka.

Kami tidak bertemu dan bernikah kerana suka sama suka. Kami tidak pernah mengenali diri masing-masing. Seorang dari Johor, seorang dari Terengganu, seorang terbang ke Jepun, seorang terbang ke New Zealand, akhirnya masing-masing balik ke Johor dan bertemu kerana sebuah tarbiyyah.

Ya, hubungan ini dimulakan bukan dengan perasaan cinta, tapi sebuah cita-cita yang besar, menuju ustaziatul alam..

Jika itu yang terbaik untuk dakwah dan tarbiyyah ini,ku relakan dia juga menjadi milik ukhtiku yang lain kelak andai ada keperluan untuk dia berbuat sedemikian..

p/s: Nanti kalau ada program atau kateebah, boleh mintak tolong madu jagakan anak-anak, nanti kalau dia pulak ada program, saya jagalah anak-anak dia baik-baik pulak, kalau dua-dua ada program, mintak husband la jagakan anak-anak, huhu. (cakap senang kan? Hehe.. Takpe, Allah kan ada.. Tajdid niat, pujuk hati untuk akhirat yang kekal. Suami pun pinjam je pun. =] )

p/s 2: Jangan salah faham, zauj saya tak pernah cakap pun dia nak poligami, ini cuma persediaan mental awal-awal untuk diri sendiri. Sekian~

p/s 3: Love u fillah, abang. Nanti dating lagi di Jannah insyaAllah. =)

Saat Keikhlasannya Ternodai..

Ouch


Saat keikhlasan ternodai, hati  mula resah gelisah..

Bertalu persoalan meminta jawapan,

Mata terpejam, hati  mengeluh..

Terzahir dengan sisa nafas yang lemah..

...

Mendengar degupan jantung sendiri..

Diam..

Membisu..

Mendongak ke atas. 

Siling yang putih..

Kosong..


Hening..

Sunyi..

Tunduk..

Menilai diri..

Sudah hilang haluan kah, setelah bersusah sampai ke sini

Sudah hilang punca kah setelah jauh berjalan bersama petunjuk di kiri kanan jalan

Tidak.

Belum hilang punca, belum hilang arah.

Cuma mata terpejam seketika, kerana kilauan dunia.

Kelak aku kembali, dengan segala jawaban bagi setiap persoalan.

Dia, katanya seorang  daie yang hidup bersama hati yang kecil, cepat terguris perasaan serta mudah berputus asa. Mungkin, ada sesuatu tentang dia yang memanggil dirinya daie namun tidak sanggup dikecam, tidak tahan dikutuk, tidak rela ditertawakan bila dia seorang ghuraba’.

Berulang kali dikatakan padanya, “hatimu itu, tidak boleh sejemput!”

Kerana daie, hatinya perlu besar. Hatinya harus luas dan dadanya mesti lapang.

Daie, memang perlukan hati yang besar dan kuat.

Bukan setakat untuk kita sebagai seorang mutarabbi yang seringkali ditegur oleh murabbi dan murabiyyah tatkala kesalahan kita lakukan ,

Tapi,

Ia juga untuk kita  dari sisi kita sebagai seorang murabbi terhadap mutarabbi kita.

“Emmm....Boleh tak seorang naqibah berkecil hati atau merajuk dengan mutarabbi nya?”

“Tak boleh.”

“Kenapa?”

“Kenapa nak berkecil hati??”

“Naqibah pun manusia, sedangkan ibu yang sangatttt sayangkan anak-anaknya dan sanggup berkorban apa saja pun boleh saja berkecil hati dengan anak-anaknya. Apatah lagi seorang naqibah yang sangat ordinary~”

“Wajar. Kita memang akan mudah berkecil hati dengan orang yang kita sayang. Kalau kita tidak sayang pada mutarabbi kita, tak mungkin kita peduli untuk berkecil hati segala begai dengan mereka bukan?”

Angguk-angguk.

“Hem, memang sayang. Sebab tu sampai berkecil hati dengan kerenah mereka. Boleh ke macam tu?”

“Masih, jawapannya tak boleh.”

“Arghhh, kenapa???”

“Sebab kita tak cool kalau berkecil hati dengan anak usrah sendiri. Walaupun mereka mengguris hati kita, walaupun kita berendam air mata ingin mentarbiyyah mereka, kita boleh sedih dan kecewa dengan keadaan itu, tapi bukan untuk disimpan didalam hati.”

“Err...”

“Berkecil hati itu, kalau sekejap, boleh, itu fitrah. Tapi jangan simpan. Maafkan mereka. Besarkan hati, teruslah didik mereka kerana Allah.

*Kaki kuis-kuis tanah*

....................................................................

Sungguh, menjadi seorang daie bukan sekadar tentang semangat ingin bergerak, kehebatan menyampaikan, menjaga mutabaah amal yang mantap, dan mempunyai tsqofah yang tinggi mahupun mempunyai network yang luas dikalangan orang awam.

Namun,

Yang lebih utama dari itu,
Adalah kesediaan dan keikhlasan untuk ditarbiyyah.

Ya, kerelaan untuk ditarbiyyah.

Dan keikhlasan menerima tarbiyyah itu sendiri.

Antara elemen sebuah halaqah adalah adanya seorang murabbi (pendidik) dan mutarabbinya (anak didik).

Bilamana kita memasukkan diri kita dalam sistem usrah, kita telah “menyanggupi” untuk ditarbiyyah (dididik) dan kita metsiqahkan diri kita terhadap murabbi kita, kita meletakkan kepercayaan kepada murabbi kita untuk dia mentarbiyyah kita. Bukan sekadar memberi ilmu, tapi untuk dia menunjuk jalan dan membantu kita mencorak jalan menuju syurga Allah.

Seolahnya, bila dia “memegang” tangan kita, adalah untuk memimpin langkah kita ke syurga bersamanya.

Dia bukan sahabat yang dijamin syurga, dia juga seperti kita, bermujahadah untuk ke syurga. Tapi kerana amanah dia adalah kita, maka dia berusaha memimpin juga kita dalam keadaan dia juga dipimpin oleh murabbi nya. –Tidak rela melepaskan kita terkial-kial mencari jalan menuju syurgaNya.

Namun bagaimana jika anak-anak yng dipimpin seolah tidak bersedia dan tidak rela ditarbiyyah? Tidak betah ditegur, tidak mampu ikhlas menerima “tarbiyyah” itu sendiri, malah payah untuk berlapang dada dengan banyak hal di dalam tarbiyyah.

Alangkah susahnya untuk mentarbiyyah kita yang sering ‘begitu dan begini’ dalam menerima tarbiyyah. Sedangkan begitu banyak orang lain di luar sana yang dahagakan sentuhan tarbiyyah tidak punya peluang seperti kita yang ‘tersepak’ tarbiyyah ini suatu ketika dahulu.

Percayalah, sangat ramai orang yang dahagakan kebaikan di luar sana. Walaupun mereka mungkin berambut merah terpacak, memakai seluar koyak di lutut, atau londeh bawah paras pinggang, ataupun memakai legging dengan skirt pendek, jarang solat dan sebagainya, ada di kalangan mereka yang dahagakan kebaikan, inginkan ‘cahaya’, dan masih mencari ‘siapa’ mereka di dunia ini.

Dan kita?

Memperlekehkan harga sebuah tarbiyyah yang kita ada sekarang.

Mungkin kerana kita adalah manusia. Dan manusia umumnya hanya reti menghargai bila sudah tiada.

Mungkin Allah patut uji kita dengan tiada tarbiyyah untuk kita baru kita nak mengerti?

Nauzubillah, tidak rela begitu. Tidak ingin hilang tarbiyyah ini walau sedikit pun, tidak ingin luak tarbiyyah ini walau seinci. Bukan mudah untuk bertemu jalan ini. Walau bagaimanapun diri bermujahadah atau lemah atau futur kadangkala, mohon agar Allah tetap tsabatkan diri di jalan ini andai ini adalah jalan yang paling Dia redhai buat diri ini...


Busok hati nih! huhu. *Ok, random sangat ni. Tapi comel. ;)

Dulu Dia Model Hero/Dewi Remaja, Sekarang kaki Usrah. (Err)

Move on~


Ada apa dengan masa lepas?

Oh, ada banyakkkk.. Ada banyakkk benda-benda significant.

Kalau bukan sebab pengalaman masa lepas kita, mungkin kita tak jadi siapa kita hari ini.

Kalau bukan sebab masa lepas, mungkin banyak benda yang kita masih tak belajar dan masih tak faham-faham lagi.

Ye, betul. Betul sangat dah tu. Masa lepas pastinya begitu significant untuk kita jadikan sebagai kayu pengukur kita. Untuk melihat sejauh mana kita telah berubah lebih baik. Ataupun sebaliknya? (Nauzubillah)

Tapi bagaimana dengan masa lepas orang lain?

Yang kadangkala kita tersilap gunakan untuk menilai seseorang?

Tak payah cakap orang, saya sendiri kadangkala begitu, bila terlupa tentang asal usul diri yang sama je Allah ciptakan. Sama-sama dari tanah, sama-sama dari saripati air mani yang lemah.

Walaupun mungkin ada orang-orang tertentu dicipta dari jenis tanah-tanah tertentu, tapi tetap ianya adalah tanah. Bukan daun, bukan batu, bukan kertas, bukan kain.

“So?? What’s your point? Stret to the point boleh??”

Fine.

Begini, ada beberapa kali saya mendengar cerita tentang pasangan yang bakal disatukan, tapi salah satu pihak tertahu tentang masa silam pasangannya, lalu hati berbelah bagi, kerana mula terbina persangkaan dan persepsi yang tidak enak.

Seorang gadis solehah, sudah menerima pinangan seorang lelaki yang baik, tetapi mengetahui lelaki tersebut bukanlah alim mana beberapa tahun lalu. Kaki karaoke, main bola pakai seluar pendek atas paha, menggunakan bahasa yang kurang sopan dengan kawan-kawan, kaki jarang-jarang jejak masjid, quran cuma setahun sekali dibaca, and the list goes on.

Lalu si gadis mula berkira-kira dan bersangka-sangkaan.

“Kalau macam tu punya perangai 3,4 tahun dulu, entah apa lagi agaknya yang aku tak tahu yang dia buat”.

Oh, pengsan** Perlu ke bersangka-sangka macam tu cik adik?

Benar, untuk mencari jodoh bukan sebarangan. Sehabis baik akan cuba dikenali hati budi pasangan supaya tak tersilap buat perhitungan. Tapi, adil kah gunakan masa lepas dia semata sebagai kayu pengukur? Bagaimana dengan siapa dia sekarang? (Saya tak maksudkan kisah silam seperti penagih dadah, pembunuh, pesakit mental, atau kes-kes kritikal dan kronik yang lain, tapi kes-kes yang umum dalam masyarakat kita).

Ada juga seorang lelaki yang baik yang sudah memilih seorang perempuan yang baik menurut pandangannya sebagai calon zaujah dia, tapi akhirnya mengetahui calonnya itu dulu bukanlah dari asal memakai tudung labuh, pergaulannya dulu juga belum terbatas dalam erti kata batas yang sebenar, malah mungkin masih janggal dengan al quran ketika itu. Lalu dirasakan perempuan itu tidak layak menjadi pasangannya kerana diri dia adalah seorang lelaki yang baik, tinggi ilmu agama, yang seharusnya mendapat seorang perempuan yang lebih baik dan lebih suci lagi.

Persoalannya,

Layakkah kita untuk menilai seseorang berdasarkan masa lepas dia?

Persoalannya lagi,

Cukup sucikah masa lepas kita?

Jawab sendiri.

Adakah kita keluar dari rahim ibu kita dengan tudung labuh di kepala dan tasbih di tangan?

Adakah kita keluar dari rahim ibu kita dengan jubah tersarung di batang tubuh dan kitab di genggaman?

Maka mengapa merasa diri lebih mulia?

Dapatkah kita jamin taraf kita di sisi Allah adalah lebih mulia dari taraf dia di sisi Allah?

Kalau kisah kita pun tidak sesuci mana, maka tak perlu memandang rendah kisah orang lain, bukankah begitu?

Mengapa rasa kecewa jika dia tidak sesempurna seperti yang kita angankan? Kerana pasti-pastinya dia juga manusia biasa yang penuh dengan kelemahan, malah jauh sekali dari kesempurnaan.

Seperti juga kita.

Ada lagi kisah seorang perempuan yang saya kira baik, cukup baik, menolak seorang lelaki yang insyaAllah baik, tapi ditolak hanya kerana lelaki itu tidak cukup hensem dan tidak hensem itu bukan ciri idamannya.

Tersenyum juga saya mendengarnya. Tapi senyumnya kelat. Tak tahu apa nak respon.

Ada lagi saya dengar dari murabbi saya sendiri,kisah lelaki yang juga menolak seorang perempuan yang insyaAllah solehah, qawiey dalam DnT tapi menolak hanya kerana perempuan itu berisi, dan ada yang menolak kerana perempuan itu gelap kulitnya. (Well, according to my zauj, lelaki memang agak memandang rupa sikit, walaupun dia tu ikhwah. -Ikhwah la sangat kan~ upss~ tett, hehe)

By the way, mendengar cerita-cerita begitu, buat saya tersenyum ala sinis pula (bukan ala manis ye). Ya, saya tak menolak faktor fizikal yang memainkan peranan dari segi sunatullahnya untuk mendatangkan rasa cinta tersebut. Tapi, bukankah lebih elok jika kita juga belajar untuk mengukur baju di badan sendiri?

Apa yang saya maksudkan, kalau kita pun tak ada lah semenggah mana segaknya, tak adalah semelecur  mana cantiknya, maka usahla terlalu cerewet memilih rupa parasnya, jika agamanya sudah baik (wah, laser~) 

Begitu juga kalau kita tak sebest mana jalan hidupnya dulu, tak usahla kecewa dengan pasangan kita yang juga lahir tidak dengan kopiah di kepala dan kitab di tangan. Ada apa dengan siapa dia dahulu jika dia sekarang cukup kenal dan faham dengan ad-deen nya sendiri?

Mungkin cukup dengan kita mengetahui dia tiada kisah silam yang boleh memudaratkan kita, keluarga kita, masa depan kita, dan agama kita. Andai masa silamnya itu boleh memudaratkan kita, maka wajarlah kita cerewet dan merasa tak ingin memilih dia sebagai calon kita kerana khuatir akan kemudharatan yang berkemungkinan timbul. Yakni, sebab untuk menolak itu sendiri pun adalah kerana kekhuatiran akan kemudharatan masa depan bersama, bukannya kerana merasakan diri kita yang lebih mulia. Bila kita merasa kita lebih mulia dan dia kurang layak untuk kita, bermakna kita perasan diri kita ni best la ye? Tak gitu?

Yang tentukan kita layak atau tak layak itu, hanya Allah. Kalau menurut pandanganNya kita layak dengan orang sekian-sekian, maka dapatlah kita orang sekian, no fuss.

Tapi persoalan ini juga agak subjektif, begantung pada sejauh mana penerimaan dan ketsiqahan seseorang terhadap calon pasangan atau terhadap orang tengah yang mencadangkan calon tersebut padanya. Ada orang merasakan cukup amat penting baginya untuk dia menyiasat segala perkara tentang pasangannya. Ya, Nabi pun menyuruh kita merisik tentang calon yang kita nak jadikan pasangan kita. Tapi risiklah siapa dia, sifatnya bagaimana, sikapnya bagaimana, adab dan akhlaknya bagaimana, fikrahnya bagaimana. Jika ingin menyiasat masa silamnya, berpada-padalah dengan persepsi kita setelah itu.

So dipendekkan cerita, konklusinya, marilah kita berusaha menjadi yang terbaik instead of harapkan orang lain untuk jadi yang terbaik untuk kita. Nanti Allah akan bagi yang selayaknya untuk kita. Allah Maha Adil. Bukan setakat adil, tapi MAHA Adil. So insyaAllah, tiada siapa yang akan teraniaya. Ok, berusaha!

p/s: so tak kesah la kalau dulu die model Hero/Dewi Remaja, tapi sekarang bawak 3 bulatan gembira setiap minggu!~ Amboi2~ (Contoh hanya rekaan, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang tidak hidup)

Sunday 11 November 2012

Pengantin Wheelchair? -Ok Jer~

Ini adalah wheelchair. Ya. Betul tu. 


Post ini teristimewa untuk mereka yang banyak berbudi sepanjang saya tak dapat berjalan dari 4 Nov lepas hingga sekarang ini. Tup Tap Tup Tap, dah seminggu rupanya since saya jatuh, dan itu bermakna seminggu jugalah saya dah  tak dapat berjalan. Semua aktiviti harian juga of course sangat limited (paling mencabar adalah bila mahu ke tandas.) Fuhh..~ Since yang tak dapat berpijak dan berjalan adalah kedua-dua belah kaki, so things get quite challenging. Well, mungkin lebih adventurous jika begitu. Huehue **Peace sambil sengeh. Tapi alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang injured cume bahagian ankle ke bawah. Betis, lutut and tulang-tulang lain alhamdulillah selamat sihat walafiat. Smile. =)

And memang adventure abes la kisahnya bila terpaksa mengensot atau merangkak dalam rumah. Dan berkerusi roda di luar rumah. Tapi alhamdulillah lepas seminggu menjadi suster ngensot atau Ju On (ini lah gelaran-gelaran yang diberi oleh ahli rumah dan akhwats nakal yang datang ziarah~), akhirnya mampu menggunakan tongkat dan berdiri walau dalam keadaan tahan sakit~ Tapi still tak boleh berdiri terlalu lama or the wounds will get worse. 

Ditarik sementara nikmat kedua-dua belah kaki sangat mentarbiyyah diri (Of course). Mentarbiyyah dari segi kesabaran, itu dah semestinya. Bila selama ini most people yang hidup bersama sangat tahu yang saya jenis berjalan laju, tiba-tiba dah tak boleh jalan, in fact terpaksa merangkak sampai melecet lutut and terpaksa gunakan bantal kecik untuk alas lutut semasa merangkak, is something that teaches me a lot. Pernah sekali, semasa sedang merangkak dalam rumah beralaskan bantal kecik di bawah lutut, tiba-tiba rasa stress a bit and rasa nak bangun terus and berjalan. Reason? Sebab bosan merangkak dan rasa laaaammmbaaattttnyeee nak sampai ke bilik atau ke dapur, walaupun jaraknya beberapa meter je. (hu hu..) Tapi, since nak berdiri pun tak mampu, terpaksa lupakan cita-cita besar itu~.

Tarbiyyah juga lah rasanya, bila setiap kali nak masuk ke tandas atau berwuduk, kena buka balutan dua-dua kaki, and lepas tu kena sapu balik ubat, dan balut balik. And beberapa kali jugalah, lepasss je sudah sapu ubat pada kaki dan balut santek-santek dua-dua kaki. 
Tiba-tiba....
"Aaa,nak gi tandas la pulakkkk~"
Kadang-kadang rasa nak gelak, kadang-kadang rasa nak nangis~ Sobs~

Tapi yang paling nak nangis adalah sebab dah susahkan ramai orang.. Allah saja yang mampu balas semua kebaikan-kebaikan insan-insan ini..

Bermula dari awal kejadian,
Special thanks to all akhwats..

-Adik-adik KSKB, Dira and Kakti yang taruk ais kat kaki sampai kebas and tolong balutkan. 

-Nad and Jannah yang gagah perkasa mendukung pesakit ini dari Tingkat 2 ofis sampai ke tempat parking kereta.

-Kak Wan, tukang drive and hantar ke hospital.

-Yang menemani di hospital, ambilkan wheelchair, daftarkan pesakit, tolak wheelchair ke sana sini, Jannah,Nad and Zura and also kakwan.

-Zura, tukang galas semua handbags yang berat-berat sebab tuan punya handbag semua nak angkat pesakit dari parking lot ke tingkat 8 (tapi gune lif la =p)

-Ahli rumah yang tak jemu tolong papah untuk berdiri terutamanya bila nak masuk tandas (sebab tak sanggup merangkak dalam tandas, hu hu..)

-Ajim, yang berusaha untuk gagahkan diri untuk papah walaupun dalam keadaan dia sendiri tak sihat (ibu mengandung kan~hehe) Ajim, ingat tak malam yang ira try nak bangun sendiri depan pintu toilet tu, I was about to fall again and suddenly ada orang sambut and papah dari belakang, so tak jadi jatuh and when I went into the toilet, I cried inside the toilet, sebab rasa bersalah sangat. Ajim kan tengah tidur masa tu, tapi terjaga because of me, and rasa bersalah sebab during early pregnancy, ajim tak patut nak papah-papah orang, you should take a really good care of the baby inside your tummy. And I cried too, sebab sakit kaki trying to stand. Hu huu..

-Nad, yang sudi sediakan bekas and air dalam bilik..Boleh gunakan untuk berwuduk..Tolong ambilkan barang, kasi idea untuk tiup wisel kalau ahli rumah tak dengar when I'm in need (walaupun tak pernah pulak tipu wisel tuh, tapi, good idea jugak kalau emergency kan, hehe) and nad, nasib baik enti ni gagah orangnye, boleh dukung ai turun naik, hehe..

-Syira, aseef sebab buat awak terkejut masa semua orang tengah solat subuh berjemaah di ruang tamu, tiba-tiba akak keluar merangkak dari bilik dengan telekung putih macam Ju On sebab nak join korang jemaah walaupun lambat sikit, (yela,dah merangkak,lambat la). Hehe, Nasib baik tak batal solat awak sebab terkejut =P And terima kasih jugak sebab bantu angkat akak kat rumah, tanya makan minum akak jugak. =)

-Zura, pun sama, selalu bantu akak nak masuk toilet and ambilkan barang. And oh kat atas tadi pun dah mention kan, jasa awak mengangkat handbag2 akhwats, huehue~ 

-Chibi, Kira, Ajim and Nad lagi. Tolong belikan barang-barang goodies untuk doorgift walimah ira nanti. Aseef, pengantin tak dapat berjalan, tak dapat gi beli barang. But special thanks to all of u, yang bersusah payah gi cari barang sana sini, pilih bunga la, kotak la, apollo la, dan segala-galanya. Nad sampai selsema, hehe. Kesian.. hu..

-Anak-anak usrah dan cucu usrah yang datang ziarah dengan bebelan comel dari mulut masing-masing, hehe.. Raja, aini, anisah (and azilah yg ziarah dr alam maya) Rindu sudah pada kalian.. T_T 

-Oh, dan semua akhwats and coursemates yang juga datang berziarah sambil bawakkan makanan yang sweet dan berguna untuk menjana lemak di badan (aishh), kakpi, syud, timai, kakyum, alia, hanis, munee, adik2 ipti, kak cuna, kak syira, kak ida, sya, za, and yang lain-lain yang tak tersebut namanya..

-Special thanks to Makcik Kiah and Pakcik Taha, yang risau-risau, and datang ziarah, and kasi pinjamkan tongkat, aseef pakcik makcik, susahkan kalian..... T_T

-Akhwats lain yang risau dari jauh and doakan dari jauh, jazakunnallahu khair...

-n oh yeah, lupe plk.. Since dah sampai terengganu semalam, kini menyusahkan umi pulek~ Tq umi, bawak naik dari tingkat bawah semalam sampai tingkat 2.. Tq belikan tongkat, tq belikan pil mahal tuh untuk mempercepatkan percantuman sel/tisu koyak & tulang retak <--- (Tuh function pil tuh)

-Oh lupe lagi satu! Kepada yang bersama saya tolong buat goodies untuk tetamu nanti, ajim yang sampai tengah malam tolong gunting-gunting lagi, alia, kakti, kira and chibi jugak, yang tolong-tolong potong and tampal.. =)

Pesan doktor: InsyaAllah dalam masa dua minggu dah boleh jalan.. Seminggu dah abes, tinggal another week.. Hopefully sempat boleh jalan sebelum walimah, kalau tak, pengantin wheelchair.. **Peace ^_^

Kepada semua yang terlibat, yang tertulis namanya dan tak tertulis namanya di atas, jazakumullahu khair atas segala perhatian, jagaan, kasih sayang, bebelan atau leteran <3 =P Allah saja yang mampu membalas kebaikan antum semua. Moga mendapat berkat dan rahmat melimpah ruah dari Allah. =)

sayang semua fillah <3 <3 <3 <3

...Bersama kesulitan, ada kemudahan, bersama kesulitan, ada kemudahan.....
Segala puji bagi Allah atas ujian ini.. Kau rahmati lah mereka yang berbuat baik ke atas ku serta rahmati lah keluarga mereka serta insan-insan yang mereka sayangi.. Moga bertambah keberkatan ke atas mereka semua dengan amal mereka ya Allah.. Sayangilah mereka ya Allah.. Hamba menyayangi mereka keranaMu.. Jagalah mereka di mana mereka berada kerana hamba tidak mampu menjaga mereka setiap masa dan ketika.. Engkau lah sebaik-baik sandaran.. Amiinn...

P/S: Harap-harap sempatlah sembuh kaki ni, supaya tak perlu jadi pengantin wheelchair dan susahkan orang lain pulak lepas tu.. 

Thursday 8 November 2012

Love is in the Air~

Somelll~ ^_^


--------------------------------------------------------------------------------


Kak ira Assalamualaikum …. 


Sye nak mintak maaf klau sye on9 sye tak tegur akak..huhu sye segan je…
Akak sye nak bgthu 1rahsia yg sye x nak orang lain tau pasal sye tp sye nak bagitahu kat akak sebab baru sekarang sye sedar tentang perkare nie…ari tu kan akak ade tnye sye..ape perkare yg sye tau pasal diri sye kalau bole sye tak nak orang tau tp kene bagitahu ..ni la salah satu rahsia yg sye nak bgthu akak sorang je…
Akak sye ni jenis yang susah nak sayang kat orang tau..ala lebih kurang mcm lambatla nak sayang dekat orang..


Kalau seseorang dah sayang kat sye, sye mcm tak kesah je yg die syg kat sye..
Ala macam akak syg kat kteorang semua tp kteorg ni mcm tak de perasaan je kan.. huhu
Mcm tula sye..


Tp kalau sye dah mule syg dekat seseorang…
kalau bole sye nak buat die bahagia kalau ade dengan sye.. 
Tapi.. 

Sye tau sye tak mampu bahagiakan orang yg sye syg
Sebab sye yakin ade orang lain yang lebih syg dekat die.. 
Bile sye tau ade orang lain yg syg kat die…sye selalu biarkan die bersame org lain…

Sye suke tgok die bahagia..
eh akak jgn salah faham tau sye ckp pasal syg nie tak de kaitan pasal cintan cintun tau..insyaallah sye xde boyfriend lagi..     


Sye cakap mcm nie sebab sejak akhir2 ni sye semakin syg dekat akak dan klu bole sye tak nak berjauhan dengan akak..kalau sye tgok muke akak sye rase sye ade sedikit kekuatan…
tapi bile akak ckp lepas ni akak dah tak nak jadi naqibah kteorg sye rase sedih..huuu
bile sye dah syg kat seseorang mesti die akan berjauhan dari sye..
sedih sebenarnye tp tak pela…
Tak semua yang kite syg tu kte akan miliki kan..


Yg penting sye nak akak tau saye sayanggggggg dekat akak..terima kasih kak krn jd naqibah sye..trime kasih juge sebab sudi tolong sye berubah kearah yang lebih baik..
melalui akak sye dapat mengenal ALLAH lebih dekat lagi..
sye sayang akak krn ALLAH…
SELAMAT PENGANTIN BARU KAK IRA…

moga ALLAH permudahkan segala urusan akak..
sayaaaaaaaaaaaaaanng akak...!

<3 <3 <3 <3

---------------------------------------------------------------------------------------

(Sob2~)
Terharu la pulak..
Saya pun mereply dengan panjangnya mesej tersebut (taknak kalah dengan kepanjangan mesej adik tu.  =P ) Err tapi, mungkin tak perlu letak pun mesej versi saya tu di sini. Segan2~

.......

Well.. Ada hati berbunga keharuan dengan sebuah mesej di facebook~ =)
Dari seorang adik yang pendiam, tabah dan pemalu di sebalik purdahnya..
Tak banyak bercakap dalam "bulatan gembira" kami, tapi lepas sesi halaqah,
tiba-tiba ada la mesej di facebook bertanya soalan atau meluahkan perasaan itu dan ini..

How sweet, adik.. =)

And how sweet ya Allah.. Kerana menghidupkan perasaan kasih dan sayang ini antara kami semua.. Segala puji bagiMu ya Allah, takkkan pernah sia-sia jika menyayangi mereka dan bertabah keranaMu.. (Sememangnya ada ke perkara sia-sia jika dilakukan kerana Allah? -Jawapannya TAK ADA)

Menjadi murabbiyah mungkin saja melukakan, mungkin saja menyakitkan, dengan pelbagai kerenah dari adik-adik mutarabbi.. Tapi.. Ada manisnya , ada kepuasannya jika ianya kerana Allah. Jadi... Yakinlah.. Sayangi saja mereka semua kerana Allah, kerana yang memegang hati mereka adalah Allah! Jadi muka tembok pun tak mengapa, pon bolleyyy~ =)
Janji buat kerana Allah, insyaAllah selamat!

P/S: By the way, dear I was just kidding when I told u all that I don't want to be your naqibah anymore. =) Don't worry dear, insyaAllah kita masih bersama di bandaraya ni walaupun akak dah walimah lepas ni.. Tamatnya tempoh akak menjadi student di sini dan tamatnya tempoh "single" akak selepas ini (insyaAllah) tidak akan menamatkan tempoh akak menjadi kakakmu untuk terus "membacakan, mengajarkan dan menyucikan", insyaAllah...

Sunday 14 October 2012

Baitul Muslim Ini.....

Alhamdulillah fasa praktikum sudah berakhir..
Sekarang tinggal fasa siapkan assignment, final oral presentation, kursus di sana sini, etc..

Dan..

Alhamdulillah, fasa membuat hebahan dan persiapan walimah..

err..

InsyaAllah, jika aral menegak, diizinkan Allah, akan melalui fasa berbaitul muslim (wah~)




Kad jemputan



Allah...
Moga kami tidak lupa,
Yang kami bertemu kerana dakwah dan tarbiyyah ini..
Moga kami tidak lupa bagaimana kami bertemu dan untuk apa kami bersatu..
Jangan Kau biarkan kami lupa

Allah...
Kau thabatkan kami di jalan ini..
Limpahkanlah sakinah, mawaddah wa rahmah buat kami 
Dan teguhkan ikatan ini..

Allah..
Thabatkan kami..
Peliharalah keberadaan kami di atas jalan yang Kau redhai....

Amin ya Rabb....





Saturday 29 September 2012

Hapdate! Hapdate!


It's almost time.... =)


YES......
Practicum is gonna end soon..! =)) [smiling from ear to ear ] 
Happy to say goodbye to all the documentation tasks, series of observations and not enough sleep of planning such a detailed lesson plan and creating the teaching aids every night. 

But it's hard to say goodbye to the kids..  
Will be missing them.. =)
Oh wait. Of course it's hard to say goodbye.
Don't say goodbye then. 
Just say "See you again".  =) 
InsyaAllah, if Allah wills, we will meet each other again. 

So! 12th of October would be the last day of the practicum. 
Annnndddd.. Here is the list of things I HAVE to attend. Sekian terima kasih~

Post Practicum Schedule for B.Ed. TESOL Cohort 1

12th of October                 Last day of the practicum- Submit all the documents, 
                                                report, folio, record book

15th of October                 Post Practicum oral Presentation. - Kena present2 depan
                                                 lecturers and  cohortmates about our 3 months practicum.

16, 17, 18, 19th                  BIG - Bina Insan Guru (Camping untuk cikgu-cikgu 
of October                             di Teluk Gorek!) (Yey!)  ^_^

21, 22th of October          KISSM Course - Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia. 
                                                  (nama dia pun dah boring kan?)

23th of October                 KISSM Exam -Ada exam lagi??

24th Pagi-Tghari               Course on Preparation for Novice Teacher 

24th Tghari-Petang          Drug Course (kursus dadah untuk Cikgu? Ok, kakitangan 
                                                  kerajaan  mungkin~)

24th Malam                         Farewell Dinner with IPG and HEP (Yang ni dengan pihak
                                                  IPG dan HEP dengan semua kos lain yang satu batch)

25, 26, 27, 28,                    Raya Haji Break!! (Balik kampung!) ^_^
29th of October 

30th of October                 KSSR Yr 3 Course (Primary teachers' stuff~)


31st of October                  "I Think" Course - I have No Idea what this course is 
                                                  about~

1st, 2nd                                  Dental Course -(Why dental??)
of November 

TBA                                         Farewell Grand Dinner - Yang ni untuk TESOL saje pulak~

TBA                                        Post - Practicum Debriefing - Not sure when and how 
                                                  many days~

2nd week of                         Balik kampung~~~~ **Ekhemmm!
November 

**Tak sangka dah nak abes belajar, it has been 5 years and a half and how much I've grown up, ya Allah.. It's along way to go... Fiuuuhhh2~~  =)

Saturday 1 September 2012

Perempuan Sangat~~

Semua orang nak senyum macam ni dalam hidup mereka kan? ^^

Tak seindah seperti yang diharap -Semestinya. 
Siapa kita untuk diindahkan segala-galanya buat kita?
Naik lemak kita nanti. 
Kalau semuanya indah, bila kita nak merintih penuh harap pada Allah..kan?
Selalu saya ingatkan diri sendiri, dunia di luar lagi punya perasaannya sendiri, apalah sangat perasaan kita ni.. Kalau sedih, so what? Kalau kecewa, pun so what? Kalau patah hati, lagilah so what?
Hidup kat dunia kejap je, kita tak tahu apa Allah dah tetapkan buat kita, so layan jela apa yang kita sedang tempuh, apa yang bakal kita tempuh, layankan saja~

Tapi.. 
Sampai bila, ye? Sampai bila mampu menipu diri sendiri?
Sampai bila terus berlakon dengan diri sendiri kononnya hati tu kuat?
Tak penat kah buat tak tahu pada hati tu..?

Habis tu, apa pilihan yang ada?
Kenapa, kuat sangat ke hati tu?

-Sebab itu sahaja pilihan yang ada 
-Kuatkan hati.
Tak ada pilihan lain lagi. 
Either u swim or u sink!

Ah, perempuan, mana-mana pun sama je.
Bab hati memang sensitif.
Ketika sesi luahan masalah bersama usrahmate dan naqibah semalam,
Bilamana kami begitu concern pada ukhti kami yang kecewa,
Saya katakan pada diri sendiri,
Subhanallah, macam ni la perempuan,kan?
Memang Allah sudah jadikan perempuan ini, penuh dengan kasih sayang..
Penuh dengan kelembutannya.. Penuh dengan kemanjaan..
Perhatiannya..
Penuh dengan cinta dan pengabadian yakni kesetiaan. 
Beruntunglah kamu jika kamu disayangi oleh seorang perempuan.
Bila seorang ukhti kami yang terluka, kami merasa lukanya, geram di hati, 
Rasa ingin menuntut hak ukhti kami itu. 
Lebih-lebih lagi saya, yang mudah sungguh hati tersentuh dengan benda-benda tacing ni (huhu)
Terasa ingin menangis untuk ukhti kami itu.
Kerana hati ini benar merasa sayang padanya, dan terluka sama! 
Tapi sedih hati ini berkongsi perasaannya, sedih lagi hatinya yang sendiri merasa.
Lihat, betapa perempuan itu memang tersangat banyaknya kasih sayang.
Sampai nabi pun pernah berkata, doa perempuan itu lebih dekat dengan Allah,
hanya kerana apa? Kerana perempuan itu lebih banyak kasih sayang di dalam dirinya,
Subhanallah.. =)

Walaupun mungkin kasih sayang seorang perempuan kadangkala nampak merimaskan, (untuk sesetengah orang), tapi sungguh ia lebih baik dari ketandusan kasih sayang, bukan?

p/s: bukan orang yang jenis 'berkata-kata' bila sayang. Bila akhwat kata sayang, jadi malu, dan gelak je, kadang-kadang blur tak tahu nak jawab apa walau dalam hati, memang sayangkan akhwat tu, ataupun selalunya akan tukar topik. Yes i know it's a bad habit, sebab Rasulullah suruh beritahu kalau sayang. Seriyes tak reti, malu dan kekok nak beritahu sayang pada kawan. Tapi mereka sentiasa dalam doa selepas solat dan bila diri ini melihat wajah mereka. Dan selalunya akan tunjukkan kasih sayang dengan perlakuan. Sweet-sweet gitu, lalala~~~~ (ok,perasan, bye!~)

p/s 2: fine3, kena belajar meluahkan ke? arghh,malunye~

Thursday 23 August 2012

Look Around You and How Can You Not Say Alhamdulillah? =)

Alhamdulillah!


Subhanallah.. 
Baiknya Allah tu kan..
Betapa diri ini selalu terlupa untuk mengutamakan Dia dalam banyak hal, tetapi tetap juga banyak nikmat yang diberikan-Nya pada diri ini..
Seringnya diri ini terabaikan hak Dia, namun tidak sekali Dia pernah mengabaikan hak diri ini sebagai hambaNya..
Kadang-kadang kita lupa mensyukuri nikmat yang biasa kita rasai.. Nikmat yang hanya dihargai bila diingatkan, atau bila ianya hilang.. Atau nikmat yang terlalu kecil untuk kita namakan nikmat?

Dapat merasa makanan itu nikmat, dapat tidur itu nikmat, bersama dengan akhwat itu nikmat (ramai orang yang biasa berada bersama dengan akhwat tidak sedar perkara ini sampai ia kehilangan), dapat tengok ahli keluarga kita menunaikan solat itu nikmat, dapat melihat orang yang selalu meninggikan suara dan marah-marah tiba-tiba menjadi penyabar itu nikmat bagi orang yang melihatnya, dapat mandi itu nikmat, dapat belai kucing pun nikmat! Dapat cium baby pun nikmat, dapat tengok baby senyum dan gelak, subhanallah.. Nikmat. Dapat turun tangga dengan laju dan lincah, sudah pasti ianya nikmat. Cuba bayangkan orang tua yang sakit lutut nak turun tangga, alangkah seksanya. Muda itu juga satu nikmat kan? Untuk digunakan sebaiknya. Ah terlalu banyak nikmat untuk dihitung. 

Pokok pangkalnya, adalah hati.. Mempunyai hati yang masih bisa merasa... Masih hidup dan bergetar.. Itu adalah nikmat.. 
Kerana hati itu yang masih mampu merasa syukur kepada Tuhannya atas segala nikmat yang dikecapi..




Selesai solat asar petang tadi, salah seorang  seekor kucing saya, Shiro, (yang dari awal saya bersolat dia menunggu di atas katil di sebelah tempat saya bersolat) tiba-tiba melompat turun dan mengambil tempat betul-betul di depan saya atas sejadah, sebaik sahaja saya selesai memberi salam. Tiba-tiba datang bermanja-manja dengan saya minta digosok, dibelai dan dilayan seperti biasa. Agak lama dia begitu duduk di ribaan saya. 

Saya tersedar..

Subhanallah.. Itu pun adalah satu nikmat.. Ia menggembirakan saya.. Menenangkan saya melihat kucing saya sedang bahagia (hehe). Bukanlah kucing itu yang menenangkan saya, tapi pastinya ketenangan itu datangnya dari Allah.. Tapi rasa sangat best bila lepas je solat, tiba-tiba Shiro datang bermanja dengan saya, walaupun dia dah besar panjang orangnya. Err, I mean, kucingnya. 

Itu pun satu nikmat bukan? 
Sedang saya menggosok-gosok, membelai-belai Shiro, air mata saya menitis.. 
Subhanallah..
Banyaknya nikmat yang Kau berikan pada diri ini.. Hingga saat ini, masih mampu berdiri untuk bersolat..Masih ada iman dan islam pada diri ini.. Masih ada sejadah untuk ku bersujud, masih punya rumah untuk didiami, rumah pun masih berdinding dan bertingkap dan berpintu, masih mampu memandang langit melalui tingkap bilik ini, masih mampu mendengar azan dari rumah ini.. Masih ada seorang ibu, masih berada di jalan tarbiyyah ini.. Masih tenang di sini.. 

Masih ada hati untuk merasa.. 

Masih segala-galanya..




Walau sejarah hidup dalam rumah ini terlalu banyak peristiwa, terlalu banyak perkara menyedihkan, tapi tetap ada memori-memori bahagia di dalamnya bukan? Walau agak payah untuk dikira memori bahagia di dalamnya, tetap, masih boleh dikira kan? Kalau boleh dikira tu, maknanya at least ada la yang bahagia itu bukan? 

Opick kata, tiada duka yang abadi selamanya.. Memang tiada duka yang abadi, kerana di penghujungnya ada bahagia insyaAllah (yakni bila kita semua dimasukkan ke syurga-cita2 kena besar!~).. Belum pun sampai penghujung pun dah banyak nikmat yang Allah berikan dengan keadaan diri yang kadang kala rasa macam tak layak nak terima semua itu dari Allah.. Namun Allah berikan jua.. Hingga kadang kala terlupa nikmat yang Allah berikan itu mungkin untuk menguji.. Tapi baiknya Allah tu, di sebalik setiap duka yang Allah berikan, ada nikmat yang Allah sertakan.. Subhanallah.. Malunya saya pada Allah! >.<

Jadi, konklusinya, belajarlah menghargai walau sekecil-kecil perkara. =)

Moga terus tabah hati tak berbelah bagi! Bertabah ye semua orang!! Yoshh!  \(^_^)/

Friday 10 August 2012

This is Epic?

Ok, this was written from last week actually. Baru nak post.. Peace! ^^

.......................................................................................................................

Subhanallah, memang benar, sungguh-sungguh benar lah Allah yang memegang hati-hati makhluknya. Memang ini benda basic yang memang diyakini sebelum ini, tapi ini bukan setakat ilmul yakin atau ainul yakin, tapi haqqul yakin. Bukan setakat haqqul yakin, tapi haqqul yakin kuasa infiniti. Bukan exaggerate, tapi kebenaran!

.....terdiam....

Menarik nafas dengan dalam..dan menghela nafas panjang...

Bukan mengeluh.. Tiada apa untuk dikeluhkan..
Tapi satu helaan nafas menikmati nikmat bernafas yang Allah berikan hingga ke saat ini..
Kerana tidak sempat hendak menghayati dan menikmati nikmat bernafas dengan udara ini sejak semalam. Kerana kalutnya menyiapkan kerja dan stressnya memikirkan idea untuk lesson hari ni yang tak kunjung tiba ilhamnya.

Kenapa?

Kerana hari ini, lecturer akan datang observe lesson dan akan cek folio dan segala isi mak neneknya sedangkan semua nya tak ada lagi, sebab otak macam tersumbat tak dapat fikirkan idea kreatif.

Dan..

Hari ni ada 2 kelas, (ya cume 2 kelas), tapi setiap kelas memerlukan lesson plan yang lengkap dan teaching aids in which, masih tak siap pun sebab tak ada idea walaupun dah spent time dari pagi sampai tengah hari merangka lesson dan buat bahan!

Dan folio masih belum lengkap. Masih ada weekly journals and reflections yang perlu ditambah dalam folio dan kertas tajuk-tajuk yang belum buat dan belum print juga~

Dan.....

Tanpa disangka.....

Semalam boleh tertidur pukul 1pagi sedangkan kerja berlambak belum siap. Bila terjaga pada pukul 4.30 pagi....

...
..
...

...

...


Arghhhh!!!! Lesson plan dua,dua tak siap lagi! Teaching aids tak ada lagi! Folio tak lengkap lagi! Pagi ni nak kena handle kuiz bi masa assembly, lepas assembly terus kena masuk kelas darjah 5! Bila nak buat kerja?? Lecturer datang observe kelas darjah 3 pukul 10! Ya Allah..


Walaupun untuk kelas darjah 5 hari ni tak ada mentor sekolah or lecturer datang observe, but as a teacher trainee, to enter a class without a complete lesson plan written in your record book is like taking a gun and shooting the bullet right through your brain if kantoi, got it?

Stressed and depressed of everything, menggunakan enjin turbo tahap ke3, I continued doing my power point slide show for today’s lesson. Tak sempat siap yang power point tuh, sambung buat worksheet dulu untuk print out hampir 100 keping. Later dalam kereta, tulis lesson plan dalam record book sambil kereta gerak! Hadoi, bergegar-gegar sambil menulis sambil perah idea, sambil berdoa bertawakal sambil sedih sebab mengharapkan bantuan Allah.

Masuk kelas darjah 5 lepas assembly, greeted them all and I started my lesson. Tengah syok-syok mengajar dan mendidik dengan seronoknya,

Tiba-tiba..

Ada seseorang datang kat pintu.

-my partner for my practicum.

“ira, Madam Marqonah (nama hanya rekaan) nak jumpa. Dia dah sampai, ada kat bawah, dia nak tengok record book dan folio sekali”.

WHAT???? HOW COME???? Cakap pukul 10.10! Sekarang baru pukul 8suku! (tu dalam hati) Kat luar....

Senyum... Telan air liur..

“Ohh... (dengan muka yang undefinable), Ok..”

Oh Allah.. Ujian apakah ini... I thought I would meet her at 10.10, so I still got time after 8.30 lepas ajar budak darjah 5, to write a lesson plan for year 3 pulak yang dia nak observe nanti.

Tenangkan hati.. Rasa nak nangis dalam senyuman.. Hu hu.. T_T

Not that I am afraid of her so much, but I just don’t want her to start to have negative perception on me, because I’m wearing  this nametag “daie” 24/7. Jadi setiap masa pun perlu berjaga supaya tidak menjadi punca kepada fitnah ke atas agama yang dibawa.

So I gave my year 5 students a goodbye,told them that  I need to go and that I am gonna see them later when I see them. Then keluar kelas..

“Allah..Adakah Engkau akan selamatkan ku kali ini...”

Teringat doa si Ghulam waktu ditangkap oleh orang suruhan Raja dan akhli sihir..
“Selamatkan lah aku dengan apa cara pun yang Engkau sukai”

Lalu berdoa lagi..

“Ya Allah.. Aku tidak mahu kelemahan ku ini menjadi fitnah bagi imej yang ku bawa ini. Aku tidak mahu kelemahan ku ini menjadi penyebab tercalarnya imej agama yang ku bawa ini.. Maka Engkau selamatkanlah aku dengan apa cara sekalipun yang Engkau sukai, asalkan selamat”.

So when I entered the room, she wanted to talk to my partner first. Blaaa3, dah habis semua perbincangan, it was my turn. I was prepared to say I am sorry that I haven’t completed my lesson plan in my record book because I thought I would see her at 10.10, when suddenly she said:

“Your class is at 10.10 right? Ok, I still have time with you. As for your friend over here, because she has class right after this, that’s why I wanted to see her now to look at her lesson plan and folio. So I think I just see you during recess la at 9.50.”

I was like... huh? Allah..

Alhamdulillah...  

Tiba-tiba..

“But did you finish your lesson plan??”

“GULP!”

“err madam, I am so sorry, I haven’t completed my lesson plan”, (laju terus ngaku kena sergah!)

Pastu kena potong dengan dia,

“Why haven’t you?”

“Because I thought I would see you at 10.10, so I thought I can finish it before that”

“You are amending it right?”

“amending it? err, sort of because I just need to write it again in my record book, I have it in my notebook (I did have a rough lesson plan in my notebook-yang buat masa dalam kereta lepas buat lesson plan kelas darjah 5 pagi tadi ), but I haven’t written it properly with the details in my record book”

(I did not say anything about the folio)

“Yes, you are amending it. Next time when a visitor comes and wants to see your record book, you don’t say you have not completed it, you say you are still amending it. If you say you have not completed it, you are trapping yourself, ok?”

“Ooo...Yes madam, I am amending it”. Smile. =)

Lepas bincang dengan dia, lari pecut ke bilik guru dan dengan menggunakan enjin turbo peringkat 5, siapkan my lesson plan dengan segala detailsnya dan my power point presentation, then cari cikgu bilik tayangan untuk minta kunci and terus set up kan lcd segala tapi tak sempat set up kan segala technical tu, my partner datang,

“Ira, dia nak jumpa, kat atas”

WHAT??? Rehat tak mula lagi la! Belum 9.50! Lagi 12 minutes! I still need that 12 minutes to get my props all ready and tested. – tu kat dalam hati.

Kat luar.. “Ha? Alamak, tak siap set up lagi, need your help to set up the laptop, lcd and the speakers, I’ve taken everything out and have connected some of them, I need your help to connect few wires lagi and test slides and speakers”

Terima kasih buat partner yang sudi tolong set up technical stuff dalam darurat tuh.. Hadoi..

(Ok, panjang betul entry ni, this is becoming more like a novel)

So I went to see her and she checked my lesson plan, my teachings aids, my worksheets, my previous reflections (but not yet my folio).

Oh by the way, I forgot to mention that my supervisor is one of the most strict,high standard lecturer, and feared by many of the teacher trainees. Bukanlah cikgu-cikgu tu takut dia sebab dia garang, tapi sebab dia sangat high standard and perfectionist. So boleh bayang ya macam mana nak capai expectation dia.

So dah discuss everything, bawa dia ke bilik tayangan and I started my lesson dengan tawakal.


1 hour later.....

I got all the comments from her.. And indeed, it was a positive one!

Subhanallah, this is unexpected! 


By the way madam, kalaulah dirimu tahu, lesson itu disiapkan dengan keadaan yang penuh kekurangan, pastinya akan madam tarik balik segala komen yg ‘mahal’  itu, hu huu..

Namun, hati dia milik Allah.. segala puji bagi Allah atas belas kasihan untuk diri ini yang penuh kekurangan.. Sob sob.. (T_T) mungkin juga ianya bukan doa saya yang termakbul, tapi mungkin doa dari orang lain untuk diri ini yang dimakbulkan (contohnya doa seorang puan umi nun jauh di Terengganu yang tak pernah lupa mendoakan diri ini setiap hari..Andai puan umi sudah tiada, siapa lagi yang akan mendoakan diri ini saban hari.. sob..sob..-emotional la pulak~)

So pendek kate, I was saved, again. Even though this may sound trifle, I mean, observed by the lecturer je pun, tapi still, kalau tak complete lesson, kena ‘surat pink’ you know?

*surat pink adalah sekeping surat yang diberikan kepada guru pelatih atas tingkah laku atau tindakan yang tak boleh diterima akal si supervisor dan insyaAllah akan ditingkatkan possibility untuk di failedkan practicum. Nanti kena practicum balik 3 bulan. Tak ke naya tu? Tak sanggup nak harungi lagi kepenatan practicum di sekolah~~)