Monday 17 December 2012

Kerana Ustaziatul Alam, Aku Berbaitul Muslim.


Bismillahirahmanirrahim..

Note: Mungkin ada kandungan dalam entry ini yang sedikit kontroversi dan mungkin agak ekstrem bagi orang-orang tertentu. Tidak perlu bersetuju kerana pasti-pastinya, kebanyakan wanita tidak akan bersetuju, mungkin akhwat sendiri ada yang tidak bersetuju dengan apa yang dicoretkan ini. No worries, isu ini boleh bincang panjang lebar dengan murabbi murabbiyyah kalian.

Reading is at your own risk. =)
...............................................................................................................

Ini adalah update pertama setelah menaiki tangga kedua maratib amal iaitu Baitul Muslim atau nama lain nya Baitul Dakwah (Rumahtangga dakwah).

..............................................................................................................

Only Allah can give life, but we can share it. 
Let's share this tarbiyyah together. =)


Perubahan..

Hem.. Banyak yang dah berubah..

Apa bezanya dengan hidup yang dulu?

Berbeza.. Banyak bezanya..

Dari kehidupan dengan jadual sukahati, kini segalanya perlu teratur dan berutin. Dari terbiasa membuat keputusan sendirian berhad untuk apa-apa urusan kecil dan besar, kini perlu merujuk zauj untuk berbincang dan membuat keputusan bersama.

Kerana apa?

Kerana sekarang hidup bukan sendirian berhad lagi. Walaupun dah biasa dengan kebebasan dari kecil untuk uruskan hidup sendiri, dan tentukan hala tuju hidup, sekarang tak lagi ye~. Terhapus sudah dominasi terhadap diri sendiri kerana ada pihak yang lebih mendominasi dan bertanggungjawab terhadap diri ini. Kerana zaujahnya adalah amanahnya. Dan urusan zaujahnya akan dipersoalkan padanya di akhirat kelak. Maka pastinya haluan hidup ini kini bukan milik sendiri lagi. Tapi milik bersama. Lalu bermulalah kehidupan baru sebagai partnership between him and me. Between us.

................

Sungguh jodoh itu penuh dengan misteri dan kejutan serta rahsia-rahsianya yang tersendiri. Berapa ramai calon yang datang sebelum ini dengan ketidakpastian adakah dia jodoh yang ditetapkan. Episod drama pun boleh tahan banyak juga, pfft~ Tapi janji Allah itu wujud dan benar. Dan doa itu benar, senjata mukmin.

...................

Well..
Dia yang Allah dah tetapkan, maka insyaAllah dia lah yang terbaik untuk diri ini untuk melengkapkan.


Suatu malam, pada minggu yang lalu, kami duduk berdating bersembang-sembang untuk lebih mengenali diri masing-masing. Masih belum cukup taaruf. Ketika itu belum masuk 2 minggu kami bernikah. Antara yang kami sembangkan adalah tentang keharmonian rumah tangga bagi yang berbaitul muslim. Dan entah bagaimana sembang kami sampai ke topik kontroversi tentang poligami. Terkeluar cerita tentang adanya ikhwah dan akhwat yang berbaitul muslim akhirnya terpaksa bercerai kerana ikhwah tersebut berpoligami di jalan tarbiyyah. Namun isteri pertama dan anak-anak tidak dapat menerima hingga akhirnya tiada solusi lain kecuali bercerai.

Cuba mendalami hati sendiri dan menilai rasa sendiri.

Ouch.

Macam tak best pula rasa di hati ni bila terbayang keadaanya jika perlu berdepan dengan takdir begitu.

Perasaan serta bayangan sebegitulah yang mendorong hingga terkeluar dari mulut sesuatu yang mengikut perasaan bila dengan tenang saje ku katakan padanya, yang dia dibolehkan saje untuk berkahwin lain, asal saja zaujahnya yang sekarang dilepaskan. (Astaghfirullah..)

Bukan kerana membangkang mana-mana ikhwah berpoligami demi Ad Deen ini, bukan juga aku menyalahkan mereka. Tapi kerana diri sendiri rasa tidak mampu. Kerana merasakan perlu akan seseorang yang dapat memberi ku sesuatu yang telah aku hilang sejak sekian lama. Apatah lagi dengan sejarah keluarga yang sejak zaman berzaman berantakan kerana poligami hingga aku hidup dengan satu kepercayaan sejak kecil yang aku tidak layak untuk merasa bahagia. 

Baik, tak perlu dipanjangkan cerita lama. Mari fokus cerita asal.

Beberapa hari selepas itu, tidak semena-mena terfikir.

Kalaupun poligami.. Perempuan itu bukan orang lain, tapi saudari sefikrah. Bagaimana boleh terkeluar dengan lisan sesuatu yang mengikut perasaan tanpa pertimbangan fikrah yang benar ketika itu?

Lupakah aku yang kami sedang menegakkan sebuah baitul muslim. Usaha kecil dari dua insan kerdil mungkin tidak nampak significant nya di mata orang lain. Tapi buat mereka yang faham tarbiyyah ini, ini bukan sesuatu yang sepele. Ia bermakna.

Tiba-tiba terbayang, jika madu ku itu nanti adalah teman-teman akhwat yang selalu bersama melakukan kerja-kerja tarbiyyah ini, yang selalu makan sedulang, tidur setoto, yang berbulatan gembira/sedih bersama, yang terasa hati berkecil hati bersama, bermeeting bersama. Dan bila sampai waktu mereka ingin bernikah, mereka tiada calon ikhwah kerana spesis ikhwah kini makin terancam. Sedangkan sebolehnya semua akhwat inginkan ikhwah sebagai calon zauj mereka demi DnT terchenta ini. Dan entah bagaimana tiba-tiba rasa redha pula untuk berpoligami jika itulah calon-calonnya. (Err.. tu kalau calonnya sekufu la, kalau umur kita dah 40 tahun, zauj pilih akhwat 20 tahun memang minta kena panah la jugak)

But still, the point is, poligami di jalan tarbiyyah.. Seriously, ikhwah ini golongan terancam spesisnya, mereka jadi hot stuff walaupun tak hensem (hahaha), sebab akhwat yang dalam sistem tarbiyyah perlukan suami yang turut sama bersama dalam sistem tarbiyyah untuk saling menyokong.

Cuba bayangkan jika isteri seminggu 3,4 kali keluar malam pi usrah, meeting, program, hujung minggu sibuk dengan program lagi, sedangkan si suami terkebil2 tak buat apa. Tidakkah bosan mereka kerana tidak cukup perhatian dan kasih sayang gayanya. Dan tak adil bagi dia jika tidak memperoleh hak nya. Hak nya adalah isteri nya berada di sisi nya melainkan jika dia redha isterinya keluar.

Atas sebab-sebab yang mungkin tak mampu dihadam oleh ramai orang tapi mampu dihadam oleh segelintir orang di jalan ini, itulah keputusannya, jika datang keperluan yang  memerlukan kami poligami, insyaAllah..
Selagi mana ia adalah di jalan tarbiyyah, bukan di jalan selainnya)

Namun ada syarat yang diletakkan.

First and foremost, saudari itu tidak boleh selain akhwat, dia harus dari kalangan ukhti yang bersama kami dalam jalan tarbiyyah ini. Maksudnya, mesti seorang akhwat yang jelas akan fikrahnya di jalan tarbiyyah ini.

Syarat kedua, calon itu, bukan yang dipilih oleh zauj, tapi melalui jalan dan cara yang sama sebagaimana kami  diketemukan. Ia harus melalui syura murabbi murabbiyah kami, dan direkemen oleh murabbi murabbiyah kami mengikut apa yang difikirkan muntij untuk dakwah tarbiyyah ini.

Dan syarat ketiga, zauj harus benar-benar niatnya berpoligami untuk DnT ini. (Soal niat, itu antara dia dan Tuhan. Ini sekadar syarat yang diletakkan sekadar mengingatkan dia untuk memperbetulkan niatnya.)

Dengan syarat-syarat itu, insyaAllah redha kalaupun perlu poligami. (Walhal dia tak pernah mention apa-apa pun, hehe.)

Mengambil masa 2 minggu untuk tersedar yang kami diikat atas tiket dakwah dan tarbiyyah dan rumahtangga ini adalah sebuah baitul dakwah, bukan rumahtangga biasa. Kami bertemu kerana dakwah dan tarbiyyah. Dan kini kami bercinta dan berkasih sayang di atas jalanNya.

Walau jauh di sudut hati terasa memerlukan seseorang yang mampu menumpahkan cinta dan kasihnya buat kita seorang, tapi hati mengingatkan, bahawa kami bersama kerana tugas kami di jalan Allah ini, lalu mengapa ingin tamak dan memilikinya seorang diri sedangkan berapa ramai akhwat seperjuangan yang juga memerlukan seorang ikhwah untuk dakwah tarbiyyah mereka.

Kami tidak bertemu dan bernikah kerana suka sama suka. Kami tidak pernah mengenali diri masing-masing. Seorang dari Johor, seorang dari Terengganu, seorang terbang ke Jepun, seorang terbang ke New Zealand, akhirnya masing-masing balik ke Johor dan bertemu kerana sebuah tarbiyyah.

Ya, hubungan ini dimulakan bukan dengan perasaan cinta, tapi sebuah cita-cita yang besar, menuju ustaziatul alam..

Jika itu yang terbaik untuk dakwah dan tarbiyyah ini,ku relakan dia juga menjadi milik ukhtiku yang lain kelak andai ada keperluan untuk dia berbuat sedemikian..

p/s: Nanti kalau ada program atau kateebah, boleh mintak tolong madu jagakan anak-anak, nanti kalau dia pulak ada program, saya jagalah anak-anak dia baik-baik pulak, kalau dua-dua ada program, mintak husband la jagakan anak-anak, huhu. (cakap senang kan? Hehe.. Takpe, Allah kan ada.. Tajdid niat, pujuk hati untuk akhirat yang kekal. Suami pun pinjam je pun. =] )

p/s 2: Jangan salah faham, zauj saya tak pernah cakap pun dia nak poligami, ini cuma persediaan mental awal-awal untuk diri sendiri. Sekian~

p/s 3: Love u fillah, abang. Nanti dating lagi di Jannah insyaAllah. =)

Saat Keikhlasannya Ternodai..

Ouch


Saat keikhlasan ternodai, hati  mula resah gelisah..

Bertalu persoalan meminta jawapan,

Mata terpejam, hati  mengeluh..

Terzahir dengan sisa nafas yang lemah..

...

Mendengar degupan jantung sendiri..

Diam..

Membisu..

Mendongak ke atas. 

Siling yang putih..

Kosong..


Hening..

Sunyi..

Tunduk..

Menilai diri..

Sudah hilang haluan kah, setelah bersusah sampai ke sini

Sudah hilang punca kah setelah jauh berjalan bersama petunjuk di kiri kanan jalan

Tidak.

Belum hilang punca, belum hilang arah.

Cuma mata terpejam seketika, kerana kilauan dunia.

Kelak aku kembali, dengan segala jawaban bagi setiap persoalan.

Dia, katanya seorang  daie yang hidup bersama hati yang kecil, cepat terguris perasaan serta mudah berputus asa. Mungkin, ada sesuatu tentang dia yang memanggil dirinya daie namun tidak sanggup dikecam, tidak tahan dikutuk, tidak rela ditertawakan bila dia seorang ghuraba’.

Berulang kali dikatakan padanya, “hatimu itu, tidak boleh sejemput!”

Kerana daie, hatinya perlu besar. Hatinya harus luas dan dadanya mesti lapang.

Daie, memang perlukan hati yang besar dan kuat.

Bukan setakat untuk kita sebagai seorang mutarabbi yang seringkali ditegur oleh murabbi dan murabiyyah tatkala kesalahan kita lakukan ,

Tapi,

Ia juga untuk kita  dari sisi kita sebagai seorang murabbi terhadap mutarabbi kita.

“Emmm....Boleh tak seorang naqibah berkecil hati atau merajuk dengan mutarabbi nya?”

“Tak boleh.”

“Kenapa?”

“Kenapa nak berkecil hati??”

“Naqibah pun manusia, sedangkan ibu yang sangatttt sayangkan anak-anaknya dan sanggup berkorban apa saja pun boleh saja berkecil hati dengan anak-anaknya. Apatah lagi seorang naqibah yang sangat ordinary~”

“Wajar. Kita memang akan mudah berkecil hati dengan orang yang kita sayang. Kalau kita tidak sayang pada mutarabbi kita, tak mungkin kita peduli untuk berkecil hati segala begai dengan mereka bukan?”

Angguk-angguk.

“Hem, memang sayang. Sebab tu sampai berkecil hati dengan kerenah mereka. Boleh ke macam tu?”

“Masih, jawapannya tak boleh.”

“Arghhh, kenapa???”

“Sebab kita tak cool kalau berkecil hati dengan anak usrah sendiri. Walaupun mereka mengguris hati kita, walaupun kita berendam air mata ingin mentarbiyyah mereka, kita boleh sedih dan kecewa dengan keadaan itu, tapi bukan untuk disimpan didalam hati.”

“Err...”

“Berkecil hati itu, kalau sekejap, boleh, itu fitrah. Tapi jangan simpan. Maafkan mereka. Besarkan hati, teruslah didik mereka kerana Allah.

*Kaki kuis-kuis tanah*

....................................................................

Sungguh, menjadi seorang daie bukan sekadar tentang semangat ingin bergerak, kehebatan menyampaikan, menjaga mutabaah amal yang mantap, dan mempunyai tsqofah yang tinggi mahupun mempunyai network yang luas dikalangan orang awam.

Namun,

Yang lebih utama dari itu,
Adalah kesediaan dan keikhlasan untuk ditarbiyyah.

Ya, kerelaan untuk ditarbiyyah.

Dan keikhlasan menerima tarbiyyah itu sendiri.

Antara elemen sebuah halaqah adalah adanya seorang murabbi (pendidik) dan mutarabbinya (anak didik).

Bilamana kita memasukkan diri kita dalam sistem usrah, kita telah “menyanggupi” untuk ditarbiyyah (dididik) dan kita metsiqahkan diri kita terhadap murabbi kita, kita meletakkan kepercayaan kepada murabbi kita untuk dia mentarbiyyah kita. Bukan sekadar memberi ilmu, tapi untuk dia menunjuk jalan dan membantu kita mencorak jalan menuju syurga Allah.

Seolahnya, bila dia “memegang” tangan kita, adalah untuk memimpin langkah kita ke syurga bersamanya.

Dia bukan sahabat yang dijamin syurga, dia juga seperti kita, bermujahadah untuk ke syurga. Tapi kerana amanah dia adalah kita, maka dia berusaha memimpin juga kita dalam keadaan dia juga dipimpin oleh murabbi nya. –Tidak rela melepaskan kita terkial-kial mencari jalan menuju syurgaNya.

Namun bagaimana jika anak-anak yng dipimpin seolah tidak bersedia dan tidak rela ditarbiyyah? Tidak betah ditegur, tidak mampu ikhlas menerima “tarbiyyah” itu sendiri, malah payah untuk berlapang dada dengan banyak hal di dalam tarbiyyah.

Alangkah susahnya untuk mentarbiyyah kita yang sering ‘begitu dan begini’ dalam menerima tarbiyyah. Sedangkan begitu banyak orang lain di luar sana yang dahagakan sentuhan tarbiyyah tidak punya peluang seperti kita yang ‘tersepak’ tarbiyyah ini suatu ketika dahulu.

Percayalah, sangat ramai orang yang dahagakan kebaikan di luar sana. Walaupun mereka mungkin berambut merah terpacak, memakai seluar koyak di lutut, atau londeh bawah paras pinggang, ataupun memakai legging dengan skirt pendek, jarang solat dan sebagainya, ada di kalangan mereka yang dahagakan kebaikan, inginkan ‘cahaya’, dan masih mencari ‘siapa’ mereka di dunia ini.

Dan kita?

Memperlekehkan harga sebuah tarbiyyah yang kita ada sekarang.

Mungkin kerana kita adalah manusia. Dan manusia umumnya hanya reti menghargai bila sudah tiada.

Mungkin Allah patut uji kita dengan tiada tarbiyyah untuk kita baru kita nak mengerti?

Nauzubillah, tidak rela begitu. Tidak ingin hilang tarbiyyah ini walau sedikit pun, tidak ingin luak tarbiyyah ini walau seinci. Bukan mudah untuk bertemu jalan ini. Walau bagaimanapun diri bermujahadah atau lemah atau futur kadangkala, mohon agar Allah tetap tsabatkan diri di jalan ini andai ini adalah jalan yang paling Dia redhai buat diri ini...


Busok hati nih! huhu. *Ok, random sangat ni. Tapi comel. ;)

Dulu Dia Model Hero/Dewi Remaja, Sekarang kaki Usrah. (Err)

Move on~


Ada apa dengan masa lepas?

Oh, ada banyakkkk.. Ada banyakkk benda-benda significant.

Kalau bukan sebab pengalaman masa lepas kita, mungkin kita tak jadi siapa kita hari ini.

Kalau bukan sebab masa lepas, mungkin banyak benda yang kita masih tak belajar dan masih tak faham-faham lagi.

Ye, betul. Betul sangat dah tu. Masa lepas pastinya begitu significant untuk kita jadikan sebagai kayu pengukur kita. Untuk melihat sejauh mana kita telah berubah lebih baik. Ataupun sebaliknya? (Nauzubillah)

Tapi bagaimana dengan masa lepas orang lain?

Yang kadangkala kita tersilap gunakan untuk menilai seseorang?

Tak payah cakap orang, saya sendiri kadangkala begitu, bila terlupa tentang asal usul diri yang sama je Allah ciptakan. Sama-sama dari tanah, sama-sama dari saripati air mani yang lemah.

Walaupun mungkin ada orang-orang tertentu dicipta dari jenis tanah-tanah tertentu, tapi tetap ianya adalah tanah. Bukan daun, bukan batu, bukan kertas, bukan kain.

“So?? What’s your point? Stret to the point boleh??”

Fine.

Begini, ada beberapa kali saya mendengar cerita tentang pasangan yang bakal disatukan, tapi salah satu pihak tertahu tentang masa silam pasangannya, lalu hati berbelah bagi, kerana mula terbina persangkaan dan persepsi yang tidak enak.

Seorang gadis solehah, sudah menerima pinangan seorang lelaki yang baik, tetapi mengetahui lelaki tersebut bukanlah alim mana beberapa tahun lalu. Kaki karaoke, main bola pakai seluar pendek atas paha, menggunakan bahasa yang kurang sopan dengan kawan-kawan, kaki jarang-jarang jejak masjid, quran cuma setahun sekali dibaca, and the list goes on.

Lalu si gadis mula berkira-kira dan bersangka-sangkaan.

“Kalau macam tu punya perangai 3,4 tahun dulu, entah apa lagi agaknya yang aku tak tahu yang dia buat”.

Oh, pengsan** Perlu ke bersangka-sangka macam tu cik adik?

Benar, untuk mencari jodoh bukan sebarangan. Sehabis baik akan cuba dikenali hati budi pasangan supaya tak tersilap buat perhitungan. Tapi, adil kah gunakan masa lepas dia semata sebagai kayu pengukur? Bagaimana dengan siapa dia sekarang? (Saya tak maksudkan kisah silam seperti penagih dadah, pembunuh, pesakit mental, atau kes-kes kritikal dan kronik yang lain, tapi kes-kes yang umum dalam masyarakat kita).

Ada juga seorang lelaki yang baik yang sudah memilih seorang perempuan yang baik menurut pandangannya sebagai calon zaujah dia, tapi akhirnya mengetahui calonnya itu dulu bukanlah dari asal memakai tudung labuh, pergaulannya dulu juga belum terbatas dalam erti kata batas yang sebenar, malah mungkin masih janggal dengan al quran ketika itu. Lalu dirasakan perempuan itu tidak layak menjadi pasangannya kerana diri dia adalah seorang lelaki yang baik, tinggi ilmu agama, yang seharusnya mendapat seorang perempuan yang lebih baik dan lebih suci lagi.

Persoalannya,

Layakkah kita untuk menilai seseorang berdasarkan masa lepas dia?

Persoalannya lagi,

Cukup sucikah masa lepas kita?

Jawab sendiri.

Adakah kita keluar dari rahim ibu kita dengan tudung labuh di kepala dan tasbih di tangan?

Adakah kita keluar dari rahim ibu kita dengan jubah tersarung di batang tubuh dan kitab di genggaman?

Maka mengapa merasa diri lebih mulia?

Dapatkah kita jamin taraf kita di sisi Allah adalah lebih mulia dari taraf dia di sisi Allah?

Kalau kisah kita pun tidak sesuci mana, maka tak perlu memandang rendah kisah orang lain, bukankah begitu?

Mengapa rasa kecewa jika dia tidak sesempurna seperti yang kita angankan? Kerana pasti-pastinya dia juga manusia biasa yang penuh dengan kelemahan, malah jauh sekali dari kesempurnaan.

Seperti juga kita.

Ada lagi kisah seorang perempuan yang saya kira baik, cukup baik, menolak seorang lelaki yang insyaAllah baik, tapi ditolak hanya kerana lelaki itu tidak cukup hensem dan tidak hensem itu bukan ciri idamannya.

Tersenyum juga saya mendengarnya. Tapi senyumnya kelat. Tak tahu apa nak respon.

Ada lagi saya dengar dari murabbi saya sendiri,kisah lelaki yang juga menolak seorang perempuan yang insyaAllah solehah, qawiey dalam DnT tapi menolak hanya kerana perempuan itu berisi, dan ada yang menolak kerana perempuan itu gelap kulitnya. (Well, according to my zauj, lelaki memang agak memandang rupa sikit, walaupun dia tu ikhwah. -Ikhwah la sangat kan~ upss~ tett, hehe)

By the way, mendengar cerita-cerita begitu, buat saya tersenyum ala sinis pula (bukan ala manis ye). Ya, saya tak menolak faktor fizikal yang memainkan peranan dari segi sunatullahnya untuk mendatangkan rasa cinta tersebut. Tapi, bukankah lebih elok jika kita juga belajar untuk mengukur baju di badan sendiri?

Apa yang saya maksudkan, kalau kita pun tak ada lah semenggah mana segaknya, tak adalah semelecur  mana cantiknya, maka usahla terlalu cerewet memilih rupa parasnya, jika agamanya sudah baik (wah, laser~) 

Begitu juga kalau kita tak sebest mana jalan hidupnya dulu, tak usahla kecewa dengan pasangan kita yang juga lahir tidak dengan kopiah di kepala dan kitab di tangan. Ada apa dengan siapa dia dahulu jika dia sekarang cukup kenal dan faham dengan ad-deen nya sendiri?

Mungkin cukup dengan kita mengetahui dia tiada kisah silam yang boleh memudaratkan kita, keluarga kita, masa depan kita, dan agama kita. Andai masa silamnya itu boleh memudaratkan kita, maka wajarlah kita cerewet dan merasa tak ingin memilih dia sebagai calon kita kerana khuatir akan kemudharatan yang berkemungkinan timbul. Yakni, sebab untuk menolak itu sendiri pun adalah kerana kekhuatiran akan kemudharatan masa depan bersama, bukannya kerana merasakan diri kita yang lebih mulia. Bila kita merasa kita lebih mulia dan dia kurang layak untuk kita, bermakna kita perasan diri kita ni best la ye? Tak gitu?

Yang tentukan kita layak atau tak layak itu, hanya Allah. Kalau menurut pandanganNya kita layak dengan orang sekian-sekian, maka dapatlah kita orang sekian, no fuss.

Tapi persoalan ini juga agak subjektif, begantung pada sejauh mana penerimaan dan ketsiqahan seseorang terhadap calon pasangan atau terhadap orang tengah yang mencadangkan calon tersebut padanya. Ada orang merasakan cukup amat penting baginya untuk dia menyiasat segala perkara tentang pasangannya. Ya, Nabi pun menyuruh kita merisik tentang calon yang kita nak jadikan pasangan kita. Tapi risiklah siapa dia, sifatnya bagaimana, sikapnya bagaimana, adab dan akhlaknya bagaimana, fikrahnya bagaimana. Jika ingin menyiasat masa silamnya, berpada-padalah dengan persepsi kita setelah itu.

So dipendekkan cerita, konklusinya, marilah kita berusaha menjadi yang terbaik instead of harapkan orang lain untuk jadi yang terbaik untuk kita. Nanti Allah akan bagi yang selayaknya untuk kita. Allah Maha Adil. Bukan setakat adil, tapi MAHA Adil. So insyaAllah, tiada siapa yang akan teraniaya. Ok, berusaha!

p/s: so tak kesah la kalau dulu die model Hero/Dewi Remaja, tapi sekarang bawak 3 bulatan gembira setiap minggu!~ Amboi2~ (Contoh hanya rekaan, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang tidak hidup)