Wednesday 20 June 2012

"Ringelmann Effect"-Punca Daie Gugur!

Perkongsian dari seorang ukhti, dia baca dari website http://dakwat.org/?p=1232. Insightful and deep. Memuhasabahkan para duat. Jadi saya sharekan juga di sini.


Ringelmann Effect...

                     


“Akh, anta free tak hujung minggu ni ?”
“Hrmm..” Aaron termenung berfikir
Kalau free, ana nak minta tolong anta jadi AJK Compass . Boleh? ”Tanya abang Aziz
“Maaf bang, bukan tak nak tolong tapi….. “
“Ana sibuk sikit la minggu ni”
“Tak pe kan kalau tak jadi AJK ? Ramai je ikhwah-ikhwah lain yang free. Cuba anta tanya ………… “
Anda biasa dengan dialog di atas ? Kalau kurang biasa, saya ringkaskan sedikit supaya jadi seperti dialog di bawah.
” Man,pergilah tegur si Amad tu”
“Tegur apa ?”
“Tegur lah. Dia tu asyik terlepas solat subuh je” Terang Abu.
“Aku bukan tak nak tegur bu, tapi.. aku takut la..”
“Kau suruh la kawan kita yang alim-alim sikit ea pergi tegur ?”
Jadi, apa kaitannya dialog-dialog di atas dengan The Ringelmann effect?
Ringelmann effect
The Ringelmann effect is the tendency for individual members of a group to become increasingly less productive as the size of their group increases. This effect discovered by French agricultural engineer , Maximilien Ringelmann (1861-1931) .
Ringelmann (1913) also found that having group members work together on a task (e.g., pulling a rope) actually results in significantly less effort than when individual members are acting alone.
Secara ringkasnya, Ringelmann mendapati, keupayaan atau produktivitiseseorang individu itu akan berkurang bilamana bilangan ahli dalam kumpulannya bertambah.
Pernyataan ini disokong melalui eksperimen permainan tarik tali.Beliau mendapati, tenaga atau upaya yang dikeluarkan seorang individu itu lebih banyak pabila dia menarik tali secara berseorangan berbanding secara berkumpulan. Mengapa ?
Anda bayangkan begini ;
Disclaimer : Supaya lebih mudah lagi, anda bayangkan, anda juga turut sama bermain tarik tali.
“1, 2, 3………… Tarik !!! “
“1, 2, 3………… Tarik !!!”
“1, 2, 3………… Tarik !!!”
Secara jujur. Apa sangkaan atau harapan anda pada orang di belakang dan di hadapan ? Jangan tipu.
Sudah tentu anda menyangka “mereka-mereka” sekumpulan dengan anda inilah yang akan berusaha keras menarik tali itu. Benar ?
Dan “mereka-mereka” sekumpulan dengan anda juga menyangkakan bahawa andalah yang akan berusaha keras mengerahkan sepenuh kudrat dan tenaga demi untuk menarik tali itu.
Err…
Ibrah dari The Ringelmann Effect
Syeikh Fathy Yakan dalam bukunya ‘Golongan yang tercicir dalam jalan dakwah’, mengariskan beberapa perkara yang menyebabkan seseorang daie itu futur di jalan dakwah antaranya adalah sikap seperti ;
-Tabi’i yang tidak tetap
-Takut berlaku sesuatu ke atas diri dan pendapatan (Rezeki)
-Melampau (Ekstream)
-Bermudah-mudah dan longgar
-Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri
- Cemburukan orang lain
-Fitnah senjata
Nyata, ciri-ciri yang dihuraikan Syeikh Fathy Yakan ini betul-betul mengena di pelusuk kira jantung bagi sesiapa yang membacanya. Namun,pabila diselusuri secara halus bahaya The Ringelmann effect ini, tidak mahu tidak, sipi-sipi bahayanya harus diambil kira sebelum ia menjadi bahana yang lebih besar.
Mengapa ?
Pabila, seorang daie itu menyangka, ada daie lain yang akan mengalas tugasnya. Si bapa pula menyangka ada orang yang akan menegur anak perempuannya yang tidak menutup aurat, Si guru pula menyangka anak muridnya yang berdua-duaan menaikki motor itu akan ditegur oleh ibu bapanya, maka ;
Perbuatan ini samalah seperti,
“Seseorang yang membiarkan sahaja tanpa berbuat apa-apa pabila melihat rumahnya disambar api. Dia tidak menelefon bomba, tidak mengalihkan sebarang barang berharga, malahan lebih teruk lagi, dia membiarkan sahaja keluarganya di dalam rumah itu hangus di jilat api”
“Dengan harapan, ada insan lain yang akan memadamkannnya”
Mungkin analogi seperti itu sedikit “brutal” .
Namun, perubahan dalam dan luar perlu juga dilakukan. Bukan apa,takut-takut nanti, bukan sahaja, agama, jemaah, masyarakat mahupun keluarga yang akan kena tempiasnya. Takut, diri sendiri juga nanti yang akan menerima padahnya.
Sudahlah segala amanah dan tugasan semakin culas dilaksanakan, takut nanti keselesaan yang didambakan akhirnya membuatkan dirinya terus terlambat. Malahan tidak pernah sampai ke destinansi.
Kerana apa ?
Dia selalu sahaja tercicir !
Dek penangan Ringgelmann effect ni la !

Asyraf Farique

Saturday 16 June 2012

Hodoh Sangat Sikap Macam Tu, Tahu?


Malam ini agak emosi sedikit. Ya, memang Allah dah cakap dalam surah Ali Imran ayat 133 hingga 135, salah satu ciri orang bertaqwa itu adalah mereka yang menelan amarahnya. Dari siang tadi berusaha menelan emosi ini, tapi makin banyak yang dikemam, sudahnya malam ini, terkeluar jua sedikit yang dikemam dari siang tadi, dengan air muka yang sedikit ketat dan peringatan yang ada sedikit unsur “zass” dek kerana gagal menelan emosi.

tak la seteruk ni emosinya~



 Mungkin Allah nak tarbiyah saya lebih sikit hari ni. Ya, saya berdoa pada Allah agar ajarkan saya erti keikhlasan bekerja di jalan ini, kerana saya risau bilamana kadangkala niat kita boleh tersasul ke lain, terpesong ke lain, niat yang diculik di tengah jalan. Lalu saya berdoa pada Allah agar menjaga ikhlas saya, mensucikan hati ini dari anasir yang selain Allah.


Tak payah tunggu lama.


Allah terus uji.


Satu demi satu hal datang pada saya menguji sabar saya dan keupayaan saya untuk berlapang dada.  


Keikhlasan yang teruji tak semestinya dari mad'u-mad'u, tetapi kadangkala ujiannya datang melalui teman-teman seperjuangan kita.


Fiuuh fiuuh~ 


Huhu~~ (T_T)


Tak, tak, bukan salahkan mereka, memang masing-masing punya kelemahan, bukan hak kita untuk meletakkan hukum, kerana kita juga apa kurangnya, penuh cela dan kudis sana sini juga. Tapi bila hati sendiri rasa tak seronok dan rasa lemau bila kena test, ia benar-benar mengingatkan saya pada surah At-Taubah ayat 37-47.



Allah dah sindir baik punya dalam surah at-Taubah ayat 37 hingga 47 tentang orang yang bermalas-malasan, beralasan or basically tak buat kerja dakwah tarbiyah ni betul-betul, bermain-main, dan masih hidup dalam dunia ‘tarbiyah’nya sendiri! Orang-orang ni, yang MALAS, dan TAK BERSUNGGUH PUN BERADA DI JALAN INI, Allah kata, kalau mereka “infiru” (berangkat) pun, hanya akan melemahkan saf, hanya akan membebankan! 

Tak payah fikir orang lain, tapi diri sendiriii..... T_T


Dan itu memang benar.


Bila kita tak buat kerja yang sepatutnya, kita dah menyusahkan baaaaanyaaaakkk akhwat lain dengan ketidakpedulian kita terhadap tanggungjawab dan amanah kita. Banyak yang boleh dijadikan contoh. Bila mas’ulah program perlukan respon, update atau confirmation dari kader-kader di bawahnya, tapi kita sebagai kader tersebut ‘culas’ dan malas nak respon cepat-cepat, atau saja tak ada mood nak ambil peduli bersungguh-sungguh apa yang sepatutnya kita peduli. Kita rasa kita tak peduli sangat pun tak apa, tak akan efek sangat, akhwat lain ada lagi, sedangkan kita tak tahu perbuatan kita tu akan MELAMBATKAN, urusan akhwat-akhwat lain untuk mereka buat kerja mereka masing-masing. Mungkin saja ada urusan yang tak mampu diteruskan kerana masih menunggu update kita, masih menunggu tindakan kita atau confirmation kita.


Kadangkala boleh jadi ada yang tak serius berada di jalan ini yang mengabaikan anak usrah sampai ‘merempat-rempat’ anak-anak usrahnya mencari ‘murabbi’ lain dan dahagakan tarbiyah. Bukan ‘ibu-ibu saudara’ tu kisah dan berkira, tapi kasihan, tahu? Bila hingga ada yang pergi pada murabbi lain untuk update semua benda yang sepatutnya diupdate pada naqibahnya, kerana merasakan naqibahnya tak peduli tentang tarbiyyah mereka dan tak ada minat yang ‘genuine’ mendengar planat mereka untuk mad’u-mad’u mereka, itu serius bukan?


Saya kira ia perkara serius bila ada mutarabbi boleh bertanya pada ‘ibu saudara’ mereka,

“Kak, boleh ke saya tanya, dah lama berbulan diamkan, kenapa mak naqibah saya macam tak peduli je dengan tarbiyah kitorang?”

“Kak, adakah saya ada buat apa-apa salah, saya rasa naqibah saya tak pedulikan saya sangat"

“Kak, mungkin salah saya, mungkin saya yang bersangka-sangka, tapi perasaan ni sangat kuat, saya rasa naqibah saya dalam dunia dia je? Saya minta maaf tapi saya tak pernah berdepan dengan situasi macam ni, saya biasa dapat naqibah yang bersemangat, berkobar-kobar, at least untuk gerakkan kami betul-betul. Tapi saya rasa sangat hambar. Buat usrah pun macam taknak buat je,dan kami satu usrah merasakan yang sama.”


Serius tak?


Serius saya gerun mendengarnya. Otometik termuhasabah diri sendiri,

“Aku betul dah tunaikan ke hak mutarabbi aku? Aku dah betul bersungguh ke bina dorang? Adui adui...” Kembang kuncup kembang kuncup rasanya jantung duk pam darah kat dalam ni.  *tak cukup darah*


Berat juga pada pandangan saya jika mutarabbi tersebut merupakan adik-adik penggerak yang dah bawa usrah, bukan yang baru, yang masih perlukan perhatian nak bermanja-manja. Tak, mereka bukan perlukan perhatian untuk manja-manja dalam kes ni, mereka perlukan perhatian untuk tarbiyyah mereka. Sebagai orang yang mendengar, bisa saja kita berikan cadangan yang positif dan meneutralkan saangkaan2 yang mungkin wujud..


“Anggap ini sebagai tarbiyah dari Allah, bilamana kita berinisiatif sendiri untuk bantu naqibah kita, mungkin naqibah kita sedang diuji, kita pun boleh mainkan peranan, blaa3..dan blaa3...”

Macam-macam kata positif dan perangsang yang konon kita boleh berikan, walhal kita sendiri risau juga. Sebab tak tahu kita dah buat apa untuk bantu akhwat seperjuangan kita.. 

Wuu..wu..

Bagaimana untuk membina rijal jika pembinanya seolah tidak berminat pun untuk menjadi pembina? Bagaimana untuk menjadi guru jika guru tersebut tak berminat pun nak jadi guru? Mungkin muridnya diajar lebih kurang, jika tak pandai sangat pun takpe, jika tak sempat masuk kelas, kensel sajela kelasnya, dan tiada MUJAHADAH untuk berusaha membina anak-anak itu. Naudzubillahi mindzalik.. 

Mohon dijauhkan dari perkara sebegitu.

Alalala, anak sape la ni, tian-tiannya dia takde mak niii..~


kami nak mak, kami nak mak, kami nak makkkk!

"Mak" itu sangat amat penting, tahu?


Bila buat kerja secara jamai’e, semua orang ambil peranan, setiap orang ada ‘harga’nya masing-masing. Tapi bila ada yang ‘tak buat kerja’ hingga merumitkan gerak kerja orang lain, walaupun dah ‘ditadah’ beberapa kali supaya memberikan kerjasama secara aktif dan proaktif, tapi kita masih buat selamba ya ya, rumit juga tu. Ia mencerminkan tahap kesungguhan kita membawa peranan yang diberikan pada kita. Dan ternyata, kita berat sebenarnya dalam melaksanakan peranan kita.

Allah tanya, dalam surah at taubah ayat 38:


“Wahai orang-orang beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu, ‘berangkatlah di jalan Allah’, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia berbanding kehidupan di akhirat?Padahal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat, hanyalah sedikit”.


Bila tadabbur ayat ni dengan murrabi, ustaz kami, kami difahamkan seolahnya bila Allah bertanya ‘mengapa’ di atas dengan kalimah ‘ma lakum’, kalau dalam bahasa seharian kita’ seolahnya  ‘kenapa kamu ni?? Kamu ni kenapa??”

Ya, kenapa dengan kita ni? Bila Allah suruh kita berangkat, di jalanNya, pergi buat kerja kita yang sepatutnya, buat kerja dakwah dan tarbiyyah orang, kenapa kita rasa berat? Kenapa kita rasa malas? Kenapa kita rasa nak duduk je buat ‘kerja’ kita dalam dunia kita? Rasa buat time free je, time ada mood nak bersungguh baru bersungguh, kalau tak, buat sekadar buat je. Allah tanya, “Adakah kamu ni, lebih redha akan kehidupan dunia berbanding akhirat??”

DUSH! Bedebab seguni beras atas muka masing-masing.

Sebabnya dunia ni sangat sekejap berbanding dengan akhirat. Akhirat ni bila banding dengan dunia sangat kecil. Kalau tak faham, bak kata murabbi kami, ertinya kamu tu belum lah sangat islam sebab masih letak dunia dalam hati. (Dushh!) Macam compare umur 65 tahun dengan infinity. Infinity tu forever, tak dapat nak diukur. Sama seperti akhirat dan dunia tak boleh dibandingkan. Tapi kenapa kita masih sayang dunia untuk gunakan untuk  akhirat? Hakikatnya, kalau tak lepaskan dunia, kita tak akan dapat akhirat! Mungkin dapat, tapi kita kena seksa dulu. Huu~ *berpeluh*

Allah kata lagi dalam ayat 39 dan 40, kamu ni kalau taknak pergi, Allah akan azab dengan azab yang pedih, dan Allah akan ganti kita dengan orang lain yang boleh buat kerja ni, dan Allah LANGSUNG TAK RUGI HAPE-HAPE LANGSUNG KALAU KITA TAK ADA (Sobs~) Allah sambung dalam ayat 40, Kalau kamu taknak tolong Muhammad, Allah dah tolong pun baginda. Jadi, sama je, kalau aplikasi dalam konteks kita sekarang, kalau kita taknak tolong islam, tak bersungguh buat kerja untuk islam ni, terhegeh-hegeh untuk benda lain tapi bukan untuk islam, makanya, Allah TAK KESAH PON, Sebab ALLAH BOLEH GANTI KITA DENGAN ORANG LAIN! SEBAB ALLAH TAKNAK KITA. (Nanges laju-laju)

Berdas-das tembakan demi tembakan dan hayunan guni beras tepat mengenai muka.

Orang-orang yang berpura-pura macam ni, Allah kata, kalau mereka ni berangkat jugak, bergerak sekalipun, ALLAH TAK SUKA AKAN KEBERANGKATAN MEREKA, LALU ALLAH MELEMAHKAN KEINGINAN MEREKA dan Allah suruh duk je situ dengan orang-orang lain yang memang tak buat pun kerja dakwah ni, tak payah la nak pergi-pergi, kalau pergi pun BUAT KACAU DAN MENYUSAHKAN JE.  (Ouch2!)


"Dan jika mereka mahu berangkat, niscaya mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi ALLAH TIDAK MENYUKAI KEBERANGKATAN MEREKA, maka DIA melemahkan keinginan mereka dan dikatakan kepada mereka ‘tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu’. Jika mereka berangkat bersamamu, nescaya mereka tidak akan menambah kekuatan, malah hanya akan membuat kekacauan! .....”        (At Taubah: 46-47)


Dalam bahasa pedas untuk diri sendiri (bukan orang lain), macam ni la lebih kurang: dah la tak membantu sangat, lepas tu macam buat menyemak je. Kalau dah agak-agak malas buat kerja tu, baik tak payah buat terus, dan kita bebas untuk keluar dari jalan ni. Agak-agak taknak melajukan gerabak keretapi dakwah, tak usah melambatkan keretapi ni pulak dengan menumpangkan kita yang sedekah berat badan dalam gerabak, tapi tak ada function.  <--- (Waa,boleh tahan temparan ni! T_T)


ARGHHH, cukuplah! Cukuplah! Tak sanggup rasanya lagi nak tadabbur lebih lagi At-Taubah 37-47 ni. Tapi seriously, ayat-ayat ni memang sangat *gedebukbedebukdushdushzass*  Memang ayat-ayat ni menjadi peringatan besar buat kita agar tak jadi macam tu dan minta dijauhkan dari sikap hodoh macam tu. Dan bersabar lagi dan lagi, berlapang dada lagi dan lagi sebab kita tak ada jaminan adakah kita yang ‘serius’ kononnya ni, akan kekal serius sampai mati dengan kerja-kerja kita ni? Kerja baru seciput cuma tapi kita dah claim kita orang yang serius benar dan orang lain habis main-main di mata kita. Sedangkan boleh saja Allah nak pergilirkan antara kita dan orang-orang yang kita kata main-main dan melemahkan saf tadi, mereka pula yang bersungguh serius giga giga dan kita pula yang nampaknya culas, liut, biut dengan kerja kita, NAUDZUBILLAHIMINDZALIK!


Taknaktaknaktaknak.....


Jadi, apa hak kita untuk merasa geram bila kerja-kerja kita dan akhwat lain tak lancar disebabkan oleh beberapa orang yang tak mampu memberikan alasan pun untuk keculasan mereka yang dah lama disabari oleh orang lain tu? Lebih baik kita muhasabah kembali, kenapa kita macam nak melenting bila orang susahkan kita macam tu, kenapa payah nak berlapang dada bila orang layan tarbiyah macam tu, mungkin kelemahan tu etaknya di hati kita sendiri yang payah nak berlapang dada dengan pelbagai karenah manusiawi sedangkan mungkin saja dalam masa yang sama, ada orang lain yang sebenarnya laaagiii lama dah bersabar dan mujahadah untuk berlapang dada dengan kita? (ok, ini bahaya)


**TETTT**

....
....


P/S: Masing-masing pun tengah usaha lagi untuk menseriuskan diri dalam erti kata serius yang sebenar di jalan ini...Ini serius..

Wednesday 13 June 2012

Pernah Ada Masa-Masanya..


Menghayati kembali bait-bait puisi ini baris demi baris membuat mata ini basah dengan linangan air mata.. Ini puisi karangan Salim A.Fillah dalam bukunya Dalam Dekapan Ukhuwah.. 




pernah ada masa-masa dalam cinta kita
kita lekat bagai api dan kayu
bersama menyala, saling menghangatkan rasanya
hingga terlambat untuk menginsyafi bahwa
tak tersisa dari diri-diri selain debu dan abu

pernah ada waktu-waktu dalam ukhuwah ini
kita terlalu akrab bagai awan dan hujan
merasa menghias langit, menyuburkan bumi,
dan melukis pelangi
namun tak sadar, hakikatnya kita saling meniadai

di satu titik lalu sejenak kita berhenti, menyadari
mungkin hati kita telah terkecualikan dari ikatan di atas iman
bahkan saling nasehatpun tak lain bagai dua lilin
saling mencahayai, tapi masing-masing habis dimakan api

kubaca cendikiawan dinasti ming, feng meng long
menuliskan sebaitnya dalam ‘yushi mingyan’;
“bunga pun layu jika berlebih diberi rawatan
willow tumbuh subur meski diabaikan”

maka kitapun menjaga jarak dan mengikuti nasihat ‘ali
“berkunjunglah hanya sekali-sekali, dengan itu cinta bersemi”

padahal saat itu, kau sedang dalam kesulitan
seperti katamu, kau sedang perlu bimbingan
maka seolah aku telah membiarkan
orang bisu yang merasakan kepahitan
menderita sendiri, getir dalam sunyi
-ataukah memang sejak dulu begitulah aku?-

dan sekarang aku merasa bersalah lagi
seolah hadirku kini cuma untuk menegur
hanya mengajukan keberatan, bahkan menyalahkan
bukan lagi penguatan, bukan lagi uluran tangan
-kurasa uluran tanganku yang dulupun membuat kita
hanya berputar-putar di kubangan yang kau gali itu-


kini aku hanya menangis rindu membaca kisah ini;
satu hari abu bakr, lelaki tinggi kurus itu menjinjing kainnya
terlunjak jalannya, tertampak lututnya, gemetar tubuhnya
“sahabat kalian ini”, kata Sang Nabi pada majelisnya, “sedang kesal
maka berilah salam padanya dan hiburlah hatinya..”

“antara aku dan putera al khatthab”, lirih abu bakr
dia genggam tangan nabi, dia tatap mata beliau dalam-dalam
“ada kesalahfahaman. lalu dia marah dan menutup pintu rumah.
kuketuk pintunya, kuucapkan salam berulangkali untuk memohon maafnya,
tapi dia tak membukanya, tak menjawabku, dan tak juga memaafkan.”

tepat ketika abu bakr selesai berkisah, ‘umar datang dengan resah
“sungguh aku diutus pada kalian”, Sang Nabi bersabda
“lalu kalian berkata ‘engkau dusta!’, wajah beliau memerah
“hanya abu bakr seorang yang langsung mengiya, ‘engkau benar!’
lalu dia membelaku dengan seluruh jiwa dan hartanya.
masihkah kalian tidak takut pada Allah untuk menyakiti sahabatku?”

‘umar berlinang, beristighfar dan berjalan simpuh mendekat
tapi tangis abu bakr lebih keras, air matanya bagai kaca jendela lepas
katanya, “tidak ya Rasulallah.. tidak.. ini bukan salahnya..
demi Allah akulah memang yang keterlaluan..”
lalu diapun memeluk ‘umar, menenangkan bahu yang terguncang

ya Allah jika kelak mereka berpelukan lagi di sisiMu
mohon sisakan bagian rengkuhannya untuk kami
pada pundak, pada lengan, pada nafas-nafas ini..

Salim A. Fillah.DDU

Tuesday 12 June 2012

Malam Itu..Kami Berdua..


Tak tahu apa yang berlaku.

Tapi dinding dan pintu rumah kami bergegar kuat. Kedengaran suara-suara lelaki di luar rumah, ada bunyi macam rantai mangga bergeser dengan benda keras, ada bunyi macam pintu grill sedang digoncang atau ditendang saya tak pasti, ada juga bunyi dentuman-dentuman seperti benda besar dan berat jatuh ke lantai simen. Targetnya bukan rumah kami, tapi rumah kami menerima efek dek kuatnya ‘serangan’ terhadap rumah yang mungkin depan atau sebelah rumah kami. Mira sudah pucat mukanya memandang saya penuh kerisauan. Dari terbaring di atas sofa terus bangun memandang saya penuh tanya,

“Kak! Bunyi apa tu?? Kenapa tu kak??” Mukanya risau sungguh. Dalam hati saya nak tergelak sedikit, tapi saya tak gelak pun. Saya buat muka straight.

“Ntah, bunyi dorang nak bukak pintu rumah terkunci dari dalam kot”, jawab saya selamba tanpa memandang wajahnya. Mengadap laptop, sedang membalas emel.



Bukan tak peduli, cuma malas nak panik. 

Tiba-tiba berbunyi lagi bunyi-bunyian yang tak enak tu, diselang-selikan dengan suara-suara lelaki-lelaki dari luar rumah kami, yang seakan menjerit-jerit dan tiba-tiba bunyinya seperti ada orang berlari kejar mengejar di koridor aras 8 itu.

“Kakkkk!! Kenapa tu??? Mira takutla! Berdebar-debar ni!!!”

Mira dah tak senang duduk, tangannya mengurut dadanya sendiri.

Saya pula tertanya-tanya, masalah apa pulak la kali ni di kawasan flat yang kami sewa ni.

“Mira dah trauma teringat yang orang bergaduh atas rumah kita ni!”

Mira mengingatkan saya tentang kes gaduh suami isteri yang sangat dasyat sehingga terdiam semua orang di dalam rumah ini, berdebar, risaukan keselamatan anak pasangan tersebut yang sedang menangis terjerit-jerit tapi tiba-tiba diam tanpa suara tangisan. Sehingga kami menelefon polis kerana pergaduhannya sangat dasyat, si lelaki seakan naik minyak dan macam-macam bunyi dentuman yang kami dengar. Bila menelefon polis, minta mereka datang untuk mengawal keadaan, mereka culas. Setelah berdialog dengan penuh sabar, mereka kata mereka akan datang walaupun katanya mereka tak kenal pun kawasan flat ni dimana. OH dunia~

Tapi Alhamdulillah, mereka datang. Mereka tepati janji. Tapi.. Mereka menelefon dari bawah,

“Ha, rumah mana satu?”

“Kami tidak tahu nombor rumah, tapi kami rasa kami agak pasti arasnya di atas aras kami, tingkat 9”

 Begitu lebih kurang kami maklumkan pada encik polis yang bertanggungjawab itu.

“Tak tahu nombor rumah? Habis tu takkan kami nak naik cek satu-satu rumah?”

Dan mereka balik..

OH.. MY.. RABB...~

Takpela, mungkin kes sebegini terlalu kecil nak dibandingkan dengan kes-kes gempak lain di Johor Bahru ni. Mungkin mereka terlalu banyak kerja, mungkin mereka terpaksa utamakan kes lain ketika itu, mungkin, mungkin, mungkin....

Dalam hati, baiklah, takpela, encik polis, nanti kami naik sendiri je kalau macam tu. Kami cuma risaukan keadaan anak kecil tu yang tetiba diam tiada tangisannya.

Bila keadaan sudah reda, ada antara kami yang naik, mereka nampak darah di dinding, bekas tapak tangan, tapi darah itu seolah terseret di dinding. Seolah pemilik tapak tangan itu merangkak dan ditarik dalam keadaan tangannya di dinding. Anak-anak usrah saya yang berada di tempat kejadian yakin itu darah si isteri. Saya tiada di rumah ketika itu kerana berada di daerah lain.

Sehari selepas kejadian, saya pulang ke rumah, dan dengar semua cerita dari A to Z. Saya risaukan keadaan si anak. Saya naik ke atas. Berjalan di depan rumahnya. Ada seorang perempuan sedang duduk di depan pintu rumah, tapi dalam pintu grill. Ruang antara pintu rumah dan pintu grill. Tak tahu sedang buat apa, sedang tunduk seperti sedang potong kuku, wallahualam. Saya yakin itu rumahnya. Kerana itu lah rumah yang betul-betul atas rumah kami (seperti yang dimaklumkan ahli rumah yang ada ketika kejadian). Saya berhenti.

Saya senyum dan beri salam.

“Assalamualaikum”..

Dia terus bangun. Bila dia bangun..

Alamak! Lelaki rupanya! Ingatkan perempuan ikat rambut ke tadi.. Rupanya rambut pendek! Tersilap senyum daa tadii....

Ya, dia bukan perempuan. Saya yang ingatkan perempuan kerana mukanya sungguh jambu sekali. Tapi bila dia berdiri (masih di antara pintu rumahnya dan pintu grill tu), baru nampak rambut pendek, dada flat, dan tatu penuh di tangan. (Tapi mukanya jambu sekali).

Err..Jambu?


“Ye?” Jawabnya, tanpa menjawab salam saya.

Saya sudah hairan, dengan tatu di tangannya, dengan salam saya tak berjawab, islamkah atau bukan islamkah dia ini?

“Err, saya nak tumpang tanya, kat tingkat 9 ni, ada rumah kosong lagi tak? Saya dengar ada rumah kosong lagi kat atas ni untuk disewa, ada ke?” Tanya saya penuh sopan dan penuh ‘asli’.

Nad di sebelah saya ketika itu yang sudah terkejut kerana tiba-tiba saya berhenti di depan rumah itu, sudah sedikit ternganga kerana tidak menyangka saya akan keluar pula dengan ‘sebuah lakonan’ (kerana sangkanya kami hanya berjalan dan tengok keadaan di atas).

“Erm..rumah kosong? Yaa..Rumah kosongnya tu, ya banyak, tapi ownernya tuh, susahla, nak carik”

Oh Indonesia rupanya! -Menjawab persoalan di benak saya tentang islam atau tidak islamkan dia itu. (normal muka melayu tapi bukan islam di indonesia bukan?)

Tapi subhanallah, dia sangat sopan. Cara bercakap nya penuh hemah bagi saya, cukup sopan nada dan ekspresi mukanya.

Eh,tapiii... Dia ni yang pukul isteri dia sampai darah2! Baling-baling semua benda sampai tingkat paling bawah pun dengar sampai semua orang keluar rumah berkumpul di bawah tapi takde sape yang buat apa2..Choii... Eh tapi betul ke dia ni?? Tah-tah, orang lain?

“Oh..Yeke.. Sebab kawan saya tengah cari rumah, tu yang saya try jalan kat atas ni nak tanya orang, sebab saya duduk kat sini jugak, tapi tak tahu tingkat berapa ada lagi rumah kosongnya. Kat sini macam banyak rumah kosong lagi kan?”

Wah,wah,wah..Lancar sungguh skrip spontan Tapi memang ada seorang kawan cina yang minta tengokkan kalau ada rumah kosong di sini~

“Itu..memang ada rumah kosong, banyakk..Tapi ya gitula, ownernya tu payah biasanya mahu kontek. Ini, tahu dari mana ada rumah kosong di tingkat ini? Kalau orang yang kasi tahu itu, biasanya dia tahu owner rumahnya,jadik, bisa tanya gitu”, bersungguh dia terangkan pada saya.

Saya mula ragu. Benarkah ini lelakinya yang penuh kemarahan dan kebencian memukul isterinya hingga berdarah-darah dan memaki-maki isterinya. (Isterinya juga ‘pandai’ memancing kemarahan suaminya dengan kata-kata makian dan jeritan ketika pergaduhan berlaku-menurut ahli rumah yang mendegar ketika kejadian).

“Oo...awak dah tinggal lama ke kat sini? Macam mana keadaan kat sini, ok? Sebab saya baru tinggal di sini, jadi kalau ok,saya boleh rekemenkan pada kawan”, saya mula memancing. Sesekali mata saya mengintai dinding di sebelah pintu rumah nya. Kesan darah sudah tiada. Sudah dicuci bersih.

“Itu...Adala setahun lebih..Nak kata ok tu, ya boleh la, ok la” Dia mengangguk-angguk memandang saya.

“Selamat? Atau ada benda-benda tak best ke kat sini? Keadaannya selamat ke?”

“Bolehla, setakat ini ngak ada apa-apa yang serius” Dia menjawab dengan lembut dan baik.

“Oo..di sini ramai orang bujang atau berkeluarga ye? Ya biasanya kalau yang berkeluarga ramai, lebih harmoni gitu, lebih meyakinkan la”.. Cubaan saya sebelum cuba korek dia itu berkeluarga atau  bujang, jika dia berkeluarga, sahla dia lelaki itu.

“Sini ramai juga bujang, kalau atas ini, ramainya bujang”.

“Oo..Macam tu...Awak tinggal dengan keluarga juga? Atau sendirian saja?” Saya buat mesra alam.

“Saya sama keluarga, isteri dan anak. Tapi ada bujang di rumah saya, menyewa bilik, jadik tinggal sekali”.

Sah! Dia la orangnya! Yang lagi Sorang bujang, jadi cuma tinggal dia.

Lakonan saya sampai di situ sebab saya dah takde idea bagaimana mahu masuk topic anak dia, sebab macam tak logik kalau saya bertanya tentang keadaan anak dia kerana soalan akan jadi makin detail. Setelah mengucapkan terima kasih, saya melangkah pergi.

Saya harap anak itu dalam keadaan baik. Saya sempat intai ampaian dia di dinding ada baju kanak-kanak, dalam lingkungan 4-6 tahun saiz bajunya. Baju kanak-kanak perempuan.

Ditakdirkan, si mira terjumpa seorang perempuan ketika naik lif. Menutup kepala dengan tuala kecik, tapi jelas kelihatan muka lebam penuh luka seolah ditumbuk dengan sepenuh hati. Hitam, biru, ungu, hijau, semua warna lebam dan luka menghiasi wajahnya hingga tak nampak rupa asal. Bibirnya biru bengkak seolah banyak darah beku terbuku di situ. Mereka sempat berbual lepas akak tu tengok si mira tekan butang lif no 8. Dia tingkat 9. Dijadikan cerita, akak tu sebenarnya isteri lelaki tu, dan dia mendakwa suaminya ‘buat perangai’ pada hari kejadian. Akak tu sebak ketika bercerita tapi mira tak sempat bertanya banyak, kerana lif sudah sampai tingkat 8. Simpati melihatnya. Allah..

Akibat bergaduh.. (Gambar hiasan)


Oh, ini cerita yang beranak. Cerita dalam cerita. Point saya adalah, kejadian gaduh yang dasyat tu membuatkan ahli rumah muharik ini makin cepat traumanya terutamanya si mira.

Ok, sambung cerita yang baru berlaku sekejap tadi. Dinding dan pintu rumah kami bergegar dengan dentuman-dentuman yang tak dapat dikenalpasti dari mana punca. Terdengar suara-suara lelaki yang macam ramai bunyinya.

Mira masih dengan muka takutnya.

“Takpe, Allah ada..” Saya cuba mengingatkan dia.

“Awak mangga tak pintu grill masa balik tadi?” Saya bertanya.

Mira mengeleng-ngeleng laju.

“Takkk!!!”

Saya tersenyum. Entah untuk apa pun saya tak tahu.

Saya bangun dan menuju ke pintu.

“Kakkk!!! Akak nak buat apa??? Jangan la gi dekat pintu tu!”

Risaunya si mira ni.

“Akak nak pasang telinga kejap, tak tahu dorang cakap apa, marah ke, bersembang ke ape kee..”

Saya mendekatkan telinga saya di pintu, tapi tak jelas bunyinya. Sekadar bunyi dentuman dan bunyi orang berlari dan menjerit. Frust. Intai ikut tingkap, nampak ramai orang berkumpul di bawah, ada pakcik-pakcik yang pakai jaket menyala macam polis tengah ronda-ronda, ramai orang tercegat pandang satu arah. Ini betul-betul menghairankan.

Saya duduk balik di tempat saya. Mira masih skodeng di tingkap dan mengomel. 


Dia risau.

Saya duduk dan menulis entry ni.

Sebelum saya balik bercuti di Terengganu 2minggu lepas, ketika itu saya berseorangan di rumah. Hampir masuk waktu isyak ketika itu, pun ada kejadian huru hara yang berlaku. Bising satu flat, suara jerit-jeritan, kaca pecah, orang kejar mengejar, suara tangisan, dan bunyi dentuman-dentuman. Bunyinya macam orang india yang bergaduh sesama mereka. Oh ye, kawasan flat ni memang ramai penghuninya india. Saya tak tahu apa yang berlaku ketika itu, saya skodeng kejap, saya duduk, berdoa, bertawakal kepada Allah agar Allah menjaga saya sentiasa.

Haihhh... Sekarang dah 6bulan tinggal di sini. Makin lama rasa makin tak selamat keadaan di sini. Kami para akhwat kadang kala pulang malam dari usrah, dari daurah, dari meeting, sebenarnya agak bahaya. Walaupun kami selalu bukan seorang, tapi still, agak bahaya jika ditakdirkan kejadian-kejadian tidak enak seperti yang dinyatakan di atas berlaku ketika kami tengah nak naik lif ke, berjalan di koridor keee... Nauzubillah....

Apa pun, semoga Allah menjaga kami-kami ini sentiasa...

P/S: Patut consider pindah rumah kah, ya ukhti? Hemmm~~~

Saturday 2 June 2012

Mak Nak Suruh Sanding, Anak Taknak Sanding. Err?


Between a daughter and a mother~


“Nanti time Leya nanti, mama nak tengok Leya sanding cantik-cantik. Leya sorang je anak mama, mama dah lama dah harap dapat tengok Leya sanding cantik-cantik atas pelamin.. Ye..?” Puan Mama senyum penuh harap menatap wajah anak tunggalnya.

“Em..Mama, kan Leya pernah bagitau mama dulu.. Leya seboleh-bolehnya taknak sanding. Leya nak simple je, tapi biar penuh berkat. Taknakla step awal nak berumahtangga pun Allah dah tak redha..Kalau boleh Leya nak jaga setiap perkara dalam urusan persiapan pertunangan atau walimah nanti supaya semuanya dalam redha Allah..” Leya menjelaskan perkara sama yang pernah dijelaskan pada Puan Mama sebelum ini. Riak muka agak kecewa, sedikit, kerana mengharapkan Puan Mama faham.

“Hem..Tapi mama nak tengok.. Mama teringin nak tengok, dari dulu lagi Mama memang berharap sangat dapat tengok Leya atas pelamin. Nanti kalau Mama mati, tak rapat mama pejam mata sebab hasrat nak tengok anak mama bersanding atas pelamin tak tertunai.. Macam mana? Leya sampai hati ke?”

Puan Mama mula mengenakan serangan psikologi. Leya dah faham sangat skill Puan Mama ni..~

“Abes nak buat macam mana,mama.. Dah Allah tak kasi, Allah kata tak boleh, mama..Takkan nak langgar pulak.. Kan mama..” Jawab Leya perlahan. Muka selamba.

Puan Mama buat muka sedih, angkat lengan baju buat-buat kesat air mata. Kenapalah anak dia sorang ni tak mahu faham hasrat hati seorang ibu. Bersanding je pun. Takkan tu pun berdosa? Hantar pergi belajar jauh-jauh di oversea, balik-balik makin ‘ustazah’ pula anak dia yang ni sorang. Memanglah Puan Mama amat bersyukur punya seorang anak yang baik, tapi tak boleh ke bertoleransi sikit untuk mama dia?

“Tapi mama nak tengok anak tunggal mama sorang ni sanding.. Macam anak-anak orang lain.. Ada pelamin cantik-cantik, mama teringinnnn sangat nak tengok, tssk-tsssk”. Puan Mama guna serangan psikologi lagi.

Leya hela nafas. Hemm..Macam mana nak deal dengan Puan Mama sorang ni. Akhirnya Leya bersuara.

“Takpela mama, kalau macam tu,kita buat pelamin kecik satu untuk ambil-ambil gambar, lepas tetamu dah balik semua nanti, Leya duduk atas pelamin tu, pastu mama tengokla puas-puas, ok?” Leya buat muka selamba lagi.

“Budak ni..Mama taknak macam tu la!” Puan Mama mula tersaiko balik dengan anak dia.

“Ok tutup kes, jom cakap pasal benda lain”. Buat muka selamba. Lagi.

Dalam hati... “Hem..perlukan masa dan strategi lagi untuk saiko mama supaya dia setuju dengan aku. Ishhhkk, macam mana niiiiii.....”

...........................................................

Jeng,jeng,jeng...

Mesti ramai ikhwah/akhwat pernah/sedang/bakal melalui dilemma macam ni. Serius, sangat payah, tak tipu. Untuk parents yang faham dan punya fikrah yang sama, agak beruntung di situ, Alhamdulillah. Untuk keluarga yang biasa-biasa saja, agak mencabar bila mahu capai kata sepakat.

Dialog di atas baru antara seorang akhwat dengan ibunya, belum masuk lagi dialog mak sedare, ayah sedare, jiran tetangga- Puan Makteh, Puan Makngah, Puan Maklang, Encik Pak Uda, Encik Pakngah and the list goes on. Bila dah masuk hujah-hujah dari yang lain, maka semua “Leya-Leya” (watak di atas) akan terdiam tak mampu menjawab kerana tidak mahu suasana jadi hangat dan dikatakan keras kepala tidak mahu menerima cadangan golongan tua yang lebih berpengalaman.

Sedangkan para “Leya” di atas cuma mahu menjaga perjalanan atau proses membina baitul muslim dari semua segi agar tidak dicemari dengan anasir-anasir yang tidak patut. Mungkin tidak mampu pun untuk menjaga SEMUA dan SETIAP perkara, namun sehabis mampu, pasti akan cuba dijaga agar tetap dalam redhaNya bukan? Mungkin banyak perbuatan lepas yang sudah terpesong dari jalan redhaNya, tapi kenapa tidak bermula yang baru pabila tersedar, bukan? Dari langsung tidak berusaha atas alasan “nanti orang kata” dan alasan “tidak mampu”, lebih baik buat saja sehabis baik, dan serahkan yang selebihnya untuk Allah hakimi.

Bukan menghakimi sanding itu haram,dosa besar, begitu dan begini. Tapi rasanya dah banyak ceramah-ceramah ustaz itu ustaz ini, penjelasan dari ulamak itu ulamak ini tentang hukum bersanding dalam Islam. Bersanding bukan tak boleh, boleh saje, tapi banyak perkara kena ambil kira. Contohnya, buat persandingan di tempat tertutup yang hanya mahram sahaja menyaksikan, tiada unsur pembaziran atau adat seperti menepung tawar, renjis beras segala, yang dipengaruhi dari agama Hindu (boleh kaji sejarah acara persandingan), tiada unsur tabarruj secara jahiliyyah (berhias melebih-lebih tanpa ambil kira tuntutan syara'), dan sebagainya. Belum masuk bab pembaziran menyewa singgahsana untuk bersanding. Nah, jika semua syarat di atas boleh diikuti, bersanding lah. 

Bersanding bukan tak boleh. Boleh...Tapi...


Tapi kalau bersanding itu dengan kita tidak menjaga aurat, dengan bertabarruj, mempamerkan kecantikan pada yang bukan muhrim, membazir, mekap tebal-tebal sampai malas nak ambil wuduk untuk solat (sebab sayang mekap-mahal kot bayar tukang mekap?), makanya, agak kurang bijak jika kita masih redha bila kita kena sanding. Lagipun, kecantikan bukankah hanya untuk tatapan si suami? Amatlah difahami bagi yang bersanding untuk tujuan memperkenalkan pengantin, supaya tetamu kenal siapa yang berkahwin, jadi, cukuplah bila si mempelai memakai baju sedondon dan berhias dengan sederhana, insyaAllah, tetamu dah boleh kenal siapa pengantin nya. =) (Tapi ada juga kes yang kita macam konpius mana satu pengantinnya. Macam siang tadi bila saya pergi walimah seorang teman, tapi ada beberapa tetamu mekapnya dan bajunya, cantik dan meriah sangat kot, =) sampai saya ingatkan itulah pengantinnya. Nasib baik kenal lagi kawan sendiri yakni si pengantin. Err~ camane tu?)

Berbalik semula kepada matlamat utama mengadakan kenduri kahwin, adalah untuk mengisytiharkan pada orang ramai akan ikatan antara kedua mempelai yang telah sah sebagai suami isteri, dan juga sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Tapi..Bagaimana ye bila cara kita tunjuk kita bersyukur pada Allah adalah dengan melakukan perkara yang Allah tidak redha? (Statement ni applicable bukan setakat untuk bab kenduri kahwin tapi applicable untuk sehari-hari hidup kita-baiklah, sentap sendiri). 

"Tapi mesti orang sekeliling cakap bukan-bukan nanti". 
Haruslah~ Kita buat benda yang orang lain ramai tak buat dan kita tak buat benda yang orang lain ramai buat. What do you expect? =)

The thing is, kalau majlis tu buat ikut macam ini pun, orang akan bercakap juga, buat macam itu pun, orang akan bercakap juga, jadi harus bagaimana? Pening. 

Tak usah pening-pening, clearkan dulu apa yang kita mahukan, and work towards that aim, regardless of what people might say about you. Itu dari satu sudut untuk setelkan keraguan dalam hati. Itu masalah dalaman. Bila hati dah yakin, tiada keraguan to work towards that aim (which is to have a walimah yang penuh barokah), it’s time to deal with external issue pulak, such as: parents. =)

Makanya haruslah kita cuba untuk ambil hati keluarga kita terlebih dahulu. Ya, mungkin fikrah kita lebih sedikit dari mereka, tapi mereka tetap keluarga kita yang punya hak atas kita. Tapi jangan sampai hak mereka kita lebihkan dari hak Allah. Oh, memang payah, ya, faham sangat. Tapi cubalah dahulu. Cuba berbincang. Dengan MATANG. Whatever it is, sila tunjukkan KEMATANGAN kita terlebih dahulu while negotiating, jangan dengan emosi, jangan dengan keras kepala dan jangan dengan ego merasakan kita sangat betul hanya kerana kita nak pertahankan sunnah nabi. Jangan. Jangan begitu. Mungkin niat kita betul, but HOW we do it, matters. Kerana mereka orang tua dari kita, hati kena ambil kira. Di sini lah sangat perlu skill berkomunikasi dan psikologi yang berkesan. Agak masalah bagi mereka yang ‘tidak pandai bercakap’ atau kurang dari segi ‘soft skills’ dan ‘common sense’. (Mereka kena usaha lebih).

Tapi walaupun dah gunakan soft skills, psikologi etc, harus diingatkan that it is very unlikely to happen -that this thing will change in one or two days. It takes time. -I took one whole year to convince my mom not to have the persandingan when my time comes for the walimah sooner or later. (Jangan bila dah dekat nak walimah baru tergesa-gesa nak ubah mindset parents kita, I even discussed this matter seriously with my mom since long time ago lagi pun. Lagi awal dapat ubah mindset parents kita, lagi bagus, jadi kenapa tunggu lagi?) 

Ok, continue. So my mom didn’t agree at all to my request for not having the persandingan- until we came to a win-win situation,give-and-take or sistem barter stuff which is kalau saya taknak sanding, jumlah wang hantaran kena ikut kata dia. (Because I requested two things from my mom for the marriage- which were 1. No sanding-sanding segala, 2. Hantaran taknak tinggi-tinggi.). She could tolerate about the sanding thingy even though that was hard for her, but she wanted me to listen to her for the amount of wang hantaran-which is of course higher than what I have decided in mind. So we discussed about the wang hantaran, I let her decide the minimum amount, and that minimum amount would be the maximum amount for me.

Let’s say she agreed on the range between RM10K-RM12K, for example. RM10K is the minimum for her, so that would be the maximum for me. That means my wang hantaran is not gonna be more than RM10K. Still, it’s between the range in which my mom has decided earlier, right? So I didn’t break my promise, teehehe~ So later I thought, maybe...I can make it any lower, by any chance..? So I tried to lower it down to RM9K ke, RM8K ke..? Then I got the ‘shout’ and the ‘series of lecture’ from her-so I know, that’s her limit. So I just stopped and accepted RM10K then. As long as she agreed on not having the sanding-sanding thingy, I can tolerate and accept her request about the wang hantaran.)

So that’s it. Negotiation is important and showing your maturity in handling the situation and negotiation is more important. 

"Matured" abes nih~


Parents kita ni, bukan apa sangat, dorang cuma nak yang terbaik untuk kita, of course. So if they can make sense of what we want and why, they might consider our situation too. Kenapa mereka menentang? Kerana mereka tak faham apa rational nya kita nak macam ni, bukan macam tu. Dan kenapa kita menentang mereka? Kerana kita juga tak faham apa rational nya mereka nak macam tu, bukan macam ni? Mungkin ada certain points dari parents kita kenapa mereka nak macam tu, bukan macam ni, yang kita terlepas pandang?

For example, when my mom said she wanted to determine the amount of wang hantaran, I asked her, what’s her rationale for deciding such a big amount? She told me that she wants her becoming son-in-law to take the responsibility, to show that he is willing to put the effort of providing such amount of money, and that money won’t go to her or my other family members. But the money will go back to my husband and I later on to start our new life. She simply wants some sort of ‘guarantee’ that we won’t be ‘papa kedana’ after the majlis and all. She is trying to help us to stabilize our life after the marriage I think. So that one, makes sense to me. She just wants us to have some amount of money after the marriage-which is acceptable. And the money will go back to us some more! So I can make sense of my mother’s request, so I agreed.

So see my point here? Sometimes we do not see what others see and vice versa. So clearing things up between all the parties can help both parties make sense of each other’s requests and demands and help both parties to have better evaluation and judgement before deciding on things that can be agreed upon.  

Makanya, berbincanglah. Tunjukkan kematangan pada keluarga kita dengan cara yang mereka boleh terima dan tidak berkecil hati. Jangan tunjuk pandai dan terlalu bertegas bila keadaan agak menekan. Kendurkan suasana kembali, dan cuba lagi akan datang. It’s okay to let them have their ways ‘for now’, while we’re figuring out other ways and strategies for them. Boleh juga gunakan orang tengah yang mereka hormati (yang berada di pihak kita, but neutral, of course) to discuss with them. They might ‘listen’ and count the opinion from the orang tengah,who knows. What matters here is our effort and doa,doa,doa agar dilembutkan hati mereka untuk bertoleransi dengan hasrat kita. 

Bukankah yang pegang hati mereka adalah Allah? Jadi, usaha dengan sehabis-habis baik usaha dan usaha dengan usaha yang terancang, bukan semberono dan berdoa lah di sepanjang kita berusaha tu. Moga dipermudahkan Allah, insyaAllah.

Yang penting, tanya hati sendiri, betul ke kita nakkan proses dan majlis yang betul-betul Allah redha, yang simple tapi barokah, atau hati sendiri macam tak berapa bersungguh nak mujahadah dengan keluarga? Tettt** (Saje jentik sikit,hehe).

And oh yes, ingatkan diri ini bila diri sendiri terlupa apa yang telah dinukilkan di sini, di hati atau di mana saja.

Moga Allah permudahkan urusan kita, amin.. =)

P/S: Walaupun dah setuju takde sanding-sanding, Puan Umi tetap nakkan satu pelamin mini untuk ambil-ambil gambar and sebagai tempat pengantin nak duduk-duduk bila orang datang jumpa pengantin. (Tempat lain takleh duduk ke? huu huu.. T_T)