Thursday 26 July 2012

"Ticer Dah Marah!"

Grrr..Nampak nih?? Nak ticer bertukar jadi super saiya??


I never knew scolding the children could make me feel so bad.

Saya bukan orang yang jenis membebel atau berleter bila marah. Walaupun selalunya  saya seorang yang ceria, mesra alam, dan agak banyak celoteh, tapi saya tak suka berleter bila marah. Bila marah pada anak-anak murid yang terlalu menguji kesabaran, saya akan tinggikan suara untuk didengari ataupun saya akan diam di depan  dengan pandangan mata yang tajam menussuk kalbu budak-budak yang masih memerlukan banyak didikan akhlak tuh dan selepas itu, saya terus kembali pada mood ceria dan mengajar seperti biasa. 


Semenjak mengajar di sekolah SK Tak Berdaya ni, everytime marahkan budak-budak, maksimum saya boleh berleter adalah seminit, selalunya kurang. Bila dah sampai maksud yang saya nak sampaikan, saya takkan tambah lagi leteran tersebut. Tak reti nak menokok tambah leteran. Lagi-lagi nak berleter pada budak-budak. Alahaii... Membazir karen letrik. 

SO my point is, saya tak suka marah anak-anak murid. Walaupun saya seorang yang tegas (tapi flexible), saya tak reti mengamuk atau bebel lelame sambil marah-marah macam kebanyakan cikgu-cikgu. Selalunya bila saya marah, cuma beberapa saat ketika itu, habis je ayat marah saya pada murid-murid, mood saya kembali ceria bila mengajar, seperti biasa.


Tapiiiii......


Hari ini...


Oh Tuhan...


Kesabaran teruji dengan kelas budak darjah 3 Joyah ni..

Hingga saya hentikan semua permainan dorang masa dorang tengah syok main, dek kerana bisingnya mereka walaupun sudah berkali-kali, saya ulangi, berkali-kali, saya memberi amaran jika sesiapa yang bising dan tak hiraukan arahan cikgu, saya akan hentikan game dorang.


Grrrr...Makan budok! Degil sangat!


Yes, they are kids, so saya tak marah bila dorang bising masa tengah main, yela, nama pun budak-budak yang excited nak main language games, tapi, peraturannya, bila cikgu bagi cues, atau cikgu sedang bercakap memberikan arahan, semua perlu diam dan dengar. Kalau dah sampai berkali-kali saya terpaksa memberi cues untuk mereka memberi perhatian, tapi mereka masih memekak tanpa mempedulikan cikgunya yang berusaha untuk memahamkan mereka, yes, I felt very disappointed. But what makes me even more disappointed is the fact that they have been scolded by me. I feel so bad about myself!

Seriously, saya tak bebel panjang. Saya marah, saya diam, saya tenung mata mereka satu persatu. Mereka semua diam tak terkata. Saya tahu esok lusa mereka akan lupa apa yang ticer dorang marah dan akan tetap bising macam biasa. But I don’t know why, saya rasa macam nak nangis. Because I don’t like the fact that I was actually being mad at my students.


Because I love them.


..


And I want them to be good person.

..


Tapi saya dah marah mereka!!! Saya rasa sangat teruk! =((

Hari ini perasaan saya betul-betul marah pada mereka sampaikan saya diam dan tak mampu kembali ceria dengan mereka. Sampai saya rasa nak nangis sebab perasaan marah pada anak-anak yang saya sayang tu.. 

Sedihnya...

Argh, payah nya orang yang mudah nangis nih!

Ish!


Perempuan sangat! 

Sunday 22 July 2012

The Chronicles of "The Practicum"- Nak Rebah Sudeyhh~~ T_T

Aiyark!


Dulu mimpi dalam lelapku tentang dakwah dan tarbiyyah,
Kini mimpi dalam lelapku tentang lesson plan dan teaching aids
Dulu balik kuliah usai bersolat, tilawahku berhelai-helai
Kini balik sekolah, usai bersolat, report dan journal writing ku berhelai-helai.
Tilawahku 2,3 muka cuma,setiap kali selesai solat, kerana perlu siapkan tuntutan folio
Dulu menunggu isyak sempatku membuat hafazan surah baru
Kini menunggu isyak, sibukku meng-google idea untuk lesson plan esoknya
Dulu qiyamku untuk bertahajjud sekurangnya 6 rakaat
Kini qiyamku lebih banyak berjaga untuk menyiapkan teaching aids yang mentor nak tengok esoknya


"Aduii...macam mana ni..." T_T


Dulu petangku selain membuat assignment,untuk ku luang bersama mutarabbiku
Kini petangku tersengguk-sengguk menyiapkan folio practicum dan lesson plan
Dulu tidur malam ku 4jam,
Kini tidur malamku 1jam,2jam dalam keadaan tersengguk-sengguk.
Dulu malam-malamku dan hujung-hujung mingguku untuk menghadiri segala program-program tarbiyyah "kakak-kakak dan adik-adik",
Kini..... Oh! Alhamdulillah, yang tu masih sama.. hu hu..


Tapi..Tapi..Tapi...
Berguling-guling untuk mujahadah tak tidur malam sebab nak buat lesson plan dan teaching aids lepas tu~ Wuu.. T_T 


Terasa ingin menjerit namaMu sekuat hatiku..


Allah!!! Kuatkan aku!!!


Namun..


Kerana aku sedar itu tarbiyyah Allah buatku, kerana tak selamanya aku akan berada di ruang yang 'selesa', kerana Allah tak mahu aku merasa selesa tanpa melipatgandakan mujahadah yang sedia ada. Mungkin kerana aku sudah makin selesa dengan mujahadah sebelum ini, sudah tidak terasa berat untuk berkorban masa dan tenaga untuk DnT, maka ku anggap ujian ini untuk meningkatan lagi mujahadah dan erti tawakal ku pada Allah.... 


(Baru fasa transition seciput ni, dah nak risau lebih,ek eleh~ Sikit je tu.. At least dapat tidur pe sejam dua jam pun dalam sehari tu, uhuhu~)


Maka..


Ini mengajarku erti bersusah-payah dalam tarbiyyah..


Ini mengajarku erti MENGUATKAN bukan setakat mental, tapi FIZIKAL! Kerana kudrat ini sangat diperlukan terutamanya sepanjang 3 bulan ini. Kerana practicum itu menuntut banyak masa dan tenaga, dalam masa yang sama, tubuh ini juga ingin digunakan untuk kerja-kerja dakwah tarbiyyah. Dan aku tidak ingin bertoleransi bila melibatkan kerja dakwah tarbiyyahku. Kerana perlu perform well untuk practicum agar tidak menjadi fitnah bagi orang yang membawa agama Allah ini, dalam masa yang sama taknak kerja DnT ini tergugat. Maka, agar diri tidak sakit-sakit,lemah-lemah badan, tidak longlai walaupun rehat tidak cukup, maka,harus jadi akhwat militan! (Lasak sikit, boleyyy??? Sakit demam batuk headache siket-siket tu, tolak sipi-sipi je lerr..Ambil rawatan, get moving bebeh! Tak boley layan lebih-lebih sakit tu, nanti syaitan makin melemahkan, gheti? -Unless kalau memang kronik giga-giga, macam baru kena langgar lori, tangan hampir terputus, bangun jugak sebab nak pergi program hadek-hadek. Gilo apo? Pi hospital la)




......




...Namun.. Kerehatanku.. adalah bila mampu berada dalam halaqah/daurah/program tarbiyyah dan meninggalkan segala tuntutan kerja duniawi itu, untukku beriman sejenak.. Subhanallah.. T_T Bila hatiku basah dengan ingatan-ingatan serta 'ketukan-ketukan' dari murabbi murabbiyah ku, itu kerehatan bagiku.. (Pikir nak buat lesson plan dengan aktiviti ape yang menyeronokkan disertai dengan teaching aids yang gempak-gempak setiap hari seperti yang diingini oleh mentor di sekolah lebih memenatkan dari buat kerja DnT siang dam malam. Haihh~) 


Berlapang dada jela, dengan meniatkan kerja-kerja duniawi tu kerana Allah, sebagai ibadah, sebagai alat untuk matlamat kita... 
Sekian~~~~~~~~~~~~ T_T



Friday 20 July 2012

Daie, Hati Tak Boleh Sejemput!


Daie, hati tak boleh sejemput
Ditegur sikit, berkecil hati
Diluka perasaan, merajuk sepi
Ditolak seruan, membawa diri.

Daie, hati tak boleh sejemput
Diminta berkorban, berkira-kira
Diminta bergerak perlu diketuk
Diminta berfikir, bermalas-malasan
Diajak berkerja lebih, culas dan liat.

Daie, hati memang tak boleh sejemput,
Kalau hati sejemput,
Maka mudahlah perasan, 
Mudahlah menghukum, 
Mudahlah memandang rendah.

Daie, hati tak boleh sejemput
Bila berkerja, bukan untuk penghargaan
Biar dikritik, biar ditegur
Yang baik, ambil. Yang silap, dimuhasabahkan
Pujuklah hati, cukup penghargaan dari Dia Yang Satu


Daie, hati tak boleh sejemput
Murabbi/murabbiyah menegur kerana sayang
Mereka menegur kerana mahukan peningkatan

Hadiahkan senyuman,
Katakan saja, "kak, i'm sorry, i'm still learning"  
=)

Kerana daie, 
Jika hatimu sejemput,
Tak lama kau di jalan ini.
Kerna kelak kau serik melayan luka hati kau yang remeh,
Kerna kau kelak jenuh memakan hati berulam jantung
Dan kerana kau kelak hatinya mati 
Sakit tak dirawat dengan taubat padaNya



Maka daie, 
Belajarlah besarkan hatimu.
Agar ia tak mudah terguris dengan hujung lidah yang tajam,
Agar ia tegar menahan sedih di jiwa,
Agar ia tabah memendam luka sendiri
Agar ia mampu meremehkan torehan di hati
Agar mampu memaafkan seadanya
Dan dilapangkan dada dengannya..

Yoshhh! 

Thursday 5 July 2012

Mad'u Datang Menyerah Diri, Kita Melarikan Diri?

No, they're not zombies, don't run. They are your mad'u (in fact u are the zombie,remember?) ;p


Penat-penat kita di jalan ini mencari mad'u, membina rijal-rijal, meminta, menyaiko adik-adik kita untuk attend program yang kita sediakan khas buat mereka, tapi pada satu saat, bila datang seruan dakwah pada kita, yang mad'u-mad'unya sudah terhidang depan mata kita, menyerah diri, tapi kita menolak? Aihh..? Tak ke pelik tu? Tapi itulah yang selalunya terjadi bila CONTOHNYA, kita diminta menyampaikan daurah untuk tajuk-tajuk tertentu dalam program adik-adik atau kakak-kakak tapi kita beralasan. Apatah lagi bila tempat program tu jauh sedikit, bukan dalam daerah kita, mungkin 2,3,4,5 jam atas bas/kereta, dan kita ada baaanyaakkk kerja dan tugasan lain perlu disetelkan. Dan inilah keadaannya yang memerlukan kita untuk 'berangkat baik dalam keadaan ringan mahupun berat'. 

"Alamak, tak ready la"
"Last minute nya cakap? Program tu malam esok, saya tak study apa-apa lagi untuk jadi presenter"
"Macam mana ek, saya ada banyak program sekolah/assignment nak kena siapkan esok dan lusa, tapi program tu lusa, macam tak sempat saya nak prepare"
"Tak confident la"
"Saya ada masalah peribadi, saya tengah futur, saya takut kalau saya sampaikan, adik-adik tak rasa basah"

...and the list goes ooonnnnn.......


...


Program-program macam tu mad'u dah terhidang depan mata biasanya. Kita cuma tinggal nak sampaikan tajuk-tajuk tersebut saja. Tapi entah macam mana, dengan fikrah kita yang sudah cukup jelas (kononnya), kita masih lagi menolak seruan-seruan dakwah yang datang pada kita dengan pelbagai alasan. Kita tahu bertebarannya kita di muka bumi Allah ini adalah untuk melaksanakan syahadatul haq kita. Tapi masih, kita risaukan diri kita dan melayan kerisauan-kerisauan kita dengan alasan-alasan di atas. 

Memang selalunya (mengikut pengalaman saya yang terhad ini), seruan-seruan dakwah begini akan datang agak last minit. Kadang-kadang sehari sebelum, ada kalanya 2 hari sebelum, tapi 2,3 hari sebelum itu pun adalah ketika kita sedang dihimpit dengan tugasan-tugasan duniawi seperti folio dan buku rekod praktikum yang kalau tak lengkap boleh dihukum 'bunuh' oleh supervisor dan mentor sekolah. 

Selalu juga seruan-seruan itu datang ketika musim exam, atau musim menghantar assignment. Lalu di kala rakan-rakan kita yang lain sedang 'enak' mengerjakan assignment mereka dan bergembira dengan ulangkaji mereka, kita pula sibuk-sibuk enjoy study tajuk daurah yang nak disampaikan. Walaupun mungkin tajuk itu kita pernah sampaikan sebelum ini, tapi mengikut keperluan mad'u di lokaliti-lokaliti tertentu, kita pun perlu improvise (improvise dalam bm ape dah?) beberapa context dan content agar lebih 'dekat' dan praktikal dengan mad'u tersebut. Kalau mad'u semuanya bakal doktor yang merasakan mereka lebih busy dari Umar Abdul Aziz untuk berDnT, mestilah kita nak bagi pengisian yang relevant dengan context diorang sebagai bakal doktor yang selalu terhimpit dengan kekangan masa itu. Lain pula kisahnya bila bagi daurah pada adik-adik dirasat, bakal-bakal ustazah yang bakal ke Jordan, Mesir, Syria, etc yang punya fikrah mereka tersendiri. 

Tapi.... Seruan-seruan dakwah yang datang dengan 'short notice' inilah yang selalunya memang akan mentarbiyyah diri kita dari segi pengorbanan dan kesediaan (argh kesediaan lagi!). Kalau kita menolak dengan alasan 'tak bersedia', memang sampai bila-bila lah kita takkan pernah bersedia. Yang lebih penting dari itu, semua seruan itu adalah seruan dakwah yang Allah takdirkan sampai pada kita. Fastabiqul khairat! Itu tawaran MEGA SALE dari Allah. Mad'u datang menyerah diri untuk 'mendengar', apa yang payah sangat kita nak berkorban untuk menjadi 'jambatan' bagi hidayah Allah sampai pada adik-adik? (Wah, seronok 'membasuh otak' )
Dan bukankah Rasulullah dah cakap, seseorang yang mendapat hidayah dengan kita yang menjadi asbabnya itu adalah lebih baik dari seekor unta merah. Unta merah itu kalau di zaman ini diibaratkan seperti Ferrari merah. Mampu?? Kalau jual tuh sebijik, dah boleh shopping macam-macam! (Boleh beli teaching aids untuk anak murid banyak-banyak,err) 

Sungguh, seruan-seruan dakwah begini memang ada kalanya datang last minute, dan kita lah yang perlu adaptasi diri kita dalam realiti dunia DnT terchenta ini. Bukan kita adapt DnT dengan jadual kita pulak, tak valid. Rasanya memang perlu consider cadangan Ustaz S, kita perlu sediakan satu beg toiletries dan sedikit pakaian emergency sebagai persedian bila-bila mendapat seruan dakwah dan tarbiyyah di mana-mana, lepas je kita balik dari tempat kerja/kuliah/etc, kita terus boleh capai beg tersebut dan berangkat!.. Wahhh!!!!

Juga, kalau ikutkan 'sibuk' kita, memang setiap minggu pun kita sibuk dengan macam-macam benda. Tapi bak kata Pakcik T, "sibuknya kita ni, mengalahkan sibuknya Umar Abd Aziz". -Uhukkkkk2, uhukkkk2! -batuk tak lepas). Ada juga kadangkala kita risaukan persiapan yang kurang rapi untuk jadi penyampai dek kerana kekangan masa kita, tapi bak kata Pak Wahid (Pakcik ikhwah Indonesia), "bismillah, langsung masuk aja!". Apa yang Pak Wahid maksudkan, dalam banyak konteks dan kes, kadangkala kita ni fikirnya terlalu macam-macam gituh (dah kenapa bunyi Indonesia pulak), kadangkala pemikiran-pemikiran yang terlalu macam-macam ini cuma melambatkan kita dan selalunya kerja syaitan saja untuk melemahkan semangat kita dan membuat kita serba sala sedangkan kita tahu, komitmen macam mana yang perlu ada pada seorang daie. Jadi, usaha saja, tawakal saja, buat saja! 

Baiklah Pak Wahid, terima kasih atas nasihat yang tak pernah basi itu. (T_T) Usaha saja yang terbaik, sehabis mampu kita, mujahadah,mujahadah, mujahadah! Dan serahkan hasilnya pada Allah..


p/s: Ini memang kena muka sendiri, dalam kebusyan praktikum, ada beberapa seruan dakwah di bumi Allah ini yang perlu disahut. Kalau ikutkan 'sibuk', takkan pernah habis dengan kerja-kerja folio dan record book practicum, dan program-program di sekolah. Tapi itu kan seruan dakwah yang mad'u nya sudah sedia terhidang depan kita. Mad'u datang menyerah diri, kita melarikan diri?? Aiyakk~ Dush2!) 

p/s 2: Kerja bersepah-sepah lagi tak setel, sempat pulak tulis entry nih. (Cari ilham mungkin~)

Wednesday 4 July 2012

The Chronicles of "The Practicum" - The Mess

JULY the 3rd




yeah,what a mess




Oh yeah, it was indeed a mess~ We had our Sukantara this morning till noon when we had to stop due to the heavy rain. But that wasn't 'the mess' I'm talking about. 


1st of all, the Sukantara was not expected to take place today but as the date of the Sports Day has been changed to this Thursday (instead of next Sunday), the Sukantara date automatically has to be changed as well. So there we were, so busy preparing the field and the sports equipment with the tali-tali and khemah-khemah and macam-macam-at the very last minute. Now let me tell you a story about the two innocent teacher trainees.. ;P


Students were all gathered at the dataran, 670 all of them (maybe more), but they were not allowed to go to the field first, not before all the teachers completed their jobs there at the field. So there was this one teacher, held the mic to control the students. Apparently, he had to go to the field as well. When there were some other teachers there, he walked towards us (my partner and I) and handed me the mic saying,


"Ha, awak buat la apa-apa aktiviti dengan diorang ni, dah bising sangat ni, buat la aktiviti spelling bee ke, ape ke, nak nyanyi ke, buat je ape2, CONTROL THE STUDENTS"


I was like... "Ha??" and I forgot the mic was still on, so the whole school could hear me in my surprised tone tuh. Great. 


As this thing came sooo suddenly-unexpectedly on the spot-spontaneous-or whatever words you wanna use, I wasn't even prepared to do 'something' with more than 670 students from year 1 to year 6 sitting "actively" in front of me and it sounded like a zoo or fun fair  something. Not to mention, all the teachers' eyes were on us, blinking with full of hope, sparkling, waiting curiously and eagerly of what we were gonna do (ok I exaggerated for the sparkling part) . I was so blurrr of what to do as we did not expect this (this is only our 2nd day of practicum! Malu pun tak hilang lagi dengan cikgu-cikgu lain kot~). My partner and I looked at each other. We had no idea. Suddenly all the theories, skills that we have learned and experienced in previous schools and classrooms were all gone by the wind. These kids are...soooo... kids! (of course!)


Given the 'freedom' to do whatever we wanna do with the children, still, we were numb in front of them. Seriously we got to discuss quickly and come out with 'something' for the kids. So we took like 2 minutes to 'push' ourselves to think of something but nothing came out-guess we were too shocked and embarrassed maybe. (we still "have" time to discuss when all the other students have gone wild and crazy behind us!).


Now it really sounds like a zoo. No. More like a war, I think. Somebody might have been killed by now. Oh Rabb.. Help us. I know I HAVE to make them stop and listen to me. Couldn't think of anything else to calm them down, I did some TPR (Total Physical Response) with them-just to make them stop the shouting,cheering,laughing,crying and whatnot. 


"Siapa dapat dengar suara cikgu, angkat tangan kanan"
Some of them started to listen and did the action. 
"Siapa dapat dengar suara cikgu, angkat siku kiri"
More listened and stopped talking and followed their friends to do the action.
"Ehh,cikgu tak suruh turunkan tangan kanan lagi pun?"
"Ok, siapa dapat dengar suara cikgu,turunkan dua-dua tangan"
"Siapa dapat dengar suara cikgu, picit hidung dia, picit kuat-kuat"
Pinching their own noses and laughing at each other.
"Siapa dapat dengar suara cikgu, jerit HORRAAYYY!"
"Siapa dapat dengar suara cikgu, letak ibu jari atas dahi"


Bla..Bla..Bla..


And lastly I asked them to put their fingers on their lips.


Finally, there was silence.. 








.......








-For a minute, unfortunately. Ha.......  Ha......   Ha....~


And then I didn't know what to do.. (T_T)


We took the teacher's suggestion to do some spelling bees and we continued with game apa name tah, main serang-serang kumpulan lain dengan bom mulut. (I used to conduct this game as a faci during the orientation week for the juniors and not forgotten, untuk aktiviti-aktiviti adik-adik dalam program. 


As we continued one particular activity with another activity, we often 'lost' and 'paused' to think and discuss what would the next activity be, and that was when the students started to go crazy again (what do I expect from kids? huhu)..


Well, that's basically "the mess" I'm talking about. For not being 'ready'.


Talking about the readiness, lots of events happened lately to me got something to do with the readiness especially for things that are unexpected. Expect the unexpected, yes I know. 




Are youuu...??




Semalam tak expect kene berucap atas stage, hari ni tak expect kena manage almost 700 students for 1 hour not knowing exactly what to do, last week tetibe kene present isk dengan 24 hours notice dan dalam masa yang sama kena handle benda lain juga. So mula naik sem baru ni, sangat bersyukur kerana rasa Allah jadikan saya zombie Dia balik. =) Cumanya berharap moga semua amal itu kerana Allah semata dan moga Allah redha dan terima amal-amal kita agar ia tak disia-siakan menjadi debu di akhirat kelak.


Come to think of it, this reminds me of one ayat in surah Ali-Imran, ayat 200. 


" Hai orang-orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung". 


Allah menyeru orang yang beriman dalam ayat ni agar punya ciri berikut:


1st: Bersabar.
2nd: Dah la bersabar, KUATKANLAH lagi kesabaran pulak tuh~
3rd: TETAPLAH BERSIAP SIAGA
4th: Bertaqwalah pada Allah.


See? Allah pun dah cakap awal-awal lagi supaya orang islam, orang yg beriman, sentiasa bersiap sedia sebenarnya. Tak kiralah dari segi perang atau apa-apa jihad sekalipun. Pokoknya, harus bersiap sedia. Kalau dah memang sediakan diri selalu, tak ada lah last minit baru nak study isk nak sampaikan pada adik-adik. Walaupun tajuk expert kita mungkin adalah IPK, SH atau SJ, tak bermakna bahan itu saja yang kita hadam. Semua pun kena hadam. Bersedia. 


Teringat kata-kata seorang murabbi kesayangan kami, katanya pada kami, kalau boleh, berus gigi, ubat gigi tu sentiasa dalam plastik tersedia, kalau orang panggil je untuk ke mana-mana, kena bagi daurah, diperlukan di mana-mana atau ada seruan dakwah di mana-mana tiba-tiba, kita boleh terus capai plastik toiletries tu dan terus berangkat! WAHH!


Hebat bukan? Betapa murabbi kami ingin mendidik kami untuk kesediaan dan pengorbanan demi kerana agama Allah ini. Baiklah,ustaz. Kami pahammmm....


Jadi, mana mungkin kita rasa kita agak free. Agak tak paham bila dengar sesetengah akhwat berdialog rasa macam tak ada kerja, rasa ada je masa free and sometimes macam tak tahu jugak nak buat apa. 


Nasib la Allah memang dah takdirkan setiap orang punya waktu 24 jam setiap orang. Kalau tak, rasa macam nak mintak masa dari orang lain sikit. But on a second thought, tak jugak sebenarnya. Memang Allah dah susun cantikkk amattt sebenarnya. Kalaulah para daie ni boleh mintak masa dari orang lain sikit, mungkin masa yang available tu akan menjerumuskan para duat ni pada benda-benda yang remeh sedangkan kekangan masa yang wujud itulah yang mentarbiyyah kita erti pengorbanan, mujahadah, keseriusan dalam berDnT dan sebagainya. 


Kerana kita tahu kita tak punya banyak waktu untuk dibazirkan lah kita jadi sangat serius dengan kerja dakwah kita, kita jadi proaktif kerana takut lambatnya kita bergerak akan melambatkan keretapi dakwah ini. Kita jadi rajin untuk setelkan kerja-kerja duniawi kita tanpa bertangguh terlalu lama kerana kita tak mahu bebanan duniawi (macam kerja, assignment, study, urusan rumah tangga) menggangu gugat fokus kita terhadap kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah kita. Kerana kita mahu masa yang kita spend untuk kerja dakwah kita adalah masa yang berkualiti, bukan hanya sisa masa kita lepas seharian berpenat lelah dengan duniawi!


Konklusinya, kita memang kena bersedia sentiasa macam Allah cakap dalam ayat 200 surah Ali-Imran tu, dan jadilah daie proaktif. Peace. (^^)





Tuesday 3 July 2012

The Chronicles of "The Practicum"- The 1st Day

July the 2nd,


only that I'm the teacher-not the student


Yeah, it's my first day attending this school as a teacher-trainee. My first time here. I don't know why I felt kinda nervous this morning when I was on my way to school. Well, basically, this is not the 1st school I went to, to do my practicum. I've been to few schools before for my school-based experience and for my research/mini thesis either in Malaysia or in New Zealand. I've been to more than 5 schools when I was in New Zealand -again, for my school-based experience. And on top of that, I even did my volunteer job as a teacher assistant and tutor at this one primary school in Auckland, full of native speakers, be it the teachers or the students, not so many immigrants there, and I'm the only Muslim Malaysian teacher there, teaching anak mat salleh and the Maoris, mingling in the groups of mat salleh teachers, alone, no other malay friends, and alhamdulillah it was a great experience AND YET, I got nervous to start my practicum at this school this time? 

Just why..?~

No idea why. Nevermind, because the 1st day was not bad and alhamdulillah, all praises to Allah, everything went well and basically, the 1st day was good.

My partner and I were even called up to be on the stage during the assembly, as the PK 1 wanted us to introduce ourselves to all the students and the teachers. 

We were like......

w-h-a-t.? -I thought we just need to stand from where we were sitting when our names were mentioned. Well guess I was wrong. Totally wrong. Kena naik stage berdiri kenalkan diri pulak dah... of course we were quite embarrassed as there were many male teachers there. Choi~ But what there's to do, teacher is a teacher and this is reality. Layan je~ 

"Bismillahirahmanirrahim, assalamualaikum semua. Nama saya Cik sekian-sekian ..." Then I got cheers and 'suwit2' (yg bunyi ngorat2 tu) from the students.

"Whoaaa...!! Wah namaaa...!! Peewiiit2..!"

Dalam hati "apa masalahnya..It's just a name, huu.." (-_-") But that did not surprise me by the way, because more often than not, people think I'm not using my real name, even for my FB name. Blame umi for this! hehe~ (ok je name tu sebenarnya, 2 patah perkataan je pun =)

Overall, 1st day was okay, macam biasa, got the list of jobs oredi: AJK hadiah hari sukan, AJK jualan kelab guru, in charge of English smart corner where I have to write new word,the meaning and sentence everyday throughout the 3 months practicum and carry out the 'pop-quiz' during the assembly every tuesday and wednesday every week-of course I do this with my partner. =)

Alhamdulillah 'ala kulli hal.. =)


Tomorrow is a Sukantara day! Ready to be on the field! ^^


The Chronicles of "The Practicum"

muslim yg mengajar
      




  I start with my identity-




                                                                           
                                                                        a muslimah....








Yep. That's me -it seems.








                                                                        not merely a muslimah..






                     
                           but also    -a daie-   (uhukkk uhukkk)








                                                                                      apart from that,








                                                 -a teacher-trainee-




                                                                
                                                           ...




                              
    who has just started her practicum session








          
                                                                           ..at SK Somtin-Somtin






                                         
          
                    -from July the 2nd










                                                                                              ...until mid of October. 








                                                                          ..hem...








                                                                             ...








                                                                 ..this is interesting..








                            Let's see if I can handle this~








                                                               -BRING IT ON,sista!- =P