Sunday 11 November 2012

Pengantin Wheelchair? -Ok Jer~

Ini adalah wheelchair. Ya. Betul tu. 


Post ini teristimewa untuk mereka yang banyak berbudi sepanjang saya tak dapat berjalan dari 4 Nov lepas hingga sekarang ini. Tup Tap Tup Tap, dah seminggu rupanya since saya jatuh, dan itu bermakna seminggu jugalah saya dah  tak dapat berjalan. Semua aktiviti harian juga of course sangat limited (paling mencabar adalah bila mahu ke tandas.) Fuhh..~ Since yang tak dapat berpijak dan berjalan adalah kedua-dua belah kaki, so things get quite challenging. Well, mungkin lebih adventurous jika begitu. Huehue **Peace sambil sengeh. Tapi alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang injured cume bahagian ankle ke bawah. Betis, lutut and tulang-tulang lain alhamdulillah selamat sihat walafiat. Smile. =)

And memang adventure abes la kisahnya bila terpaksa mengensot atau merangkak dalam rumah. Dan berkerusi roda di luar rumah. Tapi alhamdulillah lepas seminggu menjadi suster ngensot atau Ju On (ini lah gelaran-gelaran yang diberi oleh ahli rumah dan akhwats nakal yang datang ziarah~), akhirnya mampu menggunakan tongkat dan berdiri walau dalam keadaan tahan sakit~ Tapi still tak boleh berdiri terlalu lama or the wounds will get worse. 

Ditarik sementara nikmat kedua-dua belah kaki sangat mentarbiyyah diri (Of course). Mentarbiyyah dari segi kesabaran, itu dah semestinya. Bila selama ini most people yang hidup bersama sangat tahu yang saya jenis berjalan laju, tiba-tiba dah tak boleh jalan, in fact terpaksa merangkak sampai melecet lutut and terpaksa gunakan bantal kecik untuk alas lutut semasa merangkak, is something that teaches me a lot. Pernah sekali, semasa sedang merangkak dalam rumah beralaskan bantal kecik di bawah lutut, tiba-tiba rasa stress a bit and rasa nak bangun terus and berjalan. Reason? Sebab bosan merangkak dan rasa laaaammmbaaattttnyeee nak sampai ke bilik atau ke dapur, walaupun jaraknya beberapa meter je. (hu hu..) Tapi, since nak berdiri pun tak mampu, terpaksa lupakan cita-cita besar itu~.

Tarbiyyah juga lah rasanya, bila setiap kali nak masuk ke tandas atau berwuduk, kena buka balutan dua-dua kaki, and lepas tu kena sapu balik ubat, dan balut balik. And beberapa kali jugalah, lepasss je sudah sapu ubat pada kaki dan balut santek-santek dua-dua kaki. 
Tiba-tiba....
"Aaa,nak gi tandas la pulakkkk~"
Kadang-kadang rasa nak gelak, kadang-kadang rasa nak nangis~ Sobs~

Tapi yang paling nak nangis adalah sebab dah susahkan ramai orang.. Allah saja yang mampu balas semua kebaikan-kebaikan insan-insan ini..

Bermula dari awal kejadian,
Special thanks to all akhwats..

-Adik-adik KSKB, Dira and Kakti yang taruk ais kat kaki sampai kebas and tolong balutkan. 

-Nad and Jannah yang gagah perkasa mendukung pesakit ini dari Tingkat 2 ofis sampai ke tempat parking kereta.

-Kak Wan, tukang drive and hantar ke hospital.

-Yang menemani di hospital, ambilkan wheelchair, daftarkan pesakit, tolak wheelchair ke sana sini, Jannah,Nad and Zura and also kakwan.

-Zura, tukang galas semua handbags yang berat-berat sebab tuan punya handbag semua nak angkat pesakit dari parking lot ke tingkat 8 (tapi gune lif la =p)

-Ahli rumah yang tak jemu tolong papah untuk berdiri terutamanya bila nak masuk tandas (sebab tak sanggup merangkak dalam tandas, hu hu..)

-Ajim, yang berusaha untuk gagahkan diri untuk papah walaupun dalam keadaan dia sendiri tak sihat (ibu mengandung kan~hehe) Ajim, ingat tak malam yang ira try nak bangun sendiri depan pintu toilet tu, I was about to fall again and suddenly ada orang sambut and papah dari belakang, so tak jadi jatuh and when I went into the toilet, I cried inside the toilet, sebab rasa bersalah sangat. Ajim kan tengah tidur masa tu, tapi terjaga because of me, and rasa bersalah sebab during early pregnancy, ajim tak patut nak papah-papah orang, you should take a really good care of the baby inside your tummy. And I cried too, sebab sakit kaki trying to stand. Hu huu..

-Nad, yang sudi sediakan bekas and air dalam bilik..Boleh gunakan untuk berwuduk..Tolong ambilkan barang, kasi idea untuk tiup wisel kalau ahli rumah tak dengar when I'm in need (walaupun tak pernah pulak tipu wisel tuh, tapi, good idea jugak kalau emergency kan, hehe) and nad, nasib baik enti ni gagah orangnye, boleh dukung ai turun naik, hehe..

-Syira, aseef sebab buat awak terkejut masa semua orang tengah solat subuh berjemaah di ruang tamu, tiba-tiba akak keluar merangkak dari bilik dengan telekung putih macam Ju On sebab nak join korang jemaah walaupun lambat sikit, (yela,dah merangkak,lambat la). Hehe, Nasib baik tak batal solat awak sebab terkejut =P And terima kasih jugak sebab bantu angkat akak kat rumah, tanya makan minum akak jugak. =)

-Zura, pun sama, selalu bantu akak nak masuk toilet and ambilkan barang. And oh kat atas tadi pun dah mention kan, jasa awak mengangkat handbag2 akhwats, huehue~ 

-Chibi, Kira, Ajim and Nad lagi. Tolong belikan barang-barang goodies untuk doorgift walimah ira nanti. Aseef, pengantin tak dapat berjalan, tak dapat gi beli barang. But special thanks to all of u, yang bersusah payah gi cari barang sana sini, pilih bunga la, kotak la, apollo la, dan segala-galanya. Nad sampai selsema, hehe. Kesian.. hu..

-Anak-anak usrah dan cucu usrah yang datang ziarah dengan bebelan comel dari mulut masing-masing, hehe.. Raja, aini, anisah (and azilah yg ziarah dr alam maya) Rindu sudah pada kalian.. T_T 

-Oh, dan semua akhwats and coursemates yang juga datang berziarah sambil bawakkan makanan yang sweet dan berguna untuk menjana lemak di badan (aishh), kakpi, syud, timai, kakyum, alia, hanis, munee, adik2 ipti, kak cuna, kak syira, kak ida, sya, za, and yang lain-lain yang tak tersebut namanya..

-Special thanks to Makcik Kiah and Pakcik Taha, yang risau-risau, and datang ziarah, and kasi pinjamkan tongkat, aseef pakcik makcik, susahkan kalian..... T_T

-Akhwats lain yang risau dari jauh and doakan dari jauh, jazakunnallahu khair...

-n oh yeah, lupe plk.. Since dah sampai terengganu semalam, kini menyusahkan umi pulek~ Tq umi, bawak naik dari tingkat bawah semalam sampai tingkat 2.. Tq belikan tongkat, tq belikan pil mahal tuh untuk mempercepatkan percantuman sel/tisu koyak & tulang retak <--- (Tuh function pil tuh)

-Oh lupe lagi satu! Kepada yang bersama saya tolong buat goodies untuk tetamu nanti, ajim yang sampai tengah malam tolong gunting-gunting lagi, alia, kakti, kira and chibi jugak, yang tolong-tolong potong and tampal.. =)

Pesan doktor: InsyaAllah dalam masa dua minggu dah boleh jalan.. Seminggu dah abes, tinggal another week.. Hopefully sempat boleh jalan sebelum walimah, kalau tak, pengantin wheelchair.. **Peace ^_^

Kepada semua yang terlibat, yang tertulis namanya dan tak tertulis namanya di atas, jazakumullahu khair atas segala perhatian, jagaan, kasih sayang, bebelan atau leteran <3 =P Allah saja yang mampu membalas kebaikan antum semua. Moga mendapat berkat dan rahmat melimpah ruah dari Allah. =)

sayang semua fillah <3 <3 <3 <3

...Bersama kesulitan, ada kemudahan, bersama kesulitan, ada kemudahan.....
Segala puji bagi Allah atas ujian ini.. Kau rahmati lah mereka yang berbuat baik ke atas ku serta rahmati lah keluarga mereka serta insan-insan yang mereka sayangi.. Moga bertambah keberkatan ke atas mereka semua dengan amal mereka ya Allah.. Sayangilah mereka ya Allah.. Hamba menyayangi mereka keranaMu.. Jagalah mereka di mana mereka berada kerana hamba tidak mampu menjaga mereka setiap masa dan ketika.. Engkau lah sebaik-baik sandaran.. Amiinn...

P/S: Harap-harap sempatlah sembuh kaki ni, supaya tak perlu jadi pengantin wheelchair dan susahkan orang lain pulak lepas tu.. 

Thursday 8 November 2012

Love is in the Air~

Somelll~ ^_^


--------------------------------------------------------------------------------


Kak ira Assalamualaikum …. 


Sye nak mintak maaf klau sye on9 sye tak tegur akak..huhu sye segan je…
Akak sye nak bgthu 1rahsia yg sye x nak orang lain tau pasal sye tp sye nak bagitahu kat akak sebab baru sekarang sye sedar tentang perkare nie…ari tu kan akak ade tnye sye..ape perkare yg sye tau pasal diri sye kalau bole sye tak nak orang tau tp kene bagitahu ..ni la salah satu rahsia yg sye nak bgthu akak sorang je…
Akak sye ni jenis yang susah nak sayang kat orang tau..ala lebih kurang mcm lambatla nak sayang dekat orang..


Kalau seseorang dah sayang kat sye, sye mcm tak kesah je yg die syg kat sye..
Ala macam akak syg kat kteorang semua tp kteorg ni mcm tak de perasaan je kan.. huhu
Mcm tula sye..


Tp kalau sye dah mule syg dekat seseorang…
kalau bole sye nak buat die bahagia kalau ade dengan sye.. 
Tapi.. 

Sye tau sye tak mampu bahagiakan orang yg sye syg
Sebab sye yakin ade orang lain yang lebih syg dekat die.. 
Bile sye tau ade orang lain yg syg kat die…sye selalu biarkan die bersame org lain…

Sye suke tgok die bahagia..
eh akak jgn salah faham tau sye ckp pasal syg nie tak de kaitan pasal cintan cintun tau..insyaallah sye xde boyfriend lagi..     


Sye cakap mcm nie sebab sejak akhir2 ni sye semakin syg dekat akak dan klu bole sye tak nak berjauhan dengan akak..kalau sye tgok muke akak sye rase sye ade sedikit kekuatan…
tapi bile akak ckp lepas ni akak dah tak nak jadi naqibah kteorg sye rase sedih..huuu
bile sye dah syg kat seseorang mesti die akan berjauhan dari sye..
sedih sebenarnye tp tak pela…
Tak semua yang kite syg tu kte akan miliki kan..


Yg penting sye nak akak tau saye sayanggggggg dekat akak..terima kasih kak krn jd naqibah sye..trime kasih juge sebab sudi tolong sye berubah kearah yang lebih baik..
melalui akak sye dapat mengenal ALLAH lebih dekat lagi..
sye sayang akak krn ALLAH…
SELAMAT PENGANTIN BARU KAK IRA…

moga ALLAH permudahkan segala urusan akak..
sayaaaaaaaaaaaaaanng akak...!

<3 <3 <3 <3

---------------------------------------------------------------------------------------

(Sob2~)
Terharu la pulak..
Saya pun mereply dengan panjangnya mesej tersebut (taknak kalah dengan kepanjangan mesej adik tu.  =P ) Err tapi, mungkin tak perlu letak pun mesej versi saya tu di sini. Segan2~

.......

Well.. Ada hati berbunga keharuan dengan sebuah mesej di facebook~ =)
Dari seorang adik yang pendiam, tabah dan pemalu di sebalik purdahnya..
Tak banyak bercakap dalam "bulatan gembira" kami, tapi lepas sesi halaqah,
tiba-tiba ada la mesej di facebook bertanya soalan atau meluahkan perasaan itu dan ini..

How sweet, adik.. =)

And how sweet ya Allah.. Kerana menghidupkan perasaan kasih dan sayang ini antara kami semua.. Segala puji bagiMu ya Allah, takkkan pernah sia-sia jika menyayangi mereka dan bertabah keranaMu.. (Sememangnya ada ke perkara sia-sia jika dilakukan kerana Allah? -Jawapannya TAK ADA)

Menjadi murabbiyah mungkin saja melukakan, mungkin saja menyakitkan, dengan pelbagai kerenah dari adik-adik mutarabbi.. Tapi.. Ada manisnya , ada kepuasannya jika ianya kerana Allah. Jadi... Yakinlah.. Sayangi saja mereka semua kerana Allah, kerana yang memegang hati mereka adalah Allah! Jadi muka tembok pun tak mengapa, pon bolleyyy~ =)
Janji buat kerana Allah, insyaAllah selamat!

P/S: By the way, dear I was just kidding when I told u all that I don't want to be your naqibah anymore. =) Don't worry dear, insyaAllah kita masih bersama di bandaraya ni walaupun akak dah walimah lepas ni.. Tamatnya tempoh akak menjadi student di sini dan tamatnya tempoh "single" akak selepas ini (insyaAllah) tidak akan menamatkan tempoh akak menjadi kakakmu untuk terus "membacakan, mengajarkan dan menyucikan", insyaAllah...