Tuesday 29 January 2013

Alah,Belum Tahap Zulzilu Kan?? Pfft~ (Kelat nak telan ayaq liyioq)

Ini adalah nota perkongsian dari murabbi. :)

Surah Al-Baqarah, ayat 214. Biasa kita dengar, biasa kita tadabbur tapi ini "basuhan" atau "Penyucian" daripada murabbi kami UQY lagi.




"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, serta digoncangkan, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (2:214)

Ada 3 perkataan yang Allah gunakan dalam ayat itu. Baksa', Dharra’ dan Zulzilu. Kamu tahu bila akan datangnya pertolongan Allah? Bila kita telah tiba sehingga tahap Zulzilu di dalam dakwah ini. Zulzilu adalah goncangan yang sangat dahsyat. Macam Surah Zalzalah. Kiamat yang mana goncangannya sangat dahsyat. Pernah tak dalam dakwah ini kita diuji sehingga tahap Zulzilu? Tepuk dada, tanya iman.

Bila ye ayat ini turun? Ayat ini turun selepas peristiwa di Taif. Kalau kita baca seerah sama macam kita baca ketika di sekolah dulu, sangat kuranglah penghayatan kita terhadap ayat ini. Bacalah dari kaca mata insan yang ditarbiah. Bukalah buku seerah. Hayati setiap mehnah yang Rasulullah SAW hadapi. Tak tertanggung rasanya. Sehingga segalanya suram di Mekah, tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Lantas sang rasul berjalan ke Taif. Dan di Taif, baginda menerima penghinaan yang lebih teruk, dibaling dengan batu sehingga berdarah. Di Mekah tiada siapa yang mahu menerima, di Taif juga baginda ditolak.

Lantas turunlah ayat ini merawat luka sang rasul. Sehingga ayat ini membuka ufuk baru pada dakwah, berlakulah hijrah ke Madinah dan seterusnya Islam ini agung seagungnya.

Sesungguhnya mehnah yang kita lalui di jalan dakwah, banyaknya Baksa' dan Dharra’ sahaja. Belum lagi Zulzilu. Zulzilu ini sangat dahsyat, sehingga ayat mata nasrullah itu spontan terlantun. Dan spontan juga jawapan sang rasul, bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat.

Ingat kisah Khabbab? Dia disalai sehingga lemaknya menitis dan memadamkan api yang menyalainya. Dia jumpa Rasulullah. “Wahai Rasulullah! tidakkah Anda memohonkan pertolongan bagi kami?”, Khabbab bertanya. Rasulullah duduk, Raut mukanya memerah seraya bersabda: “Dahulu sebelum kalian, ada orang disiksa dengan dikubur hidup-hidup. Ada yang kepalanya digergaji menjadi dua bagian. Ada pula yang kepalanya disisir dengan sikat besi hingga kulit kepalanya terkelupas. Tetapi siksaan-siksaan itu tidak memalingkan mereka dari agamanya. Demi Allah, Allah pasti akan mengakhiri persoalan ini, sehingga orang berani berjalan dari Shan’a ke Hadramaut tanpa rasa takut kepada siapa pun selain Allah, walaupun srigala ada di antara hewan gembalaannya, tetapi kalian tampak terburu-buru.”

Hatta apa yang dilalui oleh Khabbab adalah Baksa’ dan Dharra’ sahaja. Apatah lagi nak dibandingkan dengan perjuangan kita yang terlalulah sedikit.

Teringat lagi kisah dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

"Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam".

Hebat kan kisah itu? Saat mentadabbur kisah ini sekali lagi, saya rasakan Allah membantu Assyahid kerana perjuangannya telah sampai ke Zulzilu. Ingat lagi dulu Prof cerita, kat celah-celah bukit dan gunung di Mesir zaman itu, orang kenal Assyahid. Begitulah dakwah Assyahid. Dan amatlah berpatutan pertolongan itu tiba buat Assyahid.

Kita? Masih jauh lagi kan? Setakat buat kerja sedikit, tapi mengharapkan pertolongan yang sangat besar.

Mana lagi Allah sebut kalimah Zulzilu? Dalam kisah perang Ahzab, di dalam Surah Ahzab.

Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (33:11)

Pernah baca kisah perang Ahzab (Khandaq)? Tahu pengkhianatan ketiga-tiga kelompok Yahudi di Madinah? Insya Allah, penghayatan terhadap seerah tersebut akan membuatkan kita memahami ayat Allah tersebut. Dan gambaran ketakutan sahabat itu Allah rakamkan dalam ayat sebelumnya.

Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. (33:10)

Bilangan tentera yang perlu sahabat lalui adalah terlalu menakutkan. Dalam Raheeq Makhtum diceritakan, “Jumlah tersebut mungkin lebih banyak dibandingkan dengan jumlah orang-orang Madinah, baik wanita, anak-anak, pemuda dan orang tua. Seandainya pasukan bersekutu itu mendatangi perbatasan Madinah secara mendadak, tentu akan sangat membahayakan dan mengancam kewujudan kaum Muslimin. Bahkan boleh jadi mereka mampu membinasakan kaum Muslimin hingga ke akar-akarnya”.

Musuh yang mereka hadapi adalah dari dalam dan juga luar. Dari atas dan juga bawah. Allah rakamkan ketakutan mereka dalam ayat 33:10. Wa balaghatil qulubul hanajir. Sehingga hati itu menyesak sampai ke kerongkong. Tidak dapat nak digambarkan palpitation para sahabat.

Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (33:22)

Ayat 33:10-11 dan ayat 33:22 macam contradict kan? Sahabat yang melihat semua itu dengan ketakutan dan dalam ayat 33:22, itu menyebut semua itu menambah iman mereka.

Tafsiran Assyahid Syed Qutb best tentang ayat ini. Sahabat pun manusia juga. Tidak dapat lari dari rasa takut itu. Itu adalah luaran biasa bagi manusia. Namun jauh di dalam lubuk hati mereka, tertanam iman yang sangat mendalam.

Kenapa bila sahabat bila lihat tentera Ahzab yang sangat ramai itu, sahabat kata haza ma wa’adanallah. Inilah yang dijanjikan Allah.

Jawapannya sebab sahabat faham, andai telah tiba perjuangan sehingga kepada Zulzilu, maka pertolongan Allah akan tiba. Sahabat faham ayat 2:214 itu dengan sangat mendalam. Mereka yakin dengan janji Allah.

Teorinya kita dah faham. Namun adakah kita beriman dengan ayat ini? Mampu ke kita nak berjuang sehingga ke tahap Zulzilu? Moga Allah menancapkan lagi iman kita, menambah iman atas iman yang telah sedia ada sehingga tiada lagi keraguan dalam hati kita.

Duduk yang Tidak Bagus. (Sangat tidak bagus)

Lagi nota perkongsian dari salah seorang murabbi :)

Tafsir surah An-Nisaa ayat 95-96 dari murabbi UQY


Maksudnya:

ayat 95: Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar .

ayat 96: Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

...................................................................

Ayat ini menceritakan galakan Allah dan bagaimana Allah membezakan orang-orang beriman. 
Ada yang darjatnya tinggi dan adanya darjat yang rendah.
Tidak boleh berpuas hati di peringkat dakwah yang rendah, misalnya nak duduk di syurga yang rendah. Contohnya hadis nabi, sesiapa yang mengucap Lailahaillallah akan masuk syurga. Adakah cukup setakat itu sahaja? Adakah cukup dengan hanya berada di pinggiran syurga? 
Andai di pinggiran, dan kemudiannya terjatuh di dalam neraka? 
Adakah mahu menjadi orang yang terakhir masuk syurga sedangkan ada di kalangan manusia yang masuk seperti kilat ke dalam syurga? Adakah nak masuk neraka dulu? Bersedia? 

Maksudnya orang yang berada di tangga yang terendah, duduk berdekatan dengan Abu Jahal dan  Abu Lahab.

Jangan juga duduk di tepi syurga, jangan berfikir untuk duduk di tepi syurga. Macam orang yang duduk di tepi kereta, senang nak tergesel. Senang melayang. Sepatutnya memilih tempat yang selamat. Kita kena berada di mustawa yang tinggi, level yang tinggi. 

Muslim ini pelbagai darjatnya. 

Allah sebut 'la yastawi' - Muslim ini tidak sama. 
"AlQai'dun" - orang-orang yang duduk. Apa maksud duduk? Orang yang tidak bekerja untuk Islam. Duduk maksudnya malas. Duduk istilah yang tidak bagus. Allah sebut orang yang duduk di kalangan Mukmin.
Ghaira dharari - tanpa uzur syar'ie. 
Tidak sama orang yang pergi berjuang dengan orang yang duduk. 
Dharar ini contohnya sakit, keuzuran. Berapa ramai orang yang tidak datang program yang baik. Betapa ramai yang mindsetnya nak rehat? Cuti dan mindsetnya adalah rehat. 

Allah beri harta dan jiwa kita. 


Sama ke orang yang solat dengan yang tak solat? Sama ke orang yang pakai tudung dengan tak pakai tudung? Jenis-jenis tudung pun memberi nilai persepsi yang berbeza di mata manusia. 
Sama ke orang berjihad dengan tak berjihad? Sama ke orang yang dakwah dengan tak dakwah? 

Apa persepsi parents terhadap anak yang terlibat dengan dakwah dan tak dakwah? 

Allah kata tak sama! Kita kena bagi mesej kat semua orang yang ada atas muka bumi ini bahawa tidak sama orang yang tarbiah dengan yang tak tarbiah! Tak sama mujahid dengan qa'id! Rosak aqidah kalau kita kata sama sebab Allah kata tak sama. 

Fadhhala llahu -- Allah melebihkan orang yang mujahid ke atas orang yang qai'd dengan satu darjat. 
Apa maksud satu darjat? Satu perbezaan. Darjat di sisi Allah, bukan di sisi manusia. Ini darjat orang mukmin. Darjat mukmin berbeza dengan darjat solat. 
Di kalangan sahabat, ada tingkat sahabat yang pergi perang Badar. Ada tingkat sahabat yang masuk Islam sebelum Fathu Mekah dan selepas Mekah. 
Abu Sufian masuk Islam dan pergi perang Hunain. 
Apa terjadi semasa peperangan Hunain? Kena ambush, ada yang cabut lari. Bila kena ambush, majoriti cabut lari. Tapi akhirnya menang, dapat harta rampasan perang yang sangat banyak. Taif, tempat yang sejuk, subur, banyak kambing dan binatang ternakan. 
Majoriti harta dibahagikan kepada orang yang baru masuk Islam dan Abu Sufian. Orang Ansar dapat sedikit sahaja. Rasulullah SAW beri 100 ekor unta pada Abu Sufian, Abu Sufian minta lagi untuk anak dan saudara mara, sehingga tiada lagi nama untuk disebut. 
Selepas itu (selepas peperangan Hunain), Abu Sufian berjihad dengan sangat hebat, memerangi orang murtad sehingga putus tangan tapi still, darjatnya tetap tak sama. 

Konklusi, hebatnya sesetengah sahabat tapi tak dapat menebus mereka kerana kelewatan mereka. 

Masa sangat berguna dalam meningkatkan pahala kita. 

Apa yang dibuat sebelum Fathu Mekah tidak sama dengan selepas Fathu Mekah. 
Apa pengajarannya untuk kita? Lambatnya kita akan memberi effect pada darjat dan pahala amalan kita. Sesetengah menunggu masa kerja. Adakah kerja lagi tak stress? Housemanhip gila. MOship gila. Buat kepakaran pun gila. Habis housemanship, iman nyawa-nyawa ikan. 
Bila start jadi qa'id, akan selesa duduk. 
Orang yang selesa duduk, malas mahu berdiri semula. 

Apa selepas housemanship? Kepakaran, dahlah kerja, kena pula sambung belajar, lagi sibuk. Bila dah tenang dah jadi consultant pun sibuk juga, sibuk dengan anak-anak. 

Masa bergelar pelajar adalah masa yang paling baik untuk dakwah. 
Bukankah ada akh yang meninggal selepas 3 jam walimah, lagi beberapa hari nak masuk jadi pensyarah. Bukankah menyesal andai dia lari dari tarbiah? Tapi dia terus dalam tarbiah sehingga akhir kehidupannya. Kehidupannya memberi pengajaran kepada beribu-ribu kita!

Wa kullan wa'adallahu husna. Ini macam nak ambil hati. 

Misalnya semasa program, kita dikehendaki menghafaz hadis. Bila kita tak hafaz, mas'ulah program minta kita tunggu di luar dewan. Tadelah halau terus dari program. Allah pun sama dalam ayat itu. Allah tak kutuk terus. Tadelah Allah kata orang yang qa'id itu hina dan tak guna langsung. Tapi selepas Allah ambil hati, Allah sebut fadhhala lagi. Allah lebihkan pahala mujahid berbanding qa'id dengan darjat, maghfirah dan rahmah. Allah tak sebut spesifik darjat apa. 

Allah bila melihat mujahid, banyak dosa yang Allah gugurkan. Seperti kisah Hatib. 
Ada mujahid yang minum arak. Ada sahabat yang minum arak dalam perang qadisiah. Kena ikat tapi masih ingin pergi berjihad. Jihad tak boleh dibandingkan dengan apa-apa kerja. 
Rasulullah SAW sebut seandainya ada seseorang puasa dan solat sepanjang masa orang pergi berjihad, baru boleh sama dengan mereka yang berjihad. Boleh buat? 
Untuk apa ilmu? Cukup setakat ilmu adalah asbab kita bersama tarbiah? Jadi makin gemuk dan tak buat apa-apa? Ilmu bermanfaat bila beramal dan diajarkan kepada orang lain. 
Pokok kalau tak berbuah, apa fungsinya? 
Untuk apa hafal hadis? Untuk DF manusia lain, untuk menarik hati-hati manusia lain pada Islam, pada kesyumulan dakwah. 

Bayangkan perasaan manusia lain apabila seorang doktor, seorang engineer, seorang guru bahasa inggeris, dan bukan ustazah yang mengajarkan hadis? 
Sheikh Abdul Majeed Zindani yang mengarang kitab Tauhid dari sudut sains. Dia adalah orang Yaman. Dia asalnya adalah ahli farmasi, namun kini adalah ulama' hebat di Yaman. Orang tanya dia, Sheikh dapat ilmu dari mana? Macam mana sheikh boleh jadi hebat? Kata sheikh, dia dapat semuanya dari tarbiah. 

Kita duduk dalam tarbiah bukan kerana exam. Tarbiah kita kalau ikut betul-betul akan jadi hebat. Kita bukan buat kerana nak menunjuk. Itu niat tak betul, pahala ranap dari awal. 
Kita nak gunakan semua itu untuk dakwah. Manusia ada egonya dan itulah caranya menghancurkan ego manusia untuk dia tunduk pada Islam.
Hafazan - untuk digunakan semasa menyampaikan pada manusia. Bila dah hafaz, mencari jalan untuk digunakan. Barulah dapat diingati dengan sebaiknya sebab digunakan. 

Ingat bahawa Allah kurniakan darjat, maghfirah dan rahmah untuk mujahid.

Orang yang keluar ke medan kadang relaks sahaja, bukan bertemu musuh. 
Macam perang Tabuk, musuh cabut lari. Tentera Rom cabut lari. Untuk orang yang berjihad, kalau puasa boleh buka. Kalau solat boleh qasar. Sedangkan qa'id nak dapat pahala sama kena continuous puasa dan solat. Asal hukum qasar solat adalah untuk orang yang berjihad. 
Ayat seterusnya menceritakan hal ini. Allah sebut dibolehkan qasar supaya sekiranya kamu takut diserang oleh orang kafir. 

Musafir kita kerana makan angin, sahabat kerana jihad. 

Kita pergi musafir supaya boleh qasar solat. Teruk kan? 
Dari segi fiqah, memang boleh. Kita ambil fiqah sebagaimana fiqah. Tapi asal sembahyang qasar adalah untuk orang yang berjihad. Datang program, atas medan ini dapat pahala sama dengan continous puasa dan solat.

Jihad sekarang adalah dakwah. Keluar sahaja dari rumah dikira mujahid. 

Mudah-mudahan Allah terus menguatkan kita di jalan ini.