Thursday, 7 March 2013

Kalaulah Aku Hanya Sehelai Daun..



Aaa..... Sedey laaaaa......
Dah banyak kali sedih macam ni, tapi last-last teruskan jugak..
Sebab tahu buat ini kerana kefahaman, bukan buat ikut mood sedih,gembira,happy, riang di sana sini.

Tapi Ya Allah, sedih betul ni..
Kenapa la lemah semangat sangat niii....
Dah salah niat ke untuk membina mereka...
Kenapa tak mampu kuatkan hati, tabahkan hati..

Ingat setiap kali dapat mutarabbi pun akan dapat yang awesome2 ke??
Mungkin murabbi ini yang tak reti membina sebenarnya..
Mungkin mereka akan jauhhhh lebih baik dan awesome dengan murabbi lain..

Mungkin ada dosa-dosa yang terpalit pada diri ini hingga menyukarkan  mereka untuk lebih laju ke depan..
Kalau kerana diri ini yang berdosa, Kau ampunilah,ya Allah, jangan kerana salahku, mereka tidak mendapat kefahaman ad-deen ini...

Lemah...
Lemah...
Lemaaahhh..!!!


APA LEMAH-LEMAH???
APA KAU HENGAT TAMAN INI TAMAN PERMAINAN DENGAN ANAK-ANAK PANDA COMEL BERGOLEK-GOLEK DI ATAS GELONGSOR?? TAMAN INI RAMAI ORANG GUGUR MATI SYAHID KAU TAHU?? YANG GUGUR TANPA TANDA TANPA SEBAB PUN RAMAI!~

DERRR~~

ISHK! GERAM.

KAT DIRI SENDIRI LAH! BUKAN KAT ORANG LAIN!

HUH.



....Kalaulah aku hanya sehelai daun..Nescaya aku tidak akan dihisab di akhirat kelak atas perbuatanku...Kalaulah aku hanya sehelai daun, tak beragak nak lepaskan amanah yang kian berat ni agaknya... Huwaaaa.... =((

Tuesday, 29 January 2013

Alah,Belum Tahap Zulzilu Kan?? Pfft~ (Kelat nak telan ayaq liyioq)

Ini adalah nota perkongsian dari murabbi. :)

Surah Al-Baqarah, ayat 214. Biasa kita dengar, biasa kita tadabbur tapi ini "basuhan" atau "Penyucian" daripada murabbi kami UQY lagi.




"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, serta digoncangkan, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (2:214)

Ada 3 perkataan yang Allah gunakan dalam ayat itu. Baksa', Dharra’ dan Zulzilu. Kamu tahu bila akan datangnya pertolongan Allah? Bila kita telah tiba sehingga tahap Zulzilu di dalam dakwah ini. Zulzilu adalah goncangan yang sangat dahsyat. Macam Surah Zalzalah. Kiamat yang mana goncangannya sangat dahsyat. Pernah tak dalam dakwah ini kita diuji sehingga tahap Zulzilu? Tepuk dada, tanya iman.

Bila ye ayat ini turun? Ayat ini turun selepas peristiwa di Taif. Kalau kita baca seerah sama macam kita baca ketika di sekolah dulu, sangat kuranglah penghayatan kita terhadap ayat ini. Bacalah dari kaca mata insan yang ditarbiah. Bukalah buku seerah. Hayati setiap mehnah yang Rasulullah SAW hadapi. Tak tertanggung rasanya. Sehingga segalanya suram di Mekah, tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Lantas sang rasul berjalan ke Taif. Dan di Taif, baginda menerima penghinaan yang lebih teruk, dibaling dengan batu sehingga berdarah. Di Mekah tiada siapa yang mahu menerima, di Taif juga baginda ditolak.

Lantas turunlah ayat ini merawat luka sang rasul. Sehingga ayat ini membuka ufuk baru pada dakwah, berlakulah hijrah ke Madinah dan seterusnya Islam ini agung seagungnya.

Sesungguhnya mehnah yang kita lalui di jalan dakwah, banyaknya Baksa' dan Dharra’ sahaja. Belum lagi Zulzilu. Zulzilu ini sangat dahsyat, sehingga ayat mata nasrullah itu spontan terlantun. Dan spontan juga jawapan sang rasul, bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat.

Ingat kisah Khabbab? Dia disalai sehingga lemaknya menitis dan memadamkan api yang menyalainya. Dia jumpa Rasulullah. “Wahai Rasulullah! tidakkah Anda memohonkan pertolongan bagi kami?”, Khabbab bertanya. Rasulullah duduk, Raut mukanya memerah seraya bersabda: “Dahulu sebelum kalian, ada orang disiksa dengan dikubur hidup-hidup. Ada yang kepalanya digergaji menjadi dua bagian. Ada pula yang kepalanya disisir dengan sikat besi hingga kulit kepalanya terkelupas. Tetapi siksaan-siksaan itu tidak memalingkan mereka dari agamanya. Demi Allah, Allah pasti akan mengakhiri persoalan ini, sehingga orang berani berjalan dari Shan’a ke Hadramaut tanpa rasa takut kepada siapa pun selain Allah, walaupun srigala ada di antara hewan gembalaannya, tetapi kalian tampak terburu-buru.”

Hatta apa yang dilalui oleh Khabbab adalah Baksa’ dan Dharra’ sahaja. Apatah lagi nak dibandingkan dengan perjuangan kita yang terlalulah sedikit.

Teringat lagi kisah dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

"Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam".

Hebat kan kisah itu? Saat mentadabbur kisah ini sekali lagi, saya rasakan Allah membantu Assyahid kerana perjuangannya telah sampai ke Zulzilu. Ingat lagi dulu Prof cerita, kat celah-celah bukit dan gunung di Mesir zaman itu, orang kenal Assyahid. Begitulah dakwah Assyahid. Dan amatlah berpatutan pertolongan itu tiba buat Assyahid.

Kita? Masih jauh lagi kan? Setakat buat kerja sedikit, tapi mengharapkan pertolongan yang sangat besar.

Mana lagi Allah sebut kalimah Zulzilu? Dalam kisah perang Ahzab, di dalam Surah Ahzab.

Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (33:11)

Pernah baca kisah perang Ahzab (Khandaq)? Tahu pengkhianatan ketiga-tiga kelompok Yahudi di Madinah? Insya Allah, penghayatan terhadap seerah tersebut akan membuatkan kita memahami ayat Allah tersebut. Dan gambaran ketakutan sahabat itu Allah rakamkan dalam ayat sebelumnya.

Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. (33:10)

Bilangan tentera yang perlu sahabat lalui adalah terlalu menakutkan. Dalam Raheeq Makhtum diceritakan, “Jumlah tersebut mungkin lebih banyak dibandingkan dengan jumlah orang-orang Madinah, baik wanita, anak-anak, pemuda dan orang tua. Seandainya pasukan bersekutu itu mendatangi perbatasan Madinah secara mendadak, tentu akan sangat membahayakan dan mengancam kewujudan kaum Muslimin. Bahkan boleh jadi mereka mampu membinasakan kaum Muslimin hingga ke akar-akarnya”.

Musuh yang mereka hadapi adalah dari dalam dan juga luar. Dari atas dan juga bawah. Allah rakamkan ketakutan mereka dalam ayat 33:10. Wa balaghatil qulubul hanajir. Sehingga hati itu menyesak sampai ke kerongkong. Tidak dapat nak digambarkan palpitation para sahabat.

Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (33:22)

Ayat 33:10-11 dan ayat 33:22 macam contradict kan? Sahabat yang melihat semua itu dengan ketakutan dan dalam ayat 33:22, itu menyebut semua itu menambah iman mereka.

Tafsiran Assyahid Syed Qutb best tentang ayat ini. Sahabat pun manusia juga. Tidak dapat lari dari rasa takut itu. Itu adalah luaran biasa bagi manusia. Namun jauh di dalam lubuk hati mereka, tertanam iman yang sangat mendalam.

Kenapa bila sahabat bila lihat tentera Ahzab yang sangat ramai itu, sahabat kata haza ma wa’adanallah. Inilah yang dijanjikan Allah.

Jawapannya sebab sahabat faham, andai telah tiba perjuangan sehingga kepada Zulzilu, maka pertolongan Allah akan tiba. Sahabat faham ayat 2:214 itu dengan sangat mendalam. Mereka yakin dengan janji Allah.

Teorinya kita dah faham. Namun adakah kita beriman dengan ayat ini? Mampu ke kita nak berjuang sehingga ke tahap Zulzilu? Moga Allah menancapkan lagi iman kita, menambah iman atas iman yang telah sedia ada sehingga tiada lagi keraguan dalam hati kita.

Duduk yang Tidak Bagus. (Sangat tidak bagus)

Lagi nota perkongsian dari salah seorang murabbi :)

Tafsir surah An-Nisaa ayat 95-96 dari murabbi UQY


Maksudnya:

ayat 95: Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar .

ayat 96: Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

...................................................................

Ayat ini menceritakan galakan Allah dan bagaimana Allah membezakan orang-orang beriman. 
Ada yang darjatnya tinggi dan adanya darjat yang rendah.
Tidak boleh berpuas hati di peringkat dakwah yang rendah, misalnya nak duduk di syurga yang rendah. Contohnya hadis nabi, sesiapa yang mengucap Lailahaillallah akan masuk syurga. Adakah cukup setakat itu sahaja? Adakah cukup dengan hanya berada di pinggiran syurga? 
Andai di pinggiran, dan kemudiannya terjatuh di dalam neraka? 
Adakah mahu menjadi orang yang terakhir masuk syurga sedangkan ada di kalangan manusia yang masuk seperti kilat ke dalam syurga? Adakah nak masuk neraka dulu? Bersedia? 

Maksudnya orang yang berada di tangga yang terendah, duduk berdekatan dengan Abu Jahal dan  Abu Lahab.

Jangan juga duduk di tepi syurga, jangan berfikir untuk duduk di tepi syurga. Macam orang yang duduk di tepi kereta, senang nak tergesel. Senang melayang. Sepatutnya memilih tempat yang selamat. Kita kena berada di mustawa yang tinggi, level yang tinggi. 

Muslim ini pelbagai darjatnya. 

Allah sebut 'la yastawi' - Muslim ini tidak sama. 
"AlQai'dun" - orang-orang yang duduk. Apa maksud duduk? Orang yang tidak bekerja untuk Islam. Duduk maksudnya malas. Duduk istilah yang tidak bagus. Allah sebut orang yang duduk di kalangan Mukmin.
Ghaira dharari - tanpa uzur syar'ie. 
Tidak sama orang yang pergi berjuang dengan orang yang duduk. 
Dharar ini contohnya sakit, keuzuran. Berapa ramai orang yang tidak datang program yang baik. Betapa ramai yang mindsetnya nak rehat? Cuti dan mindsetnya adalah rehat. 

Allah beri harta dan jiwa kita. 


Sama ke orang yang solat dengan yang tak solat? Sama ke orang yang pakai tudung dengan tak pakai tudung? Jenis-jenis tudung pun memberi nilai persepsi yang berbeza di mata manusia. 
Sama ke orang berjihad dengan tak berjihad? Sama ke orang yang dakwah dengan tak dakwah? 

Apa persepsi parents terhadap anak yang terlibat dengan dakwah dan tak dakwah? 

Allah kata tak sama! Kita kena bagi mesej kat semua orang yang ada atas muka bumi ini bahawa tidak sama orang yang tarbiah dengan yang tak tarbiah! Tak sama mujahid dengan qa'id! Rosak aqidah kalau kita kata sama sebab Allah kata tak sama. 

Fadhhala llahu -- Allah melebihkan orang yang mujahid ke atas orang yang qai'd dengan satu darjat. 
Apa maksud satu darjat? Satu perbezaan. Darjat di sisi Allah, bukan di sisi manusia. Ini darjat orang mukmin. Darjat mukmin berbeza dengan darjat solat. 
Di kalangan sahabat, ada tingkat sahabat yang pergi perang Badar. Ada tingkat sahabat yang masuk Islam sebelum Fathu Mekah dan selepas Mekah. 
Abu Sufian masuk Islam dan pergi perang Hunain. 
Apa terjadi semasa peperangan Hunain? Kena ambush, ada yang cabut lari. Bila kena ambush, majoriti cabut lari. Tapi akhirnya menang, dapat harta rampasan perang yang sangat banyak. Taif, tempat yang sejuk, subur, banyak kambing dan binatang ternakan. 
Majoriti harta dibahagikan kepada orang yang baru masuk Islam dan Abu Sufian. Orang Ansar dapat sedikit sahaja. Rasulullah SAW beri 100 ekor unta pada Abu Sufian, Abu Sufian minta lagi untuk anak dan saudara mara, sehingga tiada lagi nama untuk disebut. 
Selepas itu (selepas peperangan Hunain), Abu Sufian berjihad dengan sangat hebat, memerangi orang murtad sehingga putus tangan tapi still, darjatnya tetap tak sama. 

Konklusi, hebatnya sesetengah sahabat tapi tak dapat menebus mereka kerana kelewatan mereka. 

Masa sangat berguna dalam meningkatkan pahala kita. 

Apa yang dibuat sebelum Fathu Mekah tidak sama dengan selepas Fathu Mekah. 
Apa pengajarannya untuk kita? Lambatnya kita akan memberi effect pada darjat dan pahala amalan kita. Sesetengah menunggu masa kerja. Adakah kerja lagi tak stress? Housemanhip gila. MOship gila. Buat kepakaran pun gila. Habis housemanship, iman nyawa-nyawa ikan. 
Bila start jadi qa'id, akan selesa duduk. 
Orang yang selesa duduk, malas mahu berdiri semula. 

Apa selepas housemanship? Kepakaran, dahlah kerja, kena pula sambung belajar, lagi sibuk. Bila dah tenang dah jadi consultant pun sibuk juga, sibuk dengan anak-anak. 

Masa bergelar pelajar adalah masa yang paling baik untuk dakwah. 
Bukankah ada akh yang meninggal selepas 3 jam walimah, lagi beberapa hari nak masuk jadi pensyarah. Bukankah menyesal andai dia lari dari tarbiah? Tapi dia terus dalam tarbiah sehingga akhir kehidupannya. Kehidupannya memberi pengajaran kepada beribu-ribu kita!

Wa kullan wa'adallahu husna. Ini macam nak ambil hati. 

Misalnya semasa program, kita dikehendaki menghafaz hadis. Bila kita tak hafaz, mas'ulah program minta kita tunggu di luar dewan. Tadelah halau terus dari program. Allah pun sama dalam ayat itu. Allah tak kutuk terus. Tadelah Allah kata orang yang qa'id itu hina dan tak guna langsung. Tapi selepas Allah ambil hati, Allah sebut fadhhala lagi. Allah lebihkan pahala mujahid berbanding qa'id dengan darjat, maghfirah dan rahmah. Allah tak sebut spesifik darjat apa. 

Allah bila melihat mujahid, banyak dosa yang Allah gugurkan. Seperti kisah Hatib. 
Ada mujahid yang minum arak. Ada sahabat yang minum arak dalam perang qadisiah. Kena ikat tapi masih ingin pergi berjihad. Jihad tak boleh dibandingkan dengan apa-apa kerja. 
Rasulullah SAW sebut seandainya ada seseorang puasa dan solat sepanjang masa orang pergi berjihad, baru boleh sama dengan mereka yang berjihad. Boleh buat? 
Untuk apa ilmu? Cukup setakat ilmu adalah asbab kita bersama tarbiah? Jadi makin gemuk dan tak buat apa-apa? Ilmu bermanfaat bila beramal dan diajarkan kepada orang lain. 
Pokok kalau tak berbuah, apa fungsinya? 
Untuk apa hafal hadis? Untuk DF manusia lain, untuk menarik hati-hati manusia lain pada Islam, pada kesyumulan dakwah. 

Bayangkan perasaan manusia lain apabila seorang doktor, seorang engineer, seorang guru bahasa inggeris, dan bukan ustazah yang mengajarkan hadis? 
Sheikh Abdul Majeed Zindani yang mengarang kitab Tauhid dari sudut sains. Dia adalah orang Yaman. Dia asalnya adalah ahli farmasi, namun kini adalah ulama' hebat di Yaman. Orang tanya dia, Sheikh dapat ilmu dari mana? Macam mana sheikh boleh jadi hebat? Kata sheikh, dia dapat semuanya dari tarbiah. 

Kita duduk dalam tarbiah bukan kerana exam. Tarbiah kita kalau ikut betul-betul akan jadi hebat. Kita bukan buat kerana nak menunjuk. Itu niat tak betul, pahala ranap dari awal. 
Kita nak gunakan semua itu untuk dakwah. Manusia ada egonya dan itulah caranya menghancurkan ego manusia untuk dia tunduk pada Islam.
Hafazan - untuk digunakan semasa menyampaikan pada manusia. Bila dah hafaz, mencari jalan untuk digunakan. Barulah dapat diingati dengan sebaiknya sebab digunakan. 

Ingat bahawa Allah kurniakan darjat, maghfirah dan rahmah untuk mujahid.

Orang yang keluar ke medan kadang relaks sahaja, bukan bertemu musuh. 
Macam perang Tabuk, musuh cabut lari. Tentera Rom cabut lari. Untuk orang yang berjihad, kalau puasa boleh buka. Kalau solat boleh qasar. Sedangkan qa'id nak dapat pahala sama kena continuous puasa dan solat. Asal hukum qasar solat adalah untuk orang yang berjihad. 
Ayat seterusnya menceritakan hal ini. Allah sebut dibolehkan qasar supaya sekiranya kamu takut diserang oleh orang kafir. 

Musafir kita kerana makan angin, sahabat kerana jihad. 

Kita pergi musafir supaya boleh qasar solat. Teruk kan? 
Dari segi fiqah, memang boleh. Kita ambil fiqah sebagaimana fiqah. Tapi asal sembahyang qasar adalah untuk orang yang berjihad. Datang program, atas medan ini dapat pahala sama dengan continous puasa dan solat.

Jihad sekarang adalah dakwah. Keluar sahaja dari rumah dikira mujahid. 

Mudah-mudahan Allah terus menguatkan kita di jalan ini.

Monday, 17 December 2012

Kerana Ustaziatul Alam, Aku Berbaitul Muslim.


Bismillahirahmanirrahim..

Note: Mungkin ada kandungan dalam entry ini yang sedikit kontroversi dan mungkin agak ekstrem bagi orang-orang tertentu. Tidak perlu bersetuju kerana pasti-pastinya, kebanyakan wanita tidak akan bersetuju, mungkin akhwat sendiri ada yang tidak bersetuju dengan apa yang dicoretkan ini. No worries, isu ini boleh bincang panjang lebar dengan murabbi murabbiyyah kalian.

Reading is at your own risk. =)
...............................................................................................................

Ini adalah update pertama setelah menaiki tangga kedua maratib amal iaitu Baitul Muslim atau nama lain nya Baitul Dakwah (Rumahtangga dakwah).

..............................................................................................................

Only Allah can give life, but we can share it. 
Let's share this tarbiyyah together. =)


Perubahan..

Hem.. Banyak yang dah berubah..

Apa bezanya dengan hidup yang dulu?

Berbeza.. Banyak bezanya..

Dari kehidupan dengan jadual sukahati, kini segalanya perlu teratur dan berutin. Dari terbiasa membuat keputusan sendirian berhad untuk apa-apa urusan kecil dan besar, kini perlu merujuk zauj untuk berbincang dan membuat keputusan bersama.

Kerana apa?

Kerana sekarang hidup bukan sendirian berhad lagi. Walaupun dah biasa dengan kebebasan dari kecil untuk uruskan hidup sendiri, dan tentukan hala tuju hidup, sekarang tak lagi ye~. Terhapus sudah dominasi terhadap diri sendiri kerana ada pihak yang lebih mendominasi dan bertanggungjawab terhadap diri ini. Kerana zaujahnya adalah amanahnya. Dan urusan zaujahnya akan dipersoalkan padanya di akhirat kelak. Maka pastinya haluan hidup ini kini bukan milik sendiri lagi. Tapi milik bersama. Lalu bermulalah kehidupan baru sebagai partnership between him and me. Between us.

................

Sungguh jodoh itu penuh dengan misteri dan kejutan serta rahsia-rahsianya yang tersendiri. Berapa ramai calon yang datang sebelum ini dengan ketidakpastian adakah dia jodoh yang ditetapkan. Episod drama pun boleh tahan banyak juga, pfft~ Tapi janji Allah itu wujud dan benar. Dan doa itu benar, senjata mukmin.

...................

Well..
Dia yang Allah dah tetapkan, maka insyaAllah dia lah yang terbaik untuk diri ini untuk melengkapkan.


Suatu malam, pada minggu yang lalu, kami duduk berdating bersembang-sembang untuk lebih mengenali diri masing-masing. Masih belum cukup taaruf. Ketika itu belum masuk 2 minggu kami bernikah. Antara yang kami sembangkan adalah tentang keharmonian rumah tangga bagi yang berbaitul muslim. Dan entah bagaimana sembang kami sampai ke topik kontroversi tentang poligami. Terkeluar cerita tentang adanya ikhwah dan akhwat yang berbaitul muslim akhirnya terpaksa bercerai kerana ikhwah tersebut berpoligami di jalan tarbiyyah. Namun isteri pertama dan anak-anak tidak dapat menerima hingga akhirnya tiada solusi lain kecuali bercerai.

Cuba mendalami hati sendiri dan menilai rasa sendiri.

Ouch.

Macam tak best pula rasa di hati ni bila terbayang keadaanya jika perlu berdepan dengan takdir begitu.

Perasaan serta bayangan sebegitulah yang mendorong hingga terkeluar dari mulut sesuatu yang mengikut perasaan bila dengan tenang saje ku katakan padanya, yang dia dibolehkan saje untuk berkahwin lain, asal saja zaujahnya yang sekarang dilepaskan. (Astaghfirullah..)

Bukan kerana membangkang mana-mana ikhwah berpoligami demi Ad Deen ini, bukan juga aku menyalahkan mereka. Tapi kerana diri sendiri rasa tidak mampu. Kerana merasakan perlu akan seseorang yang dapat memberi ku sesuatu yang telah aku hilang sejak sekian lama. Apatah lagi dengan sejarah keluarga yang sejak zaman berzaman berantakan kerana poligami hingga aku hidup dengan satu kepercayaan sejak kecil yang aku tidak layak untuk merasa bahagia. 

Baik, tak perlu dipanjangkan cerita lama. Mari fokus cerita asal.

Beberapa hari selepas itu, tidak semena-mena terfikir.

Kalaupun poligami.. Perempuan itu bukan orang lain, tapi saudari sefikrah. Bagaimana boleh terkeluar dengan lisan sesuatu yang mengikut perasaan tanpa pertimbangan fikrah yang benar ketika itu?

Lupakah aku yang kami sedang menegakkan sebuah baitul muslim. Usaha kecil dari dua insan kerdil mungkin tidak nampak significant nya di mata orang lain. Tapi buat mereka yang faham tarbiyyah ini, ini bukan sesuatu yang sepele. Ia bermakna.

Tiba-tiba terbayang, jika madu ku itu nanti adalah teman-teman akhwat yang selalu bersama melakukan kerja-kerja tarbiyyah ini, yang selalu makan sedulang, tidur setoto, yang berbulatan gembira/sedih bersama, yang terasa hati berkecil hati bersama, bermeeting bersama. Dan bila sampai waktu mereka ingin bernikah, mereka tiada calon ikhwah kerana spesis ikhwah kini makin terancam. Sedangkan sebolehnya semua akhwat inginkan ikhwah sebagai calon zauj mereka demi DnT terchenta ini. Dan entah bagaimana tiba-tiba rasa redha pula untuk berpoligami jika itulah calon-calonnya. (Err.. tu kalau calonnya sekufu la, kalau umur kita dah 40 tahun, zauj pilih akhwat 20 tahun memang minta kena panah la jugak)

But still, the point is, poligami di jalan tarbiyyah.. Seriously, ikhwah ini golongan terancam spesisnya, mereka jadi hot stuff walaupun tak hensem (hahaha), sebab akhwat yang dalam sistem tarbiyyah perlukan suami yang turut sama bersama dalam sistem tarbiyyah untuk saling menyokong.

Cuba bayangkan jika isteri seminggu 3,4 kali keluar malam pi usrah, meeting, program, hujung minggu sibuk dengan program lagi, sedangkan si suami terkebil2 tak buat apa. Tidakkah bosan mereka kerana tidak cukup perhatian dan kasih sayang gayanya. Dan tak adil bagi dia jika tidak memperoleh hak nya. Hak nya adalah isteri nya berada di sisi nya melainkan jika dia redha isterinya keluar.

Atas sebab-sebab yang mungkin tak mampu dihadam oleh ramai orang tapi mampu dihadam oleh segelintir orang di jalan ini, itulah keputusannya, jika datang keperluan yang  memerlukan kami poligami, insyaAllah..
Selagi mana ia adalah di jalan tarbiyyah, bukan di jalan selainnya)

Namun ada syarat yang diletakkan.

First and foremost, saudari itu tidak boleh selain akhwat, dia harus dari kalangan ukhti yang bersama kami dalam jalan tarbiyyah ini. Maksudnya, mesti seorang akhwat yang jelas akan fikrahnya di jalan tarbiyyah ini.

Syarat kedua, calon itu, bukan yang dipilih oleh zauj, tapi melalui jalan dan cara yang sama sebagaimana kami  diketemukan. Ia harus melalui syura murabbi murabbiyah kami, dan direkemen oleh murabbi murabbiyah kami mengikut apa yang difikirkan muntij untuk dakwah tarbiyyah ini.

Dan syarat ketiga, zauj harus benar-benar niatnya berpoligami untuk DnT ini. (Soal niat, itu antara dia dan Tuhan. Ini sekadar syarat yang diletakkan sekadar mengingatkan dia untuk memperbetulkan niatnya.)

Dengan syarat-syarat itu, insyaAllah redha kalaupun perlu poligami. (Walhal dia tak pernah mention apa-apa pun, hehe.)

Mengambil masa 2 minggu untuk tersedar yang kami diikat atas tiket dakwah dan tarbiyyah dan rumahtangga ini adalah sebuah baitul dakwah, bukan rumahtangga biasa. Kami bertemu kerana dakwah dan tarbiyyah. Dan kini kami bercinta dan berkasih sayang di atas jalanNya.

Walau jauh di sudut hati terasa memerlukan seseorang yang mampu menumpahkan cinta dan kasihnya buat kita seorang, tapi hati mengingatkan, bahawa kami bersama kerana tugas kami di jalan Allah ini, lalu mengapa ingin tamak dan memilikinya seorang diri sedangkan berapa ramai akhwat seperjuangan yang juga memerlukan seorang ikhwah untuk dakwah tarbiyyah mereka.

Kami tidak bertemu dan bernikah kerana suka sama suka. Kami tidak pernah mengenali diri masing-masing. Seorang dari Johor, seorang dari Terengganu, seorang terbang ke Jepun, seorang terbang ke New Zealand, akhirnya masing-masing balik ke Johor dan bertemu kerana sebuah tarbiyyah.

Ya, hubungan ini dimulakan bukan dengan perasaan cinta, tapi sebuah cita-cita yang besar, menuju ustaziatul alam..

Jika itu yang terbaik untuk dakwah dan tarbiyyah ini,ku relakan dia juga menjadi milik ukhtiku yang lain kelak andai ada keperluan untuk dia berbuat sedemikian..

p/s: Nanti kalau ada program atau kateebah, boleh mintak tolong madu jagakan anak-anak, nanti kalau dia pulak ada program, saya jagalah anak-anak dia baik-baik pulak, kalau dua-dua ada program, mintak husband la jagakan anak-anak, huhu. (cakap senang kan? Hehe.. Takpe, Allah kan ada.. Tajdid niat, pujuk hati untuk akhirat yang kekal. Suami pun pinjam je pun. =] )

p/s 2: Jangan salah faham, zauj saya tak pernah cakap pun dia nak poligami, ini cuma persediaan mental awal-awal untuk diri sendiri. Sekian~

p/s 3: Love u fillah, abang. Nanti dating lagi di Jannah insyaAllah. =)

Saat Keikhlasannya Ternodai..

Ouch


Saat keikhlasan ternodai, hati  mula resah gelisah..

Bertalu persoalan meminta jawapan,

Mata terpejam, hati  mengeluh..

Terzahir dengan sisa nafas yang lemah..

...

Mendengar degupan jantung sendiri..

Diam..

Membisu..

Mendongak ke atas. 

Siling yang putih..

Kosong..


Hening..

Sunyi..

Tunduk..

Menilai diri..

Sudah hilang haluan kah, setelah bersusah sampai ke sini

Sudah hilang punca kah setelah jauh berjalan bersama petunjuk di kiri kanan jalan

Tidak.

Belum hilang punca, belum hilang arah.

Cuma mata terpejam seketika, kerana kilauan dunia.

Kelak aku kembali, dengan segala jawaban bagi setiap persoalan.

Dia, katanya seorang  daie yang hidup bersama hati yang kecil, cepat terguris perasaan serta mudah berputus asa. Mungkin, ada sesuatu tentang dia yang memanggil dirinya daie namun tidak sanggup dikecam, tidak tahan dikutuk, tidak rela ditertawakan bila dia seorang ghuraba’.

Berulang kali dikatakan padanya, “hatimu itu, tidak boleh sejemput!”

Kerana daie, hatinya perlu besar. Hatinya harus luas dan dadanya mesti lapang.

Daie, memang perlukan hati yang besar dan kuat.

Bukan setakat untuk kita sebagai seorang mutarabbi yang seringkali ditegur oleh murabbi dan murabiyyah tatkala kesalahan kita lakukan ,

Tapi,

Ia juga untuk kita  dari sisi kita sebagai seorang murabbi terhadap mutarabbi kita.

“Emmm....Boleh tak seorang naqibah berkecil hati atau merajuk dengan mutarabbi nya?”

“Tak boleh.”

“Kenapa?”

“Kenapa nak berkecil hati??”

“Naqibah pun manusia, sedangkan ibu yang sangatttt sayangkan anak-anaknya dan sanggup berkorban apa saja pun boleh saja berkecil hati dengan anak-anaknya. Apatah lagi seorang naqibah yang sangat ordinary~”

“Wajar. Kita memang akan mudah berkecil hati dengan orang yang kita sayang. Kalau kita tidak sayang pada mutarabbi kita, tak mungkin kita peduli untuk berkecil hati segala begai dengan mereka bukan?”

Angguk-angguk.

“Hem, memang sayang. Sebab tu sampai berkecil hati dengan kerenah mereka. Boleh ke macam tu?”

“Masih, jawapannya tak boleh.”

“Arghhh, kenapa???”

“Sebab kita tak cool kalau berkecil hati dengan anak usrah sendiri. Walaupun mereka mengguris hati kita, walaupun kita berendam air mata ingin mentarbiyyah mereka, kita boleh sedih dan kecewa dengan keadaan itu, tapi bukan untuk disimpan didalam hati.”

“Err...”

“Berkecil hati itu, kalau sekejap, boleh, itu fitrah. Tapi jangan simpan. Maafkan mereka. Besarkan hati, teruslah didik mereka kerana Allah.

*Kaki kuis-kuis tanah*

....................................................................

Sungguh, menjadi seorang daie bukan sekadar tentang semangat ingin bergerak, kehebatan menyampaikan, menjaga mutabaah amal yang mantap, dan mempunyai tsqofah yang tinggi mahupun mempunyai network yang luas dikalangan orang awam.

Namun,

Yang lebih utama dari itu,
Adalah kesediaan dan keikhlasan untuk ditarbiyyah.

Ya, kerelaan untuk ditarbiyyah.

Dan keikhlasan menerima tarbiyyah itu sendiri.

Antara elemen sebuah halaqah adalah adanya seorang murabbi (pendidik) dan mutarabbinya (anak didik).

Bilamana kita memasukkan diri kita dalam sistem usrah, kita telah “menyanggupi” untuk ditarbiyyah (dididik) dan kita metsiqahkan diri kita terhadap murabbi kita, kita meletakkan kepercayaan kepada murabbi kita untuk dia mentarbiyyah kita. Bukan sekadar memberi ilmu, tapi untuk dia menunjuk jalan dan membantu kita mencorak jalan menuju syurga Allah.

Seolahnya, bila dia “memegang” tangan kita, adalah untuk memimpin langkah kita ke syurga bersamanya.

Dia bukan sahabat yang dijamin syurga, dia juga seperti kita, bermujahadah untuk ke syurga. Tapi kerana amanah dia adalah kita, maka dia berusaha memimpin juga kita dalam keadaan dia juga dipimpin oleh murabbi nya. –Tidak rela melepaskan kita terkial-kial mencari jalan menuju syurgaNya.

Namun bagaimana jika anak-anak yng dipimpin seolah tidak bersedia dan tidak rela ditarbiyyah? Tidak betah ditegur, tidak mampu ikhlas menerima “tarbiyyah” itu sendiri, malah payah untuk berlapang dada dengan banyak hal di dalam tarbiyyah.

Alangkah susahnya untuk mentarbiyyah kita yang sering ‘begitu dan begini’ dalam menerima tarbiyyah. Sedangkan begitu banyak orang lain di luar sana yang dahagakan sentuhan tarbiyyah tidak punya peluang seperti kita yang ‘tersepak’ tarbiyyah ini suatu ketika dahulu.

Percayalah, sangat ramai orang yang dahagakan kebaikan di luar sana. Walaupun mereka mungkin berambut merah terpacak, memakai seluar koyak di lutut, atau londeh bawah paras pinggang, ataupun memakai legging dengan skirt pendek, jarang solat dan sebagainya, ada di kalangan mereka yang dahagakan kebaikan, inginkan ‘cahaya’, dan masih mencari ‘siapa’ mereka di dunia ini.

Dan kita?

Memperlekehkan harga sebuah tarbiyyah yang kita ada sekarang.

Mungkin kerana kita adalah manusia. Dan manusia umumnya hanya reti menghargai bila sudah tiada.

Mungkin Allah patut uji kita dengan tiada tarbiyyah untuk kita baru kita nak mengerti?

Nauzubillah, tidak rela begitu. Tidak ingin hilang tarbiyyah ini walau sedikit pun, tidak ingin luak tarbiyyah ini walau seinci. Bukan mudah untuk bertemu jalan ini. Walau bagaimanapun diri bermujahadah atau lemah atau futur kadangkala, mohon agar Allah tetap tsabatkan diri di jalan ini andai ini adalah jalan yang paling Dia redhai buat diri ini...


Busok hati nih! huhu. *Ok, random sangat ni. Tapi comel. ;)

Dulu Dia Model Hero/Dewi Remaja, Sekarang kaki Usrah. (Err)

Move on~


Ada apa dengan masa lepas?

Oh, ada banyakkkk.. Ada banyakkk benda-benda significant.

Kalau bukan sebab pengalaman masa lepas kita, mungkin kita tak jadi siapa kita hari ini.

Kalau bukan sebab masa lepas, mungkin banyak benda yang kita masih tak belajar dan masih tak faham-faham lagi.

Ye, betul. Betul sangat dah tu. Masa lepas pastinya begitu significant untuk kita jadikan sebagai kayu pengukur kita. Untuk melihat sejauh mana kita telah berubah lebih baik. Ataupun sebaliknya? (Nauzubillah)

Tapi bagaimana dengan masa lepas orang lain?

Yang kadangkala kita tersilap gunakan untuk menilai seseorang?

Tak payah cakap orang, saya sendiri kadangkala begitu, bila terlupa tentang asal usul diri yang sama je Allah ciptakan. Sama-sama dari tanah, sama-sama dari saripati air mani yang lemah.

Walaupun mungkin ada orang-orang tertentu dicipta dari jenis tanah-tanah tertentu, tapi tetap ianya adalah tanah. Bukan daun, bukan batu, bukan kertas, bukan kain.

“So?? What’s your point? Stret to the point boleh??”

Fine.

Begini, ada beberapa kali saya mendengar cerita tentang pasangan yang bakal disatukan, tapi salah satu pihak tertahu tentang masa silam pasangannya, lalu hati berbelah bagi, kerana mula terbina persangkaan dan persepsi yang tidak enak.

Seorang gadis solehah, sudah menerima pinangan seorang lelaki yang baik, tetapi mengetahui lelaki tersebut bukanlah alim mana beberapa tahun lalu. Kaki karaoke, main bola pakai seluar pendek atas paha, menggunakan bahasa yang kurang sopan dengan kawan-kawan, kaki jarang-jarang jejak masjid, quran cuma setahun sekali dibaca, and the list goes on.

Lalu si gadis mula berkira-kira dan bersangka-sangkaan.

“Kalau macam tu punya perangai 3,4 tahun dulu, entah apa lagi agaknya yang aku tak tahu yang dia buat”.

Oh, pengsan** Perlu ke bersangka-sangka macam tu cik adik?

Benar, untuk mencari jodoh bukan sebarangan. Sehabis baik akan cuba dikenali hati budi pasangan supaya tak tersilap buat perhitungan. Tapi, adil kah gunakan masa lepas dia semata sebagai kayu pengukur? Bagaimana dengan siapa dia sekarang? (Saya tak maksudkan kisah silam seperti penagih dadah, pembunuh, pesakit mental, atau kes-kes kritikal dan kronik yang lain, tapi kes-kes yang umum dalam masyarakat kita).

Ada juga seorang lelaki yang baik yang sudah memilih seorang perempuan yang baik menurut pandangannya sebagai calon zaujah dia, tapi akhirnya mengetahui calonnya itu dulu bukanlah dari asal memakai tudung labuh, pergaulannya dulu juga belum terbatas dalam erti kata batas yang sebenar, malah mungkin masih janggal dengan al quran ketika itu. Lalu dirasakan perempuan itu tidak layak menjadi pasangannya kerana diri dia adalah seorang lelaki yang baik, tinggi ilmu agama, yang seharusnya mendapat seorang perempuan yang lebih baik dan lebih suci lagi.

Persoalannya,

Layakkah kita untuk menilai seseorang berdasarkan masa lepas dia?

Persoalannya lagi,

Cukup sucikah masa lepas kita?

Jawab sendiri.

Adakah kita keluar dari rahim ibu kita dengan tudung labuh di kepala dan tasbih di tangan?

Adakah kita keluar dari rahim ibu kita dengan jubah tersarung di batang tubuh dan kitab di genggaman?

Maka mengapa merasa diri lebih mulia?

Dapatkah kita jamin taraf kita di sisi Allah adalah lebih mulia dari taraf dia di sisi Allah?

Kalau kisah kita pun tidak sesuci mana, maka tak perlu memandang rendah kisah orang lain, bukankah begitu?

Mengapa rasa kecewa jika dia tidak sesempurna seperti yang kita angankan? Kerana pasti-pastinya dia juga manusia biasa yang penuh dengan kelemahan, malah jauh sekali dari kesempurnaan.

Seperti juga kita.

Ada lagi kisah seorang perempuan yang saya kira baik, cukup baik, menolak seorang lelaki yang insyaAllah baik, tapi ditolak hanya kerana lelaki itu tidak cukup hensem dan tidak hensem itu bukan ciri idamannya.

Tersenyum juga saya mendengarnya. Tapi senyumnya kelat. Tak tahu apa nak respon.

Ada lagi saya dengar dari murabbi saya sendiri,kisah lelaki yang juga menolak seorang perempuan yang insyaAllah solehah, qawiey dalam DnT tapi menolak hanya kerana perempuan itu berisi, dan ada yang menolak kerana perempuan itu gelap kulitnya. (Well, according to my zauj, lelaki memang agak memandang rupa sikit, walaupun dia tu ikhwah. -Ikhwah la sangat kan~ upss~ tett, hehe)

By the way, mendengar cerita-cerita begitu, buat saya tersenyum ala sinis pula (bukan ala manis ye). Ya, saya tak menolak faktor fizikal yang memainkan peranan dari segi sunatullahnya untuk mendatangkan rasa cinta tersebut. Tapi, bukankah lebih elok jika kita juga belajar untuk mengukur baju di badan sendiri?

Apa yang saya maksudkan, kalau kita pun tak ada lah semenggah mana segaknya, tak adalah semelecur  mana cantiknya, maka usahla terlalu cerewet memilih rupa parasnya, jika agamanya sudah baik (wah, laser~) 

Begitu juga kalau kita tak sebest mana jalan hidupnya dulu, tak usahla kecewa dengan pasangan kita yang juga lahir tidak dengan kopiah di kepala dan kitab di tangan. Ada apa dengan siapa dia dahulu jika dia sekarang cukup kenal dan faham dengan ad-deen nya sendiri?

Mungkin cukup dengan kita mengetahui dia tiada kisah silam yang boleh memudaratkan kita, keluarga kita, masa depan kita, dan agama kita. Andai masa silamnya itu boleh memudaratkan kita, maka wajarlah kita cerewet dan merasa tak ingin memilih dia sebagai calon kita kerana khuatir akan kemudharatan yang berkemungkinan timbul. Yakni, sebab untuk menolak itu sendiri pun adalah kerana kekhuatiran akan kemudharatan masa depan bersama, bukannya kerana merasakan diri kita yang lebih mulia. Bila kita merasa kita lebih mulia dan dia kurang layak untuk kita, bermakna kita perasan diri kita ni best la ye? Tak gitu?

Yang tentukan kita layak atau tak layak itu, hanya Allah. Kalau menurut pandanganNya kita layak dengan orang sekian-sekian, maka dapatlah kita orang sekian, no fuss.

Tapi persoalan ini juga agak subjektif, begantung pada sejauh mana penerimaan dan ketsiqahan seseorang terhadap calon pasangan atau terhadap orang tengah yang mencadangkan calon tersebut padanya. Ada orang merasakan cukup amat penting baginya untuk dia menyiasat segala perkara tentang pasangannya. Ya, Nabi pun menyuruh kita merisik tentang calon yang kita nak jadikan pasangan kita. Tapi risiklah siapa dia, sifatnya bagaimana, sikapnya bagaimana, adab dan akhlaknya bagaimana, fikrahnya bagaimana. Jika ingin menyiasat masa silamnya, berpada-padalah dengan persepsi kita setelah itu.

So dipendekkan cerita, konklusinya, marilah kita berusaha menjadi yang terbaik instead of harapkan orang lain untuk jadi yang terbaik untuk kita. Nanti Allah akan bagi yang selayaknya untuk kita. Allah Maha Adil. Bukan setakat adil, tapi MAHA Adil. So insyaAllah, tiada siapa yang akan teraniaya. Ok, berusaha!

p/s: so tak kesah la kalau dulu die model Hero/Dewi Remaja, tapi sekarang bawak 3 bulatan gembira setiap minggu!~ Amboi2~ (Contoh hanya rekaan, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang tidak hidup)

Sunday, 11 November 2012

Pengantin Wheelchair? -Ok Jer~

Ini adalah wheelchair. Ya. Betul tu. 


Post ini teristimewa untuk mereka yang banyak berbudi sepanjang saya tak dapat berjalan dari 4 Nov lepas hingga sekarang ini. Tup Tap Tup Tap, dah seminggu rupanya since saya jatuh, dan itu bermakna seminggu jugalah saya dah  tak dapat berjalan. Semua aktiviti harian juga of course sangat limited (paling mencabar adalah bila mahu ke tandas.) Fuhh..~ Since yang tak dapat berpijak dan berjalan adalah kedua-dua belah kaki, so things get quite challenging. Well, mungkin lebih adventurous jika begitu. Huehue **Peace sambil sengeh. Tapi alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang injured cume bahagian ankle ke bawah. Betis, lutut and tulang-tulang lain alhamdulillah selamat sihat walafiat. Smile. =)

And memang adventure abes la kisahnya bila terpaksa mengensot atau merangkak dalam rumah. Dan berkerusi roda di luar rumah. Tapi alhamdulillah lepas seminggu menjadi suster ngensot atau Ju On (ini lah gelaran-gelaran yang diberi oleh ahli rumah dan akhwats nakal yang datang ziarah~), akhirnya mampu menggunakan tongkat dan berdiri walau dalam keadaan tahan sakit~ Tapi still tak boleh berdiri terlalu lama or the wounds will get worse. 

Ditarik sementara nikmat kedua-dua belah kaki sangat mentarbiyyah diri (Of course). Mentarbiyyah dari segi kesabaran, itu dah semestinya. Bila selama ini most people yang hidup bersama sangat tahu yang saya jenis berjalan laju, tiba-tiba dah tak boleh jalan, in fact terpaksa merangkak sampai melecet lutut and terpaksa gunakan bantal kecik untuk alas lutut semasa merangkak, is something that teaches me a lot. Pernah sekali, semasa sedang merangkak dalam rumah beralaskan bantal kecik di bawah lutut, tiba-tiba rasa stress a bit and rasa nak bangun terus and berjalan. Reason? Sebab bosan merangkak dan rasa laaaammmbaaattttnyeee nak sampai ke bilik atau ke dapur, walaupun jaraknya beberapa meter je. (hu hu..) Tapi, since nak berdiri pun tak mampu, terpaksa lupakan cita-cita besar itu~.

Tarbiyyah juga lah rasanya, bila setiap kali nak masuk ke tandas atau berwuduk, kena buka balutan dua-dua kaki, and lepas tu kena sapu balik ubat, dan balut balik. And beberapa kali jugalah, lepasss je sudah sapu ubat pada kaki dan balut santek-santek dua-dua kaki. 
Tiba-tiba....
"Aaa,nak gi tandas la pulakkkk~"
Kadang-kadang rasa nak gelak, kadang-kadang rasa nak nangis~ Sobs~

Tapi yang paling nak nangis adalah sebab dah susahkan ramai orang.. Allah saja yang mampu balas semua kebaikan-kebaikan insan-insan ini..

Bermula dari awal kejadian,
Special thanks to all akhwats..

-Adik-adik KSKB, Dira and Kakti yang taruk ais kat kaki sampai kebas and tolong balutkan. 

-Nad and Jannah yang gagah perkasa mendukung pesakit ini dari Tingkat 2 ofis sampai ke tempat parking kereta.

-Kak Wan, tukang drive and hantar ke hospital.

-Yang menemani di hospital, ambilkan wheelchair, daftarkan pesakit, tolak wheelchair ke sana sini, Jannah,Nad and Zura and also kakwan.

-Zura, tukang galas semua handbags yang berat-berat sebab tuan punya handbag semua nak angkat pesakit dari parking lot ke tingkat 8 (tapi gune lif la =p)

-Ahli rumah yang tak jemu tolong papah untuk berdiri terutamanya bila nak masuk tandas (sebab tak sanggup merangkak dalam tandas, hu hu..)

-Ajim, yang berusaha untuk gagahkan diri untuk papah walaupun dalam keadaan dia sendiri tak sihat (ibu mengandung kan~hehe) Ajim, ingat tak malam yang ira try nak bangun sendiri depan pintu toilet tu, I was about to fall again and suddenly ada orang sambut and papah dari belakang, so tak jadi jatuh and when I went into the toilet, I cried inside the toilet, sebab rasa bersalah sangat. Ajim kan tengah tidur masa tu, tapi terjaga because of me, and rasa bersalah sebab during early pregnancy, ajim tak patut nak papah-papah orang, you should take a really good care of the baby inside your tummy. And I cried too, sebab sakit kaki trying to stand. Hu huu..

-Nad, yang sudi sediakan bekas and air dalam bilik..Boleh gunakan untuk berwuduk..Tolong ambilkan barang, kasi idea untuk tiup wisel kalau ahli rumah tak dengar when I'm in need (walaupun tak pernah pulak tipu wisel tuh, tapi, good idea jugak kalau emergency kan, hehe) and nad, nasib baik enti ni gagah orangnye, boleh dukung ai turun naik, hehe..

-Syira, aseef sebab buat awak terkejut masa semua orang tengah solat subuh berjemaah di ruang tamu, tiba-tiba akak keluar merangkak dari bilik dengan telekung putih macam Ju On sebab nak join korang jemaah walaupun lambat sikit, (yela,dah merangkak,lambat la). Hehe, Nasib baik tak batal solat awak sebab terkejut =P And terima kasih jugak sebab bantu angkat akak kat rumah, tanya makan minum akak jugak. =)

-Zura, pun sama, selalu bantu akak nak masuk toilet and ambilkan barang. And oh kat atas tadi pun dah mention kan, jasa awak mengangkat handbag2 akhwats, huehue~ 

-Chibi, Kira, Ajim and Nad lagi. Tolong belikan barang-barang goodies untuk doorgift walimah ira nanti. Aseef, pengantin tak dapat berjalan, tak dapat gi beli barang. But special thanks to all of u, yang bersusah payah gi cari barang sana sini, pilih bunga la, kotak la, apollo la, dan segala-galanya. Nad sampai selsema, hehe. Kesian.. hu..

-Anak-anak usrah dan cucu usrah yang datang ziarah dengan bebelan comel dari mulut masing-masing, hehe.. Raja, aini, anisah (and azilah yg ziarah dr alam maya) Rindu sudah pada kalian.. T_T 

-Oh, dan semua akhwats and coursemates yang juga datang berziarah sambil bawakkan makanan yang sweet dan berguna untuk menjana lemak di badan (aishh), kakpi, syud, timai, kakyum, alia, hanis, munee, adik2 ipti, kak cuna, kak syira, kak ida, sya, za, and yang lain-lain yang tak tersebut namanya..

-Special thanks to Makcik Kiah and Pakcik Taha, yang risau-risau, and datang ziarah, and kasi pinjamkan tongkat, aseef pakcik makcik, susahkan kalian..... T_T

-Akhwats lain yang risau dari jauh and doakan dari jauh, jazakunnallahu khair...

-n oh yeah, lupe plk.. Since dah sampai terengganu semalam, kini menyusahkan umi pulek~ Tq umi, bawak naik dari tingkat bawah semalam sampai tingkat 2.. Tq belikan tongkat, tq belikan pil mahal tuh untuk mempercepatkan percantuman sel/tisu koyak & tulang retak <--- (Tuh function pil tuh)

-Oh lupe lagi satu! Kepada yang bersama saya tolong buat goodies untuk tetamu nanti, ajim yang sampai tengah malam tolong gunting-gunting lagi, alia, kakti, kira and chibi jugak, yang tolong-tolong potong and tampal.. =)

Pesan doktor: InsyaAllah dalam masa dua minggu dah boleh jalan.. Seminggu dah abes, tinggal another week.. Hopefully sempat boleh jalan sebelum walimah, kalau tak, pengantin wheelchair.. **Peace ^_^

Kepada semua yang terlibat, yang tertulis namanya dan tak tertulis namanya di atas, jazakumullahu khair atas segala perhatian, jagaan, kasih sayang, bebelan atau leteran <3 =P Allah saja yang mampu membalas kebaikan antum semua. Moga mendapat berkat dan rahmat melimpah ruah dari Allah. =)

sayang semua fillah <3 <3 <3 <3

...Bersama kesulitan, ada kemudahan, bersama kesulitan, ada kemudahan.....
Segala puji bagi Allah atas ujian ini.. Kau rahmati lah mereka yang berbuat baik ke atas ku serta rahmati lah keluarga mereka serta insan-insan yang mereka sayangi.. Moga bertambah keberkatan ke atas mereka semua dengan amal mereka ya Allah.. Sayangilah mereka ya Allah.. Hamba menyayangi mereka keranaMu.. Jagalah mereka di mana mereka berada kerana hamba tidak mampu menjaga mereka setiap masa dan ketika.. Engkau lah sebaik-baik sandaran.. Amiinn...

P/S: Harap-harap sempatlah sembuh kaki ni, supaya tak perlu jadi pengantin wheelchair dan susahkan orang lain pulak lepas tu..