Dulu masa duk *RI (lihat nota kaki), kerja rumah berkongi sesama akhwat, mengemas, memasak, yadda2, berkerjasama, walau mungkin ada yang terlebih ada yang terkurang, tapi pokoknya, kita tak buat kerja sorang-sorang dan sendiri. Biasanya ada banyak kaki dan tangan yang sama-sama bantu.
Sekarang duduk dalam *BM/BD (lihat nota kaki lagi), boleh jadi sorang-sorang terkedek-kedek mengemas rumah. Itulah pentingnya kamu bekerjasama dengan akhwat masa duk RI dulu, untuk kendalikan urusan rumah dulu, terutamanya bab kekemasan dan kebersihan. Bukan sebab untuk biasakan kita dan jadikan kita cekap mengemas dan membersih, tapi lebih kepada "membiasakan" kita "memberi" yakni ladang amal untuk menyumbang pada kekemasan dan kebersihan rumah yang akhirnya akan beri ketenangan dan ketenteraman ahli rumah. Sebab apa?? Supaya kita tak rasa kita jeeee yang asyik buat, orang lain tak buat banyak macam kita. Jika dah terbiasa memberi, insyaAllah tak mudah terasa bila asyik kita yang uruskan kebersihan dan kekemasan rumah.
Bila dah Berbaitul Muslim, bukan zauj tak tolong. Ramai pasangan ikhwah akhwat zauj nya ringan tulang, bahkan ada juga pasangan yang suaminya lagi pengemas dari si isteri (erkk). Cuma kalau belajar psychology between genders, kita akan tau mata lelaki tak diciptakan untuk nampak details macam mata perempuan, unless kalau lelaki tu otak dia lebih feminine (bukan orangnya feminine, tapi otaknya yakni cara pikir or lihat sesuatu), mungkin mereka sama hebat bab nampak details tu macam perempuan. Kalau tak, mereka biasa terlepas pandang. Contoh mudah tengok bawah:
Ha nampak? Anak panah tu tunjuk mata lelaki (yang score otaknya lebih tinggi masculinity) bila masuk rumah. Depa tak nampak segala sepah menyepah atas lantai tu dan perempuan kebiasaanya akan nampak sekecik-kecik sampah/mainan anak/yadda2 atas lantai. That's why wujud dialog lelaki "sepah ke?" atau "ok je?" (dan saksikan zaujah dia berapi-api kepala dan belakangnya)
Sebab tu hidup berbaitul muslim ni memang tak sama hidup dalam RI bersama akhwat yang ada juga matanya sama dengan mata kita nampak n kemas benda-benda yang selerak atas lantai. Somehow, hidup di RI sebelum BM insyaAllah bantu kita dari banyak sudut lain. Walaupun dari segi nak hidupkan sunnah dalam rumah tu tak semestinya sama, sebab ada ikhwah yang biasa "lead" mungkin akan ajak zaujah untuk hidupkan suasana tu. Ada ikhwah takde langsung pun pengalaman duduk RI, maka dia masuk BM/BD, dia bawak diri jela. Dan tambah pula zaujahnya disibukkan dengan urusan anak dan urusan rumah, dan tak cukup qawiey untuk lead zauj dia pulak. Akhirnya BM/BD tu takkan jadi lagi BM/BD, tapi akan jadi rumahtangga biasa, rumah biasa macam orang biasa yang lupa kenapa mereka kahwin sesama ikhwah akhwat at the 1st place.
Tapi Ri dan BM boleh dikatakan sama dari segi kesanggupan kita untuk "berbuat lebih" yakni "memberi tenaga kita dalam rumah yang kita duduki. Especially bila sebumbung dengan spesis lelaki. As mentioned above, mereka bukan taknak tolong, cuma "tak nampak" (pfftt!), unless we point it out to them. Bagi spesis lelaki yang dah biasa dilatih dari rumah mereka, sedari kecil, most likely mereka dah biasa (in fact mungkin lebih pengemas dan pembersih dari perempuan). Habis tu macam mana spesis lelaki yang tak biasa latih "mata" mereka untuk nampak sepah dalam rumah? Just point it out to them, really.
"Abang, tolong kemaskan kejap semua yang atas lantai di sekian-sekian tempat tu". Bahkan arahan perlu precise, tak boleh vague langsung.
Kisah benar 1 ketika dulu: Susu anak habis. "Abang, tolong beli susu keluar nanti, susu dah habis". Akhirnya saya dapat susu tepung nespray untuk dewasa minum.
Apa salahku..?? Banyak salahnya.
No 1. Tak mention susu apa. (which is susu baby untuk anak yang sekian2)
No 2. Tak mention brand susu (yakni susu yang anak kita biasa minum)
No 3. Tak mention saiz apa. (unless kita tak kesah saiz, yadda2)
Yang sebetulnya:
"Abang, tolong beli susu anak. Details as below:
- Jenama Mamil Step 3 (STEP 3 tau) <---- Higlight lagi skali
- Saiz tin besar 1.2kg <--- ada mention berat spesifik
- Kalau takde saiz tu, baru beli saiz lain.
- Kalau takde Mamil, beli brand sekian2..." (Maklumat tambahan supaya dia tak stress kalau tak jumpa)
However, as he gets used to buying the same stuff over and over again, u can just shorten the message like this: abang, tolong beli susu anak, mamil biasa tu step 3".
Pentingnya maklumat yang jelas dan terang.
So back to bab kemas dan bersihkan rumah, usually kalau yang dapat zauj jenis tak detail, memang bab kemas dan bersihkan rumah jatuh penuh atas bahu kita, UNLESS kalau kita BAGITAHU mereka, then mereka akan buat, insyaAllah. Kalau tak suruh, tak buatla kot, heheh.
Maka berusahalah kita dengan gigih untuk sentiasa bagitau mereka setiap kali kita harapkan mereka untuk tolong kita. Bukan mereka taknak tolong, cuma tak tahu kita dah nak nak meletup sebab penat ngemas dan bersihkan rumah sorang-sorang.
P/s: Alhamdulillah, zauj rajin tolong buat kerja rumah dan jaga anak, cuma kena minta dan kena bagitau. Hihi..
**Nota kaki**
*RI = Rumah Islam, nama panggilan untuk rumah yang diduduki oleh ikhwah/akhwat yang bersama-sama nak hidupkan sunnah dalam rumah tu. Cth: Solat sentiasa berjemaah, tilawah/tadarus, saling kejutkan untuk qiyam/tahajjud, selalu ada sharing/tazkirah sesama, tak ada benda lagha (movie, lagu lagha, etc2), no gossip2, usrah kat situ, makan dalam dulang, basically rumah untuk meningkatkan iman.
*BM/BD = Baitul Muslim/ Baitul Dakwah. Rumah/rumahtangga yang dibina oleh ikhwah dan akhwat yang sama-sama punya misi yang sama dalam dakwah dan tarbiyyah, dan amalan rumahtangganya sepatutnya sama seperti di atas. Boleh juga kata sinergi dari 2 tenaga ikhwah dan akhwat untuk kelangsungan dakwah mereka.
Sekian. ;)
Wednesday, 29 July 2015
Tuesday, 2 April 2013
10 CARA BAGAIMANA MELARIKAN DIRI DARIPADA TARBIYYAH! ^_^
Nota kepala: untuk kefahaman maksima ketika membaca post ini, anda perlu merasai dan melalui hidup dalam tarbiyyah terlebih dahulu. Tengok kehidupan daie dari luar je tak jadik ye. Sekian.
10 cara bagaimana melarikan diri daripada tarbiyyah
1. Anda boleh mula jadikan tabiyyah sebagai kambing hitam, yakni dengan meletakkan segala permasalahan sebagai berpunca drpd tarbiyyah. Cthnya: Study tidak perform, “mungkin sebab busy dengan usrah dan program kot lately”(konon). Kalau merasakan ‘tidak sampai hati’ untuk menyalahkan tarbiyyah, anda boleh sedapkan hati anda dengan mencari aneka alasan untuk mengecualikan diri anda dari aktif berDnT. Alasan yang mungkin boleh diterimapakai adalah : tabiat kos anda yang memang lain dari yang lain (kos anda paling sibuk), politik ibu bapa yang tidak faham aktiviti anda, taraf kesihatan yang bermasalah, dan sebagainya. Alasan-alasan ini boleh digunapakai bagi mengelakkan anda dari rasa bersalah dan dalam masa yang sama, anda akan kelihatan seperti sedang bermujahadah di jalan ini (kononnya)

2. Bila ada terkecil hati dengan akhwats, sila feeling
terlebih dengan melayan perasaan kecil hati dan merajuk itu lama-lama, dengan
kadar berlebihan mengikut telunjuk syaitan yang mengapi-apikan. Dengan itu,
masalah baru akan timbul iaitu masalah ukhuwah,hasil dari iman yang rabak.
3. Kemudian, hukum tarbiyyah di atas masalah ukhuwah anda
dengan akhwats lain dengan memboikot program-program tarbiyyah, sama ada usrah,
daurah, mabit dan sebagainya, kononnya anda tidak mampu berdepan dengan semua itu kerana sedang bermasalah dengan akhwats lain. Cara memboikot adalah dengan tidak menghadirkan
diri ke sebahagian dari program-program tersebut, atau keseluruhan
program-program tersebut (kalau takut obvious sangat, mulalah perlahan-lahan
dengan tidak menghadiri sebahagian sahaja,atau sekadar menghadiri usrah, tidak
perlu hadir daurah dan program-program lain).
4. Bila tidak hadir beberapa program, pasti naqibah
akan menghubungi anda, di tahap ini jangan jawab panggilan naqibah anda dan
keraskan hati untk tidak membalas sms beliau. Berikan alasan yang pelbagai;
sibuk, tertidur, henfon hilang,etc. Beliau bukan sesiapa, jadi, jangan layan.
Dalam masa yang sama, mula menjauhkan diri daripada akhwats lain dan usrahmates
yang concern, lakukan ini sedikit demi sedikit supaya tidak menimbulkan syak
wasangka yang belebihan atau plan anda akan gagal!
5. Teruskan istiqomah dengan sibukkan diri anda dengan study,
aktiviti kelab kolej, juga berbaik-baik dengan rakan-rakan di luar circle tarbiyyah pada
keseluruhan masa. Untuk efek lebih, berbaiklah dengan mereka yang juga tidak
senang dengan tarbiyyah. InsyaAllah,anda akan menemukan sokongan di situ untuk
apa yang anda sedang lakukan. Jangan lupa di tahap ini, anda akan mula mendapati
diri anda semakin kembali bergelumang dengan jahiliyyah-jahiliyyah anda yang suatu
masa dulu anda pernah bermujahadah untuk tinggalkannya. Contohnya: menonton
movie-movie lagha, korea, drama omputeh, membuang masa, berangan pasal
cinta-cinta dan kawen-kawen, baca novel banyak-banyak, bergosip, bermaksiat,
dan sebagainya. Jangan bimbang, ini adalah normal, dan terus lakukannya dengan yakin
dan tanpa rasa bersalah. You’re on the right track.
6. Jika kadang-kadang anda masih hadir usrah, sila datang
dalam keadaan tidak bersedia dan jangan buat tugasan yang naqibah anda berikan.
Kalau boleh, datang lewat dan tunjukkan muka bosan anda dalam usrah, dan
bertindak pasif dengan hanya berdiam diri sepanjang usrah. Kalau boleh lagi,
tak payah senyum, buat muka ketat atau tidur terus. Katakan pada naqibah, anda
terlalu penat untuk mendengarnya bercakap. Ketika ini, insyaAllah naqibah sudah
mula faham yang anda mungkin sudah tidak lama di dalam tarbiyyah ini dan sudah mula
berkira-kira, perlukah selamatkan anda lagi. Aha!
7. Jika takut tindakan-tindakan di atas terlalu obvious dan
anda jenis orang yang kurang yakin, ataupun naqibah anda jenis garang nak mati, cara yang terbaik, tunggu lah sehingga cuti
lama atau cuti semester, yakni bila anda sudah balik kampung dan jauh dari naqibah
dan akhwats, itulah masa yang terbaik untuk anda hilangkan diri daripada tarbiyyah
circle ini! (YESS!!)
8. Berusahalah untuk hilangkan ingatan-ingatan terhadap
tarbiyyah dan apa yang telah ia berikan pada anda, termasuk bagaimana ia pernah
memberi makna dan pengertian pada hidup anda (jika ia tidak pernah memberi
makna langsung pada hidup anda, itu lebih bagus! Kerana anda tidak perlu
bersusah-susah mensaiko diri anda untuk melupakan segala pahit manis di jalan
ini). Bagi mereka yang telah merasa pahit manisnya di jalan ini hingga tercipta banyaknya kenangan, anda perlu berusaha dengan lebih gigih dengan semakin banyak mengingati bagaimana anda sering terluka di jalan ini! Ingatlah muka-muka akhwats atau murabbi murabbiyah yang telah membuat anda terluka bagai. Dengan itu, anda akan lebih kuat menepis segala bisikan hidayah dari Allah. Ya, teruskan mendegar bisikan di dada oleh akhi shaiton.
9. Anda juga perlu terus-terusan merasakan diri anda malang
sekali kerana adanya orang-orang yang sudi mentarbiyyah anda, menegur anda dan
memberi kefahaman dalam beragama. Yakinlah! Itu sangat malang bila ramai orang
berkorban masa, tenaga dan wang ringgit mereka dalam usaha mengembalikan islam
dalam diri anda. Bila anda sudah merasa cukup malang kerana ada orang yang
ingin mentarbiyyah anda dan memegang tangan anda ke syurgaNya, anda tidak akan
ragu-ragu lagi untuk tinggalkan tarbiyyah ini. Bayangkan keadaan anda tanpa
tarbiyyah yang bebas dari peringatan-peringatan serta ketukan-ketkan yang
membasahkan hati tentang hakikat hidup, islam, serta tanggungjawab anda di
dunia ini. Alangkah indahnya hidup tanpa semua itu! masha-Allah! Sungguh
heaven! Terus bayangkan keaadaan itu, sebagai motivasi tambahan untuk lebih gigih
berusaha tinggalkan tarbiyyah ini. Yoshh!
10. Akhir sekali, berdoalah kepada Allah agar dihijabkan
daripada mendapat kebenaran, dan berdoalah agar dijauhkan dari petunjuk dan
hidayah Allah, supaya anda tidak terjebak lagi dengan dunia tarbiyyah. Berdoa
juga agar Allah tidak memilih anda lagi, kerana anda lebih tahu apa yang
terbaik untuk diri anda berbanding Allah (Astaghfirullah). Selepas itu,aminkan
doa anda dengan keyakinan Allah maafkan anda sebab lari dari tarbiyyah.
Selamat mencuba!! ^^
Barangsiapa bersungguh-sungguh, dia pasti menemukan kejayaan di hujung sana!
Wednesday, 20 March 2013
Of 6 Weeks Pregnancy
Not used to being treated like a princess or like a boss.
Guess it just doesn’t suit me to be one as I’m not used to
being treated so well. Well, I’m
currently being treated so well that I somehow unsure how to react other than
being grateful n pray duas for those people. I am currently not in a good
condition as I don’t stop bleeding or spotting in which putting my pregnancy at
risk. It is called threatened pregnancy and may lead to a miscarriage
(naudzubillah). My doctor then gave me 3 days MC and make it compulsory and a must for me to bedrest for the whole 3 days and I have to cancel any physical activity including walking too much, driving, walk up and down the stairs, etcetera. And insyaAllah, I am getting better now, Alhamdulillah. And that, explains why people are treating me so nice, huhu.
When I have my mother came around since last few days (she
has now gone back to Terengganu this morning), she helped me with the household
chores namely jemur baju,angkat baju, lipat baju, cooking for lunch, sapu-sapu rumah, etc. Now that she has gone back to Terengganu, my lovely husband is
doing all those stuff for me. He even cooks for dinner, and buy me lunch so
that I don’t have to cook. He does the laundry, and makes sure that I have
everything I need in this room so I don’t have to go up and down the stairs to
get stuff I need like water, kurma, or kismis to deal with my alahan. Basically,
so that I can ‘bertapa’ in this room.
Well, I repeat, I am not used to being treated so well, even
by my mother when I’m healthy and membesar seperti juara, but at times like
this, people are so nice to me that I feel badly guilty seeing my husband doing
the cooking, laundry and stuff, as well as seeing my mom coming here for
jalan-jalan at jb ended up spending half of the time to actually helped me with
the household chores, also is the winning point of making me feel guiltier. Yes,yes,
make me feel more guilty, people! (well, this is not basically their intention)
=)
I don’t know how husbands feel when the wives serve them
their dinner, breakfast or lunch, make them a hot coffee or chocolate, do all
the laundry and conducting all the household chores for them, but to us, wives,
or at least some of use, we feel guilty seeing our husbands conducting all the
household chores. Well, when they (husbands) actually SHOULD help us, (wives),
with the household chores, we don’t really expect them to do it ALL.
Getting their assistance in conducting some of the chores is
tremendously great for the wives, for example, when we have put some effort and energy to prepare the dinner or lunch or breakfast, we could be extremely
happy to have our husbands to at least tolong angkat-angkat pinggan mangkuk n
clear the table, and they can leave us washing the dishes, at least. Or they
can just help to put in the dirty clothes and switch on the washing machine START button, and we, wives, can do the jemur-jemur one. When they get back from
work, they can actually tolong angkat kain, bawak masuk rumah instead of just
staring at the kain baju di ampaian tak terangkat tu. So helping the wives to
certain extent can put the wives at the comfortably contented stage for being a
wife to that kind of husband.
Smile.
BUT, to see the husbands actually serve the wives dinner for
example, to prepare the lunch, do the laundry, somehow make the wives (or least me, in this
case), feel guilty although however I am more than grateful to have an
understanding and loving husband. Praise to God.
Of course, you could ask any women in this whole wide world,
whether or not they are happy to have a helpful husband, even our prophet
Muhammad always helped his wives with the household chores. But many husbands
just don’t realize how much they can make their wives happy with some of their assistance. Well, men often do not know to treat or react to women because, er,
obviously, because they don’t know how to. Therefore, there comes the need for us,
women, to actually let them know how to do so. Depending on one’s style, I don’t
actually have specific ways of telling my husband how he can help me with
things I need; love, attention, tidiness, assistance in forms of energy or
time, or even financial, hehe.
Well, we have no right to deny that this species
(read: men), they are not like women with more common sense. This species has
somehow lack common sense (when dealing with women). So help them to nurture
one. ;D And let’s try to be patient with them just like they are trying to be
patient and cope with our womanly demands.
Well, what more can I ask for, I have a loving,
understanding husband although sometimes blur sket-sket tu normal la.. macam la
kita tak pernah buat salah kat husband kita.. lagi banyak in fact, mungkin tak
sedar je.. (ouch). Husband are not like wives who are expert at expressing their
feelings and thoughts. Husbands (read: men) tend to keep things to themselves,
and rarely open up to their wives, even if they are trying to, more often than
not, they only succeed in doing so with little success as interpersonal skills
is more relatable and evident among women, generally. But still, husbands should not stop learning, though. It’s worth
thousand skies as it determines much of your happiness in your marriage. =)
p/s: seriously I should change this blog to marriage blog.
Pfftt~ what happened to my zombie dakwah. Harus muhasabah.
Thursday, 7 March 2013
Kalaulah Aku Hanya Sehelai Daun..
Aaa..... Sedey laaaaa......
Dah banyak kali sedih macam ni, tapi last-last teruskan jugak..
Sebab tahu buat ini kerana kefahaman, bukan buat ikut mood sedih,gembira,happy, riang di sana sini.
Tapi Ya Allah, sedih betul ni..
Kenapa la lemah semangat sangat niii....
Dah salah niat ke untuk membina mereka...
Kenapa tak mampu kuatkan hati, tabahkan hati..
Ingat setiap kali dapat mutarabbi pun akan dapat yang awesome2 ke??
Mungkin murabbi ini yang tak reti membina sebenarnya..
Mungkin mereka akan jauhhhh lebih baik dan awesome dengan murabbi lain..
Mungkin ada dosa-dosa yang terpalit pada diri ini hingga menyukarkan mereka untuk lebih laju ke depan..
Kalau kerana diri ini yang berdosa, Kau ampunilah,ya Allah, jangan kerana salahku, mereka tidak mendapat kefahaman ad-deen ini...
Lemah...
Lemah...
Lemaaahhh..!!!
APA LEMAH-LEMAH???
APA KAU HENGAT TAMAN INI TAMAN PERMAINAN DENGAN ANAK-ANAK PANDA COMEL BERGOLEK-GOLEK DI ATAS GELONGSOR?? TAMAN INI RAMAI ORANG GUGUR MATI SYAHID KAU TAHU?? YANG GUGUR TANPA TANDA TANPA SEBAB PUN RAMAI!~
DERRR~~
ISHK! GERAM.
KAT DIRI SENDIRI LAH! BUKAN KAT ORANG LAIN!
HUH.
....Kalaulah aku hanya sehelai daun..Nescaya aku tidak akan dihisab di akhirat kelak atas perbuatanku...Kalaulah aku hanya sehelai daun, tak beragak nak lepaskan amanah yang kian berat ni agaknya... Huwaaaa.... =((
Tuesday, 29 January 2013
Alah,Belum Tahap Zulzilu Kan?? Pfft~ (Kelat nak telan ayaq liyioq)
Ini adalah nota perkongsian dari murabbi. :)
Surah Al-Baqarah, ayat 214. Biasa kita dengar, biasa kita tadabbur tapi ini "basuhan" atau "Penyucian" daripada murabbi kami UQY lagi.
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, serta digoncangkan, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (2:214)
Ada 3 perkataan yang Allah gunakan dalam ayat itu. Baksa', Dharra’ dan Zulzilu. Kamu tahu bila akan datangnya pertolongan Allah? Bila kita telah tiba sehingga tahap Zulzilu di dalam dakwah ini. Zulzilu adalah goncangan yang sangat dahsyat. Macam Surah Zalzalah. Kiamat yang mana goncangannya sangat dahsyat. Pernah tak dalam dakwah ini kita diuji sehingga tahap Zulzilu? Tepuk dada, tanya iman.
Bila ye ayat ini turun? Ayat ini turun selepas peristiwa di Taif. Kalau kita baca seerah sama macam kita baca ketika di sekolah dulu, sangat kuranglah penghayatan kita terhadap ayat ini. Bacalah dari kaca mata insan yang ditarbiah. Bukalah buku seerah. Hayati setiap mehnah yang Rasulullah SAW hadapi. Tak tertanggung rasanya. Sehingga segalanya suram di Mekah, tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Lantas sang rasul berjalan ke Taif. Dan di Taif, baginda menerima penghinaan yang lebih teruk, dibaling dengan batu sehingga berdarah. Di Mekah tiada siapa yang mahu menerima, di Taif juga baginda ditolak.
Lantas turunlah ayat ini merawat luka sang rasul. Sehingga ayat ini membuka ufuk baru pada dakwah, berlakulah hijrah ke Madinah dan seterusnya Islam ini agung seagungnya.
Sesungguhnya mehnah yang kita lalui di jalan dakwah, banyaknya Baksa' dan Dharra’ sahaja. Belum lagi Zulzilu. Zulzilu ini sangat dahsyat, sehingga ayat mata nasrullah itu spontan terlantun. Dan spontan juga jawapan sang rasul, bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat.
Ingat kisah Khabbab? Dia disalai sehingga lemaknya menitis dan memadamkan api yang menyalainya. Dia jumpa Rasulullah. “Wahai Rasulullah! tidakkah Anda memohonkan pertolongan bagi kami?”, Khabbab bertanya. Rasulullah duduk, Raut mukanya memerah seraya bersabda: “Dahulu sebelum kalian, ada orang disiksa dengan dikubur hidup-hidup. Ada yang kepalanya digergaji menjadi dua bagian. Ada pula yang kepalanya disisir dengan sikat besi hingga kulit kepalanya terkelupas. Tetapi siksaan-siksaan itu tidak memalingkan mereka dari agamanya. Demi Allah, Allah pasti akan mengakhiri persoalan ini, sehingga orang berani berjalan dari Shan’a ke Hadramaut tanpa rasa takut kepada siapa pun selain Allah, walaupun srigala ada di antara hewan gembalaannya, tetapi kalian tampak terburu-buru.”
Hatta apa yang dilalui oleh Khabbab adalah Baksa’ dan Dharra’ sahaja. Apatah lagi nak dibandingkan dengan perjuangan kita yang terlalulah sedikit.
Teringat lagi kisah dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:
"Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam".
Hebat kan kisah itu? Saat mentadabbur kisah ini sekali lagi, saya rasakan Allah membantu Assyahid kerana perjuangannya telah sampai ke Zulzilu. Ingat lagi dulu Prof cerita, kat celah-celah bukit dan gunung di Mesir zaman itu, orang kenal Assyahid. Begitulah dakwah Assyahid. Dan amatlah berpatutan pertolongan itu tiba buat Assyahid.
Kita? Masih jauh lagi kan? Setakat buat kerja sedikit, tapi mengharapkan pertolongan yang sangat besar.
Mana lagi Allah sebut kalimah Zulzilu? Dalam kisah perang Ahzab, di dalam Surah Ahzab.
Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (33:11)
Pernah baca kisah perang Ahzab (Khandaq)? Tahu pengkhianatan ketiga-tiga kelompok Yahudi di Madinah? Insya Allah, penghayatan terhadap seerah tersebut akan membuatkan kita memahami ayat Allah tersebut. Dan gambaran ketakutan sahabat itu Allah rakamkan dalam ayat sebelumnya.
Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. (33:10)
Bilangan tentera yang perlu sahabat lalui adalah terlalu menakutkan. Dalam Raheeq Makhtum diceritakan, “Jumlah tersebut mungkin lebih banyak dibandingkan dengan jumlah orang-orang Madinah, baik wanita, anak-anak, pemuda dan orang tua. Seandainya pasukan bersekutu itu mendatangi perbatasan Madinah secara mendadak, tentu akan sangat membahayakan dan mengancam kewujudan kaum Muslimin. Bahkan boleh jadi mereka mampu membinasakan kaum Muslimin hingga ke akar-akarnya”.
Musuh yang mereka hadapi adalah dari dalam dan juga luar. Dari atas dan juga bawah. Allah rakamkan ketakutan mereka dalam ayat 33:10. Wa balaghatil qulubul hanajir. Sehingga hati itu menyesak sampai ke kerongkong. Tidak dapat nak digambarkan palpitation para sahabat.
Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (33:22)
Ayat 33:10-11 dan ayat 33:22 macam contradict kan? Sahabat yang melihat semua itu dengan ketakutan dan dalam ayat 33:22, itu menyebut semua itu menambah iman mereka.
Tafsiran Assyahid Syed Qutb best tentang ayat ini. Sahabat pun manusia juga. Tidak dapat lari dari rasa takut itu. Itu adalah luaran biasa bagi manusia. Namun jauh di dalam lubuk hati mereka, tertanam iman yang sangat mendalam.
Kenapa bila sahabat bila lihat tentera Ahzab yang sangat ramai itu, sahabat kata haza ma wa’adanallah. Inilah yang dijanjikan Allah.
Jawapannya sebab sahabat faham, andai telah tiba perjuangan sehingga kepada Zulzilu, maka pertolongan Allah akan tiba. Sahabat faham ayat 2:214 itu dengan sangat mendalam. Mereka yakin dengan janji Allah.
Teorinya kita dah faham. Namun adakah kita beriman dengan ayat ini? Mampu ke kita nak berjuang sehingga ke tahap Zulzilu? Moga Allah menancapkan lagi iman kita, menambah iman atas iman yang telah sedia ada sehingga tiada lagi keraguan dalam hati kita.

Duduk yang Tidak Bagus. (Sangat tidak bagus)
Lagi nota perkongsian dari salah seorang murabbi :)
Tafsir surah An-Nisaa ayat 95-96 dari murabbi UQY
ayat 95: Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar .
ayat 96: Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
...................................................................
Ayat ini menceritakan galakan Allah dan bagaimana Allah membezakan orang-orang beriman.
Ada yang darjatnya tinggi dan adanya darjat yang rendah.
Tidak boleh berpuas hati di peringkat dakwah yang rendah, misalnya nak duduk di syurga yang rendah. Contohnya hadis nabi, sesiapa yang mengucap Lailahaillallah akan masuk syurga. Adakah cukup setakat itu sahaja? Adakah cukup dengan hanya berada di pinggiran syurga?
Andai di pinggiran, dan kemudiannya terjatuh di dalam neraka?
Adakah mahu menjadi orang yang terakhir masuk syurga sedangkan ada di kalangan manusia yang masuk seperti kilat ke dalam syurga? Adakah nak masuk neraka dulu? Bersedia?
Maksudnya orang yang berada di tangga yang terendah, duduk berdekatan dengan Abu Jahal dan Abu Lahab.
Jangan juga duduk di tepi syurga, jangan berfikir untuk duduk di tepi syurga. Macam orang yang duduk di tepi kereta, senang nak tergesel. Senang melayang. Sepatutnya memilih tempat yang selamat. Kita kena berada di mustawa yang tinggi, level yang tinggi.
Muslim ini pelbagai darjatnya.
Allah sebut 'la yastawi' - Muslim ini tidak sama.
"AlQai'dun" - orang-orang yang duduk. Apa maksud duduk? Orang yang tidak bekerja untuk Islam. Duduk maksudnya malas. Duduk istilah yang tidak bagus. Allah sebut orang yang duduk di kalangan Mukmin.
Ghaira dharari - tanpa uzur syar'ie.
Tidak sama orang yang pergi berjuang dengan orang yang duduk.
Dharar ini contohnya sakit, keuzuran. Berapa ramai orang yang tidak datang program yang baik. Betapa ramai yang mindsetnya nak rehat? Cuti dan mindsetnya adalah rehat.
Allah beri harta dan jiwa kita.
Sama ke orang yang solat dengan yang tak solat? Sama ke orang yang pakai tudung dengan tak pakai tudung? Jenis-jenis tudung pun memberi nilai persepsi yang berbeza di mata manusia. Sama ke orang berjihad dengan tak berjihad? Sama ke orang yang dakwah dengan tak dakwah?
Apa persepsi parents terhadap anak yang terlibat dengan dakwah dan tak dakwah?
Allah kata tak sama! Kita kena bagi mesej kat semua orang yang ada atas muka bumi ini bahawa tidak sama orang yang tarbiah dengan yang tak tarbiah! Tak sama mujahid dengan qa'id! Rosak aqidah kalau kita kata sama sebab Allah kata tak sama.
Fadhhala llahu -- Allah melebihkan orang yang mujahid ke atas orang yang qai'd dengan satu darjat. Apa maksud satu darjat? Satu perbezaan. Darjat di sisi Allah, bukan di sisi manusia. Ini darjat orang mukmin. Darjat mukmin berbeza dengan darjat solat.
Di kalangan sahabat, ada tingkat sahabat yang pergi perang Badar. Ada tingkat sahabat yang masuk Islam sebelum Fathu Mekah dan selepas Mekah.
Abu Sufian masuk Islam dan pergi perang Hunain.
Apa terjadi semasa peperangan Hunain? Kena ambush, ada yang cabut lari. Bila kena ambush, majoriti cabut lari. Tapi akhirnya menang, dapat harta rampasan perang yang sangat banyak. Taif, tempat yang sejuk, subur, banyak kambing dan binatang ternakan.
Majoriti harta dibahagikan kepada orang yang baru masuk Islam dan Abu Sufian. Orang Ansar dapat sedikit sahaja. Rasulullah SAW beri 100 ekor unta pada Abu Sufian, Abu Sufian minta lagi untuk anak dan saudara mara, sehingga tiada lagi nama untuk disebut.
Selepas itu (selepas peperangan Hunain), Abu Sufian berjihad dengan sangat hebat, memerangi orang murtad sehingga putus tangan tapi still, darjatnya tetap tak sama.
Konklusi, hebatnya sesetengah sahabat tapi tak dapat menebus mereka kerana kelewatan mereka.
Masa sangat berguna dalam meningkatkan pahala kita.
Apa yang dibuat sebelum Fathu Mekah tidak sama dengan selepas Fathu Mekah.
Apa pengajarannya untuk kita? Lambatnya kita akan memberi effect pada darjat dan pahala amalan kita. Sesetengah menunggu masa kerja. Adakah kerja lagi tak stress? Housemanhip gila. MOship gila. Buat kepakaran pun gila. Habis housemanship, iman nyawa-nyawa ikan.
Bila start jadi qa'id, akan selesa duduk.
Orang yang selesa duduk, malas mahu berdiri semula.
Apa selepas housemanship? Kepakaran, dahlah kerja, kena pula sambung belajar, lagi sibuk. Bila dah tenang dah jadi consultant pun sibuk juga, sibuk dengan anak-anak.
Masa bergelar pelajar adalah masa yang paling baik untuk dakwah.
Bukankah ada akh yang meninggal selepas 3 jam walimah, lagi beberapa hari nak masuk jadi pensyarah. Bukankah menyesal andai dia lari dari tarbiah? Tapi dia terus dalam tarbiah sehingga akhir kehidupannya. Kehidupannya memberi pengajaran kepada beribu-ribu kita!
Wa kullan wa'adallahu husna. Ini macam nak ambil hati.
Misalnya semasa program, kita dikehendaki menghafaz hadis. Bila kita tak hafaz, mas'ulah program minta kita tunggu di luar dewan. Tadelah halau terus dari program. Allah pun sama dalam ayat itu. Allah tak kutuk terus. Tadelah Allah kata orang yang qa'id itu hina dan tak guna langsung. Tapi selepas Allah ambil hati, Allah sebut fadhhala lagi. Allah lebihkan pahala mujahid berbanding qa'id dengan darjat, maghfirah dan rahmah. Allah tak sebut spesifik darjat apa.
Allah bila melihat mujahid, banyak dosa yang Allah gugurkan. Seperti kisah Hatib.
Ada mujahid yang minum arak. Ada sahabat yang minum arak dalam perang qadisiah. Kena ikat tapi masih ingin pergi berjihad. Jihad tak boleh dibandingkan dengan apa-apa kerja.
Rasulullah SAW sebut seandainya ada seseorang puasa dan solat sepanjang masa orang pergi berjihad, baru boleh sama dengan mereka yang berjihad. Boleh buat?
Untuk apa ilmu? Cukup setakat ilmu adalah asbab kita bersama tarbiah? Jadi makin gemuk dan tak buat apa-apa? Ilmu bermanfaat bila beramal dan diajarkan kepada orang lain.
Pokok kalau tak berbuah, apa fungsinya?
Untuk apa hafal hadis? Untuk DF manusia lain, untuk menarik hati-hati manusia lain pada Islam, pada kesyumulan dakwah.
Bayangkan perasaan manusia lain apabila seorang doktor, seorang engineer, seorang guru bahasa inggeris, dan bukan ustazah yang mengajarkan hadis? Sheikh Abdul Majeed Zindani yang mengarang kitab Tauhid dari sudut sains. Dia adalah orang Yaman. Dia asalnya adalah ahli farmasi, namun kini adalah ulama' hebat di Yaman. Orang tanya dia, Sheikh dapat ilmu dari mana? Macam mana sheikh boleh jadi hebat? Kata sheikh, dia dapat semuanya dari tarbiah.
Kita duduk dalam tarbiah bukan kerana exam. Tarbiah kita kalau ikut betul-betul akan jadi hebat. Kita bukan buat kerana nak menunjuk. Itu niat tak betul, pahala ranap dari awal.
Kita nak gunakan semua itu untuk dakwah. Manusia ada egonya dan itulah caranya menghancurkan ego manusia untuk dia tunduk pada Islam.
Hafazan - untuk digunakan semasa menyampaikan pada manusia. Bila dah hafaz, mencari jalan untuk digunakan. Barulah dapat diingati dengan sebaiknya sebab digunakan.
Ingat bahawa Allah kurniakan darjat, maghfirah dan rahmah untuk mujahid.
Orang yang keluar ke medan kadang relaks sahaja, bukan bertemu musuh.
Macam perang Tabuk, musuh cabut lari. Tentera Rom cabut lari. Untuk orang yang berjihad, kalau puasa boleh buka. Kalau solat boleh qasar. Sedangkan qa'id nak dapat pahala sama kena continuous puasa dan solat. Asal hukum qasar solat adalah untuk orang yang berjihad.
Ayat seterusnya menceritakan hal ini. Allah sebut dibolehkan qasar supaya sekiranya kamu takut diserang oleh orang kafir.
Musafir kita kerana makan angin, sahabat kerana jihad.
Kita pergi musafir supaya boleh qasar solat. Teruk kan?
Dari segi fiqah, memang boleh. Kita ambil fiqah sebagaimana fiqah. Tapi asal sembahyang qasar adalah untuk orang yang berjihad. Datang program, atas medan ini dapat pahala sama dengan continous puasa dan solat.
Jihad sekarang adalah dakwah. Keluar sahaja dari rumah dikira mujahid.
Mudah-mudahan Allah terus menguatkan kita di jalan ini.
Monday, 17 December 2012
Kerana Ustaziatul Alam, Aku Berbaitul Muslim.
Bismillahirahmanirrahim..
Note: Mungkin ada kandungan dalam entry ini yang sedikit
kontroversi dan mungkin agak ekstrem bagi orang-orang tertentu. Tidak perlu
bersetuju kerana pasti-pastinya, kebanyakan wanita tidak akan bersetuju,
mungkin akhwat sendiri ada yang tidak bersetuju dengan apa yang dicoretkan ini.
No worries, isu ini boleh bincang panjang lebar dengan murabbi murabbiyyah kalian.
Reading is at your own risk. =)
...............................................................................................................
Ini adalah update pertama setelah menaiki tangga kedua
maratib amal iaitu Baitul Muslim atau nama lain nya Baitul Dakwah (Rumahtangga
dakwah).
..............................................................................................................
Only Allah can give life, but we can share it.
Let's share this tarbiyyah together. =)
Perubahan..
Hem.. Banyak yang dah berubah..
Apa bezanya dengan hidup yang dulu?
Berbeza.. Banyak bezanya..
Dari kehidupan dengan jadual sukahati, kini segalanya perlu
teratur dan berutin. Dari terbiasa membuat keputusan sendirian berhad untuk
apa-apa urusan kecil dan besar, kini perlu merujuk zauj untuk berbincang dan
membuat keputusan bersama.
Kerana apa?
Kerana sekarang hidup bukan sendirian berhad lagi. Walaupun dah biasa dengan kebebasan dari kecil untuk uruskan hidup sendiri, dan tentukan hala tuju hidup, sekarang tak lagi ye~. Terhapus sudah dominasi terhadap diri sendiri kerana ada pihak
yang lebih mendominasi dan bertanggungjawab terhadap diri ini. Kerana zaujahnya adalah amanahnya. Dan urusan zaujahnya akan dipersoalkan padanya di akhirat kelak.
Maka pastinya haluan hidup ini kini bukan milik sendiri lagi. Tapi milik bersama.
Lalu bermulalah kehidupan baru sebagai partnership between him and me. Between
us.
................
Sungguh jodoh itu penuh dengan misteri dan kejutan serta
rahsia-rahsianya yang tersendiri. Berapa ramai calon yang datang sebelum ini
dengan ketidakpastian adakah dia jodoh yang ditetapkan. Episod drama pun boleh tahan banyak juga, pfft~ Tapi janji Allah itu wujud dan benar. Dan doa
itu benar, senjata mukmin.
...................
Well..
Dia yang Allah dah tetapkan, maka insyaAllah dia lah yang terbaik untuk diri ini untuk melengkapkan.
Suatu malam, pada minggu yang lalu, kami duduk berdating bersembang-sembang
untuk lebih mengenali diri masing-masing. Masih belum cukup taaruf. Ketika itu
belum masuk 2 minggu kami bernikah. Antara yang kami sembangkan adalah tentang keharmonian
rumah tangga bagi yang berbaitul muslim. Dan entah bagaimana sembang kami
sampai ke topik kontroversi tentang poligami. Terkeluar cerita tentang adanya
ikhwah dan akhwat yang berbaitul muslim akhirnya terpaksa bercerai kerana
ikhwah tersebut berpoligami di jalan tarbiyyah. Namun isteri pertama dan
anak-anak tidak dapat menerima hingga akhirnya tiada solusi lain kecuali
bercerai.
Cuba mendalami hati sendiri dan menilai rasa sendiri.
Ouch.
Macam tak best pula rasa di hati ni bila terbayang keadaanya jika perlu berdepan dengan takdir begitu.
Perasaan serta bayangan sebegitulah yang mendorong hingga
terkeluar dari mulut sesuatu yang mengikut perasaan bila dengan tenang saje ku katakan padanya, yang dia dibolehkan
saje untuk berkahwin lain, asal saja zaujahnya yang sekarang dilepaskan. (Astaghfirullah..)
Bukan kerana membangkang mana-mana ikhwah berpoligami
demi Ad Deen ini, bukan juga aku menyalahkan mereka. Tapi kerana diri sendiri rasa tidak mampu. Kerana merasakan perlu akan seseorang yang dapat memberi ku sesuatu yang telah aku
hilang sejak sekian lama. Apatah lagi dengan sejarah keluarga yang sejak zaman
berzaman berantakan kerana poligami hingga aku hidup dengan satu kepercayaan
sejak kecil yang aku tidak layak untuk merasa bahagia.
Baik, tak perlu
dipanjangkan cerita lama. Mari fokus cerita asal.
Beberapa hari selepas itu, tidak semena-mena terfikir.
Kalaupun poligami.. Perempuan itu bukan orang lain, tapi
saudari sefikrah. Bagaimana boleh terkeluar dengan lisan sesuatu yang mengikut
perasaan tanpa pertimbangan fikrah yang benar ketika itu?
Lupakah aku yang kami sedang menegakkan sebuah baitul
muslim. Usaha kecil dari dua insan kerdil mungkin tidak nampak significant nya
di mata orang lain. Tapi buat mereka yang faham tarbiyyah ini, ini bukan
sesuatu yang sepele. Ia bermakna.
Tiba-tiba terbayang, jika madu ku itu nanti adalah
teman-teman akhwat yang selalu bersama melakukan kerja-kerja tarbiyyah ini,
yang selalu makan sedulang, tidur setoto, yang berbulatan gembira/sedih
bersama, yang terasa hati berkecil hati bersama, bermeeting bersama. Dan bila
sampai waktu mereka ingin bernikah, mereka tiada calon ikhwah kerana spesis ikhwah
kini makin terancam. Sedangkan sebolehnya semua akhwat inginkan ikhwah sebagai
calon zauj mereka demi DnT terchenta ini. Dan entah bagaimana tiba-tiba rasa
redha pula untuk berpoligami jika itulah calon-calonnya. (Err.. tu kalau calonnya sekufu la, kalau umur kita dah 40 tahun, zauj pilih akhwat 20 tahun memang minta kena panah la jugak)
But still, the point is, poligami di jalan tarbiyyah.. Seriously, ikhwah ini golongan terancam spesisnya, mereka jadi hot stuff walaupun tak hensem (hahaha), sebab akhwat yang dalam sistem tarbiyyah perlukan suami yang turut sama bersama dalam sistem tarbiyyah untuk saling menyokong.
Cuba bayangkan jika isteri seminggu 3,4 kali keluar malam pi usrah, meeting, program, hujung minggu sibuk dengan program lagi, sedangkan si suami terkebil2 tak buat apa. Tidakkah bosan mereka kerana tidak cukup perhatian dan kasih sayang gayanya. Dan tak adil bagi dia jika tidak memperoleh hak nya. Hak nya adalah isteri nya berada di sisi nya melainkan jika dia redha isterinya keluar.

Atas sebab-sebab yang mungkin tak mampu dihadam oleh ramai orang tapi mampu dihadam oleh segelintir orang di jalan ini, itulah keputusannya, jika datang keperluan yang memerlukan kami poligami, insyaAllah..
Selagi mana ia adalah di jalan tarbiyyah, bukan di jalan selainnya)
Selagi mana ia adalah di jalan tarbiyyah, bukan di jalan selainnya)
Namun ada syarat yang diletakkan.
First and foremost, saudari itu tidak boleh selain akhwat, dia harus dari kalangan ukhti yang bersama kami dalam jalan
tarbiyyah ini. Maksudnya, mesti seorang akhwat yang jelas akan fikrahnya di
jalan tarbiyyah ini.
Syarat kedua, calon itu, bukan yang dipilih oleh zauj, tapi melalui jalan dan cara yang sama sebagaimana kami diketemukan. Ia harus melalui syura murabbi
murabbiyah kami, dan direkemen oleh murabbi murabbiyah kami mengikut apa yang
difikirkan muntij untuk dakwah tarbiyyah ini.
Dan syarat ketiga, zauj harus benar-benar niatnya
berpoligami untuk DnT ini. (Soal niat, itu antara dia dan Tuhan. Ini sekadar
syarat yang diletakkan sekadar mengingatkan dia untuk memperbetulkan niatnya.)
Dengan syarat-syarat itu, insyaAllah redha kalaupun perlu poligami. (Walhal dia tak pernah mention apa-apa pun, hehe.)
Mengambil masa 2 minggu untuk tersedar yang kami diikat
atas tiket dakwah dan tarbiyyah dan rumahtangga ini adalah sebuah baitul
dakwah, bukan rumahtangga biasa. Kami bertemu kerana dakwah dan tarbiyyah. Dan
kini kami bercinta dan berkasih sayang di atas jalanNya.
Walau jauh di sudut hati terasa memerlukan seseorang yang
mampu menumpahkan cinta dan kasihnya buat kita seorang, tapi hati mengingatkan,
bahawa kami bersama kerana tugas kami di jalan Allah ini, lalu mengapa ingin tamak dan
memilikinya seorang diri sedangkan berapa ramai akhwat seperjuangan yang juga
memerlukan seorang ikhwah untuk dakwah tarbiyyah mereka.
Kami tidak bertemu dan bernikah kerana suka sama suka. Kami
tidak pernah mengenali diri masing-masing. Seorang dari Johor, seorang dari
Terengganu, seorang terbang ke Jepun, seorang terbang ke New Zealand, akhirnya
masing-masing balik ke Johor dan bertemu kerana sebuah tarbiyyah.
Ya, hubungan ini dimulakan bukan dengan perasaan cinta, tapi
sebuah cita-cita yang besar, menuju ustaziatul alam..
Jika itu yang terbaik untuk dakwah dan tarbiyyah ini,ku
relakan dia juga menjadi milik ukhtiku yang lain kelak andai ada keperluan
untuk dia berbuat sedemikian..
p/s: Nanti kalau ada program atau kateebah, boleh mintak tolong madu jagakan anak-anak, nanti kalau dia pulak ada program, saya jagalah anak-anak dia baik-baik pulak, kalau dua-dua ada program, mintak husband la jagakan anak-anak,
huhu. (cakap senang kan? Hehe.. Takpe, Allah kan ada.. Tajdid niat, pujuk hati untuk akhirat yang kekal. Suami pun pinjam je pun. =] )
p/s 2: Jangan salah faham, zauj saya tak pernah cakap pun
dia nak poligami, ini cuma persediaan mental awal-awal untuk diri sendiri.
Sekian~
p/s 3: Love u fillah, abang. Nanti dating lagi di Jannah
insyaAllah. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)