Selalu dengar student-student mengadu and mengomplen bila
banyak assignments, kena study untuk exam, project lagi, portfolio kerja kursus
lagi dan segala mak nenek nya lagi. Kami juga para duat tak lepas dari perkara
yang sama. Kami juga kena siapkan semua benda yang kawan-kawan kami kena
siapkan. No excuse. No special discount.
Tak masuk esemens, exam, portfolio, etc lagi tu~
Bila kawan-kawan lain minta extend deadline dengan lecturer
atas alasan:
“Madam, other classes submit theirs later than us, why do we
need to submit earlier? I thought all the classes should be synchronized?” –Typical
excuse when requesting for an extension.
–But it’s true. More often than not, other classes have
different due dates (mostly later than us) even though the set dates for the
assignments were the same. But that’s not the point, the point here is, yes, we
are happy, of course, whenever our classmates ask for an extension, because, we,
para duat always got something else to do about the ummah.
(But pls dont get the
message wrong. The fact that we do this ‘special job’ doesn’t make us any less
fortunate in our studies. Alhamdulillah sume study ok-even kalau tak ok
sekalipun, it has nothing to do with what we do outside, but it has to do with our
not-so-effective-and-efficient-time-management and our attitude. True story.
I remember one of our akhwats, was asked by the lecturer:
“What are you so busy with huh?”
She was kinda.. Speechless? And answered:
“Err, ‘humanitarian job’?” –which.. only could be understood
by us. We know what she meant by that. Ye, alangkah mudah jika mereka boleh
memahami. How we wish they could understand, but that is too ideal and too good
to be true, eh? So drop that one. So yes, it is very hectic indeed, untuk
kejar akhirat tapi dalam masa yang sama kena strive untuk study kita or career
kita. People claim they (including me) were like zombies when finishing their
50++ pages research report. Even I, felt like a zombie too. But then.. Eh, baru
perasan, entry ni dah jadi in English pulak. Well I prefer to write in Malay
actually for tarbiyyah purposes, even though still, it is nothing wrong pun to
write in English, it’s just my personal preference.
(Ok. Bertukar!)
Ok, jadi, sejujurnya, saya merasakan seperti seekor seorang zombie bile dikejarkan dengan segala
due date assignments yang bertali arus tidak pernah putus-putus itu. Tidak
tidur malam, makan pun lintang pukang ( I mean, makan tak menentu) etcetera, etcetera..
Mata bengkak, bawah mata lebam. Semuanya hanya untuk menyiapkan assignment
paling lama iaitu dari tahun akhir di NZ hingga habis satu sem tahun ni di
Malaysia-yakni, research project kitorang. Sejenak, saya termuhasabah:
“Wah,kau ira, dah macam zombie gayanya buat ke benda alah
research ni, (itu pun dah last minute sangat-sangat dah buat tu,tak tahula orang
lain macam mana kezombiean mereka untuk siapkan research project tu). Kau buat
beriye2 macam dah tak hidup sem depan ni, sampai macam mayat hidup ala zombie ni,
untuk DnT ade kau buat sampai nak jadi macam zombie?” Sound saya pada diri
sendiri ketika sudah hampir menyiapkan report yang digembar gemburkan dari awal
entry ni.
“DUSH!”
Amekkau~
Pelik ye perasaannya, bila teringat ketika di NZ dulu,
memang kerja DnT nya, sampai tak cukup masa nak study and buat esemen awal2
(adakah ini cume alasan sedangkan diri sejak azali memang jenis buat esemen
last minit?) Tapi saya dapat merasakan agak zombie juga la buat kerja DnT
ketika di NZ, bila meeting pun sampai 2 pagi, pastu tidur kejap nak bangun qiyam
lagi, pastu habis je program satu tu, tak sempat kemas barang logistic, dah
kena prepare untuk program lagi satu pulak, pastu balik je, tak sempat nak
rehat lepas kemas barang2 teknikal and logistic, dah kena kumpul untuk post
mortem lagi, pastu malam tu nak kena mengadap esemen lagi. Maunye tak zombie
kau,nyah?
Makan otak dia! ^^
Memang zombie di sana, Alhamdulillah. Tapi sekarang di Malaysia,
bukan tak ada kerja DnT nya, malah berlambak-lambak aje kerjanya. Tapi entah di
mana silapnya atau terpesongnya langkah kaki melangkah, zombienya lebih terasa
bila buat kerja duniawi-oh sedih~ Nampak la sejauh mana kita “bersungguh” untuk
mencapai ustaziatul alam yang kita semua angan-angankan. –sentap-
Ada kita sampai tak cukup waktu rehat buat kerja DnT kita?
Ada kita sampai balik rumah untuk salin baju and bersihkan diri je bila buat
kerja DnT kita? Ada kita sampai lebam mata tak cukup tidur buat kerja untuk
bantu mad’u2 kita? Ada kita sampai berhempas pulas abaikan dan ketepikan
masalah peribadi kita demi untuk DnT kita? Ada? Ada? Kalau ada, subhanallah, Alhamdulillah,
moga Allah terima segala mujahadah dan perjuangan kita tu. Kalau tak ada,
sama-samalah kita pasakkan azam baru kita, untuk lebih bersungguh dalam kerja
yang kita buat ni.
Selalu dah diri ini mengingatkan kepada hati ini, agar hati ini
rasa terpujuk bilamana dihimpit pelbagai rasa,
“Ira... Hidup ni tak lama, percayalahh... Hidup ni sekejappp
ajee... Kalau nak buat kerja ni, buatlah betul-betul. Dah diberi kefahaman ni,
berjuanglah betul-betul. Hidup ni tak lama, esok luse pun boleh mati. Setahun
dua pun boleh mati. Kalau ada lagi 40 tahun pun, ingat lama ke 40 tahun tu nak
dibandingkan dengan akhirat yang berpuluh juta lemon infinity tahun lamanya? Alahai,
sangatttlah sekejappp nye.. Nak fikir ape lagi? Buat je betul2 kerja ni!”
Itulah kesahnya yang tukar nama blog ni untuk peringatan pada diri ini
hari-hari supaya sentiasa berusaha untuk menginfakkan diri demi dakwah dan
tarbiyyah ini. Kerana Allah. Jangan kerana sebab lain, ya ira. Bukan sebab
pakcik makcik ustaz ustazah akhwat akhwat di sekeliling. Tapi kerana redha
Allah.
Makanya.. moga Allah redha..
Amin...