Monday 28 May 2012

Zombie Ye Katenye?


Selalu dengar student-student mengadu and mengomplen bila banyak assignments, kena study untuk exam, project lagi, portfolio kerja kursus lagi dan segala mak nenek nya lagi. Kami juga para duat tak lepas dari perkara yang sama. Kami juga kena siapkan semua benda yang kawan-kawan kami kena siapkan. No excuse. No special discount.

Tak masuk esemens, exam, portfolio, etc lagi tu~


Bila kawan-kawan lain minta extend deadline dengan lecturer atas alasan:

“Madam, other classes submit theirs later than us, why do we need to submit earlier? I thought all the classes should be synchronized?” –Typical excuse when requesting for an extension.

–But it’s true. More often than not, other classes have different due dates (mostly later than us) even though the set dates for the assignments were the same. But that’s not the point, the point here is, yes, we are happy, of course, whenever our classmates ask for an extension, because, we, para duat always got something else to do about the ummah. 
(But pls dont get the message wrong. The fact that we do this ‘special job’ doesn’t make us any less fortunate in our studies. Alhamdulillah sume study ok-even kalau tak ok sekalipun, it has nothing to do with what we do outside, but it has to do with our not-so-effective-and-efficient-time-management and our attitude. True story.

I remember one of our akhwats, was asked by the lecturer:

“What are you so busy with huh?”

She was kinda.. Speechless? And answered:

“Err, ‘humanitarian job’?” –which.. only could be understood by us. We know what she meant by that. Ye, alangkah mudah jika mereka boleh memahami. How we wish they could understand, but that is too ideal and too good to be true, eh? So drop that one. So yes, it is very hectic indeed, untuk kejar akhirat tapi dalam masa yang sama kena strive untuk study kita or career kita. People claim they (including me) were like zombies when finishing their 50++ pages research report. Even I, felt like a zombie too. But then.. Eh, baru perasan, entry ni dah jadi in English pulak. Well I prefer to write in Malay actually for tarbiyyah purposes, even though still, it is nothing wrong pun to write in English, it’s just my personal preference.

(Ok. Bertukar!)

Ok, jadi, sejujurnya, saya merasakan seperti seekor  seorang zombie bile dikejarkan dengan segala due date assignments yang bertali arus tidak pernah putus-putus itu. Tidak tidur malam, makan pun lintang pukang ( I mean, makan tak menentu) etcetera, etcetera.. Mata bengkak, bawah mata lebam. Semuanya hanya untuk menyiapkan assignment paling lama iaitu dari tahun akhir di NZ hingga habis satu sem tahun ni di Malaysia-yakni, research project kitorang. Sejenak, saya termuhasabah:

“Wah,kau ira, dah macam zombie gayanya buat ke benda alah research ni, (itu pun dah last minute sangat-sangat dah buat tu,tak tahula orang lain macam mana kezombiean mereka untuk siapkan research project tu). Kau buat beriye2 macam dah tak hidup sem depan ni, sampai macam mayat hidup ala zombie ni, untuk DnT ade kau buat sampai nak jadi macam zombie?” Sound saya pada diri sendiri ketika sudah hampir menyiapkan report yang digembar gemburkan dari awal entry ni.

“DUSH!”

Amekkau~

Pelik ye perasaannya, bila teringat ketika di NZ dulu, memang kerja DnT nya, sampai tak cukup masa nak study and buat esemen awal2 (adakah ini cume alasan sedangkan diri sejak azali memang jenis buat esemen last minit?) Tapi saya dapat merasakan agak zombie juga la buat kerja DnT ketika di NZ, bila meeting pun sampai 2 pagi, pastu tidur kejap nak bangun qiyam lagi, pastu habis je program satu tu, tak sempat kemas barang logistic, dah kena prepare untuk program lagi satu pulak, pastu balik je, tak sempat nak rehat lepas kemas barang2 teknikal and logistic, dah kena kumpul untuk post mortem lagi, pastu malam tu nak kena mengadap esemen lagi. Maunye tak zombie kau,nyah?

Makan otak dia! ^^


Memang zombie di sana, Alhamdulillah. Tapi sekarang di Malaysia, bukan tak ada kerja DnT nya, malah berlambak-lambak aje kerjanya. Tapi entah di mana silapnya atau terpesongnya langkah kaki melangkah, zombienya lebih terasa bila buat kerja duniawi-oh sedih~ Nampak la sejauh mana kita “bersungguh” untuk mencapai ustaziatul alam yang kita semua angan-angankan. –sentap-

Ada kita sampai tak cukup waktu rehat buat kerja DnT kita? Ada kita sampai balik rumah untuk salin baju and bersihkan diri je bila buat kerja DnT kita? Ada kita sampai lebam mata tak cukup tidur buat kerja untuk bantu mad’u2 kita? Ada kita sampai berhempas pulas abaikan dan ketepikan masalah peribadi kita demi untuk DnT kita? Ada? Ada? Kalau ada, subhanallah, Alhamdulillah, moga Allah terima segala mujahadah dan perjuangan kita tu. Kalau tak ada, sama-samalah kita pasakkan azam baru kita, untuk lebih bersungguh dalam kerja yang kita buat ni.

Selalu dah diri ini mengingatkan kepada hati ini, agar hati ini rasa terpujuk bilamana dihimpit pelbagai rasa,

“Ira... Hidup ni tak lama, percayalahh... Hidup ni sekejappp ajee... Kalau nak buat kerja ni, buatlah betul-betul. Dah diberi kefahaman ni, berjuanglah betul-betul. Hidup ni tak lama, esok luse pun boleh mati. Setahun dua pun boleh mati. Kalau ada lagi 40 tahun pun, ingat lama ke 40 tahun tu nak dibandingkan dengan akhirat yang berpuluh juta lemon infinity tahun lamanya? Alahai, sangatttlah sekejappp nye.. Nak fikir ape lagi? Buat je betul2 kerja ni!”

Itulah kesahnya yang tukar nama blog ni untuk peringatan pada diri ini hari-hari supaya sentiasa berusaha untuk menginfakkan diri demi dakwah dan tarbiyyah ini. Kerana Allah. Jangan kerana sebab lain, ya ira. Bukan sebab pakcik makcik ustaz ustazah akhwat akhwat di sekeliling. Tapi kerana redha Allah.

Makanya.. moga Allah redha..

Amin...

Wednesday 16 May 2012

Previously Hadiqatul Qulub-Now Zombie Dakwah

Due to certain reasons, the name of this blog has been changed to something else. Even the layout has been changed a bit. Random mood after the exam I guess. So no more Hadiqatul Qulub (hadiqatulqulub.blogspot.com), tapi harapnya content nya masih berfungsi seperti taman untuk hati-hati yang bertandang.. Taman bunga ke, taman mainan ke, taman fun fair ke, taman rashidah utama ke, janji taman~~

Oh, kenapa jadi Zombie Dakwah?

Will be shared in the next post. Nyte peeps!

Sikit-sikit Nak Nangis, Dah Kenapa?

biarlah orang nak nangis!


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Pagi ni sebelum subuh selamat sampai di Kuala Terengganu setelah hampir 2 minggu bermusafir dari K.T --> Serdang-->Seremban-->Bangi dan akhirnya kembali ke K.T. Yes, hati terharu. Sayu. Gembira. Hiba. Seronok. Risau. Dan macam-macam lagi. Oh ye, ni apa pasal banyak sangat jenis perasaan ni? Biasalah, perasaan ketika berprogram~ Sebenarnya ke sana untuk berprogram bersama ustaz-ustazah, sheikh-sheikh, qudama'- qudama, dan sambung dengan program untuk adik-adik. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah hinga saat ini, Allah masih izinkan diri ini tsabat di jalan ini.

Satu fakta, air mata banyak tumpah ketika berprogram. Dalam hati bertanya pada diri sendiri, "Wahai cik ira asdilla yang tegar di luar tapi 'banjir' di dalam, tak bolehkah kamu hadiri satu program tanpa keluar air mata? Murah sungguh air mata awak ni, cik ira. Sikit-sikit nak nangis, sikit-sikit nak nangis, padahal takde sape bukak cite sedih lagi, orang baru cakap, baru share sikit-sikit, kamu dah mula nak jadi sungai, mengalir-ngalir. Orang baru bukak muqaddimah pasal tarbiyyah mereka, kamu dah mula tunduk muka kesat-kesat mata takut orang nampak kamu nangis. (ingat senang nak cover kalau menangis?) Malu, ini serius.


Tak faham kenapa perlu menangis? Hermmm....


Ellehh,cover la tu, padahal tengah nangis~


Bila balik ke Malaysia, diuji, diduga dengan ujian dari Dia yang Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Dalam seminggu lebih berada di rumah, sorang-sorang tanpa biah, tanpa akhwat, hati tetap tenang mengatakan semuanya dalam rencana Allah yang terbaik. Hinggalah ke program di KL, berjumpa para akhwat sekalian. Melihat wajah-wajah mereka, kerenah mereka, keletah mereka, senyum dan gelak tawa mereka, CUKUP, CUKUP untuk membuatkan hati ini tak terucap perasaannya walau sekadar melihat wajah-wajah mereka tanpa mereka berkata apa-apa. Air mata laju je mengalir dalam diam melihat mereka. Dalam hati terasa seperti tidak mahu ke tempat lain, hanya ingin bersama mereka untuk menguatkan diri ini.

..Demi sebuah mujahadah.

Seorang ukhti  secara random bertanya,
"Ira balik bila nanti?"
"Awal sket, kak"
"Oh, kenapa?"
"It's complicated".
Senyum.
Ukhti tu balas senyuman dengan senyuman.
Tiba-tiba hati rasa sedih.

"Saya rasa macam tak sanggup nak balik. Tapi hidup ini bukan selalu dengan para akhwat, sedangkan kita mungkin tercampak di mana-mana keseorangan dan tetap perlu kuat buat kerja ni."

Air mata bergenang.

"Kak, saya dah emo ni, dah tacing-tacing ni, tak niat nak nangis tau, huhu"
Gelak kecil, sambil kesat-kesat air mata.
Senyum.
Ukhti tu peluk. (Lagi laju nangis lepas kena peluk, uwaaa!!!) Ok, malu, sekian~

Sharing dengan adik-adik. Soalannya berbunyi, "Apa yang terkesan di hati sejak mula program ini dan aim dalam DnT lepas ni" Adik pertama share, tiba-tiba dia nangis. Diteruskan dengan adik kedua, gelak-gelak sambil share, tiba-tiba tak lama lepas tu, dia pun nangis. Adik ketiga, share. Tenang gayanya, memang sesuai dengan kosnya, bidang kedoktoran. Tenang. Saya bertanya satu soalan pada dia lepas tu. Dia diam, and jawab. Lepas tu nangis! (baiklah, sila rasa bersalah cik ira, kamu dah buat anak orang menanges. Tapi tak berniat! T_T)

Hinggalah adik ke 5.. pun menangis! Ya Allah, sabar jelah dalam hati ini. Sampai ke adik yang ke6, dia kata, dia nervous, sebab semua orang menanges, dia taknak nangis. Saya cakap, tu bukan peraturan, jadi jangan risau, dia patut share tanpa menangis. Tapi hampeh, dia paling dasyat menangis. Saya rasa saya tahu kenapa (senyum muslihat,hehe). Senang je, orang yang sampai dia mention dia taknak menangis, maknanya, dia risau dia ternangis, maknanya, dia senang nangis dan dia tak suka orang tengok dia nangis, sebab tu dia cakap macam tu! Ha... (suka-suka hati wat kesimpulan). Konfiden. Sebab saya type sama. Err.

Saya tak share apa-apa tapi sejak adik pertama share lagi, saya dah menangis. Sampai ke adik yang ke 6! Air mata kering, bergenang lagi. Serius, bukan saya manja or whatsoever, tapi memang hati ini Allah kurniakan cepat menghayati dan tersentuh. Hakikatnya, subhanallah, terkesan melihat semangat adik-adik. Mereka ada yang dah bergerak, dah bawak usrah, ada yang bakal bergerak, tapi semangat mereka, mujahadah mereka, membuat diri ini menitik air mata. Muhasabah seketika, "aku dulu pernah begitu. Adakah aku masih punya hamasah seperti mereka ketika ini. Sejauh mana aku dah bersungguh dan serius buat kerja ni. Atau hanya buat sekadar buat?"

Malam tu, balik ke bilik. Takde sape dalam bilik. Semua adik-adik and kakak-kakak masih supper di dewan selera mungkin. Tak rasa nak makan, terus balik bilik. Masuk bilik, rasa nak solat sebelum tidur. Tiba-tiba nangis dengan banyaknya. Somehow, rasa bertuah kan? Bagaimana diri yang hina lagi kerdil ini masih dipilih oleh Allah untuk terus tsabat di jalan ini. Bagaimana Allah mengurniakan kefahaman ini sedangkan sebelum ini ad deen ini kita lalui tanpa sebenar-benarnya pengertian ad deen ini kita fahami. Subhanallah. Alhamdulillah lagi... =)