Wednesday 16 May 2012

Sikit-sikit Nak Nangis, Dah Kenapa?

biarlah orang nak nangis!


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Pagi ni sebelum subuh selamat sampai di Kuala Terengganu setelah hampir 2 minggu bermusafir dari K.T --> Serdang-->Seremban-->Bangi dan akhirnya kembali ke K.T. Yes, hati terharu. Sayu. Gembira. Hiba. Seronok. Risau. Dan macam-macam lagi. Oh ye, ni apa pasal banyak sangat jenis perasaan ni? Biasalah, perasaan ketika berprogram~ Sebenarnya ke sana untuk berprogram bersama ustaz-ustazah, sheikh-sheikh, qudama'- qudama, dan sambung dengan program untuk adik-adik. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah hinga saat ini, Allah masih izinkan diri ini tsabat di jalan ini.

Satu fakta, air mata banyak tumpah ketika berprogram. Dalam hati bertanya pada diri sendiri, "Wahai cik ira asdilla yang tegar di luar tapi 'banjir' di dalam, tak bolehkah kamu hadiri satu program tanpa keluar air mata? Murah sungguh air mata awak ni, cik ira. Sikit-sikit nak nangis, sikit-sikit nak nangis, padahal takde sape bukak cite sedih lagi, orang baru cakap, baru share sikit-sikit, kamu dah mula nak jadi sungai, mengalir-ngalir. Orang baru bukak muqaddimah pasal tarbiyyah mereka, kamu dah mula tunduk muka kesat-kesat mata takut orang nampak kamu nangis. (ingat senang nak cover kalau menangis?) Malu, ini serius.


Tak faham kenapa perlu menangis? Hermmm....


Ellehh,cover la tu, padahal tengah nangis~


Bila balik ke Malaysia, diuji, diduga dengan ujian dari Dia yang Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Dalam seminggu lebih berada di rumah, sorang-sorang tanpa biah, tanpa akhwat, hati tetap tenang mengatakan semuanya dalam rencana Allah yang terbaik. Hinggalah ke program di KL, berjumpa para akhwat sekalian. Melihat wajah-wajah mereka, kerenah mereka, keletah mereka, senyum dan gelak tawa mereka, CUKUP, CUKUP untuk membuatkan hati ini tak terucap perasaannya walau sekadar melihat wajah-wajah mereka tanpa mereka berkata apa-apa. Air mata laju je mengalir dalam diam melihat mereka. Dalam hati terasa seperti tidak mahu ke tempat lain, hanya ingin bersama mereka untuk menguatkan diri ini.

..Demi sebuah mujahadah.

Seorang ukhti  secara random bertanya,
"Ira balik bila nanti?"
"Awal sket, kak"
"Oh, kenapa?"
"It's complicated".
Senyum.
Ukhti tu balas senyuman dengan senyuman.
Tiba-tiba hati rasa sedih.

"Saya rasa macam tak sanggup nak balik. Tapi hidup ini bukan selalu dengan para akhwat, sedangkan kita mungkin tercampak di mana-mana keseorangan dan tetap perlu kuat buat kerja ni."

Air mata bergenang.

"Kak, saya dah emo ni, dah tacing-tacing ni, tak niat nak nangis tau, huhu"
Gelak kecil, sambil kesat-kesat air mata.
Senyum.
Ukhti tu peluk. (Lagi laju nangis lepas kena peluk, uwaaa!!!) Ok, malu, sekian~

Sharing dengan adik-adik. Soalannya berbunyi, "Apa yang terkesan di hati sejak mula program ini dan aim dalam DnT lepas ni" Adik pertama share, tiba-tiba dia nangis. Diteruskan dengan adik kedua, gelak-gelak sambil share, tiba-tiba tak lama lepas tu, dia pun nangis. Adik ketiga, share. Tenang gayanya, memang sesuai dengan kosnya, bidang kedoktoran. Tenang. Saya bertanya satu soalan pada dia lepas tu. Dia diam, and jawab. Lepas tu nangis! (baiklah, sila rasa bersalah cik ira, kamu dah buat anak orang menanges. Tapi tak berniat! T_T)

Hinggalah adik ke 5.. pun menangis! Ya Allah, sabar jelah dalam hati ini. Sampai ke adik yang ke6, dia kata, dia nervous, sebab semua orang menanges, dia taknak nangis. Saya cakap, tu bukan peraturan, jadi jangan risau, dia patut share tanpa menangis. Tapi hampeh, dia paling dasyat menangis. Saya rasa saya tahu kenapa (senyum muslihat,hehe). Senang je, orang yang sampai dia mention dia taknak menangis, maknanya, dia risau dia ternangis, maknanya, dia senang nangis dan dia tak suka orang tengok dia nangis, sebab tu dia cakap macam tu! Ha... (suka-suka hati wat kesimpulan). Konfiden. Sebab saya type sama. Err.

Saya tak share apa-apa tapi sejak adik pertama share lagi, saya dah menangis. Sampai ke adik yang ke 6! Air mata kering, bergenang lagi. Serius, bukan saya manja or whatsoever, tapi memang hati ini Allah kurniakan cepat menghayati dan tersentuh. Hakikatnya, subhanallah, terkesan melihat semangat adik-adik. Mereka ada yang dah bergerak, dah bawak usrah, ada yang bakal bergerak, tapi semangat mereka, mujahadah mereka, membuat diri ini menitik air mata. Muhasabah seketika, "aku dulu pernah begitu. Adakah aku masih punya hamasah seperti mereka ketika ini. Sejauh mana aku dah bersungguh dan serius buat kerja ni. Atau hanya buat sekadar buat?"

Malam tu, balik ke bilik. Takde sape dalam bilik. Semua adik-adik and kakak-kakak masih supper di dewan selera mungkin. Tak rasa nak makan, terus balik bilik. Masuk bilik, rasa nak solat sebelum tidur. Tiba-tiba nangis dengan banyaknya. Somehow, rasa bertuah kan? Bagaimana diri yang hina lagi kerdil ini masih dipilih oleh Allah untuk terus tsabat di jalan ini. Bagaimana Allah mengurniakan kefahaman ini sedangkan sebelum ini ad deen ini kita lalui tanpa sebenar-benarnya pengertian ad deen ini kita fahami. Subhanallah. Alhamdulillah lagi... =)

No comments:

Post a Comment