Thursday 15 March 2012

Sebatang Kara katanya..



I might have not gotten much love before, 


But I have much love to be given to people


I might have not experienced much love before,


But I wana love people as much as I can do..


I might not appear as loving as moms,


But that is because I am shy to do so.. =)


“Salam kak, saya ada benda nak bincang dengan akak,penting. Harap akak dapat bantu. Nanti saya call akak ye”


Ringkas mesej yang dihantar oleh salah seorang mutarabbi sebelum isyak tadi. Dalam kepala mula meneka-neka apa pula kali ni. Memang agak normal menerima mesej-mesej macam tu, cuma tak pasti tentang apa.. 


“Waalaikumussalam wbt.. InsyaAllah boleh, akak bantu setakat mana mampu.”
Balas sms nya dengan sedikit rasa 'curious' di hati. Moga Allah permudahkan urusan kebaikan mereka walau apa pun masalah mereka. 


Tak lama selepas isyak, telefon di atas meja berbunyi, memanggil untuk disahut panggilannya.
Sudah dapat agak siapa, bergegas mengangkat panggilannya.


“Assalamualaikum..”


“Waalaikummusalam wbt, kak ira. Akak sibuk tak tu, maaf kitorang ganggu akak” lembut dan halus suara kesayangan dari jauh. Memang adik ni suaranya lembut, halus dan 'bahaya' kalau lelaki dengar, hoho.


“Eh tak la, mana ada sibuk, ok je. Awak semua kat mana tu, macam ramai je bunyi tu”, soalku sambil dapat mengecam suara beberapa orang kesayangans yang lain sebagai suara latar perbualan kami. 


“Oh kitorang baru keluar dari masjid, ada yasinan tadi”


“Oo, Alhamdulillah.. Jadi, macam mana? Dah ready nak cerita kat akak?”
“InsyaAllah, kak..”
............


Kini termenung..


Muhasabah..


Yang diceritakan kepadaku tadi adalah berkenaan salah seorang adik, juga yang baru follow tarbiyyah.


Seorang adik yang manja perlakuannya, sering tersenyum dan ku lihat dari wajahnya, wajah yang menutup satu kekosongan. Wajah yang dahagakan sesuatu, yang mencari-cari sesuatu untuk memenuhi ruang yang tak terisi di hatinya.


Wajah yang di dalam halaqah, begitu penuh harapan. Ketika diri ini berkata-kata di dalam halaqah tersebut, wajahnya menzahirkan suatu pengharapan. Matanya bercahaya. Terfikir juga diri ini, alangkah penuh minatnya adik ini mendengar sesuatu tentang islam dan hakikat kehidupan ini.


Dan semuanya terjawab kini dengan sebuah panggilan telefon dari adik tadi yang juga temannya.


“kak, akak kenal kan dia yang sekian2 tu. Dia ada dalam halaqah akak hari tu.”


“Yes dear, kenapa dengan dia? Dia ada call akak hari tu, cakap nak datang rumah akak, nak duduk dengan akak, sembang-sembang dengan akak, tapi panggilan terputus dan akak tengah calling-calling dengan orang lain atas urusan lain masa tu. Dan agak kelam kabut masa tu. Tak sempat jumpa pun dengan dia”. Panjang penjelasanku. 


“Hem..Kak.. Rumah islam akak tu, nak cari ahli lagi tak?” Soalan yang terus membuat ku menduga sesuatu.


“Kenapa awak, ada orang tengah cari rumah, ye?”


“Em..kak.. dia tu. Dia sebatang kara. Dia tak ada family yang jaga dia, dia hidup berdikari..”


“Papp”


Terus tersentap. Hati ini serta merta tersentap sebelum sempat pun adik itu meneruskan dengan panjang lebar ceritanya. Beribu-ribu persoalan muncul bertubi-tubi di benak ini. 


“Mak ayah dia cerai, tapi masing-masing dah ada family baru, tapi dia bawa diri, tak ada orang kisah. Dia hidup berdikari je, family dia tak bela dia pun. Sebab tu dia ada menumpang hostel tu dan tak tahu nak buat apa sekarang.


Ah! Fikiranku celaru, celaru dengan cerita-cerita begitu. Perasaanku terganggu. Tak suka. Tak suka mendengar cerita-cerita begitu. Aku sedih.






Terasa ingin berjumpa dengan adik itu dan duduk bersebelahan dengannya, mendengar ceritanya. 


Jelas kini, kenapa dia kelihatan begitu dan begini pada penilaianku bila kali pertama berjumpa dengannya.


Jelas kini kenapa dia juga berminat untuk mendengar kisah hidupku. Kerana dia juga begitu. 


Terasing.


Kosong.


Tandus.


Sebutir pasir di jalanan.


“Saya suka disayangi, suka sangat!” Itu jawapannya bila ditanya satu fakta tentang dirinya yang tidak diketahui orang lain ketika dalam halaqah kami minggu lepas.


Aku tersenyum ketika mendengar kata-katanya ketika itu. Ku pandang dalam-dalam wajahnya ketika itu dan cuba mentafsir. Namun gagal. Dalam hatiku terdetik, “samelerr kite" =P


Saat ini, bila mengenangkan dialog itu, terasa seperti ingin menitiskan air mata. Sebaknya di dalam hati. Oh lembutnya hati ini! Allah, aku bersyukur kerana hati ini masih basah dengan perasaan, ya Allah. 







Dik, insyaAllah, yakin pada Allah, jika kamu tidak yakin padaku, namun Allah yang merencanakan segalanya. Meh duk ngan akak meh! Nanti akak boleh bagi semangat kat awak bila awak down, akak boleh dengar kalau awak nak nangis, akak boleh peluk awak kalau awak sedih (walaupun awak taknak kene peluk ngan akak,akak nak peluk jugak~)  Sebab kalau akak pun sedih, akak rasa better a bit bila akak dapat kurangkan sedih orang lain. InsyaAllah!!


p/s: when i feel sad or down, i always go to "Google Image" and type "kitten", and what comes out after that  can make me smile right away, siap dengan giggling lagi.. =)


I will get things like cuteness, awesomeness and comelness, like this..:

hikhik~

muke xbsalah! kesian! ^^

alalala~

haha,ini serius lawak dgn pick up line di atas =p

adehh,penatt..

Oleh itu, kalau sedih, nak hiburkan hati, boleh google banyak lagi gambar anak tucen ye.. =))

No comments:

Post a Comment