Tuesday 6 March 2012

Menjadi Diriku dengan Segala Kekurangan..





..dalam hati terdapat sebuah robekan yg tidak boleh dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah.. Di dalamnya juga ada keterasingan (kekosongan) yg tidak mampu diisi dan diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah.. Di dalam hati ada kesedihan yg tidak mampu dipadam kecuali oleh kebahagiaan yg tumbuh kerana mengenal Allah & keikhlasan dalam berhubung denganNya.. Di dalam hati terdapat kegelisahan yg tidak mampu ditenangkan kecuali dengan mengingati Allah dan berhimpun kerana Allah lalu pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.. 

.....................................................

"Bulatan gembira" malam itu berakhir dengan kesugulan dan kerutan di dahi serta hati yang retak pecah berkeping-keping....

Terngiang-ngiang tazkirah yang diberikan oleh seorang ukhti sebelum bulatan gembira kami berakhir tadi.. Tazkirah yang dipetik dari buku karangan Amru Khalid.. Tentang doa.. Buat hati yang kini masih belum surut diuji dengan sekian-sekian dugaan, terasa tazkirah itu begitu dekat dengan diri ini, lalu berkaca-kaca mata ini menahan air mata dari menitis. Allah Maha Mengetahui kerana apa hati ini mudah sekali terusik walau hanya dengan tazkirah pendek dari ukhti tadi..

....................................................

Sepulang dari sesi berdating dengan seorang ukhti petang tadi, sempat tiba di rumah sebelum masuknya waktu isyak, dan sempat berjemaah dengan ahli usrah dan murabbi yang juga tiba sebelum waktu isyak tadi.

Usai mengambil wuduk, masuk ke dalam saff.. Sudah terasa aura iman bila berbaris dengan mereka yang bersama-sama dengan kita dalam pencarian redha Allah ini. 

Bila imamah mula mengangkat takbir...

Tiba-tiba hati rasa sebak..

Mata berkaca-kaca..

Dada terasa berdebar-debar..

Saat imamah membacakan al-fatihah, mata ini dipejam rapat..
Tatkala terpejam rapatnya mata, terasa amat berat beban di dada ini..


Ya Allah, padaMu aku memohon perlindungan dan kekuatan akan ujian yang Kau datangkan ini.. PadaMu aku memohon ketenangan atas kegelisahan yang meracau di jiwa ini..
PadaMu aku memohon ampunan atas kesilapan-kesilapanku yang berulangkali ku katakan padaMu bahawa aku tidak ingin dan tidak rela begini dan begitu..

...........

Sejak seminggu dua lalu terasa hati ini seakan jauh dari Dia yang memelihara ku, terasa hati ini seakan tandus dan kering dengan ibadah-ibadah yang dilakukan, malah hati terasa seolah makin jauh.. dan menjauh.. dari Dia..

Hingga semalam, ketika bersolat sendirian di dalam bilik, Allah datangkan satu perasaan..

Perasaan rindu..

Rindu akan sebuah perasaan yang pernah dirasai dulu ketika awal berkenalan semula dengan Dia dan kekasih Dia, rasulullah s.a.w. 

Sebuah perasaan tatkala awal-awal, mula bercinta kembali dengan Allah dan bertatih di dalam tarbiyyah. Terlintas wajah-wajah akhwat yang jauh di mata, wajah-wajah mereka yang menunjukkan ku akan jalan ini.. Yang memimpin tangan ini, dan menunjukkan kepadaku indah dan pahitnya jalan ini.. 

Lalu mata ini bukan setakat bergenang malah ada mutiara-mutiara jernih mengalir tatkala diri duduk bertafakur bermuhasabah apa yang telah ku lakukan sejak seminggu dua yang lalu hingga hati ini tandus benar rasanya dalam cuba mengingatiNya..

.......................................................

Lalu diri ini tertunduk lagi.. Malu untuk mengangkat wajah..
Malu...
Kepada Dia yang sedang kuhadap ketika itu...
Malu untuk memohon maaf dan ampun kerana merasakan Dia sudah penat untuk melayan kerenah diri ini..

Sejenak, lidah laju melafazkan istighfar..

Istighfar kerana takut..

Kerana tidak seharusnya seorang hamba merasa berputus asa dalam memohon ampunan dan dalam berdoa kepada Pemeliharanya..

Hati takut mengingatkan kata-kata Rasulullah bahawa Allah marah bilamana hambaNya tidak berdoa kepadaNya..

Lalu digagahkan diri menebalkan muka, memohon lagi pada Allah, walau diri terpalit banyak noda dan dosa..

"Allah.. aku ingin kembali.. ingin kembali kepada diriku yang sebenar.. Oleh itu izinkanlah aku untuk kembali ke pangkuanMu.. Ampunkanlah diri ini yang tidak pernah lepas dari melakukan dosa kepadaMu, ampunilah diri ini atas keterlupaanku, serta berikanlah kekuatan bagi diri ini untuk mengubah keadaan ini..Berikanlah kekuatan untukku berpaling dari yang batil dan menolak yang batil itu jauh dari diriku agar mampu ku turuti yang Haq.."

Sungguh...
Aku rindu...
Rindu akan saat pertama aku mengenali kembali Dia yang menciptakanku dan menyayangiku..

................


No comments:

Post a Comment