Wednesday 29 July 2015

Bertukar Medan dan Waqi'. Dari IPT ke Masyarakat. Gulp.

Since berpindah daerah sejak Januari aritu, bertukarlah juga waqi' dan medan untuk DnT. Kalau sebelum ni berDnT di daerah yang penh kebizian, hiruk pikuk bukan setakat bandarnya, tapi juga gerak kerja DnT nya, berlari ke sana sini rasanya. Di sana ada banyak IPT, so of course kita fokus pada IPT ye dok? Kalau sebut IPT, maklum jela macam mana gerak kerjanya. Kita bawa mutarabbi kita lagi, bantu untuk cucu usrah lagi, bantu IPT yang lagi satu lagi, qodoya, syuro sana sini, program hampir setiap minggu. Dengan anak kecik kita heret dia sana sini dengan bekal susu dan buburnya hehe, comel. Dengan sekolah sesi petangnya, sampai rumah 7.30 (45minutes perjalanan) memang rasa mabuk jugala ke sana sini terkejar kejar walau dalam rumah sendiri (memang jenis suka berkejar-kejaran kot).

Atas faktor-faktor yang penting, vital, crucial, syuro dengan murobbi/ah, akhirnya pindah ke daerah ini.


Krikk.. Krikk..

Sini takde IPT, takde kolej apa pun.

Cuma ada dedaunan rimbun, angin gemalai, pasir-pasir memutih, sungai-sungai biru menderu, dan rumah2 kayu yang cantik dan unik designya. Gadis-gadisnya masih berkain batik duduk bersopan di tempat duduk belakang basikal untuk ke kedai beli sayur dan jejaka-jejakanya masih mengikat kain di kepala untuk keluar bekerja membanting tulang.

OK, cliche. Tak la macam tu pun. Gambar sekadar hiasan sebab macam cantik je kampung tu kan.

Sini bukan kampung pun. ada AEON Jusco tu, ade kedai buku, cafe2, sekolah2, taman2 perumahan, er tu je kot.

Medan nya adalah masyarakat. Wanita, Aulad, remaja, pekerja kilang, dan belia.

Peluh.

Sebab tak pernah ada pengalaman masuk dalam masyarakat dan bina masyarakat.

Dah lah dulu jenis hidup tak bermasyarakat. Dah kenal tarbiyyah, usaha la latih diri bermasyarakat dengan akhwat dan sekitarnya. Tapi orang awam as in orang awam.. Er.. Agak inferior.. Sebab rasa macam tak reti..

"Tak, bukan tunggu kau reti dan sedia pun untuk buat benda ni. Mohon maju terus yee"..

Bertahun lama bina IPT dengan segala gerak kerja nya. Now it's time, untuk masuk masyarakat dan test power betoi ke idok kamu ni daie. HAHAHAHA gelak besar sedapkan hati,

Waktu tu baru kita sedar rupanya jaguh kampung saja. Kenapa? Sebab masa IPT rasa biasa buat, masuk masyarakat terkial-kial. IPT tu nampak lebih ideal dari masuk masyarakat. Walhal, medan sebenar kita dengan masyarakat la. Students IPT tu memang kita bina untuk persiapkan mereka bilamana mereka jadi sebahagian dari masyarakat, bertambahlah masyarakat yang faham dan amalkan islam serta lekat dengan dakwah dan tarbiyyah. Apatah lagi warga IPT ni adalah syabab yang bersemangat waja dan membara. Lajuuu aje semua benda ye dok? Pendek kata, kita bina students IPT pun untuk ubah masyarakat lah. Tapi, itula.. kalau rasa diri hebat, pi lah masuk masyarakat dan tarbiyyah masyarakat..  Untuk orang yang dah biasa dengan IPT, terkedek-kedekla dia dalam program umum dengan masyarakat. Bagi yang dah biasa dengan program umum masyarakat, bila masuk IPT, boleh jadi semput juga nak kejar barangkali..? Bagi yang dah biasa dua2, wahh, nak saiinnn otograph voley?

Kalau dulu kena masuk masyarakat ketika jiwa masih muda, rasanya banyak give up je kot, sebab tak mature lagi. Susunan Allah tu cantik, bertukar waqi' dan medan ketika umur semakin matang (lepas kahwin dan ada anak), rasa lebih berlapang dada berdepan dengan cabaran mentarbiyyah masyarakat. (Of course bina IPT pun ada cabarannya juga).

Apa yang lain sangat?

IPT, cycle nya laju, cepat. Rata-rata ambil masa setahun-dua tahun untuk bina mutarabbi sebelum mutarabbi bergerak. Dengan nature mereka yang belajar, duduk hostel, tak ada komiten anak suami nak bagi makan, tak ada bil2 nak bayar (kecuali bagi mutarabbi yang bantu keluarga), kita punya lebih ruang dan peluang untuk bina mereka, muayasyah dengan mereka, dan proses  bina biasanya lebih cepat la berbanding bina masyarakat.

Kalau dulu masa di oversea, kita rasa itu lahhh yang paling ideal (memang pun), dengan budak2 tu selonggok kat daerah sama dengan kita, bukan boleh balik rumah every month or weekend pun. Jadi kita punya baaaaanyaaaaakkkkk ruang dan peluang untuk muayasyah dengan mereka dan bina mereka, penuhi setiap weekend mereka dengan program2 yang seronok dan exciting tapi membina fikrah mereka.. Oh, heavennya ketika membina di obersii dolu2.. (tak pijak lanta kejap)

Balik Malaysia, pegang IPT di Malaysia, rasa dah cabarannya. Mutarabbi selalu balik every two weeks or monthly (since rumah dekat), ada yang memang every weekend balik or ada yang memang duk dengan family pun! Pastu progress pembinaan jadi slow sebab mutarabbi selalu takde time program weekend dan banyak program terpaksa disingkatkan masa (and thus kurang lah pembinaannya). Memang benar faktor keluarga jauh di oversea dulu memang bonus point untuk bina mutarabbi sebab mereka tak ada komitmen keluarga dan selalunya tak kisah bergantung dengan kita serba sedikit untuk bantu mereka survive di sana (kita kan senior, heheh). Tapi di Malaysia, ada banyak lagi faktor2 lain yang akan 'sailang' kita dulu, hehe.

TAPI STILL..! Walaupun sebegitu rupa, walaupun kita rasa IPT di Malaysia ni dan mencabar dah (sebab kita obersi dulu), tapi rupanya masuk DnT masyarakat lagi mencabar..! Kehh3..

Namun begitu... Syukurrrrrrr selalu padaMU ya Allah, di balik kesulitan, ada kemudahan, di balik kesulitan, ada kemudahan. Sungguh!! Walaupun kat sini mula terlibat program Wanita, aulad kadang2 (tetap tak reti nak deal walaupun ada anak dah huhu), namun Allah bagi rezeki, untuk pegang usrah belia lepasan IPT, huhuhu, alhamdulillahhhh... Maksudnya, dalam 5 orang tu, 4 dari nya kenal usrah dari IPT, subhanallah... Cuma seorang yang kenal masa kerja. Cuma cabarannya sebab masing2 dah kerja, yang belum kahwin, tinggal dengan keluarga, yang dah kahwin, ada suami dan komitmen lain. Tapi alhamdulillah, kita pun makin matang ye dok? Dengan lapang dada kita bina mereka sekali dengan komitmen2 yang mereka ada, kita raikan sebaik mungkin, dalam masa yang sama, bina kefahaman mereka lagi (dan juga kefahaman kita).. InsyaAllah..

*Dengar kata ada 1 kolej bakal buka kat daerah ni end of this year ni.. Macam...err.. Macam... trigger sometin je kat dalam ni.. Ehehee.. Walaupun bukan universiti, tapi kolej pun boleh cuba. Cuma hati kena lebih sabar dan perah otak untuk cari suis sebab tak sama bawak budak uni yang stret As dengan students kolej kemahiran. Yang pasti, siapa yang nak kebaikan, dia akan dapat, insyaAllah. Uni ke, kolej ke, spm leavers ke, murabbi yang harus cekal cari approach terbaik untuk sentuh mereka dan bina mereka hingga akhirnya mereka bergerak mengikut kesesuaian potensi mereka. Allahua'lam..

Infiru..!

No comments:

Post a Comment