Wednesday 29 July 2015

RI Dan BM? Sangat Lain. (Obviously..)

Dulu masa duk *RI (lihat nota kaki), kerja rumah berkongi sesama akhwat, mengemas, memasak, yadda2, berkerjasama, walau mungkin ada yang terlebih ada yang terkurang, tapi pokoknya, kita tak buat kerja sorang-sorang dan sendiri. Biasanya ada banyak kaki dan tangan yang sama-sama bantu.

Sekarang duduk dalam *BM/BD (lihat nota kaki lagi), boleh jadi sorang-sorang terkedek-kedek mengemas rumah. Itulah pentingnya kamu bekerjasama dengan akhwat masa duk RI dulu, untuk kendalikan urusan rumah dulu, terutamanya bab kekemasan dan kebersihan. Bukan sebab untuk biasakan kita dan jadikan kita cekap mengemas dan membersih, tapi lebih kepada "membiasakan" kita "memberi" yakni ladang amal untuk menyumbang pada kekemasan dan kebersihan rumah yang akhirnya akan beri ketenangan dan ketenteraman ahli rumah. Sebab apa?? Supaya kita tak rasa kita jeeee yang asyik buat, orang lain tak buat banyak macam kita. Jika dah terbiasa memberi, insyaAllah tak mudah terasa bila asyik kita yang uruskan kebersihan dan kekemasan rumah.

Bila dah Berbaitul Muslim, bukan zauj tak tolong. Ramai pasangan ikhwah akhwat zauj nya ringan tulang, bahkan ada juga pasangan yang suaminya lagi pengemas dari si isteri (erkk). Cuma kalau belajar psychology between genders, kita akan tau mata lelaki tak diciptakan untuk nampak details macam mata perempuan, unless kalau lelaki tu otak dia lebih feminine (bukan orangnya feminine, tapi otaknya yakni cara pikir or lihat sesuatu), mungkin mereka sama hebat bab nampak details tu macam perempuan. Kalau tak, mereka biasa terlepas pandang. Contoh mudah tengok bawah:

Ha nampak? Anak panah tu tunjuk mata lelaki (yang score otaknya lebih tinggi masculinity) bila masuk rumah. Depa tak nampak segala sepah menyepah atas lantai tu dan perempuan kebiasaanya akan nampak sekecik-kecik sampah/mainan anak/yadda2 atas lantai. That's why wujud dialog lelaki "sepah ke?" atau "ok je?" (dan saksikan zaujah dia berapi-api kepala dan belakangnya)

Sebab tu hidup berbaitul muslim ni memang tak sama hidup dalam RI bersama akhwat yang ada juga matanya sama dengan mata kita nampak n kemas benda-benda yang selerak atas lantai. Somehow, hidup di RI sebelum BM insyaAllah bantu kita dari banyak sudut lain. Walaupun dari segi nak hidupkan sunnah dalam rumah tu tak semestinya sama, sebab ada ikhwah yang biasa "lead" mungkin akan ajak zaujah untuk hidupkan suasana tu. Ada ikhwah takde langsung pun pengalaman duduk RI, maka dia masuk BM/BD, dia bawak diri jela. Dan tambah pula zaujahnya disibukkan dengan urusan anak dan urusan rumah, dan tak cukup qawiey untuk lead zauj dia pulak. Akhirnya BM/BD tu takkan jadi lagi BM/BD, tapi akan jadi rumahtangga biasa, rumah biasa macam orang biasa yang lupa kenapa mereka kahwin sesama ikhwah akhwat at the 1st place.

Tapi Ri dan BM boleh dikatakan sama dari segi kesanggupan kita untuk "berbuat lebih" yakni "memberi tenaga kita dalam rumah yang kita duduki. Especially bila sebumbung dengan spesis lelaki. As mentioned above, mereka bukan taknak tolong, cuma "tak nampak" (pfftt!), unless we point it out to them. Bagi spesis lelaki yang dah biasa dilatih dari rumah mereka, sedari kecil, most likely mereka dah biasa (in fact mungkin lebih pengemas dan pembersih dari perempuan). Habis tu macam mana spesis lelaki yang tak biasa latih "mata" mereka untuk nampak sepah dalam rumah? Just point it out to them, really.

"Abang, tolong kemaskan kejap semua yang atas lantai di sekian-sekian tempat tu". Bahkan arahan perlu precise, tak boleh vague langsung.

Kisah benar 1 ketika dulu: Susu anak habis. "Abang, tolong beli susu keluar nanti, susu dah habis".  Akhirnya saya dapat susu tepung nespray untuk dewasa minum.

Apa salahku..?? Banyak salahnya.
No 1. Tak mention susu apa. (which is susu baby untuk anak yang sekian2)
No 2. Tak mention brand susu (yakni susu yang anak kita biasa minum)
No 3. Tak mention saiz apa. (unless kita tak kesah saiz, yadda2)

Yang sebetulnya:
"Abang, tolong beli susu anak. Details as below:
- Jenama Mamil Step 3 (STEP 3 tau) <---- Higlight lagi skali
- Saiz tin besar 1.2kg <--- ada mention berat spesifik
- Kalau takde saiz tu, baru beli saiz lain.
- Kalau takde Mamil, beli brand sekian2..." (Maklumat tambahan supaya dia tak stress kalau tak jumpa)

However, as he gets used to buying the same stuff over and over again, u can just shorten the message like this: abang, tolong beli susu anak, mamil biasa tu step 3".

Pentingnya maklumat yang jelas dan terang.

So back to bab kemas dan bersihkan rumah, usually kalau yang dapat zauj jenis tak detail, memang bab kemas dan bersihkan rumah jatuh penuh atas bahu kita, UNLESS kalau kita BAGITAHU mereka, then mereka akan buat, insyaAllah. Kalau tak suruh, tak buatla kot, heheh.

Maka berusahalah kita dengan gigih untuk sentiasa bagitau mereka setiap kali kita harapkan mereka untuk tolong kita. Bukan mereka taknak tolong, cuma tak tahu kita dah nak nak meletup sebab penat ngemas dan bersihkan rumah sorang-sorang.

P/s: Alhamdulillah, zauj rajin tolong buat kerja rumah dan jaga anak, cuma kena minta dan kena bagitau. Hihi..

**Nota kaki**
*RI = Rumah Islam, nama panggilan untuk rumah yang diduduki oleh ikhwah/akhwat yang bersama-sama nak hidupkan sunnah dalam rumah tu. Cth: Solat sentiasa berjemaah, tilawah/tadarus, saling kejutkan untuk qiyam/tahajjud, selalu ada sharing/tazkirah sesama, tak ada benda lagha (movie, lagu lagha, etc2), no gossip2, usrah kat situ, makan dalam dulang, basically rumah untuk meningkatkan iman.

*BM/BD = Baitul Muslim/ Baitul Dakwah. Rumah/rumahtangga yang dibina oleh ikhwah dan akhwat yang sama-sama punya misi yang sama dalam dakwah dan tarbiyyah, dan amalan rumahtangganya sepatutnya sama seperti di atas. Boleh juga kata sinergi dari 2 tenaga ikhwah dan akhwat untuk kelangsungan dakwah mereka.

Sekian. ;)


No comments:

Post a Comment