Tak tahu apa yang berlaku.
Tapi dinding dan pintu rumah kami bergegar kuat. Kedengaran
suara-suara lelaki di luar rumah, ada bunyi macam rantai mangga bergeser dengan
benda keras, ada bunyi macam pintu grill sedang digoncang atau ditendang saya
tak pasti, ada juga bunyi dentuman-dentuman seperti benda besar dan berat jatuh
ke lantai simen. Targetnya bukan rumah kami, tapi rumah kami menerima efek dek
kuatnya ‘serangan’ terhadap rumah yang mungkin depan atau sebelah rumah kami. Mira
sudah pucat mukanya memandang saya penuh kerisauan. Dari terbaring di atas sofa
terus bangun memandang saya penuh tanya,
“Kak! Bunyi apa tu?? Kenapa tu kak??” Mukanya risau sungguh.
Dalam hati saya nak tergelak sedikit, tapi saya tak gelak pun. Saya buat muka
straight.
“Ntah, bunyi dorang nak bukak pintu rumah terkunci dari
dalam kot”, jawab saya selamba tanpa memandang wajahnya. Mengadap laptop, sedang membalas emel.
Bukan tak peduli, cuma malas nak panik.
Tiba-tiba berbunyi lagi bunyi-bunyian yang tak enak tu,
diselang-selikan dengan suara-suara lelaki-lelaki dari luar rumah kami, yang seakan
menjerit-jerit dan tiba-tiba bunyinya seperti ada orang berlari kejar mengejar
di koridor aras 8 itu.
“Kakkkk!! Kenapa tu??? Mira takutla! Berdebar-debar ni!!!”
Mira dah tak senang duduk, tangannya mengurut dadanya
sendiri.
Saya pula tertanya-tanya, masalah apa pulak la kali ni di
kawasan flat yang kami sewa ni.
“Mira dah trauma teringat yang orang bergaduh atas rumah
kita ni!”
Mira mengingatkan saya tentang kes gaduh suami isteri yang
sangat dasyat sehingga terdiam semua orang di dalam rumah ini, berdebar,
risaukan keselamatan anak pasangan tersebut yang sedang menangis terjerit-jerit
tapi tiba-tiba diam tanpa suara tangisan. Sehingga kami menelefon polis kerana
pergaduhannya sangat dasyat, si lelaki seakan naik minyak dan macam-macam bunyi
dentuman yang kami dengar. Bila menelefon polis, minta mereka datang untuk
mengawal keadaan, mereka culas. Setelah berdialog dengan penuh sabar, mereka
kata mereka akan datang walaupun katanya mereka tak kenal pun kawasan flat ni dimana.
OH dunia~
Tapi Alhamdulillah, mereka datang. Mereka tepati janji.
Tapi.. Mereka menelefon dari bawah,
“Ha, rumah mana satu?”
“Kami tidak tahu nombor rumah, tapi kami rasa kami agak
pasti arasnya di atas aras kami, tingkat 9”
Begitu lebih kurang
kami maklumkan pada encik polis yang bertanggungjawab itu.
“Tak tahu nombor rumah? Habis tu takkan kami nak naik cek
satu-satu rumah?”
Dan mereka balik..
OH.. MY.. RABB...~
Takpela, mungkin kes sebegini terlalu kecil nak dibandingkan dengan kes-kes gempak lain di Johor Bahru ni. Mungkin mereka terlalu banyak kerja, mungkin mereka terpaksa utamakan kes lain ketika itu, mungkin, mungkin, mungkin....
Dalam hati, baiklah, takpela, encik polis, nanti kami naik
sendiri je kalau macam tu. Kami cuma risaukan keadaan anak kecil tu yang tetiba
diam tiada tangisannya.
Bila keadaan sudah reda, ada antara kami yang naik, mereka
nampak darah di dinding, bekas tapak tangan, tapi darah itu seolah terseret di
dinding. Seolah pemilik tapak tangan itu merangkak dan ditarik dalam keadaan
tangannya di dinding. Anak-anak usrah saya yang berada di tempat kejadian yakin
itu darah si isteri. Saya tiada di rumah ketika itu kerana berada di daerah lain.
Sehari selepas kejadian, saya pulang ke rumah, dan dengar
semua cerita dari A to Z. Saya risaukan keadaan si anak. Saya naik ke atas.
Berjalan di depan rumahnya. Ada seorang perempuan sedang duduk di depan pintu
rumah, tapi dalam pintu grill. Ruang antara pintu rumah dan pintu grill. Tak
tahu sedang buat apa, sedang tunduk seperti sedang potong kuku, wallahualam.
Saya yakin itu rumahnya. Kerana itu lah rumah yang betul-betul atas rumah kami
(seperti yang dimaklumkan ahli rumah yang ada ketika kejadian). Saya berhenti.
Saya senyum dan beri salam.
“Assalamualaikum”..
Dia terus bangun. Bila dia bangun..
Alamak! Lelaki
rupanya! Ingatkan perempuan ikat rambut ke tadi.. Rupanya rambut pendek!
Tersilap senyum daa tadii....
Ya, dia bukan perempuan. Saya yang ingatkan perempuan kerana
mukanya sungguh jambu sekali. Tapi bila dia berdiri (masih di antara pintu
rumahnya dan pintu grill tu), baru nampak rambut pendek, dada flat, dan tatu
penuh di tangan. (Tapi mukanya jambu sekali).
Err..Jambu?
“Ye?” Jawabnya, tanpa menjawab salam saya.
Saya sudah hairan, dengan tatu di tangannya, dengan salam
saya tak berjawab, islamkah atau bukan islamkah dia ini?
“Err, saya nak tumpang tanya, kat tingkat 9 ni, ada rumah
kosong lagi tak? Saya dengar ada rumah kosong lagi kat atas ni untuk disewa,
ada ke?” Tanya saya penuh sopan dan penuh ‘asli’.
Nad di sebelah saya ketika itu yang sudah terkejut kerana tiba-tiba
saya berhenti di depan rumah itu, sudah sedikit ternganga kerana tidak
menyangka saya akan keluar pula dengan ‘sebuah lakonan’ (kerana sangkanya kami
hanya berjalan dan tengok keadaan di atas).
“Erm..rumah kosong? Yaa..Rumah kosongnya tu, ya banyak, tapi
ownernya tuh, susahla, nak carik”
Oh Indonesia rupanya! -Menjawab persoalan di benak saya tentang islam atau tidak islamkan dia itu. (normal muka melayu tapi bukan islam di indonesia bukan?)
Tapi subhanallah, dia sangat sopan. Cara bercakap nya penuh
hemah bagi saya, cukup sopan nada dan ekspresi mukanya.
Eh,tapiii... Dia ni
yang pukul isteri dia sampai darah2! Baling-baling semua benda sampai tingkat
paling bawah pun dengar sampai semua orang keluar rumah berkumpul di bawah tapi
takde sape yang buat apa2..Choii... Eh tapi betul ke dia ni?? Tah-tah, orang
lain?
“Oh..Yeke.. Sebab kawan saya tengah cari rumah, tu yang saya
try jalan kat atas ni nak tanya orang, sebab saya duduk kat sini jugak, tapi
tak tahu tingkat berapa ada lagi rumah kosongnya. Kat sini macam banyak rumah kosong
lagi kan?”
Wah,wah,wah..Lancar sungguh skrip spontan Tapi memang ada
seorang kawan cina yang minta tengokkan kalau ada rumah kosong di sini~
“Itu..memang ada rumah kosong, banyakk..Tapi ya gitula,
ownernya tu payah biasanya mahu kontek. Ini, tahu dari mana ada rumah kosong di
tingkat ini? Kalau orang yang kasi tahu itu, biasanya dia tahu owner
rumahnya,jadik, bisa tanya gitu”, bersungguh dia terangkan pada saya.
Saya mula ragu. Benarkah ini lelakinya yang penuh kemarahan
dan kebencian memukul isterinya hingga berdarah-darah dan memaki-maki
isterinya. (Isterinya juga ‘pandai’ memancing kemarahan suaminya dengan
kata-kata makian dan jeritan ketika pergaduhan berlaku-menurut ahli rumah yang
mendegar ketika kejadian).
“Oo...awak dah tinggal lama ke kat sini? Macam mana keadaan
kat sini, ok? Sebab saya baru tinggal di sini, jadi kalau ok,saya boleh
rekemenkan pada kawan”, saya mula memancing. Sesekali mata saya mengintai
dinding di sebelah pintu rumah nya. Kesan darah sudah tiada. Sudah dicuci
bersih.
“Itu...Adala setahun lebih..Nak kata ok tu, ya boleh la, ok
la” Dia mengangguk-angguk memandang saya.
“Selamat? Atau ada benda-benda tak best ke kat sini? Keadaannya selamat ke?”
“Bolehla, setakat ini ngak ada apa-apa yang serius” Dia
menjawab dengan lembut dan baik.
“Oo..di sini ramai orang bujang atau berkeluarga ye? Ya
biasanya kalau yang berkeluarga ramai, lebih harmoni gitu, lebih meyakinkan la”..
Cubaan saya sebelum cuba korek dia itu berkeluarga atau bujang, jika dia berkeluarga, sahla dia
lelaki itu.
“Sini ramai juga bujang, kalau atas ini, ramainya bujang”.
“Oo..Macam tu...Awak tinggal dengan keluarga juga? Atau sendirian saja?” Saya buat mesra alam.
“Saya sama keluarga, isteri dan anak. Tapi ada bujang di
rumah saya, menyewa bilik, jadik tinggal sekali”.
Sah! Dia la orangnya! Yang lagi Sorang bujang, jadi cuma tinggal dia.
Lakonan saya sampai di situ sebab saya dah takde idea
bagaimana mahu masuk topic anak dia, sebab macam tak logik kalau saya bertanya
tentang keadaan anak dia kerana soalan akan jadi makin detail. Setelah
mengucapkan terima kasih, saya melangkah pergi.
Saya harap anak itu dalam keadaan baik. Saya sempat intai ampaian dia di dinding ada baju kanak-kanak, dalam lingkungan 4-6 tahun saiz bajunya. Baju kanak-kanak perempuan.
Ditakdirkan, si mira terjumpa seorang perempuan ketika naik
lif. Menutup kepala dengan tuala kecik, tapi jelas kelihatan muka lebam penuh
luka seolah ditumbuk dengan sepenuh hati. Hitam, biru, ungu, hijau, semua warna
lebam dan luka menghiasi wajahnya hingga tak nampak rupa asal. Bibirnya biru
bengkak seolah banyak darah beku terbuku di situ. Mereka
sempat berbual lepas akak tu tengok si mira tekan butang lif no 8. Dia tingkat
9. Dijadikan cerita, akak tu sebenarnya isteri lelaki tu, dan dia mendakwa
suaminya ‘buat perangai’ pada hari kejadian. Akak tu sebak ketika bercerita
tapi mira tak sempat bertanya banyak, kerana lif sudah sampai tingkat 8.
Simpati melihatnya. Allah..
Akibat bergaduh.. (Gambar hiasan)
Oh, ini cerita yang beranak. Cerita dalam cerita. Point saya
adalah, kejadian gaduh yang dasyat tu membuatkan ahli rumah muharik ini makin
cepat traumanya terutamanya si mira.
Ok, sambung cerita yang baru berlaku sekejap tadi. Dinding
dan pintu rumah kami bergegar dengan dentuman-dentuman yang tak dapat
dikenalpasti dari mana punca. Terdengar suara-suara lelaki yang macam ramai
bunyinya.
Mira masih dengan muka takutnya.
“Takpe, Allah ada..” Saya cuba mengingatkan dia.
“Awak mangga tak pintu grill masa balik tadi?” Saya
bertanya.
Mira mengeleng-ngeleng laju.
“Takkk!!!”
Saya tersenyum. Entah untuk apa pun saya tak tahu.
Saya bangun dan menuju ke pintu.
“Kakkk!!! Akak nak buat apa??? Jangan la gi dekat pintu tu!”
Risaunya si mira ni.
“Akak nak pasang telinga kejap, tak tahu dorang cakap apa,
marah ke, bersembang ke ape kee..”
Saya mendekatkan telinga saya di pintu, tapi tak jelas
bunyinya. Sekadar bunyi dentuman dan bunyi orang berlari dan menjerit. Frust.
Intai ikut tingkap, nampak ramai orang berkumpul di bawah, ada pakcik-pakcik
yang pakai jaket menyala macam polis tengah ronda-ronda, ramai orang tercegat
pandang satu arah. Ini betul-betul menghairankan.
Saya duduk balik di tempat saya. Mira masih skodeng di
tingkap dan mengomel.
Dia risau.
Saya duduk dan menulis entry ni.
Sebelum saya balik bercuti
di Terengganu 2minggu lepas, ketika itu saya berseorangan di rumah. Hampir
masuk waktu isyak ketika itu, pun ada kejadian huru hara yang berlaku. Bising
satu flat, suara jerit-jeritan, kaca pecah, orang kejar mengejar, suara
tangisan, dan bunyi dentuman-dentuman. Bunyinya macam orang india yang bergaduh
sesama mereka. Oh ye, kawasan flat ni memang ramai penghuninya india. Saya tak
tahu apa yang berlaku ketika itu, saya skodeng kejap, saya duduk, berdoa,
bertawakal kepada Allah agar Allah menjaga saya sentiasa.
Haihhh... Sekarang dah 6bulan tinggal di sini. Makin lama
rasa makin tak selamat keadaan di sini. Kami para akhwat kadang kala pulang
malam dari usrah, dari daurah, dari meeting, sebenarnya agak bahaya. Walaupun
kami selalu bukan seorang, tapi still, agak bahaya jika ditakdirkan
kejadian-kejadian tidak enak seperti yang dinyatakan di atas berlaku ketika
kami tengah nak naik lif ke, berjalan di koridor keee... Nauzubillah....
Apa pun, semoga Allah menjaga kami-kami ini sentiasa...
P/S: Patut consider pindah rumah kah, ya ukhti? Hemmm~~~