Between a daughter and a mother~
“Nanti time Leya nanti, mama nak tengok Leya sanding
cantik-cantik. Leya sorang je anak mama, mama dah lama dah harap dapat tengok
Leya sanding cantik-cantik atas pelamin.. Ye..?” Puan Mama senyum penuh harap
menatap wajah anak tunggalnya.
“Em..Mama, kan Leya pernah bagitau mama dulu.. Leya
seboleh-bolehnya taknak sanding. Leya nak simple je, tapi biar penuh berkat.
Taknakla step awal nak berumahtangga pun Allah dah tak redha..Kalau boleh Leya
nak jaga setiap perkara dalam urusan persiapan pertunangan atau walimah nanti supaya
semuanya dalam redha Allah..” Leya menjelaskan perkara sama yang pernah
dijelaskan pada Puan Mama sebelum ini. Riak muka agak kecewa, sedikit, kerana
mengharapkan Puan Mama faham.
“Hem..Tapi mama nak tengok.. Mama teringin nak tengok, dari
dulu lagi Mama memang berharap sangat dapat tengok Leya atas pelamin. Nanti
kalau Mama mati, tak rapat mama pejam mata sebab hasrat nak tengok anak mama
bersanding atas pelamin tak tertunai.. Macam mana? Leya sampai hati ke?”
Puan Mama mula mengenakan serangan psikologi. Leya dah faham
sangat skill Puan Mama ni..~
“Abes nak buat macam mana,mama.. Dah Allah tak kasi, Allah
kata tak boleh, mama..Takkan nak langgar pulak.. Kan mama..” Jawab Leya perlahan. Muka selamba.
Puan Mama buat muka sedih, angkat lengan baju buat-buat
kesat air mata. Kenapalah anak dia sorang ni tak mahu faham hasrat hati seorang
ibu. Bersanding je pun. Takkan tu pun berdosa? Hantar pergi belajar jauh-jauh
di oversea, balik-balik makin ‘ustazah’ pula anak dia yang ni sorang. Memanglah
Puan Mama amat bersyukur punya seorang anak yang baik, tapi tak boleh ke
bertoleransi sikit untuk mama dia?
“Tapi mama nak tengok anak tunggal mama sorang ni sanding..
Macam anak-anak orang lain.. Ada pelamin cantik-cantik, mama teringinnnn sangat
nak tengok, tssk-tsssk”. Puan Mama guna serangan psikologi lagi.
Leya hela nafas. Hemm..Macam mana nak deal dengan Puan Mama sorang
ni. Akhirnya Leya bersuara.
“Takpela mama, kalau macam tu,kita buat pelamin kecik satu untuk
ambil-ambil gambar, lepas tetamu dah balik semua nanti, Leya duduk atas pelamin
tu, pastu mama tengokla puas-puas, ok?” Leya buat muka selamba lagi.
“Budak ni..Mama taknak macam tu la!” Puan Mama mula tersaiko
balik dengan anak dia.
“Ok tutup kes, jom cakap pasal benda lain”. Buat muka
selamba. Lagi.
Dalam hati... “Hem..perlukan
masa dan strategi lagi untuk saiko mama supaya dia setuju dengan aku. Ishhhkk,
macam mana niiiiii.....”
...........................................................
Jeng,jeng,jeng...
Mesti ramai ikhwah/akhwat pernah/sedang/bakal melalui dilemma
macam ni. Serius, sangat payah, tak tipu. Untuk parents yang faham dan punya
fikrah yang sama, agak beruntung di situ, Alhamdulillah. Untuk keluarga yang
biasa-biasa saja, agak mencabar bila mahu capai kata sepakat.
Dialog di atas baru antara seorang akhwat dengan ibunya,
belum masuk lagi dialog mak sedare, ayah sedare, jiran tetangga- Puan Makteh,
Puan Makngah, Puan Maklang, Encik Pak Uda, Encik Pakngah and the list goes on. Bila
dah masuk hujah-hujah dari yang lain, maka semua “Leya-Leya” (watak di atas) akan
terdiam tak mampu menjawab kerana tidak mahu suasana jadi hangat dan dikatakan
keras kepala tidak mahu menerima cadangan golongan tua yang lebih
berpengalaman.
Sedangkan para “Leya” di atas cuma mahu menjaga perjalanan
atau proses membina baitul muslim dari semua segi agar tidak dicemari dengan
anasir-anasir yang tidak patut. Mungkin tidak mampu pun untuk menjaga
SEMUA dan SETIAP perkara, namun sehabis mampu, pasti akan cuba dijaga agar
tetap dalam redhaNya bukan? Mungkin banyak perbuatan lepas yang sudah terpesong
dari jalan redhaNya, tapi kenapa tidak bermula yang baru pabila tersedar,
bukan? Dari langsung tidak berusaha atas alasan “nanti orang kata” dan alasan “tidak
mampu”, lebih baik buat saja sehabis baik, dan serahkan yang selebihnya untuk
Allah hakimi.
Bukan menghakimi sanding itu haram,dosa besar, begitu dan begini. Tapi rasanya dah banyak ceramah-ceramah ustaz itu ustaz ini, penjelasan dari ulamak itu ulamak ini tentang hukum bersanding dalam Islam. Bersanding bukan tak boleh, boleh saje, tapi banyak perkara kena ambil kira. Contohnya, buat persandingan di tempat tertutup yang hanya mahram sahaja menyaksikan, tiada unsur pembaziran atau adat seperti menepung tawar, renjis beras segala, yang dipengaruhi dari agama Hindu (boleh kaji sejarah acara persandingan), tiada unsur tabarruj secara jahiliyyah (berhias melebih-lebih tanpa ambil kira tuntutan syara'), dan sebagainya. Belum masuk bab pembaziran menyewa singgahsana untuk bersanding. Nah, jika semua syarat di atas boleh diikuti, bersanding lah.
Bersanding bukan tak boleh. Boleh...Tapi...
Tapi kalau bersanding itu dengan kita tidak menjaga aurat, dengan bertabarruj, mempamerkan kecantikan pada yang bukan muhrim, membazir, mekap tebal-tebal sampai malas nak ambil wuduk untuk solat (sebab sayang mekap-mahal kot bayar tukang mekap?), makanya, agak kurang bijak jika kita masih redha bila kita kena sanding. Lagipun, kecantikan bukankah hanya untuk tatapan si suami? Amatlah difahami bagi yang bersanding untuk tujuan memperkenalkan pengantin, supaya tetamu kenal siapa yang berkahwin, jadi, cukuplah bila si mempelai memakai baju sedondon dan berhias dengan sederhana, insyaAllah, tetamu dah boleh kenal siapa pengantin nya. =) (Tapi ada juga kes yang kita macam konpius mana satu pengantinnya. Macam siang tadi bila saya pergi walimah seorang teman, tapi ada beberapa tetamu mekapnya dan bajunya, cantik dan meriah sangat kot, =) sampai saya ingatkan itulah pengantinnya. Nasib baik kenal lagi kawan sendiri yakni si pengantin. Err~ camane tu?)
Berbalik semula kepada matlamat utama mengadakan kenduri kahwin, adalah untuk mengisytiharkan pada orang ramai akan ikatan antara kedua mempelai yang telah sah sebagai suami isteri, dan juga sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Tapi..Bagaimana ye bila cara kita tunjuk kita bersyukur pada Allah adalah dengan melakukan perkara yang Allah tidak redha? (Statement ni applicable bukan setakat untuk bab kenduri kahwin tapi applicable untuk sehari-hari hidup kita-baiklah, sentap sendiri).
"Tapi mesti orang sekeliling cakap bukan-bukan nanti".
Haruslah~
Kita buat benda yang orang lain ramai tak buat dan kita tak buat benda yang
orang lain ramai buat. What do you expect? =)
The thing is, kalau
majlis tu buat ikut macam ini pun, orang akan bercakap juga, buat macam itu
pun, orang akan bercakap juga, jadi harus bagaimana? Pening.
Tak usah
pening-pening, clearkan dulu apa yang kita mahukan, and work towards that aim,
regardless of what people might say about you. Itu dari satu sudut untuk
setelkan keraguan dalam hati. Itu masalah dalaman. Bila hati dah yakin, tiada
keraguan to work towards that aim (which is to have a walimah yang penuh
barokah), it’s time to deal with external issue pulak, such as: parents. =)
Makanya haruslah kita cuba untuk ambil hati keluarga kita
terlebih dahulu. Ya, mungkin fikrah kita lebih sedikit dari mereka, tapi mereka
tetap keluarga kita yang punya hak atas kita. Tapi jangan sampai hak mereka
kita lebihkan dari hak Allah. Oh, memang payah, ya, faham sangat. Tapi cubalah
dahulu. Cuba berbincang. Dengan MATANG. Whatever it is, sila tunjukkan
KEMATANGAN kita terlebih dahulu while negotiating, jangan dengan emosi, jangan
dengan keras kepala dan jangan dengan ego merasakan kita sangat betul hanya kerana
kita nak pertahankan sunnah nabi. Jangan. Jangan begitu. Mungkin niat kita
betul, but HOW we do it, matters. Kerana mereka orang tua dari kita, hati kena
ambil kira. Di sini lah sangat perlu skill berkomunikasi dan psikologi yang
berkesan. Agak masalah bagi mereka yang ‘tidak pandai bercakap’ atau kurang
dari segi ‘soft skills’ dan ‘common sense’. (Mereka kena usaha lebih).
Tapi walaupun dah gunakan soft skills, psikologi etc, harus
diingatkan that it is very unlikely to happen -that this thing will change in one or
two days. It takes time. -I took one whole year to convince my mom not to have
the persandingan when my time comes for the walimah sooner or later. (Jangan
bila dah dekat nak walimah baru tergesa-gesa nak ubah mindset parents kita, I even
discussed this matter seriously with my mom since long time ago lagi pun. Lagi awal
dapat ubah mindset parents kita, lagi bagus, jadi kenapa tunggu lagi?)
Ok,
continue. So my mom didn’t agree at all to my request for not having the persandingan- until we came to a win-win situation,give-and-take or sistem barter stuff which is kalau saya
taknak sanding, jumlah wang hantaran kena ikut kata dia. (Because I requested two things from my mom for the marriage- which were 1. No sanding-sanding segala, 2. Hantaran taknak tinggi-tinggi.). She could tolerate about the sanding thingy even though that was hard for her, but she wanted me to listen to her for the amount of wang hantaran-which is of course
higher than what I have decided in mind. So we discussed about the wang
hantaran, I let her decide the minimum amount, and that minimum amount would be
the maximum amount for me.
Let’s say she agreed on the range between
RM10K-RM12K, for example. RM10K is the minimum for her, so that would be the maximum
for me. That means my wang hantaran is not gonna be more than RM10K. Still, it’s between the range in which my mom has decided earlier, right? So I didn’t break my
promise, teehehe~ So later I thought, maybe...I can make it any lower, by any
chance..? So I tried to lower it down to RM9K ke, RM8K ke..? Then I got the ‘shout’
and the ‘series of lecture’ from her-so I know, that’s her limit. So I just
stopped and accepted RM10K then. As long as she agreed on not having the
sanding-sanding thingy, I can tolerate and accept her request about the
wang hantaran.)
So that’s it. Negotiation is important and showing your
maturity in handling the situation and negotiation is more important.
"Matured" abes nih~
Parents kita
ni, bukan apa sangat, dorang cuma nak yang terbaik untuk kita, of course. So if
they can make sense of what we want and why, they might consider our situation
too. Kenapa mereka menentang? Kerana mereka tak faham apa rational nya kita nak
macam ni, bukan macam tu. Dan kenapa kita menentang mereka? Kerana kita juga
tak faham apa rational nya mereka nak macam tu, bukan macam ni? Mungkin ada
certain points dari parents kita kenapa mereka nak macam tu, bukan macam ni,
yang kita terlepas pandang?
For example, when my mom said she wanted to determine the
amount of wang hantaran, I asked her, what’s her rationale for deciding such a
big amount? She told me that she wants her becoming son-in-law to take the responsibility,
to show that he is willing to put the effort of providing such amount of money,
and that money won’t go to her or my other family members. But the money will
go back to my husband and I later on to start our new life. She simply wants
some sort of ‘guarantee’ that we won’t be ‘papa kedana’ after the majlis and
all. She is trying to help us to stabilize our life after the marriage I think.
So that one, makes sense to me. She just wants us to have some amount of money
after the marriage-which is acceptable. And the money will go back to us some
more! So I can make sense of my mother’s request, so I agreed.
So see my point here? Sometimes we do not see what others
see and vice versa. So clearing things up between all the parties can help both
parties make sense of each other’s requests and demands and help both parties
to have better evaluation and judgement before deciding on things that can be
agreed upon.
Makanya, berbincanglah. Tunjukkan kematangan pada keluarga
kita dengan cara yang mereka boleh terima dan tidak berkecil hati. Jangan tunjuk
pandai dan terlalu bertegas bila keadaan agak menekan. Kendurkan suasana
kembali, dan cuba lagi akan datang. It’s okay to let them have their ways ‘for
now’, while we’re figuring out other ways and strategies for them. Boleh juga
gunakan orang tengah yang mereka hormati (yang berada di pihak kita, but
neutral, of course) to discuss with them. They might ‘listen’ and count the
opinion from the orang tengah,who knows. What matters here is our effort and
doa,doa,doa agar dilembutkan hati mereka untuk bertoleransi dengan hasrat kita.
Bukankah yang pegang hati mereka adalah Allah? Jadi, usaha dengan sehabis-habis
baik usaha dan usaha dengan usaha yang terancang, bukan semberono dan berdoa
lah di sepanjang kita berusaha tu. Moga dipermudahkan Allah, insyaAllah.
Yang penting, tanya hati sendiri, betul ke kita nakkan
proses dan majlis yang betul-betul Allah redha, yang simple tapi barokah, atau
hati sendiri macam tak berapa bersungguh nak mujahadah dengan keluarga? Tettt**
(Saje jentik sikit,hehe).
And oh yes, ingatkan diri ini bila diri sendiri terlupa apa
yang telah dinukilkan di sini, di hati atau di mana saja.
Moga Allah permudahkan urusan kita, amin.. =)
P/S: Walaupun dah setuju takde sanding-sanding, Puan Umi tetap nakkan satu pelamin mini untuk ambil-ambil gambar and sebagai tempat pengantin nak duduk-duduk bila orang datang jumpa pengantin. (Tempat lain takleh duduk ke? huu huu.. T_T)
Semoga bahagia..
ReplyDelete