Wednesday 20 June 2012

"Ringelmann Effect"-Punca Daie Gugur!

Perkongsian dari seorang ukhti, dia baca dari website http://dakwat.org/?p=1232. Insightful and deep. Memuhasabahkan para duat. Jadi saya sharekan juga di sini.


Ringelmann Effect...

                     


“Akh, anta free tak hujung minggu ni ?”
“Hrmm..” Aaron termenung berfikir
Kalau free, ana nak minta tolong anta jadi AJK Compass . Boleh? ”Tanya abang Aziz
“Maaf bang, bukan tak nak tolong tapi….. “
“Ana sibuk sikit la minggu ni”
“Tak pe kan kalau tak jadi AJK ? Ramai je ikhwah-ikhwah lain yang free. Cuba anta tanya ………… “
Anda biasa dengan dialog di atas ? Kalau kurang biasa, saya ringkaskan sedikit supaya jadi seperti dialog di bawah.
” Man,pergilah tegur si Amad tu”
“Tegur apa ?”
“Tegur lah. Dia tu asyik terlepas solat subuh je” Terang Abu.
“Aku bukan tak nak tegur bu, tapi.. aku takut la..”
“Kau suruh la kawan kita yang alim-alim sikit ea pergi tegur ?”
Jadi, apa kaitannya dialog-dialog di atas dengan The Ringelmann effect?
Ringelmann effect
The Ringelmann effect is the tendency for individual members of a group to become increasingly less productive as the size of their group increases. This effect discovered by French agricultural engineer , Maximilien Ringelmann (1861-1931) .
Ringelmann (1913) also found that having group members work together on a task (e.g., pulling a rope) actually results in significantly less effort than when individual members are acting alone.
Secara ringkasnya, Ringelmann mendapati, keupayaan atau produktivitiseseorang individu itu akan berkurang bilamana bilangan ahli dalam kumpulannya bertambah.
Pernyataan ini disokong melalui eksperimen permainan tarik tali.Beliau mendapati, tenaga atau upaya yang dikeluarkan seorang individu itu lebih banyak pabila dia menarik tali secara berseorangan berbanding secara berkumpulan. Mengapa ?
Anda bayangkan begini ;
Disclaimer : Supaya lebih mudah lagi, anda bayangkan, anda juga turut sama bermain tarik tali.
“1, 2, 3………… Tarik !!! “
“1, 2, 3………… Tarik !!!”
“1, 2, 3………… Tarik !!!”
Secara jujur. Apa sangkaan atau harapan anda pada orang di belakang dan di hadapan ? Jangan tipu.
Sudah tentu anda menyangka “mereka-mereka” sekumpulan dengan anda inilah yang akan berusaha keras menarik tali itu. Benar ?
Dan “mereka-mereka” sekumpulan dengan anda juga menyangkakan bahawa andalah yang akan berusaha keras mengerahkan sepenuh kudrat dan tenaga demi untuk menarik tali itu.
Err…
Ibrah dari The Ringelmann Effect
Syeikh Fathy Yakan dalam bukunya ‘Golongan yang tercicir dalam jalan dakwah’, mengariskan beberapa perkara yang menyebabkan seseorang daie itu futur di jalan dakwah antaranya adalah sikap seperti ;
-Tabi’i yang tidak tetap
-Takut berlaku sesuatu ke atas diri dan pendapatan (Rezeki)
-Melampau (Ekstream)
-Bermudah-mudah dan longgar
-Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri
- Cemburukan orang lain
-Fitnah senjata
Nyata, ciri-ciri yang dihuraikan Syeikh Fathy Yakan ini betul-betul mengena di pelusuk kira jantung bagi sesiapa yang membacanya. Namun,pabila diselusuri secara halus bahaya The Ringelmann effect ini, tidak mahu tidak, sipi-sipi bahayanya harus diambil kira sebelum ia menjadi bahana yang lebih besar.
Mengapa ?
Pabila, seorang daie itu menyangka, ada daie lain yang akan mengalas tugasnya. Si bapa pula menyangka ada orang yang akan menegur anak perempuannya yang tidak menutup aurat, Si guru pula menyangka anak muridnya yang berdua-duaan menaikki motor itu akan ditegur oleh ibu bapanya, maka ;
Perbuatan ini samalah seperti,
“Seseorang yang membiarkan sahaja tanpa berbuat apa-apa pabila melihat rumahnya disambar api. Dia tidak menelefon bomba, tidak mengalihkan sebarang barang berharga, malahan lebih teruk lagi, dia membiarkan sahaja keluarganya di dalam rumah itu hangus di jilat api”
“Dengan harapan, ada insan lain yang akan memadamkannnya”
Mungkin analogi seperti itu sedikit “brutal” .
Namun, perubahan dalam dan luar perlu juga dilakukan. Bukan apa,takut-takut nanti, bukan sahaja, agama, jemaah, masyarakat mahupun keluarga yang akan kena tempiasnya. Takut, diri sendiri juga nanti yang akan menerima padahnya.
Sudahlah segala amanah dan tugasan semakin culas dilaksanakan, takut nanti keselesaan yang didambakan akhirnya membuatkan dirinya terus terlambat. Malahan tidak pernah sampai ke destinansi.
Kerana apa ?
Dia selalu sahaja tercicir !
Dek penangan Ringgelmann effect ni la !

Asyraf Farique

No comments:

Post a Comment