Malam ini agak emosi sedikit. Ya, memang Allah dah
cakap dalam surah Ali Imran ayat 133 hingga 135, salah satu ciri orang bertaqwa
itu adalah mereka yang menelan amarahnya. Dari siang tadi berusaha menelan
emosi ini, tapi makin banyak yang dikemam, sudahnya malam ini, terkeluar jua sedikit
yang dikemam dari siang tadi, dengan air muka yang sedikit ketat dan peringatan yang
ada sedikit unsur “zass” dek kerana gagal menelan emosi.
tak la seteruk ni emosinya~
Mungkin Allah nak tarbiyah saya
lebih sikit hari ni. Ya, saya berdoa pada Allah agar ajarkan saya erti
keikhlasan bekerja di jalan ini, kerana saya risau bilamana kadangkala niat
kita boleh tersasul ke lain, terpesong ke lain, niat yang diculik di tengah
jalan. Lalu saya berdoa pada Allah agar menjaga ikhlas saya, mensucikan hati
ini dari anasir yang selain Allah.
Tak payah tunggu lama.
Allah terus uji.
Satu demi satu hal datang pada saya menguji sabar saya dan
keupayaan saya untuk berlapang dada.
Keikhlasan yang teruji tak semestinya dari mad'u-mad'u, tetapi kadangkala ujiannya datang melalui teman-teman seperjuangan kita.
Fiuuh fiuuh~
Huhu~~ (T_T)
Tak, tak, bukan salahkan mereka, memang masing-masing punya
kelemahan, bukan hak kita untuk meletakkan hukum, kerana kita juga apa
kurangnya, penuh cela dan kudis sana sini juga. Tapi bila hati sendiri rasa tak seronok dan rasa lemau bila kena test, ia benar-benar
mengingatkan saya pada surah At-Taubah ayat 37-47.
Allah dah sindir baik punya dalam surah at-Taubah ayat 37 hingga 47 tentang orang yang bermalas-malasan, beralasan or basically tak buat kerja dakwah tarbiyah ni betul-betul, bermain-main, dan masih hidup dalam dunia ‘tarbiyah’nya sendiri! Orang-orang ni, yang MALAS, dan TAK BERSUNGGUH PUN BERADA DI JALAN INI, Allah kata, kalau mereka “infiru” (berangkat) pun, hanya akan melemahkan saf, hanya akan membebankan!
Tak payah fikir orang lain, tapi diri sendiriii..... T_T
Dan itu memang benar.
Bila kita tak buat kerja yang sepatutnya, kita dah
menyusahkan baaaaanyaaaakkk akhwat lain dengan ketidakpedulian kita terhadap
tanggungjawab dan amanah kita. Banyak yang boleh dijadikan contoh. Bila mas’ulah
program perlukan respon, update atau confirmation dari kader-kader di bawahnya,
tapi kita sebagai kader tersebut ‘culas’ dan malas nak respon cepat-cepat, atau
saja tak ada mood nak ambil peduli bersungguh-sungguh apa yang sepatutnya kita
peduli. Kita rasa kita tak peduli sangat pun tak apa, tak akan efek sangat,
akhwat lain ada lagi, sedangkan kita tak tahu perbuatan kita tu akan
MELAMBATKAN, urusan akhwat-akhwat lain untuk mereka buat kerja mereka
masing-masing. Mungkin saja ada urusan yang tak mampu diteruskan kerana masih
menunggu update kita, masih menunggu tindakan kita atau confirmation kita.
Kadangkala boleh jadi ada yang tak serius berada di jalan ini yang mengabaikan
anak usrah sampai ‘merempat-rempat’ anak-anak usrahnya mencari ‘murabbi’ lain dan
dahagakan tarbiyah. Bukan ‘ibu-ibu saudara’ tu kisah dan berkira, tapi kasihan,
tahu? Bila hingga ada yang pergi pada murabbi lain untuk update semua benda yang
sepatutnya diupdate pada naqibahnya, kerana merasakan naqibahnya tak peduli
tentang tarbiyyah mereka dan tak ada minat yang ‘genuine’ mendengar planat
mereka untuk mad’u-mad’u mereka, itu serius bukan?
Saya kira ia perkara serius bila ada mutarabbi boleh
bertanya pada ‘ibu saudara’ mereka,
“Kak, boleh ke saya tanya, dah lama berbulan diamkan, kenapa
mak naqibah saya macam tak peduli je dengan tarbiyah kitorang?”
“Kak, adakah saya ada buat apa-apa salah, saya rasa naqibah
saya tak pedulikan saya sangat"
“Kak, mungkin salah saya, mungkin saya yang
bersangka-sangka, tapi perasaan ni sangat kuat, saya rasa naqibah saya dalam
dunia dia je? Saya minta maaf tapi saya tak pernah berdepan dengan situasi
macam ni, saya biasa dapat naqibah yang bersemangat, berkobar-kobar, at least
untuk gerakkan kami betul-betul. Tapi saya rasa sangat hambar. Buat usrah pun
macam taknak buat je,dan kami satu usrah merasakan yang sama.”
Serius tak?
Serius saya gerun mendengarnya. Otometik termuhasabah diri sendiri,
“Aku betul dah
tunaikan ke hak mutarabbi aku? Aku dah betul bersungguh ke bina dorang? Adui
adui...” Kembang kuncup kembang kuncup rasanya jantung duk pam darah kat dalam ni. *tak cukup darah*
Berat juga pada pandangan saya jika mutarabbi tersebut merupakan adik-adik penggerak yang dah
bawa usrah, bukan yang baru, yang masih perlukan perhatian nak
bermanja-manja. Tak, mereka bukan perlukan perhatian untuk manja-manja dalam
kes ni, mereka perlukan perhatian untuk tarbiyyah mereka. Sebagai orang yang mendengar, bisa saja kita berikan cadangan yang positif dan meneutralkan saangkaan2 yang mungkin wujud..
“Anggap ini sebagai tarbiyah dari Allah, bilamana kita
berinisiatif sendiri untuk bantu naqibah kita, mungkin naqibah kita sedang diuji, kita pun boleh mainkan peranan, blaa3..dan blaa3...”
Macam-macam kata positif dan perangsang yang konon kita boleh berikan,
walhal kita sendiri risau juga. Sebab tak tahu kita dah buat apa untuk bantu akhwat seperjuangan kita..
Wuu..wu..
Bagaimana untuk membina rijal jika pembinanya seolah tidak berminat pun untuk menjadi pembina? Bagaimana untuk menjadi guru jika guru tersebut tak berminat pun nak jadi guru? Mungkin muridnya diajar lebih kurang, jika tak pandai sangat pun takpe, jika tak sempat masuk kelas, kensel sajela kelasnya, dan tiada MUJAHADAH untuk berusaha membina anak-anak itu. Naudzubillahi mindzalik..
Wuu..wu..
Bagaimana untuk membina rijal jika pembinanya seolah tidak berminat pun untuk menjadi pembina? Bagaimana untuk menjadi guru jika guru tersebut tak berminat pun nak jadi guru? Mungkin muridnya diajar lebih kurang, jika tak pandai sangat pun takpe, jika tak sempat masuk kelas, kensel sajela kelasnya, dan tiada MUJAHADAH untuk berusaha membina anak-anak itu. Naudzubillahi mindzalik..
Mohon dijauhkan dari perkara
sebegitu.
Alalala, anak sape la ni, tian-tiannya dia takde mak niii..~
kami nak mak, kami nak mak, kami nak makkkk!
"Mak" itu sangat amat penting, tahu?
Bila buat kerja secara jamai’e, semua orang ambil peranan,
setiap orang ada ‘harga’nya masing-masing. Tapi bila ada yang ‘tak buat kerja’
hingga merumitkan gerak kerja orang lain, walaupun dah ‘ditadah’ beberapa kali supaya
memberikan kerjasama secara aktif dan proaktif, tapi kita masih buat selamba ya ya, rumit juga tu. Ia mencerminkan tahap kesungguhan kita membawa peranan yang diberikan pada kita. Dan ternyata, kita berat sebenarnya dalam melaksanakan peranan kita.
Allah tanya, dalam surah at taubah ayat 38:
Allah tanya, dalam surah at taubah ayat 38:
“Wahai orang-orang
beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu, ‘berangkatlah di jalan Allah’,
kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi
kehidupan di dunia berbanding kehidupan di akhirat?Padahal kenikmatan hidup di
dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat, hanyalah sedikit”.
Bila tadabbur ayat ni dengan murrabi, ustaz kami, kami
difahamkan seolahnya bila Allah bertanya ‘mengapa’ di atas dengan kalimah ‘ma
lakum’, kalau dalam bahasa seharian kita’ seolahnya ‘kenapa kamu ni?? Kamu ni kenapa??”
Ya, kenapa dengan
kita ni? Bila Allah suruh kita berangkat, di jalanNya, pergi buat kerja kita yang
sepatutnya, buat kerja dakwah dan tarbiyyah orang, kenapa kita rasa berat? Kenapa
kita rasa malas? Kenapa kita rasa nak duduk je buat ‘kerja’ kita dalam dunia
kita? Rasa buat time free je, time ada mood nak bersungguh baru bersungguh, kalau
tak, buat sekadar buat je. Allah tanya, “Adakah kamu ni, lebih redha akan
kehidupan dunia berbanding akhirat??”
DUSH!
Bedebab seguni beras atas muka masing-masing.
Sebabnya
dunia ni sangat sekejap berbanding dengan akhirat. Akhirat
ni bila banding dengan dunia sangat kecil. Kalau tak faham, bak kata murabbi kami, ertinya kamu
tu belum lah sangat islam sebab masih letak dunia dalam hati. (Dushh!) Macam compare
umur 65 tahun dengan infinity. Infinity tu forever, tak dapat nak diukur. Sama
seperti akhirat dan dunia tak boleh dibandingkan. Tapi kenapa kita masih
sayang dunia untuk gunakan untuk akhirat? Hakikatnya, kalau tak lepaskan dunia,
kita tak akan dapat akhirat! Mungkin dapat, tapi kita kena seksa dulu.
Huu~ *berpeluh*
Allah kata lagi dalam ayat 39 dan 40, kamu ni kalau taknak
pergi, Allah akan azab dengan azab yang pedih, dan Allah akan ganti kita dengan
orang lain yang boleh buat kerja ni, dan Allah LANGSUNG TAK RUGI HAPE-HAPE
LANGSUNG KALAU KITA TAK ADA (Sobs~) Allah sambung dalam ayat 40, Kalau
kamu taknak tolong Muhammad, Allah dah tolong pun baginda. Jadi, sama je, kalau
aplikasi dalam konteks kita sekarang, kalau kita taknak tolong islam, tak
bersungguh buat kerja untuk islam ni, terhegeh-hegeh untuk benda lain tapi
bukan untuk islam, makanya, Allah TAK KESAH PON, Sebab ALLAH BOLEH GANTI KITA
DENGAN ORANG LAIN! SEBAB ALLAH TAKNAK KITA. (Nanges laju-laju)
Berdas-das tembakan demi tembakan dan hayunan guni beras
tepat mengenai muka.
Orang-orang yang berpura-pura macam ni, Allah kata,
kalau mereka ni berangkat jugak, bergerak sekalipun, ALLAH TAK SUKA AKAN
KEBERANGKATAN MEREKA, LALU ALLAH MELEMAHKAN KEINGINAN MEREKA dan Allah suruh
duk je situ dengan orang-orang lain yang memang tak buat pun kerja dakwah ni,
tak payah la nak pergi-pergi, kalau pergi pun BUAT KACAU DAN MENYUSAHKAN JE. (Ouch2!)
"Dan jika mereka mahu
berangkat, niscaya mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi
ALLAH TIDAK MENYUKAI KEBERANGKATAN MEREKA, maka DIA melemahkan keinginan mereka dan
dikatakan kepada mereka ‘tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu’.
Jika mereka berangkat bersamamu, nescaya mereka tidak akan menambah kekuatan, malah
hanya akan membuat kekacauan! .....”
(At Taubah: 46-47)
Dalam bahasa pedas untuk diri sendiri (bukan orang lain), macam ni la lebih kurang: dah la tak membantu sangat, lepas tu macam buat menyemak je. Kalau dah agak-agak malas buat kerja tu, baik tak payah buat terus, dan kita bebas untuk keluar dari jalan ni. Agak-agak taknak melajukan gerabak keretapi dakwah, tak usah melambatkan keretapi ni pulak dengan menumpangkan kita yang sedekah berat badan dalam gerabak, tapi tak ada function. <--- (Waa,boleh tahan temparan ni! T_T)
ARGHHH, cukuplah! Cukuplah! Tak sanggup rasanya lagi nak tadabbur
lebih lagi At-Taubah 37-47 ni. Tapi seriously, ayat-ayat ni
memang sangat *gedebukbedebukdushdushzass* Memang ayat-ayat ni menjadi peringatan besar buat kita agar tak jadi macam tu
dan minta dijauhkan dari sikap hodoh macam tu. Dan bersabar lagi dan lagi, berlapang
dada lagi dan lagi sebab kita tak ada jaminan adakah kita yang ‘serius’
kononnya ni, akan kekal serius sampai mati dengan kerja-kerja kita ni? Kerja baru
seciput cuma tapi kita dah claim kita orang yang serius benar dan orang lain
habis main-main di mata kita. Sedangkan boleh saja Allah nak pergilirkan antara
kita dan orang-orang yang kita kata main-main dan melemahkan saf tadi, mereka
pula yang bersungguh serius giga giga dan kita pula yang nampaknya culas, liut,
biut dengan kerja kita, NAUDZUBILLAHIMINDZALIK!
Taknaktaknaktaknak.....
Jadi, apa hak kita untuk merasa geram bila kerja-kerja kita dan akhwat lain tak lancar disebabkan oleh beberapa orang yang tak mampu memberikan
alasan pun untuk keculasan mereka yang dah lama disabari oleh orang lain tu?
Lebih baik kita muhasabah kembali, kenapa kita macam nak melenting bila orang
susahkan kita macam tu, kenapa payah nak berlapang dada bila orang layan
tarbiyah macam tu, mungkin kelemahan tu etaknya di hati kita sendiri yang payah nak
berlapang dada dengan pelbagai karenah manusiawi sedangkan mungkin saja dalam
masa yang sama, ada orang lain yang sebenarnya laaagiii lama dah bersabar dan
mujahadah untuk berlapang dada dengan kita? (ok, ini bahaya)
**TETTT**
....
....
P/S: Masing-masing pun tengah usaha lagi untuk menseriuskan diri dalam erti kata serius yang sebenar di jalan ini...Ini serius..
No comments:
Post a Comment