Move on~
Ada apa dengan masa lepas?
Oh, ada banyakkkk.. Ada banyakkk benda-benda significant.
Kalau bukan sebab pengalaman masa lepas kita, mungkin kita
tak jadi siapa kita hari ini.
Kalau bukan sebab masa lepas, mungkin banyak benda yang kita
masih tak belajar dan masih tak faham-faham lagi.
Ye, betul. Betul sangat dah tu. Masa lepas pastinya begitu significant
untuk kita jadikan sebagai kayu pengukur kita. Untuk melihat sejauh mana
kita telah berubah lebih baik. Ataupun sebaliknya? (Nauzubillah)
Tapi bagaimana dengan masa lepas orang lain?
Yang kadangkala kita tersilap gunakan untuk menilai
seseorang?
Tak payah cakap orang, saya sendiri kadangkala begitu, bila
terlupa tentang asal usul diri yang sama je Allah ciptakan. Sama-sama dari
tanah, sama-sama dari saripati air mani yang lemah.
Walaupun mungkin ada orang-orang tertentu dicipta dari jenis
tanah-tanah tertentu, tapi tetap ianya adalah tanah. Bukan daun, bukan batu,
bukan kertas, bukan kain.
“So?? What’s your
point? Stret to the point boleh??”
Fine.
Begini, ada beberapa kali saya mendengar cerita tentang
pasangan yang bakal disatukan, tapi salah satu pihak tertahu tentang masa silam
pasangannya, lalu hati berbelah bagi, kerana mula terbina persangkaan dan
persepsi yang tidak enak.
Seorang gadis solehah, sudah menerima pinangan seorang
lelaki yang baik, tetapi mengetahui lelaki tersebut bukanlah alim mana beberapa
tahun lalu. Kaki karaoke, main bola pakai seluar pendek atas paha, menggunakan
bahasa yang kurang sopan dengan kawan-kawan, kaki jarang-jarang jejak masjid,
quran cuma setahun sekali dibaca, and the list goes on.
Lalu si gadis mula berkira-kira dan bersangka-sangkaan.
“Kalau macam tu punya
perangai 3,4 tahun dulu, entah apa lagi agaknya yang aku tak tahu yang dia
buat”.
Oh, pengsan** Perlu ke bersangka-sangka macam tu cik adik?
Benar, untuk mencari jodoh bukan sebarangan. Sehabis baik
akan cuba dikenali hati budi pasangan supaya tak tersilap buat perhitungan.
Tapi, adil kah gunakan masa lepas dia semata sebagai kayu pengukur? Bagaimana
dengan siapa dia sekarang? (Saya tak maksudkan kisah silam seperti penagih
dadah, pembunuh, pesakit mental, atau kes-kes kritikal dan kronik yang lain,
tapi kes-kes yang umum dalam masyarakat kita).
Ada juga seorang lelaki yang baik yang sudah memilih seorang
perempuan yang baik menurut pandangannya sebagai calon zaujah dia, tapi
akhirnya mengetahui calonnya itu dulu bukanlah dari asal memakai tudung labuh,
pergaulannya dulu juga belum terbatas dalam erti kata batas yang sebenar, malah
mungkin masih janggal dengan al quran ketika itu. Lalu dirasakan perempuan itu
tidak layak menjadi pasangannya kerana diri dia adalah seorang lelaki yang
baik, tinggi ilmu agama, yang seharusnya mendapat seorang perempuan yang lebih
baik dan lebih suci lagi.
Persoalannya,
Layakkah kita untuk menilai seseorang berdasarkan masa lepas
dia?
Persoalannya lagi,
Cukup sucikah masa lepas kita?
Jawab sendiri.
Adakah kita keluar dari rahim ibu kita dengan tudung labuh
di kepala dan tasbih di tangan?
Adakah kita keluar dari rahim ibu kita dengan jubah
tersarung di batang tubuh dan kitab di genggaman?
Maka mengapa merasa diri lebih mulia?
Dapatkah kita jamin taraf kita di sisi Allah adalah lebih
mulia dari taraf dia di sisi Allah?
Kalau kisah kita pun tidak sesuci mana, maka tak perlu
memandang rendah kisah orang lain, bukankah begitu?
Mengapa rasa kecewa jika dia tidak sesempurna seperti yang
kita angankan? Kerana pasti-pastinya dia juga manusia biasa yang penuh dengan
kelemahan, malah jauh sekali dari kesempurnaan.
Seperti juga kita.
Ada lagi kisah seorang perempuan yang saya kira baik, cukup
baik, menolak seorang lelaki yang insyaAllah baik, tapi ditolak hanya kerana
lelaki itu tidak cukup hensem dan tidak hensem itu bukan ciri idamannya.
Tersenyum juga saya mendengarnya. Tapi senyumnya kelat. Tak
tahu apa nak respon.
Ada lagi saya dengar dari murabbi saya sendiri,kisah lelaki
yang juga menolak seorang perempuan yang insyaAllah solehah, qawiey dalam DnT
tapi menolak hanya kerana perempuan itu berisi, dan ada yang menolak kerana
perempuan itu gelap kulitnya. (Well, according to my zauj, lelaki memang agak
memandang rupa sikit, walaupun dia tu ikhwah. -Ikhwah la sangat kan~ upss~
tett, hehe)
By the way, mendengar cerita-cerita begitu, buat saya
tersenyum ala sinis pula (bukan ala manis ye). Ya, saya tak menolak faktor
fizikal yang memainkan peranan dari segi sunatullahnya untuk mendatangkan rasa
cinta tersebut. Tapi, bukankah lebih elok jika kita juga belajar untuk mengukur
baju di badan sendiri?
Apa yang saya maksudkan, kalau kita pun tak ada lah
semenggah mana segaknya, tak adalah semelecur mana cantiknya, maka usahla terlalu cerewet
memilih rupa parasnya, jika agamanya sudah baik (wah, laser~)
Begitu juga kalau
kita tak sebest mana jalan hidupnya dulu, tak usahla kecewa dengan pasangan
kita yang juga lahir tidak dengan kopiah di kepala dan kitab di tangan. Ada apa
dengan siapa dia dahulu jika dia sekarang cukup kenal dan faham dengan ad-deen
nya sendiri?
Mungkin cukup dengan kita mengetahui dia tiada kisah silam
yang boleh memudaratkan kita, keluarga kita, masa depan kita, dan agama kita.
Andai masa silamnya itu boleh memudaratkan kita, maka wajarlah kita cerewet dan
merasa tak ingin memilih dia sebagai calon kita kerana khuatir akan
kemudharatan yang berkemungkinan timbul. Yakni, sebab untuk menolak itu sendiri
pun adalah kerana kekhuatiran akan kemudharatan masa depan bersama, bukannya
kerana merasakan diri kita yang lebih mulia. Bila kita merasa kita lebih mulia
dan dia kurang layak untuk kita, bermakna kita perasan diri kita ni best la ye?
Tak gitu?
Yang tentukan kita layak atau tak layak itu, hanya Allah. Kalau
menurut pandanganNya kita layak dengan orang sekian-sekian, maka dapatlah kita
orang sekian, no fuss.
Tapi persoalan ini juga agak subjektif, begantung pada
sejauh mana penerimaan dan ketsiqahan seseorang terhadap calon pasangan atau terhadap
orang tengah yang mencadangkan calon tersebut padanya. Ada orang merasakan
cukup amat penting baginya untuk dia menyiasat segala perkara tentang
pasangannya. Ya, Nabi pun menyuruh kita merisik tentang calon yang kita nak
jadikan pasangan kita. Tapi risiklah siapa dia, sifatnya bagaimana, sikapnya
bagaimana, adab dan akhlaknya bagaimana, fikrahnya bagaimana. Jika ingin
menyiasat masa silamnya, berpada-padalah dengan persepsi kita setelah itu.
So dipendekkan cerita, konklusinya, marilah kita berusaha
menjadi yang terbaik instead of harapkan orang lain untuk jadi yang terbaik
untuk kita. Nanti Allah akan bagi yang selayaknya untuk kita. Allah Maha Adil.
Bukan setakat adil, tapi MAHA Adil. So insyaAllah, tiada siapa yang akan
teraniaya. Ok, berusaha!
p/s: so tak kesah la kalau dulu die model Hero/Dewi Remaja, tapi sekarang bawak 3 bulatan gembira setiap minggu!~ Amboi2~ (Contoh hanya rekaan, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang tidak hidup)
p/s: so tak kesah la kalau dulu die model Hero/Dewi Remaja, tapi sekarang bawak 3 bulatan gembira setiap minggu!~ Amboi2~ (Contoh hanya rekaan, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang tidak hidup)
No comments:
Post a Comment