Ouch
Saat keikhlasan ternodai, hati mula resah gelisah..
Bertalu persoalan meminta jawapan,
Mata terpejam, hati
mengeluh..
Terzahir dengan sisa nafas yang lemah..
...
Mendengar degupan jantung sendiri..
Diam..
Membisu..
Mendongak ke atas.
Siling yang putih..
Kosong..
Hening..
Sunyi..
Tunduk..
Menilai diri..
Sudah hilang haluan kah, setelah bersusah sampai ke sini
Sudah hilang punca kah setelah jauh berjalan bersama
petunjuk di kiri kanan jalan
Tidak.
Belum hilang punca, belum hilang arah.
Cuma mata terpejam seketika, kerana kilauan dunia.
Kelak aku kembali, dengan segala jawaban bagi setiap
persoalan.
Dia, katanya seorang daie yang hidup bersama hati yang kecil, cepat
terguris perasaan serta mudah berputus asa. Mungkin, ada sesuatu tentang dia
yang memanggil dirinya daie namun tidak sanggup dikecam, tidak tahan dikutuk,
tidak rela ditertawakan bila dia seorang ghuraba’.
Berulang kali dikatakan padanya, “hatimu itu, tidak boleh
sejemput!”
Kerana daie, hatinya perlu besar. Hatinya harus luas dan
dadanya mesti lapang.
Daie, memang perlukan hati yang besar dan kuat.
Bukan setakat untuk kita sebagai seorang mutarabbi yang
seringkali ditegur oleh murabbi dan murabiyyah tatkala kesalahan kita lakukan ,
Tapi,
Ia juga untuk kita dari sisi kita sebagai seorang murabbi
terhadap mutarabbi kita.
“Emmm....Boleh tak
seorang naqibah berkecil hati atau merajuk dengan mutarabbi nya?”
“Tak boleh.”
“Kenapa?”
“Kenapa nak berkecil hati??”
“Naqibah pun manusia, sedangkan ibu yang sangatttt sayangkan
anak-anaknya dan sanggup berkorban apa saja pun boleh saja berkecil hati dengan
anak-anaknya. Apatah lagi seorang naqibah yang sangat ordinary~”
“Wajar. Kita memang akan mudah berkecil hati dengan orang
yang kita sayang. Kalau kita tidak sayang pada mutarabbi kita, tak mungkin kita
peduli untuk berkecil hati segala begai dengan mereka bukan?”
Angguk-angguk.
“Hem, memang sayang. Sebab tu sampai berkecil hati dengan
kerenah mereka. Boleh ke macam tu?”
“Masih, jawapannya tak boleh.”
“Arghhh, kenapa???”
“Sebab kita tak cool kalau berkecil hati dengan anak usrah
sendiri. Walaupun mereka mengguris hati kita, walaupun kita berendam air mata
ingin mentarbiyyah mereka, kita boleh sedih dan kecewa dengan keadaan itu, tapi
bukan untuk disimpan didalam hati.”
“Err...”
“Berkecil hati itu, kalau sekejap, boleh, itu fitrah. Tapi
jangan simpan. Maafkan mereka. Besarkan hati, teruslah didik mereka kerana
Allah.
*Kaki kuis-kuis tanah*
....................................................................
Sungguh, menjadi
seorang daie bukan sekadar tentang semangat ingin bergerak, kehebatan
menyampaikan, menjaga mutabaah amal yang mantap, dan mempunyai tsqofah yang
tinggi mahupun mempunyai network yang luas dikalangan orang awam.
Namun,
Yang lebih utama dari itu,
Adalah kesediaan dan keikhlasan untuk ditarbiyyah.
Ya, kerelaan untuk ditarbiyyah.
Dan keikhlasan menerima tarbiyyah itu sendiri.
Antara elemen sebuah halaqah adalah adanya seorang murabbi
(pendidik) dan mutarabbinya (anak didik).
Bilamana kita memasukkan diri kita dalam sistem usrah, kita
telah “menyanggupi” untuk ditarbiyyah (dididik) dan kita metsiqahkan diri kita
terhadap murabbi kita, kita meletakkan kepercayaan kepada murabbi kita untuk
dia mentarbiyyah kita. Bukan sekadar memberi ilmu, tapi untuk dia menunjuk
jalan dan membantu kita mencorak jalan menuju syurga Allah.
Seolahnya, bila dia “memegang” tangan kita, adalah untuk
memimpin langkah kita ke syurga bersamanya.
Dia bukan sahabat
yang dijamin syurga, dia juga seperti kita, bermujahadah untuk ke syurga. Tapi
kerana amanah dia adalah kita, maka dia berusaha memimpin juga kita dalam
keadaan dia juga dipimpin oleh murabbi nya. –Tidak rela melepaskan kita
terkial-kial mencari jalan menuju syurgaNya.
Namun bagaimana jika anak-anak yng dipimpin seolah tidak
bersedia dan tidak rela ditarbiyyah? Tidak betah ditegur, tidak mampu ikhlas menerima
“tarbiyyah” itu sendiri, malah payah untuk berlapang dada dengan banyak hal di
dalam tarbiyyah.
Alangkah susahnya untuk mentarbiyyah kita yang sering
‘begitu dan begini’ dalam menerima tarbiyyah. Sedangkan begitu banyak orang
lain di luar sana yang dahagakan sentuhan tarbiyyah tidak punya peluang seperti
kita yang ‘tersepak’ tarbiyyah ini suatu ketika dahulu.
Percayalah, sangat ramai orang yang dahagakan kebaikan di
luar sana. Walaupun mereka mungkin berambut merah terpacak, memakai seluar
koyak di lutut, atau londeh bawah paras pinggang, ataupun memakai legging
dengan skirt pendek, jarang solat dan sebagainya, ada di kalangan mereka yang
dahagakan kebaikan, inginkan ‘cahaya’, dan masih mencari ‘siapa’ mereka di
dunia ini.
Dan kita?
Memperlekehkan harga sebuah tarbiyyah yang kita ada
sekarang.
Mungkin kerana kita adalah manusia. Dan manusia umumnya
hanya reti menghargai bila sudah tiada.
Mungkin Allah patut uji kita dengan tiada tarbiyyah untuk kita
baru kita nak mengerti?
Nauzubillah, tidak rela begitu. Tidak ingin hilang tarbiyyah
ini walau sedikit pun, tidak ingin luak tarbiyyah ini walau seinci. Bukan mudah
untuk bertemu jalan ini. Walau bagaimanapun diri bermujahadah atau lemah atau
futur kadangkala, mohon agar Allah tetap tsabatkan diri di jalan ini andai ini
adalah jalan yang paling Dia redhai buat diri ini...
Busok hati nih! huhu. *Ok, random sangat ni. Tapi comel. ;)
No comments:
Post a Comment