Grrr..Nampak nih?? Nak ticer bertukar jadi super saiya??
I never knew scolding the children could make me feel so
bad.
Saya bukan orang yang jenis membebel atau berleter bila
marah. Walaupun selalunya saya seorang
yang ceria, mesra alam, dan agak banyak celoteh, tapi saya tak suka berleter
bila marah. Bila marah pada anak-anak murid yang terlalu menguji kesabaran,
saya akan tinggikan suara untuk didengari ataupun saya akan diam di depan dengan pandangan mata yang tajam menussuk kalbu budak-budak yang masih memerlukan banyak didikan akhlak tuh dan selepas itu,
saya terus kembali pada mood ceria dan mengajar seperti biasa.
Semenjak mengajar di sekolah SK Tak Berdaya ni, everytime marahkan budak-budak, maksimum saya boleh berleter adalah seminit, selalunya kurang. Bila dah sampai maksud yang saya nak sampaikan, saya takkan tambah lagi leteran tersebut. Tak reti nak menokok tambah leteran. Lagi-lagi nak berleter pada budak-budak. Alahaii... Membazir karen letrik.
Semenjak mengajar di sekolah SK Tak Berdaya ni, everytime marahkan budak-budak, maksimum saya boleh berleter adalah seminit, selalunya kurang. Bila dah sampai maksud yang saya nak sampaikan, saya takkan tambah lagi leteran tersebut. Tak reti nak menokok tambah leteran. Lagi-lagi nak berleter pada budak-budak. Alahaii... Membazir karen letrik.
SO my point is, saya tak suka marah anak-anak murid. Walaupun saya seorang
yang tegas (tapi flexible), saya tak reti mengamuk atau bebel lelame sambil
marah-marah macam kebanyakan cikgu-cikgu. Selalunya bila saya marah, cuma
beberapa saat ketika itu, habis je ayat marah saya pada murid-murid, mood saya
kembali ceria bila mengajar, seperti biasa.
Tapiiiii......
Hari ini...
Oh Tuhan...
Kesabaran teruji dengan kelas budak darjah 3 Joyah ni..
Hingga saya hentikan semua permainan dorang masa dorang
tengah syok main, dek kerana bisingnya mereka walaupun sudah berkali-kali, saya
ulangi, berkali-kali, saya memberi amaran jika sesiapa yang bising dan tak
hiraukan arahan cikgu, saya akan hentikan game dorang.
Grrrr...Makan budok! Degil sangat!
Yes, they are kids, so saya tak marah bila dorang bising
masa tengah main, yela, nama pun budak-budak yang excited nak main language
games, tapi, peraturannya, bila cikgu bagi cues, atau cikgu sedang bercakap
memberikan arahan, semua perlu diam dan dengar. Kalau dah sampai berkali-kali
saya terpaksa memberi cues untuk mereka memberi perhatian, tapi mereka masih
memekak tanpa mempedulikan cikgunya yang berusaha untuk memahamkan mereka, yes,
I felt very disappointed. But what makes me even more disappointed is the fact
that they have been scolded by me. I feel so bad about myself!
Seriously, saya tak bebel panjang. Saya marah, saya diam,
saya tenung mata mereka satu persatu. Mereka semua diam tak terkata. Saya tahu
esok lusa mereka akan lupa apa yang ticer dorang marah dan akan tetap bising
macam biasa. But I don’t know why, saya rasa macam nak nangis. Because I don’t
like the fact that I was actually being mad at my students.
Because I love them.
..
And I want them to be good person.
..
Tapi saya dah marah mereka!!! Saya rasa sangat teruk! =((
Hari ini perasaan saya betul-betul marah pada mereka sampaikan saya diam dan tak mampu kembali ceria dengan mereka. Sampai saya rasa nak nangis
sebab perasaan marah pada anak-anak yang saya sayang tu..
Sedihnya...
Argh, payah nya orang yang mudah nangis nih!
Ish!
Perempuan sangat!
Perempuan sangat!