Ditegur sikit, berkecil hati
Diluka perasaan, merajuk sepi
Ditolak seruan, membawa diri.
Daie, hati tak boleh sejemput
Diminta berkorban, berkira-kira
Diminta bergerak perlu diketuk
Diminta berfikir, bermalas-malasan
Diajak berkerja lebih, culas dan liat.
Diajak berkerja lebih, culas dan liat.
Daie, hati memang tak boleh sejemput,
Kalau hati sejemput,
Maka mudahlah perasan,
Mudahlah menghukum,
Mudahlah memandang rendah.
Daie, hati tak boleh sejemput
Bila berkerja, bukan untuk penghargaan
Biar dikritik, biar ditegur
Yang baik, ambil. Yang silap, dimuhasabahkan
Pujuklah hati, cukup penghargaan dari Dia Yang Satu
Daie, hati tak boleh sejemput
Murabbi/murabbiyah menegur kerana sayang
Mereka menegur kerana mahukan peningkatan
Maka daie,
Belajarlah besarkan hatimu.
Agar ia tak mudah terguris dengan hujung lidah yang tajam,
Agar ia tegar menahan sedih di jiwa,
Agar ia tabah memendam luka sendiri
Agar ia mampu meremehkan torehan di hati
Agar mampu memaafkan seadanya
Dan dilapangkan dada dengannya..
Yoshhh!
Hadiahkan senyuman,
Katakan saja, "kak, i'm sorry, i'm still learning"
=)
Kerana daie,
Jika hatimu sejemput,
Tak lama kau di jalan ini.
Kerna kelak kau serik melayan luka hati kau yang remeh,
Kerna kau kelak jenuh memakan hati berulam jantung
Dan kerana kau kelak hatinya mati
Sakit tak dirawat dengan taubat padaNya
=)
Kerana daie,
Jika hatimu sejemput,
Tak lama kau di jalan ini.
Kerna kelak kau serik melayan luka hati kau yang remeh,
Kerna kau kelak jenuh memakan hati berulam jantung
Dan kerana kau kelak hatinya mati
Sakit tak dirawat dengan taubat padaNya
Maka daie,
Belajarlah besarkan hatimu.
Agar ia tak mudah terguris dengan hujung lidah yang tajam,
Agar ia tegar menahan sedih di jiwa,
Agar ia tabah memendam luka sendiri
Agar ia mampu meremehkan torehan di hati
Agar mampu memaafkan seadanya
Dan dilapangkan dada dengannya..
Yoshhh!
No comments:
Post a Comment