Sunday 22 July 2012

The Chronicles of "The Practicum"- Nak Rebah Sudeyhh~~ T_T

Aiyark!


Dulu mimpi dalam lelapku tentang dakwah dan tarbiyyah,
Kini mimpi dalam lelapku tentang lesson plan dan teaching aids
Dulu balik kuliah usai bersolat, tilawahku berhelai-helai
Kini balik sekolah, usai bersolat, report dan journal writing ku berhelai-helai.
Tilawahku 2,3 muka cuma,setiap kali selesai solat, kerana perlu siapkan tuntutan folio
Dulu menunggu isyak sempatku membuat hafazan surah baru
Kini menunggu isyak, sibukku meng-google idea untuk lesson plan esoknya
Dulu qiyamku untuk bertahajjud sekurangnya 6 rakaat
Kini qiyamku lebih banyak berjaga untuk menyiapkan teaching aids yang mentor nak tengok esoknya


"Aduii...macam mana ni..." T_T


Dulu petangku selain membuat assignment,untuk ku luang bersama mutarabbiku
Kini petangku tersengguk-sengguk menyiapkan folio practicum dan lesson plan
Dulu tidur malam ku 4jam,
Kini tidur malamku 1jam,2jam dalam keadaan tersengguk-sengguk.
Dulu malam-malamku dan hujung-hujung mingguku untuk menghadiri segala program-program tarbiyyah "kakak-kakak dan adik-adik",
Kini..... Oh! Alhamdulillah, yang tu masih sama.. hu hu..


Tapi..Tapi..Tapi...
Berguling-guling untuk mujahadah tak tidur malam sebab nak buat lesson plan dan teaching aids lepas tu~ Wuu.. T_T 


Terasa ingin menjerit namaMu sekuat hatiku..


Allah!!! Kuatkan aku!!!


Namun..


Kerana aku sedar itu tarbiyyah Allah buatku, kerana tak selamanya aku akan berada di ruang yang 'selesa', kerana Allah tak mahu aku merasa selesa tanpa melipatgandakan mujahadah yang sedia ada. Mungkin kerana aku sudah makin selesa dengan mujahadah sebelum ini, sudah tidak terasa berat untuk berkorban masa dan tenaga untuk DnT, maka ku anggap ujian ini untuk meningkatan lagi mujahadah dan erti tawakal ku pada Allah.... 


(Baru fasa transition seciput ni, dah nak risau lebih,ek eleh~ Sikit je tu.. At least dapat tidur pe sejam dua jam pun dalam sehari tu, uhuhu~)


Maka..


Ini mengajarku erti bersusah-payah dalam tarbiyyah..


Ini mengajarku erti MENGUATKAN bukan setakat mental, tapi FIZIKAL! Kerana kudrat ini sangat diperlukan terutamanya sepanjang 3 bulan ini. Kerana practicum itu menuntut banyak masa dan tenaga, dalam masa yang sama, tubuh ini juga ingin digunakan untuk kerja-kerja dakwah tarbiyyah. Dan aku tidak ingin bertoleransi bila melibatkan kerja dakwah tarbiyyahku. Kerana perlu perform well untuk practicum agar tidak menjadi fitnah bagi orang yang membawa agama Allah ini, dalam masa yang sama taknak kerja DnT ini tergugat. Maka, agar diri tidak sakit-sakit,lemah-lemah badan, tidak longlai walaupun rehat tidak cukup, maka,harus jadi akhwat militan! (Lasak sikit, boleyyy??? Sakit demam batuk headache siket-siket tu, tolak sipi-sipi je lerr..Ambil rawatan, get moving bebeh! Tak boley layan lebih-lebih sakit tu, nanti syaitan makin melemahkan, gheti? -Unless kalau memang kronik giga-giga, macam baru kena langgar lori, tangan hampir terputus, bangun jugak sebab nak pergi program hadek-hadek. Gilo apo? Pi hospital la)




......




...Namun.. Kerehatanku.. adalah bila mampu berada dalam halaqah/daurah/program tarbiyyah dan meninggalkan segala tuntutan kerja duniawi itu, untukku beriman sejenak.. Subhanallah.. T_T Bila hatiku basah dengan ingatan-ingatan serta 'ketukan-ketukan' dari murabbi murabbiyah ku, itu kerehatan bagiku.. (Pikir nak buat lesson plan dengan aktiviti ape yang menyeronokkan disertai dengan teaching aids yang gempak-gempak setiap hari seperti yang diingini oleh mentor di sekolah lebih memenatkan dari buat kerja DnT siang dam malam. Haihh~) 


Berlapang dada jela, dengan meniatkan kerja-kerja duniawi tu kerana Allah, sebagai ibadah, sebagai alat untuk matlamat kita... 
Sekian~~~~~~~~~~~~ T_T



1 comment: