Monday 28 November 2011

Ini Cerita Biasa, Jangan Baca


Once upon a time........
______________________________________ 

Bismillahi Rahmani Rahim..

Alhamdulillah, alhamduillah, Alhamdulillah..

Permusafiran bermula!


Bermula dari Auckland, ke Ruapehu untuk bagi daurah untuk adik-adik Welly dan terus ke Wanganui untuk mukhayyam askari adik-adik Auckland.

Permusafiran hari ini diteruskan ke Palmerston North dengan menaiki kereta dengan Kak Pi yang baru tiba di Wellington semalam dan dipandu oleh Kak Khuzai. Mengambil tempat di belakang mendengar nasyid, zikir, memerhatikan, mentadabbur alam di sepanjang perjalanan. Tiba di sebuah pemandangan, melalui sebuah pantai.. Subhanallah.. Pemandangannya cantik, bercampur sedikit takut. Ombak-ombak besar menghempas pantai taat dan patuh pada ketentuan Pencipta-Nya boleh saja mengganas tiba-tiba andai itu ketentuan dari Pencipta-Nya. Sedetik teringat akan gempa bumi di Taupo 2 hari lepas dan gegaran di Auckland beberapa hari sebelum itu ketika diri ini masih di Ruapehu menyahut seruan dakwah di sana. Teman-teman seperjuangan sempat merasakan gegaran di Auckland untuk beberapa ketika itu. Allah masih belum memilih diri ini untuk merasa mana-mana gegaran. Moga gegaran-gegaran itu mampu meningkatkan iman teman-teman seperjuangan yang merasakannya ketika itu.  Begitu juga ombak-ombak besar yang baru dilepasi tadi, boleh saja membaham kami yang kerdil melalui jalan itu andai berlaku gegaran yang mengakibatkan tsunami.  Allah masih sayangkan kami, hingga saat ini kereta kami masih lancar meluncur jalan ini.

Bebekalkan niat yang lurus dan mengharap redhaNya semata (mudah-mudahan), kami merentasi daerah-daerah, negeri-negeri, bertebaran di bumi Allah ini melaksanakan syahadatul haq kami. Moga-moga benarlah lurus niat kami dan benarlah ikhas kami sekadar mengharap redha Allah. Permusafiran dari Welly ini menuju ke Palmy biasanya mengambil masa 2jam untuk mengambil mad’u-mad’u di Palmy untuk dibawa ke mukhayyam askari di Wanganui. Namun dari Palmy, akan sendiri mengambil bas untuk ke Wanganui kerana kereta hanya cukup-cukup untuk membawa adik-adik Palmy tersebut. Kak Pi dan Kak Khuzai akan memandu kereta membawa adik-adik tersebut dan saya akan mengambil bas sendiri ke Wanganui dan menunggu ketibaan orang-orang Palmy dan Auckland di sana mungkin 6 atau 8 jam. 6 ke 8 jam itu lama untuk menunggu tanpa berbuat apa-apa, maka saya sudah merancang untuk mengisi masa tersebut dengan memikirkan perjalanan program nanti, memperkemaskan lagi perancangan pelaksanaan program tersebut. 

Mungkin saya boleh mula berfikir dan mencatat rules, peraturan-peraturan untuk jundi-jundi tersebut sepanjang mukhayam askari tersebut. Harapnya watak sebagai kem komanden tidak membuatkan mad’u-mad’u itu merasa janggal dengan saya selepas ini. Tegas tapi penyayang. Itu yang kita mahukan. Hadaf untuk mukhayyam ini adalah untuk mendisiplinkan mereka kerana mereka adalah jundi in the making!
Mungkin juga masa boleh diisi dengan murujaah , hafazan, atau membaca. Perjalanan terhenti seketika di stesen minyak, diteruskan dengan segelas kopi cappuccino sebagai bekalan sebelum berhenti ke perhentian seterusnya... =)
.............................................


11.30 am, tiba di Palmerston North
Tiba di rumah akhawat, tapi tuannya tiada, kerana berpogram di Wellington (di rumah yang baru saya tinggalkan sebentar tadi) dia sekadar memberikan kunci rumah untuk digunakan rumahnya, untuk memasak, buat adik-adik2 Palmy yang bakal tiba sejam lagi dari Dunedin. Berjalan-jalan mencari bahan masakan, perut sangat terasa laparnya. Cream Puff dan roti croissant dibeli buat alas perut. Pukul 12 bergerak ke airport mengambil adik-adik dan seterusnya saya dihantar ke stesen bas pada pukul 12.30pm.
...........


Saya sendiri, mereka ramai, bertatu dan merokok?

12.15pm
Menunggu bas ke Wanganui, sendiri, lone ranger.. =)
..........................................................

2.15pm, tiba di Wanganui, travel centre.
Ya, tiba memang awal sebab memang ini je bas yang ada untuk ke Wanganui, mereka yang lain akan tiba lepas isyak, yakni malam ni. Travel centre ini tutup pukul 4 and it’s raining outside. Boleh tahan lebatnya pula tu. No idea where to go, sebab ini kawasan kilang-kilang, agak tidak logik kalau mahu menceroboh kilang-kilang untuk berteduh. Adakah ini bermakna terpaksa menunggu mereka datang ambil lagi 6-8 jam di luar dalam hujan di musim sejuk?  Ya, ini tarbiyah dari Allah. Jalan dakwah bukan untuk orang yang manja. Bila lagi nak merasa? Sememangnya sudah cuba bersedia dengan apa jua kemungkinan, tapi ini ujian untuk jundi-jundi Allah. Kerana saya perempuan, maka ada yang perlu dirisaukan. Tadi sebelum bertolak dengan bas, berada di bas station yang ramainya orang-orang yang saya kira agak menakutkan. Bertatu, merokok dan bercakap bahasa mencarut, lelaki dan perempuan. (T_T)

Memang kita tak boleh duga hati manusia dari luaran mereka, tapi saya kira orang-orang yang berada di stesen bas intercity Palmy tadi, cukup untuk membuat seorang akhawat sedikit risau dan terfikir akan kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi. Tapi hati tetap tenang mengatakan “Allah ada untuk menjagaku, sungguh Allah tahu kerana apa permusafiran ini ku lalui”. Alhamdulillah tiba di Wanganui travel centre pukul 2 suku tadi. Kini sedang memikirkan ke mana hendak di tuju mencari tempat perlindungan dari hujan lebat dan kesejukan di luar selepas centre ini tutup pada pukul 4 ptg. Dijangka akhawat lain tiba lebih kurang pukul 10 mlm untuk datang pick up di sini. Hum, ok, kita tgk apa rencana Allah seterusnya. Wassalam.

ini gambar hiasan-bertatu dan merokok~  ............................................................


Alhamdulillah3, Allah telah mengilhamkan untuk cuba check in ke accom ini sendiri without waiting for the rest of akhawat to pick me up there at the travel centre. Walaupun tak pernah sampai di sini sebelum ini dan tak ada idea langsung di mana tempat kem tersebut, tapi ada baiknya saya cari sendiri tempat tu instead of tunggu mereka datang ambil saya pada pukul 10 malam nanti. Dan Alhamdulillah, 1 demi 1 yang Allah permudahkan. 

Bermula dengan ilham untuk bertanya pakcik di travel centre tu tentang taxi menuju ke campsite ini, seterusnya layanan baik pakcik tu yang sangat membantu, perbualan panjang dengan pakcik tu menceriakan hati ini, kerana dia pun ceria, seterusnya abang driver rock yang baik hati, ramah dan menghormati perempuan muslim seperti saya, (hati saya ceria lagi =)], dan seterusnya tiba di campsite ini disambut dengan senyum manis makcik host campsite ini, diberi masuk dulu walau akhawat yang in charge belum tiba lagi, tapi diberi masuk dulu ke dewan yang ada dapur, diberi teh, sedikit snack, buah, coklat, susu, gula dan ditawarkan majalah-majalah sementara menunggu akhawat-akhawat lain yang tiba malam ini. Walaupun badan sedikit letih dan tidak dibenarkan untuk masuk bilik berbaring-baring, sebelum in charge person datang, saya kira itu semua sudah cukup baik untuk saya. Alhamdulillah, sungguh Allah Maha Penyayang. Bantuan Allah ada di mana-mana. Kan saya dah cakap. =)

Ini kisah pakcik

Seterusnya, sedikit tentang isi perbualan bersama pakcik di travel centre tadi. Subhanallah.. =) saya memang suka mengumpul pengalaman orang luar, mendengar tentang sesuatu yang bernama kehidupan. Pakcik tersebut, setelah menelefon campsite ini untuk memaklumkan ketibaan saya (walaupun itu bukan salah satu tugasnya), dan seterusnya menelefon taxi untuk saya, pakcik yang ceria yang kelihatan berumur awal 40an itu menilik sedikit lama muka ini hingga saya tertunduk sedikit sekadar menjaga dari dipandang. Sedetik, dia bertanya

“May I know where you come from?”
Saya tersenyum.

“You mean here in New Zealand or my home country”

“Both”. 

Well...I’m travelling from Auckland to meet my friends here for a gathering and I’m from Malaysia, my home country”. Saya senyum lagi memandangnya, 

Kelihatan satu senyuman bermakna di bibirnya. Tidak pasti untuk apakah senyuman itu, kerana seolah membawa satu maksud. Seketika, dia bertanya lagi

“Which part in Malaysia?” 

“Terengganu”, jawab saya. “Do you know where it is? You’ve been in Malaysia?” Riak muka saya ceria lagi. 

Senyum. Lagi. Mungkin dia pernah berada di Malaysia sebelum ini. Somehow, senyuman itu seperti berat. Seperti senyuman yang ada kelat ada pahit.

“I’ll show you something”
 Tiba-tiba dia bersuara dalam senyuman itu.

Sambil mengambil satu fail di mejanya, membelek-belek di bahagian belakang fail itu, kelihatan seperti fail kerjanya. Sekeping gambar dikeluarkan. Gambar seorang perempuan bertudung duduk di atas kerusi depan meja, kelihatan seperti di pejabat. Berpaling dan tersenyum, di dalam gambar itu. Kurus. Berbaju kurung, bertudung selimpang seperti kebanyakan gadis di Malaysia. Diri ini terdiam tatkala memerhatikan insan di dalam gambar itu. Menanti kata-kata dari pakcik itu.

“That’s my lady”
“She’s from Malaysia, Kota Bahru”. 

Sedikit terkejut. Kagum.

“She’s your.....?”  Tanyaku lagi untuk kepastian.

 “Yep, she’s my lady. We were together. For quite many years.”  katanya memulakan cerita.

* Note, dia menggunakan present tense ketika mengatakan “she’s my lady” walaupun dah beberapa tahun mereka berpisah. Maknanya, dia masih menganggap wanita itu sebagai kekasih hatinya walaupun dah bertahun berpisah.

“ohh...” Saya tersenyum kagum+curious sambil memandangnya. 

Gambar hiasan (Pakcik Nicholas Cage)

“I lived in Singapore many years ago, and crossed Malaysia quite often. Do you have Cosmopoint College in Malaysia?” Dia bertanya pada saya.

 “Yep, we do have that.” Jawab saya sambil tersenyum lagi.

“Well, she’s a lecturer there, at the college”. 

“Oohh....she’s a lecturer there..”  Saya berdialog sendirian.

“She’s really a nice lady, I really can’t forget her, but the family, her family doesn’t like me, they don’t like me at all. She was forced into a marriage, she didn’t want to. But the family doesn’t like me. I tried, but it was really hard..” 

Ada riak sedih di wajahnya. Kelihatan memang dia masih sakit dengan peristiwa itu.

“That is.. sad.." kata saya, memang memaksudkannya.

 Riak muka saya sedikit muram mendengar ceritanya. 

Kota Bahru is not too far from my hometown, Terengganu, they are both at the east coast side of Malaysia. And yes, the families at the east coast of Malaysia, they are more conservative compared to the west side of Malaysia. Interracial marriage is not really common at their places, it is not really acceptable there, it’s hard.” Terang saya padanya.

 Tumpang simpati dengannya yang mungkin kurang faham yang perempuan islam memang susah diterima kalau memilih lelaki bukan islam.

“Yes, Kelantanese, I know. And I know quite a lot about Malay, Malay’s lifestyle, we were together for two years, she’s a really nice lady, really pleasant. I was going through quite a hard time.”  luah dia lagi dalam gelaknya yang terlalu nampak dibuat-buat. 

Gelak palsu untuk menutup kesakitan. 
Mendengar cerita pakcik itu, semakin berminat untuk tahu, lalu saya bertanya,

 “Where and how did you know her?” 

“At the post office. We bumped into each other” 

“So..are you still contacting each other or you have lost contact with her?”  Tanya saya lanjut.

“No, no, we have lost contact for years, I tried to catch up with her, but the family really doesn’t like me, we have lost contact with each other for years and I tried to find her again, but I only know that she’s now in Malacca. I couldn’t do anything, I can’t find her contact details. Found one of her family members on the facebook but couldn’t do anything bout that, they hate me. Yeah, I was going through a hard time, to forget her. She’s really nice. Really nice. 

“ooo..” Panjang simpati saya terhadapnya. Ingin bertanya lebih lanjut, tapi teksi saya dah sampai.

“Well, your taxi is here, I hope you really enjoy your journey, have fun, take care, you are lovely, nice young girl. Hope to see you soon”

Katanya dengan senyuman yang menyenangkan sambil merenung muka saya agak lama dan seolah ingin mengatakan sesuatu. Saya sendiri tidak pasti.

“Thank you very much for your help, hope you find your happiness soon, take care too and see ya”. 
Menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya, ikhlas. Mengharap orang sepertinya juga mendapat bahagia itu. 

Cinta apa ini?

Hum.. Kagum. Dia mencintai gadis Melayu itu. Masakan tidak, bertahun terpisah, gambarnya masih disimpan di dalam fail kerjanya yang hari-hari dibukanya. Sedikit kagum. Cinta apa ini? Kurang faham. Dia lelaki barat bekulit putih berambut perang, mencintai seorang perempuan Melayu Islam sebegitu rupa. Tak faham. 

Usai bersembang dengan pakcik tersebut, saya menuju ke teksi saya,kelihatan seorang lelaki muda keluar dari teksi tersebut, dengan gaya rambut dreadlocknya, pakaiannya ala reggae, Bob Marley, dia tidak begitu muda. Tekaan saya dalam lewat 20 an memasuki 30an. Mungkin juga sudah mempunyai keluarga sendiri.

...Abang rock dengan rambut dreadlocks~ (John Butler)

“Heyy there!” Sapanya ceria seraya keluar dari tempat duduk pemandunya dan menuju ke tempat duduk penumpang di belakang.

“Hai!” Balas saya dengan senyuman. Etika orang putih ni memang ceria dan berbudi bahasa. 

Seterusnya, lelaki rock tu membukakan pintu belakang untuk saya, memasukkan luggage saya dan bertanya

“Are you going to sit at the front or at the back? which makes you feel more comfortable?” Soalnya pada saya.

 “Errm, can I just sit at the back?”  Pinta saya dengan baik.

“Yup, sure, of course!” Tersenyum.

“Is it ok?” Tanya saya sekadar berbasa-basi.

 “Yeah,of course! Definitely!” 

Ceria wajahnya, walaupun berambut panjang, gaya dreadlock. Memasuki teksinya, dia menutupkan pintu teksinya untuk saya. Penuh sopan. Penuh hormat. Itu memang budaya orang sini. Penuh etika ketika bekerja. Bukan tak ada yang tak beretika, cuma agak susah sedikit nak mencari orang-orang sebegitu. Kebanyakannya semuanya baik-baik belaka. Selesai dia duduk di tempat duduknya, memasang tali pinggang keselamatan, dia berpaling ke belakang memandang, seraya bertanya

“So! Where are we heading to now?” 

Terus saya hulurkan telefon bimbit saya, menunjukkan alamat campsite yang tertera di skrin telefon bimbit saya.

“Yup, here’s the address. Is it far from here? How long is it going to take for us to arrive there?” 

Part ini yang saya suka. Dengan sangat berhati-hati, dia mengambil telefon itu dari tangan saya dengan mengelak dari tersentuh kulit saya. Dipegangnya bahagian telefon itu yang tidak dipegang oleh saya, sedangkan saya lihat itu satu kesukaran sedikit buatnya untuk berbuat sedemikian. Kerana tangannya besar, ruang untuk mengambil telefon saya tanpa tersentuh kulit saya agak terhad. Tapi, subhanallah, saya bersyukur, kagum pun ada.

Saya terfikir, mungkin itu tidak disengajakannya, mungkin dia tidak terfikir pun tentang itu. Tapi setelah sampai tadi, bila saya nak membayar tambang teksi menggunakan eftpos (sejenis kad debit) dia menekan-nekan butang pada mesin kecil eftpos itu dan dihulurkan pada saya, kali ini sengaja saya perhatikan bagaimana dia akan menghulurkan mesin kecil itu dan mengambil kad dari tangan saya, adakah dia akan hulurkan saja dan ambil saja kad saya tanpa berfikir apa-apa atau sebaliknya. Subhanallah, sekali lagi, saya perhatikan bagaimana dia berhati-hati menghulurkan mesin itu dengan hanya memegang sebahagian kecil saja bahagian atas mesin kecil itu dan meninggalkan ruang yang agak selesa untuk saya sambut mesin itu tanpa saya perlu bersusah-susah mengelak dari tersentuh tangannya. 


Dan perkara yang sama berlaku ketika dia mengambil dan mengembalikan kad debit saya itu. Serasa saya, saya dah cukup banyak pengalaman menghulur,mengambil,menyambut kad, duit, baki duit tambang dan segala bagai, antara saya, perempuan muslimah dan lelaki asing, untuk saya bezakan bagaimana orangnya yang tidak endah ketika hulurkan atau ambil duit,kad,dan sebagainya, dengan orang yang menjaga untuk tidak tersentuh kulit. Saya tidak tahu lelaki itu tahu atau tidak tentang hukum dalam islam, tapi saya dapat merasakan dia mempunyai rasa hormat ketika berurusan dengan seorang perempuan islam bertudung. Perbualan kami di dalam teksi pun terhad kepada perkara-perkara biasa dan sepanjang perbualan itu sangat nampak dia seorang yang menghormati orang lain. Lagi sekali, syukur alhamdulillah..
....................................................

Hinggalah akhirnya tiba di campsite ini, diri ini disambut mesra oleh seorang makcik, host, tuan kepada campsite ini. Walaupun akhawat yang sepatutnya in charge untuk check in di accommodation ini belum tiba, sudah cukup baik dia bawa saya masuk dewan yang hangat ini, memberikan saya  air teh, susu, buah, snek, sup cendawan segera. Katanya pasti saya lapar untuk menunggu teman-teman yang lain. Alhamdulillah. Allah permudahkan saya, makcik itu melayan saya dengan cukup baik dan mesra. Saya dapat merasakan Allah sedang menurunkan rahmatNya melalui hamba-hambaNya yang lain.


~~~~~~~~~~~

"Berjuang memang pahit kerana syurga itu manis. Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar, bukan calang-calang sakit yang ditanggung, ujian yang didepani. Kerana jalan ini jalan asing, bukan dihampar karpet merah, bunga-bunga wangi mengharum di sepanjang jalan, namun dihampar batu-batu tajam, diiringi tangan-tangan jahat yang sentiasa cuba-cuba menarik diri ini terpesong dari jalan ini, ditemani kata-kata ejekan, tohmahan agar luntur semangat ini untuk meneruskan perjuangan ini. Itu sunnah orang berjuang. Selagi belum terluka pedih menangis terduduk kerana dakwah dan tarbiyyah, maka kita belum benar-benar berjuang. Benarlah jalan dakwah ini bukan jalan untuk orang-orang yang manja." ~

25th July 2011
 from Auckland-->Ruapehu-->Wellington-->Palmerston North-->Wanganui-->Auckland~

No comments:

Post a Comment