Ada seorang teman,
Mula menjauh,
Mula meresah,
Mula kesedihan..
Bila ditanya, katanya rindu..
Rindu pada siapa,
Pada sebuah ukhuwah..
Ukhuwah yang mana,
Yang pernah terbina, namun kini suram, tidak disiram, tidak dibaja.
Mereka kata ukhuwah itu tidak perlu diperjuang,
Kerana ia adalah akibat dari iman!
Maka jika imannya benar, pastinya ukhuwah itu menguntum.
Ya, ukhuwah itu tidak perlu diperjuangkan,
Tapi pastinya ia harus diusahakan!
Kerana jika iman nya benar,
pastinya dia berusaha untuk menyuburkan ukhuwah.
Jika imannya compang camping,
maka ukhuwah juga dibiar tandus tidak terjaga.
Jika tidak, masakan Rasulullah s.a.w dalam hadisnya
meminta para sahabat melafazkan sayang buat sahabat yang lain.
Bukankah itu juga usaha?
Rasulullah menganjurkan memberi hadiah, memberikan salam,
agar menguntum kasih dan sayang
Nah, bukankah itu juga usaha, ikhtiar untuk ukhuwah?
Lalu cara yang bagaimana kita ikhtiarkan untuk ukhuwah?
Kerana ukhuwah tidak perlu diperjuangkan,
Tapi pastinya perlunya diikhtiarkan, agar ia tetap dibajai, disirami,
Kerana hati ini milik manusia, bukan malaikat.
Maka pastinya ia berperasaan, terluka, menyayangi, merindu,
dan bisa memencil..
No comments:
Post a Comment