Monday 28 November 2011

Ini jalan-jalan mereka~

Rotoroa ke Taupo ye ni?

Alhamdulillah, selamat sudah jaulah keluarga di NZ. Perasaan? Pancit. Ini serius, seminggu menjadi tourist guide, jadi co-driver yang tidak dapat tidur dengan keadaan demam, batuk dan tiada suara, memang ‘membunuh’ dari dalam. Alhamdulillah lagi, ada perkara yang Allah nak tarbiyah awal-awal lagi sebelum bermula jaulah pusing north island of nz ini.

Van sewa kami kene pecah cermin tingkap dan GPS kena curi. (oh, sounds cool). Lepas subuh, turun ke roadside depan hotel Quadrant, tempat parking Estima, cik nadzirah call saya suruh pergi ke tempat van. Setibanya di tempat kejadian. Saya hanya mampu tersengeh-sengeh seperti kerang busuk melihat tingkap yang dah pun tinggal berkeping-keping atas seat kereta dan atas jalan raya, disambut pula berita kehilangan GPS yang lebih kurang 200-250dollar, saya gelak kecil. Cik nadzirah pun senyum saja. Bukannya tak susah hati sebab banyak duit nak ganti. Dahlah itu Estima sewa dari kedai, lagilah risau sebab harta orang. Tapi, ingatkan diri dengan hadis nabi yang kata, orang beriman memang ajaib. Bila menerima kebaikan, mereka bersyukur, kerana itu baik bagi mereka, bila ditimpa ujian, mereka bersabar kerana itu pun baik bagi mereka. Apatah lagi, itu ujian harta benda yang nilainya Cuma tinggi di dunia sahaja. Walaupun kami masing-masing baki sudah surut dalam bank, Cuma tinggal peruntukan untuk bawa keluarga berjalan-jalan sahaja, tapi entahlah, tiada kerisauan di hati ini.

Mungkin kerana itu cuma duit. Duit itu pun rezeki dari Allah. Duit cumalah not-not kertas yang berpusing-pusing bertukar tangan dan bertukar tuan di merata-rata tempat. They are passed around sahaja dan tak sampai ke kubur kita. Berapa yang pergi dari kita, bukan permasalahannya, tapi ke mana duit itu pergi, itu yang penting. Kerana duit akan tetap keluar, akan tetap pergi ke sana sini, Cuma kemana ia pergi yang harus kita risaukan. Risau jika ia mengalir kearah maksiat. Rasulullah kata satu riyal yang terselamat dari jalan maksiat itu lebih baik dari banyak-banyak riyal yang kita sedekahkan. Kenapa? Kerana yang kita sedekahkan itu sunat, tapi maksiat itu dosa. Dosa dilakukan, membawa musibah, sunat tidak dilakukan tidak apa-apa. Tiada musibah. Cuma lebih baik jika dilakukan. Nampak?

Di tempat parking itu juga saya bermuhasabah (walaupun dalam keadaan tersengeh tadi, tapi kita muhasabah) “Apa yang Allah nak tarbiyah aku di pagi hari ni?” Yang terlintas di hati saya, Allah cuma mahu saya ingat kepadaNya seperti mana saya selalu ingat kepadaNya sebelum family saya dan family cik nadzirah tiba di Auckland. Supaya tidak ‘seronok’ sangat. Bila family datang, mungkin kami sedikit lalai, kerana asyik melayan family, dan mungkin terabaikan hak Allah yang lebih utama. Bila family datang, mutabaah amal sudah tidak terjaga seperti sebelum ini ketika bersama akhwat lain. (yes, I know, not cool).

Jadi kami terus maklumkan pada family pertukaran plan, kerana perlu ke Balai Polis dan buat report, dan tunggu kedai kereta buka kedai pukul 9 pagi untuk hantar kereta tersebut dan setelkan apa yang patut. Jaulah kami setelah itu Alhamdulillah lancar seperti yang diharapkan. Yang manisnya, sangat terasa ayat Allah dalam surah al-Insyirah “fainnama’al ‘usri yusro” itu sangat dekat dengan diri ini. Sepanjang perjalanan, banyak yang Allah murahkan rezeki, dari accommodation yang best sangat-sangat, tiket masuk ke tempat-tempat tertentu yang juga banyak diskaun yang tak dijangka, tukang jaga tiket yang tak berkira dan bagi murah lagi, dan macam-macam. Boleh je kalau Allah nak lapangkan rezeki di mana-mana bukan? Subhanallah.

Terjunan tak berapa maut

Dan....Akhirnya, saya berkesempatan untuk melaksanakan impian saya untuk berbungy jumping di New Zealand. Dari kecik bercita-cita untuk bungy jumping, Allah izinkan untuk saya buat bungy jumping di Taupo dengan ketinggian 47meter. Ya, tak tinggi mana pun, tapi itu je yang ada di kawasan itu. Tempat lain jauh sangat pulak kena pergi naik flight segala.

terjun gaya akhwat

ini ketinggian dari atas (cik puan umi sebagai model sampingan)


Perasaan buat bungy? Alhamdulillah, kinda awesome~ Saya menjangkakan thrill yang dasyat, tapi bolehla, not bad, walau tak sedasyat yang di expect (walaupun ketika itu sudah ada di bucu tebing yang tinggi dan pandang ke bawah yang sayup-sayup nampak pemandangan bawah dan get ready untuk terjun je). Namun hati rasa ok lagi, a bit nervous, but not too much. Adrenaline tak berapa nak rush lagi. Entahla apa yang saya fikir. Orang sebelum saya setengah jam sebelum itu menjerit dengan sangat kuat, walaupun lelaki, tapi mungkin dia menjerit seronok? ~~Saya pun seronok juga, tapi harusla tawakal kepada Allah dan nak jaga keakhwatan (haha) jadi saya tenang sajalah. Bak kata puan umi dan cik nadzirah, saya takutkan benda yang orang lain tak takut langsung pun, iaitu _____ (sila isi tempat kosong). Satu benda ni, insyaAllah saya boleh heart attack dan paranoid hatta fobia berdepan dengan perkara tersebut. Boleh menjerit dan memang hilang cool lah!

(ya,ya, silalah teka apa pun, tidak akan dapat teka,kecuali yang rapat dengan saya yang tahu). Lipas? Cicak? Cacing? Ular? Tidak sama sekali. Yang pasti, ia memang tidak logik ditakuti oleh orang yang suka benda extreme. Apakan daya, Allah mencipta hambanya dengan sangat spesifik, detail dan sangat terperinci sampaikan tiada cop jari yang sama. Begitu juga dengan kelebihan dan kelemahan hambaNya. Saidina Umar yang sangat keras tetap lembut hatinya sebenarnya. Apatah lagi saya yang kononnya extreme dan daring ini pun tetap takutkan ______ (sila isi tempat kosong lagi sekali).

Tapi saya bersyukur sempat buat bungy jumping sebelum pulang ke Malaysia, walaupun tidak berkesempatan untuk buat skydive (translate: menyelam di langit) atau free fall dari 10 000 kaki dari aras laut, kerana tiada rezeki untuk bayar 300lebih dollar, kerana masih ada perkara penting yang saya perlu buat dengan duit sebanyak itu. Maka saya tangguhkan dulu plan nak buat skydive/free fall tu. Mungkin boleh buat ketika datang NZ untuk graduate akan datang,jika ada rezeki lagi? (kenyit-kenyit atau wink2!)

Terjun bungy ala akhawat

Dan Alhamdulillah juga saya berjaya untuk terjun bungy dengan qudwah, haha. Tiada dalam perancangan pun nak terjun macam mana, tapi masa terjun, tak rasa nak jerit or keluar suara. Ok la kan diam je masa terjun bungy, baru akhwat (eheh). So saya rasa saya berjaya terjun bungy gaya akhwat sebab tak jerit, cuma tawakal sajalah pada Allah, dan menikmati pemandangan yang tak nampak macam pemandangan ketika terjun sebab kedudukan yang upside down dan kelajuan yang sangat tinggi itu.

Ibrah? Meningkatkan iman kerana tawakal yang tinggi kepada Allah. =) (Haha macam nak sedapkan hati je ni sebab buat benda yang kurang aula) ;P

Yep, that's all folks, moga senantiasa istiqamah dalam usaha mendekati Allah.. =)

No comments:

Post a Comment